14/06/2017
Beribu ribu bahan kimia di tambah dalam makanan harian kita pada zaman kimia ini.
Pelbagai racun serangga,racun rumput, dan hormon di gunakan dalam pengeluaran makanan.
Penggunaan bahan kimia untuk mengawal penyakit binatang dan mempercepatkan tumbesaran adalah amalan biasa dalam industri penternakan.
Makanan harian kita banyak di proses, di sejukkan dan di masak.Ini merosakkan vitamin dan galian dalam makanan.
Hati akan menjadi lemah apabila sering terdedah dengan pelbagai bahan kimia seperti " racun serangga,racun rumput rampai,penyegar udara,agen pemutih,pengawet,antibiotik dan cat.( Lai 2006).
Apakah fungsi hati?
1. Sebagai satu penapis untuk darah dan cecair limfa.Hati memproses dan memecahkan makanan,minuman dan toksik daripada rokok yang tidak sihat.
2. Hati menukarkan bahan-bahan kimia larut lemak kepada bahan-bahan kimia yang larut air untuk memudahkan pembuangan dalam bentuk cecair seperti air kencing.
3.Hati menyimpan bahan toksin.
4. Untuk memudahkan penghadaman lemak, hati mengalirkan " bile"." Bile ini disimpan dalam pundi hempedu.Ia digunakan dalam penghadaman lemak dan penyerapan khasiat.
5.Hati menyerap amonia dari darah dan menukarkan kepada urea yang kurang toksik ( iaitu mengandungi nitrogen).Urea diangkut di dalam darah dan seterusnya dibawa kepada ginjal untuk dibuang daripada badan.
6. Hati membuang bahan-bahan toksin di dalam badan kita.
7. Hati membina bahan-bahan pembekuan darah,memproses sel-sel darah merah yang lama,membuang hemoglobin dan menyimpan zat besi untuk kegunaan masa hadapan.
8.Hati menyimpan vitamin A,B12, D,E dan K.
9.Hati juga salah satu penyebab kepanasan badan kita.
Sekiranya saluran hati perlu memproses terlalu banyak bahan kimia, ia akan mengakibatkan pengump**an toksin di dalam badan kita.
Apabila terlalu banyak makan, beban kerja hati akan bertambah.Jika hati menyimpan terlalu banyak bahan toksin, kerosakan hati boleh berlaku.
Maka hati juga perlu di detoks.
Sudah berapa tahunkah kita sudah menghirup udara di dunia ini?
Dan sudah berapa kalikah kita sudah detoks hati kita?
Perlukan konsultansi dan nasihat ?
Wassup 0176794584