20/09/2021
TRUE STORY.
Client 11 tahun ambil Medical Insurance bersama Prudential, ada exclusion untuk penyakit sedia ada.
Kemudian, datang lah Ejen BBNU dari syarikat lain buka cerita kata ambil dengan syarikat kami, semua cover. Lagipun tak pernah claim katanya.
Kita ni bila ada orang offer produk baik, siapa tak nak kan. Jadi bertukar lah member ni semua polisi satu family ke syarikat lain.
Dalam tempoh tak sampai satu hari, polisi approve.
Sini dah nampak pelik, jika declare penyakit sedia ada, proses akan ambil masa.
Selepas polisi baru berusia 9 bulan, Client start sakit dan memerlukan rawatan di hospital. GL decline atas alasan polisi masih baru. Kemudian after a few month, datang p**a penyakit lain.GL decline lagi atas alasan "Non Disclosure item". Nk guna medical card lama, semua dah dibatalkan sebaik sahaja polisi baru approve.
Ejen kata boleh pay and claim. Semua proses claim Client buat sendiri dan Ejen tak ambil tahu langsung.
Client hantar claim, decline. Client buat appeal, masih decline. Wassap Ejen tanya macamana nak buat sekarang ni. Jawapan Ejen "Sorry, saya dah tak jadi Ejen lagi."
Moral of the story:-
1. Jika medical card anda ada exclusion, setia lah dengan polisi tersebut sampai bila-bila.
2. Jangan terus percaya Ejen yang bagi janji bulan bintang.
3. Kepada Ejen yang s**a mengambil Client orang lain, tolong jangan nak kejar award dan komisyen dengan janji macam2. Sebab kes sebegini akan menghancurkan kerjaya you all.
4. Kepada Client, jika tak faham benefit you all, review dengan Ejen sendiri. Minta pandangan mereka dahulu. Jika masih kurang jelas, tanya lah pandangan Ejen lain yang you selesa. Tapi tidak bermakna you boleh terus tukar ye.
Love. Kindness. Generosity