SIHAT MU, SIHAT KU

SIHAT MU, SIHAT KU "Sihat itu bukan suatu kemewahan. Sihat itu murah, tetapi menjadi mahal ketika sehat telah berubah menjadi sakit."

Semoga komunikasi kita dengan anak sehari-hari semakin baik ya.
17/02/2022

Semoga komunikasi kita dengan anak sehari-hari semakin baik ya.


GOUT: PUNCA & TIPS MERENDAHKAN URIK ASIDGout, sejenis penyakit yang boleh dikatakan menyerang mereka yang sudah berusia....
15/02/2022

GOUT: PUNCA & TIPS MERENDAHKAN URIK ASID

Gout, sejenis penyakit yang boleh dikatakan menyerang mereka yang sudah berusia. Dan gout juga penyakit yang telah lama wujud dalam bidang perubatan dan hingga kini penyakit ini menjadi satu mimpi ngeri kepada penghidapnya. Kenapa mimpi ngeri? Ini kerana sakitnya gout ini apabila ia menyerang, sakitnya yang teramat sakit dan hanya mereka yang menderitainya sahaja yang tahu tahap kesakitannya.

Siapa yang berisiko mendapat sakit gout?

Jika dibandingkan antara lelaki dan wanita, lelaki lebih berisiko untuk mendapat sakit gout. Nisbahnya boleh dikatakan 9:1 dan wanita yang telah melalui fasa menopaus berisiko tinggi untuk mendapat gout.

Siapa lagi?

Mereka yang mempunyai keturunan pernah menderitai gout juga berisiko tinggi suatu hari nanti akan mendapat sakit gout. Ini bukan disebabkan oleh masalah urik asid lagi tetapi disebabkan genetic variants yang mana menyebabkan buah pinggang tidak dapat keluarkan asid urik dengan sempurna.
Secara umumnya gout ini dikaitkan dengan artritis iaitu radang pada sendi.

Gout juga boleh dibahagikan kepada tiga tahap iaitu;

i) Tahap pertama iaitu ia hanya menyerang di bahagian ibu jari kaki dengan menyebabkan ibu jari kaki mula bengkak, merah dan berdenyut.

ii) Tahap kedua, adalah rentetan daripada signal yang diberikan pada ibu jari kaki dan tidak dijaga ia akan mula merebak kepada bahagian sendi p**a. Iaitu sendi-sendi tangan, lengan dan lutut.

iii) Tahap ketiga p**a apabila tophi sudah membentuk di dalam sendi. Sendi akan membengkak tapi tidak terlalu sakit, namun ia akan membengkak sepanjang masa. Apabila dilakukan pembedahan dan tophi (seperti serbuk putih) dikeluarkan dari sendi, namun hal itu akan berulang kembali dalam jangka-jangka masa tertentu.

Adakah gout setakat gout sahaja?

Jawapannya adalah tidak. Ia akan menyebabkan terjadinya masalah batu karang pada buah pinggang yang juga amat sakit. Disebabkan itulah pesakti gout dinasihatkan untuk minum air putih yang banyak untuk mengelakkan daripada terjadinya masalah batu karang terjadi.

Untuk pengetahuan umum, gout ini terjadi disebabkan oleh pengump**an asid urik berlebihan. Salah satu sebab terjadinya masalah ini adalah disebabkan oleh pengambilan purin dari luar dan juga disebabkan purin yang dihasilkan di dalaman.

Apa itu purin? Purin ada sejenis hasil pengeluaran daripada protein dan seterusnya menghasilkan asid urik.

Pesakit Gout perlu elakkan makanan ini;

i) Organ dalaman (limpa, paru dan hati)
ii) Makanan yang bercengkerang
iii) Daging terutamanya daging itik perlu dielakkan.
iv) Sayuran yang daripada jenis berkacang dan jenis asparagus dan juga bunga kubis.
v) Ikan iaitu ikan bilis, ikan sardin dan juga ikan kembung
vi) Makanan yang tinggi penggunaan ragi.

Punca yang membawa kepada penyebab urik asid tinggi dalam badan seseorang ialah;

i) Obes/ gemuk / lebih berat badan. Individu ini mempunyai risiko 4 kali ganda lebih tinggi untuk mendapat sakit gout berbanding individu normal. Mereka juga terdedah dengan risiko masalah metabolik. Individu yang mengalami masalah buah pinggang dan masalah hormon seperti hipo paratiroid juga terdedah kepada risiko gout.

ii) Kerosakan sel disebabkan oleh masalah sirosis dan kanser sum-sum tulang.

iii) Senaman yang berlebihan. Ini akan menyebabkan catabolism otot dan menghasilkan purin.

iv) Gaya hidup yang tidak sihat iaitu stres dan tidur yang tidak mencukupi.

v) Pengaruh toksin yang berpunca dari logam berat seperti plumbum yang terdapat dalam air minuman (jika tidak ditapis) yang datangnya daripada paip lama. Dinasihatkan untuk mendapat air tapis.

vi) Berpunca dari racun-racun serangga (salah satunya sayur yang disembur dengan racun serangga).

vii) Peningkatan insulin dan pengambilan bahan-bahan yang mengandungi fruktosa yang datangnya dari gula dan High Fructose Corn Syrup (HFCS).

Apa itu fruktosa dan kenapa ianya bahaya

Gula putih yang sering diambil dalam minuman itu adalah sukrosa dan ianya terdiri daripada molekul utama iaitu glukosa dan fruktosa. Glukosa ini tidak mempunyai masalah kerana ianya digunakan oleh badan untuk menghasilkan tenaga.

Manakala fruktosa ini yang tidak digunakan oleh mana-mana sel dan ia akan pergi ke hati. Apabila ianya dicernakan di hati akan menyebabkan banyak masalah. Oleh itu, individu perlu berhati-hati dengan pengambilan fruktosa tidak semulajadi.
Selain itu, lebih menakutkan 70-80% fruktosa akan ditukar menjadi Very Low Density Lipoprotein atau VLDL yang mana akan menyebabkan berlakunya obesiti.

Disamping itu, ia juga boleh menghasilkan titisan lipid dihati yang boleh menyebabkan berlakunya sindrom hati berlemak dan boleh menyebabkan kerosakan hati. Ia juga boleh menganggu nitric oxide pathway di dalam darah anda.

Dimana jika paras nitric oxide rendah, salur darah akan menjadi sempit dan meningkatkan risiko darah tinggi. Ia juga boleh menyebabkan rintangan insulin meningkat seterusnya menyebabkan penyakit Diabetes.

Selain itu, fruktosa apabila dihadam di hati boleh menghasilkan bahan-bahan sampingan seperti urik asid. Dalam kehidupan moden hari ini semua yang dimakan mempunyai bahan fruktosa.

Buah juga mengandungi fruktosa. Oleh itu, berhati-hatilah dalam pengambilan buah dan ia perlu diambil pada jumlah yang terkawal. Fruktosa dalam buah adalah lebih selamat dan semulajadi, ini kerana buah mempunyai serat, zat, bahan-bahan anti-oksidan yang baik untuk kesihatan. Oleh sebab itu, ambil buah dalam bentuk pakej di mana ada racun dan penawar, namun jika HFCS diambil itu hanya racun semata-mata.

Minuman manis, gula, pastri dan makanan manis akan meningkatkan urik asid. Dan sebenarnya gout ini terjadi disebabkan keradangan yang berlaku dalam badan seseorang itu. Asid urik juga boleh meningkat disebabkan oleh faktor dalaman. 1/3 individu yang mempunyai asid urik tinggi mengalami masalah gout.

Namun, tidak semua individu yang mempunyai masalah asid urik tinggi mempunyai gout. 7-9% juga tidak mempunyai masalah asid urik yang tinggi.

7 TIPS ATASI GOUT

1. Obes langkahnya turunkan berat badan – obes berkait rapat dengan banyak penyakit dan kuruskan badan dengan Intermittent Fasting iaitu mengehadkan pengambilan makanan dalam julat 6 - 8 jam tetapi boleh minum air.

2. Mengurangkan pengambilan fruktosa iaitu dengan elakkan mengambil gula dan air manis. Dan air putih atau air kelapa sahaja dibolehkan.

3. Kurangkan paras insulin dalam badan dengan mengelakkan makanan yang tinggi Glisemik Indeks (GI). Pulut perlu dielakkan kerana pulut mempunyai GI yang tinggi (98) sama seperti makan gula. Untuk mendapatkan kawalan insulin yang baik, anda perlu menjalani gaya hidup sihat seperti kurangkan stress, tidur mencukupi dan senaman. Senaman yang baik adalah sebanyak 150 minit dalam seminggu.

4. Lakukan keto diet yang mana boleh turunkan asid urik dalam badan.

5. Tingkatkan pengambilan magnesium dengan mengambil suplemen magnesium dan juga potassium pada kadar optimum. Tetapi pesakit buah pinggang perlu berhati-hati dengan potassium.

6. Kopi – 1 hingga 4 cawan sehari boleh menghalang gout.

7. Anti radang (nutrisi yang mempunyai anti radang) seperti polifenol daripada buah-buahan berfungsi boleh mencegah serangan gout, vitamin C dan kunyit. Jus nenas boleh membawa kepada gout namun perlu pulur nenas dibolehkan untuk mengurangkan gout.

Bonus : Pesakit gout dinasihatkan lebih kerap makan masakan di rumah.

🍍JUS NENAS (GOUT) AMIRNA🍍(Sesuai utk Gout, Masalah Urat Saraf dan Sendi) 🍍 Jus ini dirumus khas utk membantu mereka yg a...
15/02/2022

🍍JUS NENAS (GOUT) AMIRNA🍍
(Sesuai utk Gout, Masalah Urat Saraf dan Sendi)

🍍 Jus ini dirumus khas utk membantu mereka yg ada masalah GOUT.. Selain itu Jus ini Boleh Mengubati Lenguh Sendi, Pinggang, Lutut dan sangat sesuai untuk orang ada masalah Sendi dan Urat Saraf.

🍍 Cara minum
Jus ni satu botol perlu DIHABISKAN minum sekaligus...

‼️UNTUK PESAKIT GOUT YANG KRONIK, DI SYORKAN MINUM...

2 BOTOL JUS PADA BULAN PERTAMA (2minggu/1botol)
1 BOTOL UNTUK BULAN KEDUA dan
1 BOTOL UNTUK BULAN KETIGA

Kepada yg berpenyakit GOUT,Antara perkara penting dalam pemakanan untuk sakit gout ialah banyakkan memakan makanan bersi...
14/02/2022

Kepada yg berpenyakit GOUT,

Antara perkara penting dalam pemakanan untuk sakit gout ialah banyakkan memakan makanan bersifat alkali. Antaranya adalah:

1. Buah dan sayur: kerap makan lobak putih, daun saderi/sup, atau buah ceri (dos rawatan gout: 25 biji sehari), atau cuka epal 1 sudu besar selang sehari. Cuka epal dan buah ceri adalah rawatan yang berkesan untuk penyakit gout.

2. Banyakkan minum air beralkali seperti air telaga, air bukit, air zam-zam, air bertapis, air bawah tanah.

3. Sumber protein : Ganti ayam daging dengan ayam kampung / organic kerana ayam kampong kurang bersifat asid berbanding ayam daging komersial. Walaubagaimanapun hadkan pengambilannya kerana ia juga termasuk makanan berasid. Elakkan daging lembu. Hadkan pengambilan susu kepada 1 pain sehari.

4. Ganti majerin, lelemak sayuran / shortening, krimer minyak sayuran, dan minyak sayuran terhidrogen dengan mentega susu asli (Anchor, SCS), minyak sapi asli (QBB).

5. Ganti gula pasir putih dengan gula merah, gula molasses, madu asli, jaggery cane sugar (gula tebu asli), gula nipah, gula kabung, gula kelapa asli.

6. Kurangkan makanan berminyak / bergoreng. Jika hendak menggoreng @ menumis, guna minyak zaitun extra virgin atau minyak karotino. Kurangkan penggunaan minyak masak bertapis/refined yang diproses secara kimia. Jangan guna minyak goreng lebih 3x recycle.

Di atas serba sedikit tips pemakanan yang baik untuk pesakit gout, tapi selain pemakanan, boleh cuba penawar cypreme sebagai gantian makanan di atas bagi memudahkan cara. Juga seeloknya mula ikhtiar dengan mendapatkan rawatan sakit gout yang sesuai.

14/02/2022
14/02/2022

Address

Sungai Way
Petaling Jaya

Telephone

+601151845645

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SIHAT MU, SIHAT KU posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to SIHAT MU, SIHAT KU:

Share