Hospital Pontian, Johor

Hospital Pontian, Johor Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Hospital Pontian, Johor, Medical and health, Hospital Pontian, Pontian.

๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐— ๐—ฃ๐—”๐—œ๐—”๐—ก ๐—•๐—จ๐—ก๐—š๐—ž๐—จ๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—›๐—”๐——๐—œ๐—”๐—› ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—” ๐—ฆ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง๐—”๐—ก ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—จ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—”๐—”๐—ก ๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐— ๐—œ ๐——๐—ฌ๐— ๐—  ๐—ฆ๐—จ๐—Ÿ๐—ง๐—”๐—ก ๐—๐—ข๐—›๐—ข๐—ฅ๐‡๐จ๐ฌ๐ฉ๐ข๐ญ๐š๐ฅ ๐๐จ๐ง๐ญ๐ข๐š๐ง๐Ÿฌ๐Ÿต ๐—”๐—ฃ๐—ฅ๐—œ๐—Ÿ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ...
16/04/2026

๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐— ๐—ฃ๐—”๐—œ๐—”๐—ก ๐—•๐—จ๐—ก๐—š๐—ž๐—จ๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—›๐—”๐——๐—œ๐—”๐—› ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—” ๐—ฆ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง๐—”๐—ก ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—จ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—”๐—”๐—ก ๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐— ๐—œ ๐——๐—ฌ๐— ๐—  ๐—ฆ๐—จ๐—Ÿ๐—ง๐—”๐—ก ๐—๐—ข๐—›๐—ข๐—ฅ

๐‡๐จ๐ฌ๐ฉ๐ข๐ญ๐š๐ฅ ๐๐จ๐ง๐ญ๐ข๐š๐ง
๐Ÿฌ๐Ÿต ๐—”๐—ฃ๐—ฅ๐—œ๐—Ÿ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ | ๐—ž๐—›๐—”๐— ๐—œ๐—ฆ
๐Ÿญ๐Ÿญ.๐Ÿฌ๐Ÿฌ ๐—ฃ๐—”๐—š๐—œ

Majlis penyampaian hadiah ini telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji kamalludin Bin Haji Jamal, Pegawai Daerah Pontian, bersama isteri, Yang Berusaha Puan Hajah Azlin Binti Ali, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Daerah Pontian kepada ibu bersalin bersempena Sambutan Hari Keputeraan Rasmi DYMM Sultan Johor dengan kerjasama Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Pontian.

Turut hadir ialah barisan Pegawai-Pegawai Tadbir Negeri Johor Daerah Pontian, Kadi Daerah Pontian.

๐—”๐—Ÿ๐—Ÿ๐—”๐—› ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—œ๐—›๐—”๐—ฅ๐—”๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—จ๐—Ÿ๐—ง๐—”๐—ก






Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada seluruh warga kerja Hospital Pontian serta seluruh u...
20/03/2026

Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada seluruh warga kerja Hospital Pontian serta seluruh umat Islam di Malaysia.

Semoga Aidilfitri yang mulia ini membawa keberkatan, kegembiraan serta mengeratkan lagi silaturahim sesama kita

Ikhlas daripada
Pengarah Hospital & Seluruh Warga Kerja
Hospital Pontian





20/03/2026

๐ŸŒ™ SALAM AIDILFITRI DARIPADA HOSPITAL PONTIAN ๐ŸŒ™

MAJLIS IFTAR PERDANA HOSPITAL PONTIAN 1447H / 2026Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Majlis Iftar Perdana H...
19/03/2026

MAJLIS IFTAR PERDANA HOSPITAL PONTIAN 1447H / 2026

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Majlis Iftar Perdana Hospital Pontian pada 17 Mac 2026 bersamaan 27 Ramadan 1447H bertempat di Dewan Sri Tanjung.

Program ini menghimpunkan warga kerja Hospital Pontian dalam suasana penuh ukhuwah dan kebersamaan, di samping menyemarakkan penghayatan bulan Ramadan yang mulia. Pengisian majlis turut melibatkan bacaan tahlil serta solat berjemaah, sebagai tanda kesyukuran dan doa memohon keberkatan buat seluruh warga hospital.

Semoga program seumpama ini dapat terus mengeratkan silaturrahim serta memupuk nilai kebersamaan dalam kalangan warga kerja.

โ€œHospital Pontian Teguh Berdiri, Terus Berbakti, Tetap Dihatiโ€


PROGRAM KHATAM AL-QURAN PERINGKAT HOSPITAL PONTIAN 1447H / 2026Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Program K...
19/03/2026

PROGRAM KHATAM AL-QURAN PERINGKAT HOSPITAL PONTIAN 1447H / 2026

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Program Khatam Al-Quran Peringkat Hospital Pontian pada 17 Mac 2026 bersamaan 27 Ramadan 1447H.

Program ini merupakan pengisian rohani sepanjang bulan Ramadan yang melibatkan warga kerja Hospital Pontian dalam usaha menyemarakkan kecintaan terhadap Al-Quran serta menghayati keberkatan bulan yang mulia ini.

Semoga segala amalan yang dilaksanakan diterima oleh Allah SWT dan menjadi asbab keberkatan serta kesejahteraan buat semua.

โ€œHospital Pontian Teguh Berdiri, Terus Berbakti, Tetap Dihatiโ€


*SALAM TAKZIAH*Seluruh warga kerja Hospital Pontian merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarhamah Puan Fazlind...
16/03/2026

*SALAM TAKZIAH*

Seluruh warga kerja Hospital Pontian merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarhamah Puan Fazlinda binti Mohd Yusof, Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK) Hospital Pontian yang telah kembali ke rahmatullah pada 15 Mac 2026 (Ahad).

Allahyarhamah telah memulakan perkhidmatan beliau di Hospital Pontian sejak 17 September 2009 dan telah menghembuskan nafas terakhir beliau juga di Hospital Pontian. Segala jasa serta khidmat bakti beliau akan sentiasa dikenang oleh seluruh warga hospital.

Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Al-Fatihah

โ€œHospital Pontian Teguh Berdiri, Terus Berbakti, Tetap Dihatiโ€


*Program Penyerahan Bungkusan Hari Raya Kepada PesakitHospital Kerajaan Daerah PontianTahun 2026M / 1447H*Alhamdulillah ...
13/03/2026

*Program Penyerahan Bungkusan Hari Raya Kepada Pesakit
Hospital Kerajaan Daerah Pontian
Tahun 2026M / 1447H*

Alhamdulillah pada hari ini 13 Mac 2026 telah berlangsung dengan jayanya Program Penyerahan Bungkusan Hari Raya kepada pesakit di Hospital Daerah Pontian yang dianjurkan bersama Pejabat Kadi Daerah Pontian yang telah dirasmikan oleh Tuan Haji Kamaludin Bin Haji Jamal, Pegawai Daerah Pontian.

Penyerahan bungkusan Hari Raya kepada para pesakit telah diketuai oleh Tuan Pegawai Daerah Pontian dan isteri serta barisan ketua jabatan yang turut hadir dari Pejabat Kadi Daerah Pontian, Majlis Agama Islam Johor dan Pentadbir Tanah Daerah Pontian.

Semoga sumbangan kecil ini dapat menceriakan para pesakit yang sedang menerima rawatan serta memberi sedikit kegembiraan menjelang sambutan Hari Raya.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga segala usaha dan sumbangan mendapat keberkatan dan ganjaran daripada Allah SWT.





*Program Bubur Lambuk Hospital Mesra Ibadah Kluster Johor Selatan 2026* Program ini telah diadakan pada hari ini 6 Mac 2...
06/03/2026

*Program Bubur Lambuk Hospital Mesra Ibadah Kluster Johor Selatan 2026*

Program ini telah diadakan pada hari ini 6 Mac 2026 bersamaan 18 Ramadan 1447H bertempat di Hospital Pontian bersama Jabatan Kesihatan Negeri Johor & Kluster Johor Selatan yang telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Dr Haji Mokhtar Bin Pungut@Hj Ahmad, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Johor.

Program ini dianjurkan sebagai salah satu pengisian aktiviti sepanjang bulan Ramadan bagi menyemarakkan konsep Hospital Mesra Ibadah, di samping memupuk semangat kerjasama, kebersamaan dan ukhuwah dalam kalangan warga kerja kesihatan.

Melalui program ini, aktiviti penyediaan bubur lambuk dilaksanakan secara gotong-royong sebelum diagihkan kepada semua kakitangan dan pesakit sebagai tanda keprihatinan dan perkongsian keberkatan bulan Ramadan.

Semoga penganjuran program seumpama ini dapat terus memperkukuh nilai kebersamaan serta budaya kerja berpasukan dalam kalangan warga kesihatan.





*Program Bubur Lambuk Perdana Peringkat Daerah Pontian 2026* Program ini telah diadakan dengan jayanya pada 5 Mac 2026 b...
06/03/2026

*Program Bubur Lambuk Perdana Peringkat Daerah Pontian 2026*

Program ini telah diadakan dengan jayanya pada 5 Mac 2026 bersamaan 17 Ramadan 1447H bertempat di Kediaman Rasmi Pegawai Daerah Pontian.

Program ini merupakan inisiatif yang menghimpunkan jabatan-jabatan kerajaan serta badan-badan berkanun di Daerah Pontian dalam usaha mengimarahkan bulan Ramadan melalui aktiviti gotong-royong penyediaan bubur lambuk.

Penganjuran program ini bukan sahaja menyemarakkan suasana Ramadan, malah turut memperkukuh hubungan kerjasama, semangat kebersamaan serta silaturahim antara agensi kerajaan di daerah ini.

Semoga program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang dalam memperkukuh lagi semangat muafakat dan kerjasama antara agensi demi kesejahteraan masyarakat.




Mesyuarat Pembentangan Aktiviti Kualiti dan Unit bagi Pencapaian Januari - Disember 2025 peringkat Hospital Pontian.
04/03/2026

Mesyuarat Pembentangan Aktiviti Kualiti dan Unit bagi Pencapaian Januari - Disember 2025 peringkat Hospital Pontian.

Program Tadarus Al-Quran & Jom Exchange Old Al-Quran๐Ÿ“… 26 Februari 2026 | 8 Ramadhan 1447H๐Ÿ“ Hospital PontianAlhamdulillah...
26/02/2026

Program Tadarus Al-Quran & Jom Exchange Old Al-Quran
๐Ÿ“… 26 Februari 2026 | 8 Ramadhan 1447H
๐Ÿ“ Hospital Pontian

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Program Tadarus Al-Quran & Jom Exchange Old Al-Quran bertempat di Hospital Pontian pada 26 Februari 2026 bersamaan 8 Ramadhan 1447H.

Program ini dianjurkan oleh Hospital Pontian dengan kerjasama Kementerian Dalam Negeri, Johor sebagai salah satu pengisian aktiviti sepanjang bulan Ramadhan yang penuh keberkatan.

Melalui program ini, warga kerja hospital berpeluang untuk bersama-sama mengimarahkan bulan suci dengan sesi tadarus Al-Quran serta menukar Al-Quran lama yang uzur kepada naskhah baharu yang lebih sempurna dan sesuai untuk digunakan.

Semoga usaha murni ini menjadi asbab keberkatan, mengeratkan ukhuwah serta menyemarakkan lagi kecintaan kita terhadap Al-Quran.

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini.




Address

Hospital Pontian
Pontian
82000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hospital Pontian, Johor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Hospital Pontian, Johor:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram