Hanun Nadiah - Optometris

Hanun Nadiah - Optometris Info-info tentang penglihatan dan kesihatan mata. Berjaya dengan penglihatan yang sihat

10/12/2024

Kenapa orang rabun power tinggi dan rabun silau tinggi kena ambil lens berindex tinggi (kanta lebih nipis)?

Bukan setakat lens tu jadi lebih nipis, ringan dan SELESA dipakai pada muka.

Saiz objek jadi lebih natural, seperti saiz normal kejadiannya atas bumi.

Nanti takde la nampak saiz objek tu lebih besar atau kecil daripada sepatutnya. Tiang lampu pun nampak tegak sediakala, tidak senget.

Sebab ada orang pernah cerita kat Min. Dia punya cermin mata tu bila jeling ke tepi, frame pintu yang patutnya segi empat sama, nampak jadi senget.

Tapi kalau dia tengok straight, takde p**a jadi macam tu.

Ni la antara puncanya. Power rabun jauh/silau tinggi, tapi tak upgrade kanta lebih nipis..

So, belajar sesuatu hari ni?

30/09/2024
20/08/2024
Bulan ni ramai parents yang datang ke praktis. Ibu ayah tiada pengalaman pakai cermin mata. Tiba-tiba anak p**a ada rabu...
14/08/2024

Bulan ni ramai parents yang datang ke praktis. Ibu ayah tiada pengalaman pakai cermin mata. Tiba-tiba anak p**a ada rabun. Walaupun penggunaan gajet anak terkawal.

Begitulah, kalau benda nak jadi akan jadi juga.

Apa pun,

Ibu ayah cakna tentang penglihatan anak.

“Buatlah apa terbaik untuk anak saya..”

Teori Kenapa Pistol Shooter di Olimpik Pakai Spek Mata Pelik Tutup Sebelah Mata1. Tahu tak mata kita ada mata dominan, s...
01/08/2024

Teori Kenapa Pistol Shooter di Olimpik Pakai Spek Mata Pelik Tutup Sebelah Mata

1. Tahu tak mata kita ada mata dominan, seperti tangan kita menulis?

Pasti ada salah satu tangan yang lebih kuat.
Kita s**a menulis tangan mana? Bertangan kanan atau kidal?

Dari sini kita dah tahu kita dominan tangan mana.

2. Walaupun kita tahu kelebihan kedua mata adalah untuk anggar jarak & kelajuan.

Contohnya di jalan raya, kita nak keluar simpang. Kita kena lihat kiri dan kanan, ulang beberapa kali untuk pastikan jika ada kereta dengan kelajuan tertentu. Sempat tak kita nak keluar simpang atau kita perlu tunggu.

Begitu juga untuk berhenti di traffic light. Kita perlu pandai agak dengan kelajuan kereta kita bila nak mula tekan pedal brake sebelum berhenti.

Itu kelebihan guna dua mata tambah lagi dengan vision kita lebih luas di kiri dan kanan. Kita jadi lebih peka dengan keadaan sekeliling supaya kita SELAMAT.

3. Untuk s**an menembak p**a, mereka dah tahu jarak target. Hanya mereka perlukan adalah ketepatan titik target.

Minda tak perlu info berlebihan daripada penglihatan sekeliling (peripheral vision) untuk anggar kelajuan, mengelak atau lari daripada tempat tu.

Peluru mereka dah tentu-tentu laju !

Hanya 1 Target untuk lepaskan peluru sahaja.
Fokus hanya pada 1 titik kecil sahaja (Central Vision). Tak perlu 2 mata pun tak apa.

4. Bila kita guna kedua mata untuk melihat (binocular vision).. akan wujud titik tidak terfokus di jarak lain yang tidak ‘bertembung’.

Situ akan menjadi gangguan ‘double vision’ pada penglihatan kita.

Cara mudah untuk kita perasan ‘double vision’ ni.. cuba tengok dan buat seperti gambar di bawah (ruang komen)

Dari sini, anda akan faham kenapa penembak ni s**a guna satu mata sahaja bila menembak.

Otot pada sekeliling mata akan penat jika ‘dia sendiri’ kena tutupkan mata selama berjam-jam.

Untuk mudah, gunakan saja bingkai penutup 1 mata khas.

Mungkin kalau takde bajet sangat, tampal guna plaster pun boleh rasanya tu.

5. Tapi kalau perasan, Silver Medal dari Turki pakai 2 mata ok je, kenapa?

Pendapat peribadi saya, mungkin dia ada kebolehan untuk suppress mata kirinya.

Atau memang otak dia dah terbiasa proses dengan banyak maklumat dan tak rasa terganggu pun untuk fokus pada 1 titik.

Anda p**a bagaimana? Kalau nampak cicak kat siling tandas, nak tembak tutup sebelah mata jugak ke?

Cuba komen..

Kalau ada penembak-penembak di sini pun cuba komen juga. Saya ikhlas nak tahu pandangan anda bagaimana 🤓

Anda s**a info kesihatan mata & bagaimana penglihatan berfungsi?

Jemput Follow saya ya!

Optom Hanun
Yang s**a cari info dan belajar tentang mata & penglihatan.

Alhamdulillah 🫶🏻 Antara klien kami yang berpuas hati dan memahami cara penggunaan kanta Multifokal. Jenis MF beliau guna...
25/07/2024

Alhamdulillah 🫶🏻
Antara klien kami yang berpuas hati dan memahami cara penggunaan kanta Multifokal.

Jenis MF beliau gunakan adalah peringkat mid range.

Keluasan Centre Vision sederhana luas.

❇️ Premium paling luas
❇️ Mid Range sederhana luas
❇️ Basic kurang luas = sempit

Yang mid range pun Alhamdulillah ok 👌 walapun kena pusing kepala sikit untuk mencari point jelas.

Apatah lagi kalau buat jenis Premium ✅

no complaint plus happy ++ sambil minum kopi.

Apa-apa pun bergantung pada penerimaan mata masing-masing.

Semoga Tuan dapat pakai sampai bertahun-tahun lamanya 🤲🏻

*Pengalaman saya, lebih muda usia seseorang itu mencuba pakai kanta Multifokal, lebih mudah untuknya adapt dan serasi walaupun ambil jenis basic ✅

Jangan tunggu sampai umur lebih 50tahun baru nak try. Adaptation mungkin jadi susah sikit. Solusinya, anda mungkin kena ambil yang Premium terus.

*Apa-apa pun bergantung tahap nilai tinggi atau rendah power rabun jauh/rabun silau/rabun dekat.

Jom konsult dengan saya 🤓

Tadi tengok semula komen-komen di applikasi sebelah (tiktok), terjumpa komen ni. Saya yakin, kalau bukan beliau yang rab...
25/06/2024

Tadi tengok semula komen-komen di applikasi sebelah (tiktok), terjumpa komen ni.

Saya yakin, kalau bukan beliau yang rabun, pasti ahli keluarga terdekatnya rabun.

Betullah apa yang dikatakan beliau.

Kalau rasa dah mula rabun, jangan lambat-lambatkan buat cermin mata.

Bila kita lengah-lengahkan buat cermin mata :

Risiko untuk:

- Power rabun mencanak naik tinggi 📈
- Kanta makin tebal & berat
- Kos bertambah untuk ambil high index (nipiskan kanta)

Malah nanti cermin mata dah siap,

perlu lalui proses adaptasi untuk selesa dengan cermin mata baru dengan keadaan lebih s**ar.

‘Gap’ atau jurang terlalu jauh berbanding power rabun sebelum ni, kepada power lebih tinggi..

Saya boleh katakan, jurang power rabunnya tinggi adalah jika perubahan lebih daripada 1.50D. Atau bahasa pasarnya, power lebih daripada 150.

Minda atau brain kita ni kena kerja ekstra effort 💪🏻 ada orang dia takut tak tahan nanti pening sakit kepala 2-3 hari.

Bagi ibu bapa ada anak masih bersekolah, power dah mula tinggi (rabun lebih 400)..

Kami ada kanta khas boleh bantu melambatkan power rabun anak naik mendadak setiap tahun.

Saya bukan cakap kosong. Ianya terbukti melalui kajian.

Malah telah terbukti pada pelanggan kami sendiri sejak 5 tahun lepas, hingga kini kami ‘collect data’.

Memang kenaikan power rabun boleh berkurangan hingga 50% ❗️

Apa-apa pun, optometrist kami perlu periksa mata anak anda dahulu sebelum menentukan kesesuaian kanta khas kawal power rabun ni.

Apa tunggu lagi, klik appointment di ruangan komen ya❗️

Jangan lupa share posting ni agar lebih ramai parents tahu & cakna tentang power rabun.

Sekurang-kurangnya, anda boleh menyelamatkan mata daripada terkena penyakit disebabkan risiko power rabun tinggi di masa akan datang.

Terima kasih 🫶🏻

Semoga penulisan ini menyebarkan lebih banyak kebaikan.

Pernah tengok orang kena rasuk ? Waktu mula-mula orang kena rasuk, biasanya macam terdiam. Kemudian mula kepala pusing k...
14/06/2024

Pernah tengok orang kena rasuk ?

Waktu mula-mula orang kena rasuk, biasanya macam terdiam. Kemudian mula kepala pusing kanan dan kiri sambil mata pun taknak kalah mengerling ke sisi, atas dan bawah.

Ni berdasarkan pemerhatian saya dalam movie cerita hantu atau di page perubatan islami yang menunjukkan ustaz sedang mengubati pesakit.

Nak dijadikan cerita, ada seorang ibu ni bercerita kepada saya tentang anaknya yang s**a buat pergerakan mata lebih kurang seperti situasi dia atas.

Tapi anaknya tak kena rasuk pun.

Ibunya sambung lagi.

Anaknya akan berbuat begitu selepas aktiviti fokus agak lama seperti membaca cerita, belajar atau melukis.

Kadangkala terlihat juga wajah anaknya begitu rapat sekali dengan buku.

Tak pasti, adakah habit sengaja hampiri buku begitu dekat agar lebih fokus?

Teorinya begini, bila mata lagi dekat dengan buku atau handphone misalnya..

Tulisan di bahagian ‘central vision’ kita menjadi lebih besar. Kawasan tengah vison kita akan fokus terasa lebih luas.

Dan kita secara tidak langsung mengurangkan gangguan yang datang dari pandangan sisi (periphery vision).

Sebab tu lebih fokus bila pegang sangat dekat dengan mata.

Namun ada sedikit kebimbangan di sini. Kerana melihat dengan terlalu dekat akan menyebabkan mata kita lebih bekerja.

‘Over-worked’

Mata yang selalu over-worked ni tidak bagus.
Ada kesan lain boleh timbul jika mata tu secara ‘rohnya’ tak kuat.

Sambung cerita,

Atau jika dijauhkan sedikit, nanti tidak nampak p**a tulisan pada buku?

Sebab tu adik ni perlu pegang buku dengan lebih dekat dengan mata?

Seterusnya,

Bila mata mula rasa tak selesa,

mungkin dah penat atau tulisan jarak dekat tu nampak kabur..

Bermulalah episod buat jelingan macam seolah-olah kena rasuk tu.

Dia macam mata tu nak menggeliat.

Dia bukan setakat jeling kanan biasa, tapi jeling terpaling kanan sampai tak boleh nak ke kanan dah. Berpusing atas bawah.

Tapi takde la sampai mata terbalik hingga nampak mata putih je. Dalam movie boleh le kelentong gitu.

Saya pasti setiap kita di sini pernah menggeliatkan.

Bangun pagi. Menggeliat dulu badan. Nak longgarkan otot-otot badan gitu.

Ataupun kalau kita masih ingat.

Sebelum kita mula bers**an di sekolah, cikgu akan suruh kita ‘warming up’ dulu. Ada la pergerakan-pergerakan badan tertentu kita kena buat.

Kepala dongak atas, bawah, kiri dan kanan.
Lepas tu tangan p**a kena regang ke tepi, ke depan. Kaki pun sama.

Supaya badan kita tak terkejut beruk, tiba-tiba je berlari atau bers**an.

Boleh kejang tau, jangan main-main.

Mata pun sama juga.

Kenapa mata kita boleh gerak kiri kanan pusing-pusing semua?

Sebab ada otot mata yang pegang mata kita ni.

So, yang namanya otot tu, tak kisah la otot tangan ke kaki ke.. kalau kerja ter’over-worked’.. boleh terkesan.

Otot tangan kaki ni boleh lagi letak minyak angin/urut.

Yang dalam mata ni?

Haaa jangan memandai p**a pergi tuang minyak dalam mata 😅

Seolah-olah seperti menggeliat mata, boleh menjelaskan kembali tulisan kabur dalam buku.

Atau dengan pergerakan menggeliat tu mungkin boleh meredakan tak selesa mata dialami.

Akan datang, jika buat lagi apa-apa aktiviti jarak dekat dalam tempoh agak lama.. mungkin akan terjadi lagi ‘mata keras**an’.

Apa-apa pun, kalau nak tahu apa puncanya.

Bonus tips,
kalau ia ditambah lagi simptom seperti:
-mata kerap berair
-senak mata
-sakit area kening atau dahi

Bukan pergi check telinga, bukan check gigi.

Kenalah check mata dahulu.

Sebab yang masalahnya mata 😆

Maaf ya kalau penulisan saya ni ada mengguris hati sesiapa.

Guris sikit je, nanti tampal plaster 🩹
Nasib baik tak robek.

Terima kasih sudi baca sampai habis.

Jangan lupa Like & follow 👌

Address

Rizal Optometris, No. 15, Jalan Meru Bestari A6, Bandar Meru Raya, IPOH
Perak
30020

Opening Hours

Tuesday 11:00 - 21:00
Wednesday 11:00 - 21:00
Thursday 11:00 - 21:00
Friday 11:00 - 21:00
Saturday 11:00 - 21:00
Sunday 11:00 - 21:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hanun Nadiah - Optometris posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Hanun Nadiah - Optometris:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Category