03/04/2026
✨ Majlis Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Kelab KESMAS Sesi 2026 ✨
Majlis AGM Kelab Kebajikan & Sukan (KESMAS), Pejabat Kesihatan Daerah Pasir Mas bagi sesi 2026 telah berlangsung dengan jayanya di Hotel H-Elite, Tunjong.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada barisan AJK Induk sesi terdahulu atas segala komitmen, usaha dan sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan. Jasa dan dedikasi kalian amat dihargai dan akan terus dikenang ❤️
Sekalung tahniah diucapkan kepada AJK Induk KESMAS sesi 2026 yang telah dilantik. Semoga diberikan kekuatan, komitmen dan semangat yang tinggi dalam menggalas amanah serta terus memacu kecemerlangan kelab demi kebajikan semua ahli.
Semoga Kelab KESMAS terus maju, aktif dan menjadi platform yang menyatukan seluruh warga PKD Pasir Mas dalam suasana harmoni dan penuh kebersamaan ✨
'Kebajikan Warga, Tanggungjawab Bersama'.
Credit to Photographer : Laili Suraiza Binti Mohd Nasir