Gahwah Kopi Rempah Klasik

Gahwah Kopi Rempah Klasik MISI DAGANG TO PATTANI WITH DPMM Local business

17/12/2022
 -KaH Dyana
17/12/2022

-KaH Dyana

Temenung Lemak Masak Asam
------------

Cabai Melaka tu saja potong kasar...

Sebab nanti masa makan kita boleh penyek² gaul dengan nasi...

Lauk simple boleh buat lupa diri bila makan😋😋

Resepi masak Asam Kedah...

👉🏼Ikan temenung/talang fresh/ikan kayu/jenahak semua ikan yang nak dimasak ni mesti digoreng dahulu dengan garam kunyit...

👉🏼Baki minyak goreng ikan tadi gunakan untuk tumis

6ulas bawang putih
2inch halia mayang
Masak sehingga kekuningan masukkan

Air asam jawa.. ikut masam yang kita s**a.. dan air ikut banyak mana kuah yang kita nak...

Masukkan cabai melaka yang kita potong serong atau diketuk... Biarkan didih sekejap..
masuk garam dan hilal dah mendidih masukkan ikan yang dah siap digoreng tadi...
Biarkan mendidih dengan api perlahan..
Kemudian masukkan bawang besar dan cabai merah besar ..

Biarkan mendidih.. boleh dihidang bersama nasi panas...

Cara simple kakzura masak... Ada yang buat masak asam ni letak biji sawi.. n lain2..
Tapi ni cara mudah dengan barang yang sedia ada..,❤️❤️❤️

Menu Fevret oraNg KEDAH..Masak guna IKAN TEMENUNG LEMAK 😋😋😋

Credit : Normah Izura Mahmud

21/11/2022
21/11/2022
21/11/2022

Wan sofiah Dyana

21/11/2022

Resepi Apam Balik

Follow https://t.me/LimaMinitResepi

Makan petang-petang macam ni syok juga. Jom cuba.

Bahan-Bahan :
2 cawan tepung gandum
1 sudu besar susu pekat
1/4 cawan gula*
1 sudu kecil yis*
1/2 cawan air suam*
2 sudu besar minyak masak
1 sudu kecik soda bikarbonat
sedikit garam
1biji telur saiz kecik
1 cawan susu segar (kalau takde boleh je taruk air kosong)

Bahan Topping :
Jagung
Kacang tanah disangi dan ditumbuk kasar
Gula
Sedikit marjerin untuk disapu pada permukaan apam balik setelah masak

Cara Masak :
1. Bahan bertanda gula, yis dan air suam di campur dalam satu cawan. Tutup permukaan cawan dan biarkan 5 minit dah naik berbuih bolehh dicampur dalam adunan tepung nanti.
2. Pecahkan telor kacau dengan whisk hingga berbuih dan campur semua bahan di atas dan kacau hingga sebati.
Kemudian tuang campuran yis tadi dan kacau lagi hingga sebati.
3. Biarkan dalam 30 minit dan boleh dioles dalam 1 senduk pada permukaan pan nonstick (tak perlu sapu minyak ye)
4. Gunakan api dapur perlahan sahaja untuk elakkan ia hangus. Bila nampak dah separuh kering, bolehla tabur gula jagung dan kacang tanah. Dah masak lipat dua.
5. Dah siap masak boleh sapu sikit marjerin pada kulit apam balik.

** Jika nak buat apam balik krispy hanya guna sikit je adunan tepung oles bg nipis.
Nad guna kuali non stick ye.

Selamat mencuba!

Kredit: Siti Nadirah

18/09/2022
17/09/2022

Address

Pekan

Telephone

+601114342468

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Gahwah Kopi Rempah Klasik posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Gahwah Kopi Rempah Klasik:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Category