
28/12/2022
JOHOR BAHRU: Luluh hati seorang tahanan wanita yang menangis, apabila diberi peluang menatap wajah anak bongsunya buat kali terakhir, sebelum jenazah kanak-kanak lelaki itu yang korban penderaan dikafankan hari ini.
Wanita berusia 39 tahun yang masih berada dalam tahanan Penjara Simpang Renggam, Kluang itu, diberi peluang kira-kira lima minit melihat jenazah anaknya selepas selesai dimandi dan dikafankan di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini.
Wanita yang memakai pakaian tahanan berwarna ungu itu, dilihat menangis sebaik keluar menuju ke van sambil diiringi dua pegawai penjara.
Difahamkan, ibu kepada 11 anak itu, hanya diberitahu mengenai kejadian malang menimpa anaknya itu sebaik tiba di bilik mayat kerana wadar ingin mengawal emosi ibu terbabit sepanjang dalam perjalanan dari penjara.
Datuk saudara kepada kanak-kanak itu, Ruslan Ahmad, 47, melahirkan rasa terkilan mengenangkan nasib malang menimpa kanak-kanak itu.