Pusat Hemodialisis Zakat Mainpp

Pusat Hemodialisis Zakat Mainpp Rawatan dialisis PERCUMA kepada pesakit Asnaf

Pusat Hemodialisis Zakat MAINPP Cawangan Tasek Gelugor kini kembali beroperasi dengan wajah baharu yang lebih moden dan ...
28/11/2025

Pusat Hemodialisis Zakat MAINPP Cawangan Tasek Gelugor kini kembali beroperasi dengan wajah baharu yang lebih moden dan selesa. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Dato’ Dr. Mohamad Abdul Hamid, Timbalan Ketua Menteri I merangkap Yang di-Pertua MAINPP.

Naiktaraf penuh ini melibatkan kos RM1.42 juta, merangkumi kerja pematuhan dan bangunan (RM800k), khidmat perunding dan jurutera (RM120k), serta pembelian aset berteknologi terkini (RM500k).

PHZ Tasek Gelugor kini menempatkan 12 mesin hemodialisis dan mampu menampung 60 pesakit, dibantu 6 kakitangan terlatih. Semua rawatan diberikan secara percuma melalui dana zakat kepada asnaf yang layak.

Salam takziah buat keluarga. Semoga Allah memberi ketabahan dan kekuatan menghadapi ujian ini. Semoga roh Allahyarhamah ...
30/10/2025

Salam takziah buat keluarga. Semoga Allah memberi ketabahan dan kekuatan menghadapi ujian ini. Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang beriman. 🤍

Zakat Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (Zakat MAINPP) merakamkan ucapan takziah atas pemergian ke Rahmatullah kakitangan Inapan Kasih Sayang MAINPP:

Allahyarhamah Cik Illi Hurin Izyan binti Shamsul Anuar Penolong Eksekutif Perakaunan, Inapan Kasih Sayang (IKS).

Allahyarhamah telah kembali ke Rahmatullah pada jam 9.13 malam.

Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat Allah SWT, diampunkan segala dosa, diterima segala amal solehnya, dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman serta beramal soleh.

Salam takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarhamah.
Semoga dikurniakan ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi kehilangan ini.

Al-Fatihah.

Majlis Himpunan Pesakit Dialisis Tajaan Zakat MAINPP 2025 yang berlangsung di Dewan Wisma Al-Ansar, Masjid Seberang Jaya...
13/07/2025

Majlis Himpunan Pesakit Dialisis Tajaan Zakat MAINPP 2025 yang berlangsung di Dewan Wisma Al-Ansar, Masjid Seberang Jaya pagi tadi.

Majlis telah disempurnakankan oleh Setiausaha MAINPP, YBhg Dato’ Haji Rosidi Hussain, yang menyatakan bahawa inisiatif ini bertujuan memastikan golongan yang berdepan cabaran kesihatan kronik tidak terabai dan terus diberi akses kepada rawatan yang sewajarnya.

Program ini meraikan pesakit-pesakit dari 8 cawangan Pusat Hemodialisis Zakat Mainpp (PHZ) dan 23 pusat rawatan panel yang dilantik. Acara istimewa majlis ini turut menyaksikan penyampaian Anugerah Ikon Pesakit Inspirasi PHZ MAINPP Tahun 2025 kepada tujuh (7) penerima terpilih. Mereka diiktiraf atas ketabahan, disiplin serta semangat juang yang tinggi dalam menempuh rawatan harian, menjadikan mereka contoh inspirasi kepada pesakit lain.

Objektif utama Majlis ini diadakan bagi mewujudkan persekitaran yang lebih mesra dan penyayang pesakit,penjaga/keluarga dan kakitangan kesihatan. Selain itu, majlis ini diadakan bertujuan memberi pendedahan kepada masyarakat umum mengenai agihan zakat dalam menyemai kesedaran berzakat di Zakat MAINPP

09/06/2025

Salam Takziah kepada keluarga 15 penuntut UPSI yang maut dalam kemalangan di Gerik.
Al-Fatihah.

07/06/2025

Selamat Hari Raya Aidiladha
2025M | 1446H
“Semoga tiap-tiap pengorbanan kita didunia mendapat berkat dan redha dari Allah”

04/06/2025

Tayangan Montaj Majlis Apresiasi Jururawat PHZ 2025

📌03 Jun 2025 - Majlis Apresiasi Jururawat PHZ MAINPP 2025.Majlis perasmian ini telah disempurnakan oleh YB Dato' Dr. Moh...
04/06/2025

📌03 Jun 2025 - Majlis Apresiasi Jururawat PHZ MAINPP 2025.

Majlis perasmian ini telah disempurnakan oleh YB Dato' Dr. Mohamad bin Abdul Hamid Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang bertempat di Ixora Hotel Penang.

Majlis penghargaan ini julung kali diadakan bagi menghargai jururawat dan wargakerja PHZ MAINPP sempena Hari Jururawat Sedunia bulan lalu. YB Dato' Dr. Mohamad bin Abdul Hamid juga turut menyampaikan sijil penghargaan kepada kakitangan PHZ yang telah Berkhidmat melebihi 15 tahun dengan penuh jiwa raga.

Semoga program ini dapat menyuntik semangat semua warga kerja untuk terus berkhidmat dengan lebih cemerlang dan berdedikasi.



04/06/2025
12/05/2025

Selamat Hari Jururawat Sedunia.

“Our Nurses. Our Future. Caring for nurses strengthens economies”

30/04/2025

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada seluruh warga kerja Pusat Hemodialisis Zakat MAINPP yang sentiasa menunjukkan komitmen, dedikasi dan semangat dalam menjalankan amanah.

Semoga setiap usaha yang dicurahkan diberkati dan menjadi saham amal jariah yang berpanjangan.

“Setiap kamu adalah pemimpin, dan setiap kamu akan dipertanggungjawabkan terhadap apa yang dipimpinnya.”
(Hadis Riwayat al-Bukhari & Muslim)

SELAMAT MEMYAMBUT HARI PEKERJA 2025
“Pekerja Kesuma Bangsa”

Address

No 503 Tingkat 1, Jalan Permatang Rawa, Kawasan Perniagaan Permatang Rawa
Permatang Rawa
14000

Telephone

+6045382003

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Hemodialisis Zakat Mainpp posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Pusat Hemodialisis Zakat Mainpp:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram