13/01/2022
*SUSU C2JOY UNTUK GASTRIK – BERKESAN KE?*
*Susu C2Joy Untuk Gastrik*
Pernah dengar mengenai susu C2Joy untuk gastrik? Rasanya anda pasti pernah dengar bermacam-macam jenis produk dan ubat untuk merawat gastrik. Susu C2Joy merupakan antara yang paling dicari. Tapi berkesan ke ia sebenarnya?
Susu C2Joy diformulasikan dengan 2 ramuan utama iaitu:
Kolostrum: Susu awal lembu yang diimport dari New Zealand dan diambil seawal enam jam pertama ibu lembu melahirkan anak (kolostrum ialah susu awal yang mengandungi immunoglobulin atau antibodi).
Kalsium: Ekstrak kalsium dan mineral (TruCal® D7) yang diimport dari Glanbia Reseach, New Zealand.
KOLOSTRUM DARI NEW ZEALAND
Di New Zealand, lembu-lembu yang diternak dibiarkan bebas meragut rumput dan tidak diberikan makanan yang mengandungi bahan yang tidak organik. Lembu-lembu juga tidak berada dalam keadaan stress yang mengakibatkan pengeluaran susu yang tinggi kandungan asid. Lembu-lembu ini juga berada pada tahap kesihatan yang optimum supaya kolostrum yang terhasil merupakan kolostrum yang berkualiti serta terjamin khasiatnya.
Selain itu, lembu-lembu yang diternak di sana juga sangat terjaga dan waktu kelahiran anak-anak lembu juga dijadualkan bagi memastikan bekalan susu sentiasa ada dan mencukupi. Jadi kolostrum yang dikumpulkan adalah segar dan boleh diproses segera berbanding dengan negara-negara lain yang mana susu kolostrum(susu awal) yang terkumpul adalah sedikit dan mesti disejukbeku terlebih dahulu sebelum mendapat kuantiti yang cukup untuk diproses. Proses sejukbeku inilah yang akan menghilangkan sebahagian khasiat kolostrum tersebut.
TRUCAL® D7 GLANBIA NUTRITIONALS
TruCal® D7 merupakan formulasi yang dipatenkan oleh Glanbia Nutritionals. Ianya merupakan ekstrak mineral dan kalsium daripada susu terbaik yang dihasilkan di New Zealand. TruCal® D7 ini mampu meningkatkan keupayaan C2Joy ke atas kesihatan badan manusia tanpa perlu jangka masa yang lama atau kuantiti yang banyak
*RAHSIA SUSU C2JOY UNTUK GASTRIK*
Susu Kolostrum C2Joy diperolehi seawal 0-6 jam pertama selepas ibu lembu melahirkan anak.
Susu kolostrum C2Joy ini juga diperah dari lembu-lembu yang diternak di ladang organik yang terbesar di dunia dan bebas daripada sebarang pencemaran.
Susu Kolostrum C2Joy mengandungi 2.25% IgG (Immunoglobulin) iaitu lebih kurang 337.5 mg
*KEPENTINGAN SUSU KOLOSTRUM*
Susu kolostrum atau susu awal ini mengandungi pelbagai khasiat untuk tubuh badan, antaranya:
Faktor daya tahan tubuh atau antibodi(IgG, IgM, IgD, IgE, IgA)
Faktor pertumbuhan (FgF, TgFA&B, FgF1&2)
Nutrisi penting yang diperlukanoleh tubuh
Untuk penjagaan tulang yang kuat dan sihat
Susu C2Joy bebas daripada sebarang gula tambahan. Hanya gula semulajadi dalam susu sahaja yang terdapat dalam susu kolostrum C2Joy ini.
*MANFAAT UTAMA SUSU C2JOY*
Formulasi dan kajian saintifik yang terbukti berkesan
Dapat menguatkan sistem imunisasi dan pertahanan tubuh
Dapat membantu proses tumbesaran dan pertumbuhan badan
Dapat memberi nutrien tambahan seperti protein, tenaga & vitamin
Menjadi sumber kalsium TruCal D7 untuk penjagaan tulang & gigi
*SUSU C2JOY UNTUK GASTRIK*
Sebenarnya, susu haiwan terutamanya susu lembu dan susu kambing tidak baik diamalkan oleh penghidap gastrik. Hal ini disebabkan oleh protein yang terdapat dalam susu haiwan ini mengundang pengeluaran asid yang berlebihan oleh perut yang mencetuskan gejala gastrik yang lebih parah.
Namun, lain p**a halnya dengan susu kolostrum C2Joy. Hal ini disebabkan oleh susu ini merupakan susu kolostrum yang kandungan nutrisinya berlainan daripada susu lembu atau susu kambing yang biasa. Susu ini juga boleh diminum oleh sesiapa sahaja kerana kandungan khasiatnya yang sangat bermanfaat bagi semua lapisan masyarakat.
Kandungan kalsium yang sangat tinggi dalam susu kolostrum ini bertindak sebagai antasid semulajadi bagi meneutralkan tahap keasidan yang tinggi dalam perut semasa serangan gastrik.
WHATSAPP HANA 👇
http://www.wasap.my/60137655704/nakC2joy