19/01/2026
Pada ๐ญ๐ต ๐๐ฎ๐ป๐๐ฎ๐ฟ๐ถ, KSKR TBSB bersama Hospital Raja Perempuan Zainab II menganjurkan program derma darah yang mendapat sambutan amat menggalakkan daripada pekerja, pelanggan, dan penyewa. Ramai yang tampil menderma darah dan menunjukkan sokongan penuh kepada inisiatif ini. Tindakan kecil seperti menderma darah ternyata memberi impak yang besar kepada mereka yang memerlukan.
Tahukah anda, bank darah di Kelantan kini berada pada paras kritikal, dan pihak hospital amat menghargai setiap sumbangan orang ramai. Program sebegini bukan sahaja membuka peluang untuk membantu mereka yang memerlukan, malah menjadi platform untuk komuniti, staf, pelanggan, dan penyewa berganding bahu dalam satu tujuan yang sama.
Setiap beg darah mampu menyelamatkan tiga nyawa. Setitis darah anda, sejuta harapan untuk mereka yang memerlukan. Marilah kita terus bekerjasama dan menjadikan setiap sumbangan bermakna.