Sektor Kesihatan Angkasa

  • Home
  • Sektor Kesihatan Angkasa

Sektor Kesihatan Angkasa Ini ialah page untuk Sektor Kesihatan Angkasa merangkumi subsektor seperti Coop Dialisis & Coop Farmasi.

29/11/2023
11 Disember 2018Syabas dan tahniah...DATO’ ABDUL FATTAH DIPILIH SEMULA SEBAGAI  PRESIDEN ASEAN COOPERATIVE ORGANIZATION ...
11/12/2018

11 Disember 2018

Syabas dan tahniah...

DATO’ ABDUL FATTAH DIPILIH SEMULA SEBAGAI PRESIDEN ASEAN COOPERATIVE ORGANIZATION (ACO)

Presiden ANGKASA Dato’ Abdul Fattah Abdullah dipilih semula sebulat suara menjawat jawatan Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO) bagi tempoh 2018-2022 dalam Mesyuarat pemilihannya yang berlangsung hari ini.

Dato’ Abdul Fattah menang setelah dipilih semula sebulat suara oleh perwakilan daripada sembilan negara yang memberi kepercayaan untuk menerajui pertubuhan koperasi seASEAN itu.

Dato’ Abdul Fattah menerajui ACO yang mempunyai lebih 250,000 buah koperasi diseluruh negara serantau itu dengan bilangan anggota individu seramai kira-kira 65 juta orang.

Dalam pada itu Singapura dan Indonesia dipilih sebagai Naib-Naib Presiden ACO bagi penggal 2018-2022.

Dato’ Abdul Fattah berkata Malaysia akan berusaha meningkatkan kerjasama perdagangan dua hala bagi memasarkan produk dan perkhidmatan koperasi dikalangan negara-negara ASEAN.

“Sejak ANGKASA meneraju ACO, sudah banyak pencapaian dalam bidang perdagangan dan hubungan terjalin lebih erat kerana banyak aktiviti yang dijalankan dikalangan negara anggota” katanya sambil menyatakan lebih banyak aktiviti bakal dilaksanakan jika bajet mengizinkan.

Suasana mesra yang terjalin dikalangan para perwakilan yang hadir jelas menunjukkan semangat yang tinggi untuk bersama-sama membawa gerakan koperasi serantau kepersada dunia.

Sedang berlansung program workshop : maintaning quality dialysis centre dan program interaksi bersepadu antara ahli jari...
22/09/2018

Sedang berlansung program workshop : maintaning quality dialysis centre dan program interaksi bersepadu antara ahli jaringan COOPDIALISIS 2018 dr 21-23 september 2018. Di HOTEL MILIK KOPERASI GURU-GURU MELAYU KEDAH BERHAD. HOTEL DARULAMAN JITRA

We wish to invite all clinical staff who are interest to participate in this event. CPD point would be awarded to elegib...
29/08/2018

We wish to invite all clinical staff who are interest to participate in this event. CPD point would be awarded to elegible participant. 😊😊

25/06/2018

Penggunaan aplikasi moden Advance Dialysis Nephrology Application Network (ADNAN) mampu mencapai rekod pesakit buah pinggang dengan lebih cepat dan mudah berbanding sistem simpanan data konvensional yang diguna pakai hari ini.

Aplikasi yang dicipta pada awal 2013 itu hasil kepakaran bersama Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) diketuai bersama Pensyarah Kanan Fakulti Pengkomputeran UTM, Profesor Madya Dr Mohd Yazid Idris serta Ketua Unit Penyakit Buah Pinggang Kronik (CKD) USM, Profesor Madya Dr Azreen Syazril Adnan.

Ia antara sebahagian hasil penyelidikan menerusi geran bencana banjir yang disediakan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

We are invited you to attend our program, organized by Sinar Delima Event (SDE) & Sinar Haemodialysis Sdn Bhd. The progr...
02/01/2018

We are invited you to attend our program, organized by Sinar Delima Event (SDE) & Sinar Haemodialysis Sdn Bhd. The program will be held in Kuala Lumpur, as follows:

Medical Talk In Conjunction With:
WORLD CANCER DAY 2018
"WE CAN, I CAN"

Date: 21 th January 2018 (Sunday)

Venue:
Ancasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur
Jalan Tun Tan Cheng Lock, P.O Box . 12700,
50768 Kuala Lumpur

For further inquiry & attendance confirmation, kindly contact:
Office: 06-3354428,
Pn Haryani: 014-264 8202,
En Haziq: 017-281 6181,
Pn Azurah: 012-641 5033
Email: sinardelimaevent@gmail.com

16/11/2017
25/08/2017

Alhamdulillah pada 24 Ogos 2017 bersamaan dengan 2 Zulhijjah 1438H,
Koperasi Memajukan Iktisad Pekerja-Pekerja Dan Ahli Keluarga Sinar Haemodialysis Melaka Berhad
(KOOP SINAR) dengan berbesar hati menerima kunjungan dari pihak ANGKASA diketuai oleh Y.Bhg. Prof. Madya Datuk Hj. Mohamad Ali Bin Hassan (Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Perkhidmatan Dan Pengurusan Syariah Serta Integriti. ANGKASA) bagi tujuan penyerahan sumbangan Infaq Lil-Waqf kepada pesakit-pesakit hemodialisis yang terpilih.

Majlis yang bermula pada jam 9.30 pagi ini dimulakan dengan bacaan doa oleh
Y. Bhg. En. Mohd Safian Abdul Rahman. Majlis diserikan lagi dengan ucapan alu-aluan oleh Pengerusi KOOP SINAR iaitu En. Amerudin Kamaludin.

Turut sama hadir dalam majlis ini:

1-Y.Bhg. Tn.Hj. Muslim Md. Shah (Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Melaka)

2-Y.Bhg Tn. Hj. Azhar Hamzah (Pengurus Besar Bahagian Syariah Dan Pembangunan ANGKASA)

3-Pn. Syuhada Salleh (Pegawai Infaq Lil-waqf Bahagian Syariah Dan Pembangunan ANGKASA)

4-Pn. Noor Hadzlina Misbah (Timbalan Pengerusi KOOP SINAR)

5-Tn. Hj. Zakariah Mohd Yasin (Penasihat Klinikal Sinar Haemodialysis Sdn Bhd)

6- En. Abdul Hamid Abd Aziz (Ketua Pegawai Eksekutif Sinar Haemodialysis Sdn Bhd)

Serta Ahli Jawatan Kuasa KOOP SINAR, kakitangan Sinar Haemodialysis dan wakil-wakil cawangan dan juga para pesakit yang diraikan, semoga jalinan ini akan berkekalan dan berterusan di masa-masa akan datang. Diharapkan infaq ini akan sentiasa berterusan dan dimanfaatkan kepada semua pesakit-pesakit yang memerlukan.

09/07/2017
10/03/2017

Address

Block C, Glomac Business Centre, No. 10, Jalan SS 6/1, Kelana Jaya

47301

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60378847820

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sektor Kesihatan Angkasa posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Sektor Kesihatan Angkasa:

  • Want your practice to be the top-listed Clinic?

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram