24/02/2022
B. Sumber Makanan yang LEBIH SESUAI untuk PESAKIT BUAH PINGGANG (Bahagian 2)
1. Roti putih:
Roti putih lebih disyorkan kepada pesakit buah pinggang berbanding roti wholemeal. Ini kerana kerana kandungan potassium dalam roti putih lebih rendah berbanding roti wholemeal
2. Nasi Putih:
Nasi putih adalah lebih sesuai bagi pesakit buah pinggang berbanding nasi beras perang atau beras rebus (parboiled rice). Ini kerana beras putih lebih rendah kandungan potassium berbanding beras perang dan beras rebus.
Walaubagaimanapun, nasi dari beras perang bagus bagi pesakit biasa (selain pesakit buah pinggang) untuk bantu turunkan darah tinggi, kolesterol dan gula dalam darah.
3. Daging:
Kandungan potassium dalam daging itik adalah 204 mg manakala daging ayam adalah 223 mg . Daging kambing p**a tinggi sedikit kandungan potassiumnya iaitu 310 mg dan daging lembu p**a 318 mg*
4. Sotong, Kerang, Ikan dan Udang: Udang menunjukkan kandungan potassium terendah iaitu 259 mg. Diikuti dengan ketam (262 mg), sotong (273 mg) dan kerang (314 mg). Ikan sardin p**a 397 mg potassium berbanding ikan kembung (401 mg) dan ikan merah (417 mg). Ikan makerel p**a tinggi kandungan potassium iaitu 520 mg*.
5. Sayur-Sayuran Rendah: Potasium
Di antara sayur-sayuran rendah potassium adalah taugeh (79 mg), terung (229 mg), kacang panjang (240 mg), kobis bunga (299 mg), brokoli (316 mg) dan sawi (384 mg). Petola p**a menunjukkan kandungan potassium yang agak tinggi (453 mg)*.
6. Buah-buahan:
Rambutan rendah kandungan potassium (84 mg), diikuti dengan epal (107 mg), nanas (109 mg), strawberi (153 mg), mangga (168 mg), betik (182 mg) dan anggur (191 mg)*. Jus oren tinggi potassium dan perlu dihadkan penggambilannya oleh pesakit buah pinggang.
*kesemua analisa dibuat menggunakan 100g sampel
Rujukan:
1. Jillian Kubala, MS, RD on November 18, 2019The 20 Best Foods for People with Kidney Disease
2. Kaitlyn Berkheiser May 6, 201817 Foods to Avoid If You Have Bad Kidneys
3. Renal Diet Basics. https://my.clevelanclinic.org
4. Int. J. Mol. Sci (2017) doi:10.3390/ijms18091980 (Saintis Mexico)
5. Renal Filure 33(7): 718-725 (2011) (Saintis Turki)
6. Iranian Journal of Kidney Diseases (7)(5). September 2013 (Saintis Turki)