02/12/2023
𝗣𝗲𝗻𝘁𝗶𝗻𝗴𝗻𝘆𝗮 𝗞𝗲𝘆𝗺𝗮𝗻 𝗣𝗼𝗹𝗶𝗰𝘆!
This is a long post. But do have a read if you're a business owner.
Selalu kita dengar, "best la kau, ada stesen minyak sendiri..."
But what happens sekiranya we're not prepared for the eventuality - Bila kita, sebagai owner, meninggal, and without any proper protection.
Baca kisah perkongsian Puan Mas 👇🏽
__________________
“Yang,if anything happen to me after operation,
use petronas untuk sara you dan anak2 ok”.
Antara kata2 arwah suami Mas dua tiga hari sebelum pembedahan dilakukan.
Seminggu selepas arwah pergi, pihak pengurusan Petronas menelefon Mas untuk berbicara tentang proses ambil alih stesen minyak Petronas tersebut.
- Semua akaun syarikat perlu ditutup terlebih dahulu disebabkan nama syarikat atas satu nama. (Kebanyakkan pengeluaran akaun tidak berjaya dilakukan disebabkan akaun telah dibekukan atas status kematian tersebut).
- Semua barang-barang di dalam Mesra perlu dijual atau di pulangkan semula kepada supplier. Waktu ini Mas habiskan hampir RM100K untuk bayar semua hutang2 dengan supplier. Dan barang-barang yang tidak dapat dipulangkan, diberi sumbangan kepada anak yatim.
- Minyak yang diterima perlu dikeringkan.Kira perlu dijual sampai habis. Waktu ini overdraft akaun minyak sampai RM150K. Ini juga perlu dilangsaikan segera.
Selepas semua ini selesai, stesen minyak ini perlu ditutup terlebih dahulu sebelum diserahkan kepada Mas semula dan waktu ini pihak petronas meminta wang cagaran sebanyak RM300K. Walhal duit modal atau cagaran atas nama arwah suami telah dibekukan. Untuk mendapatkan balik perlu melalui proses faraid terlebih dahulu.
Dan akhirnya selepas membuat pengiraan untung bersih, stesen Petronas ini hanya dapat memberikan pulangan modal sebanyak RM8K sebulan sahaja.
(Sales yang sangat rendah untuk 3 tahun lepas).
Dan waktu itu Mas terpaksa melepaskan jawatan mas di bank sekiranya mas ingin meneruskan perniagaan stesen minyak tersebut.
Dan dengan berat hati, Mas membuat keputusan untuk menarik diri dan memulangkan stesen minyak itu kepada Petronas kembali, atas faktor-faktor :
1. Sejumlah modal besar diperlukan. Manakala wang simpanan arwah semua dibekukan.
2. Perlu melepaskan pekerjaan yang sedia ada. Fixed income earner.
3. Dengan status Mas ketika itu, dan duduk di perantauan ( Kuantan) berjauhan dengan mak ayah (Kuala Lumpur), mas memilih untuk pulang kepangkuan mereka bersama anak-anak.
4. Stesen minyak ini sangat bergantung kepada location. Dimana waktu itu LPT telah dibuka, jadi banyak lencongan kenderaan. Buntu memikirkan cara untuk menaikkan sales.
Jadi bila kita ada business sendiri, belum tentu waris kita dapat mewarisi seperti yang kita harapkan.
Dalam situasi Mas ini, Kalaulah waktu itu ada “instant cash” yang Mas boleh gunakan, mungkin mas masih boleh meneruskan legasi arwah.
Bukan hanya individu sahaja yang memerlukan perlindungan, legasi yang kita nak wariskan juga perlukan perlindungan.
Buat rakan-rakan Mas yang ada business ni, ambil lah pengajaran dari cerita Mas ini. Supaya waris-waris anda dapat mewarisi legasi anda seperti yang anda hajatkan.
Mas boleh sharekan kisah ini kpd sesiapa
yg ingin tahu dgn lebih lanjut.
Kita beri legasi kepada yang tersayang,
Bukan hutang kepada mereka…
Ini belum lagi kita cerita tentang businessman yang tetiba menghidap penyakit kritikal dan tak mampu untuk menguruskan business beliau.
Kredit artikel : Masitah Ramli
Love ❤️,
_NZ_