Klinik Pergigian Pandamaran Klang

Klinik Pergigian Pandamaran Klang Klinik Pergigian Pandamaran merupakan klinik pergigian kerajaan yang terletak di dalam daerah Klang

09/10/2024

APAKAH ITU HALITOSIS?

• Halitosis dirujuk sebagai "Nafas Berbau"
• Lazimnya terjadi akibat aktiviti tindak balas bakteria dengan makanan yang tertinggal dalam mulut.
• Halitosis mudah berlaku jika kesihatan dan kebersihan mulut tidak dijaga rapi.
• Halitosis mudah ditangani mengikut punca penyebabnya.

Ketahui punca halitosis dan cara mengatasinya melalui infografik ini.

Skor PEMAT
Kebolehfahaman: 100%
Kebolehtindakan: 100%






09/10/2024

ALAHAN UBAT

“Kulit saya gatal-gatal apabila makan ubat dan sukar untuk saya bernafas.”

Pernahkah anda melalui situasi di atas?

Jika pernah, anda adalah salah seorang yang mempunyai alahan kepada ubat yang dimakan akibat tindak balas sistem imun.

Tanda alahan ubat biasanya berlaku dalam masa 1 jam selepas pengambilan ubat.

Kenalpasti tanda-tanda alahan dan ikuti langkah di atas.

Ingat! Jika anda mengalami tanda-tanda di atas, SILA DAPATKAN RAWATAN SEGERA!

Skor PEMAT
Kebolehfahaman: 100%
KebolehTindakan: 100%






07/06/2024

Jom luangkan masa memberus gigi serentak seluruh Malaysia sempena pada 10 Jun 2023 pukul 10:00 - 11:00 pagi.

Saksikan siaran langsung aktiviti memberus gigi serentak seluruh Malaysia di laman rasmi Facebook Program Kesihatan Pergigian KKM dan Bahagian Kesihatan Pergigian Kelantan.



10/04/2024

Ramadhan bakal berlalu pergi,
Syawwal menjelma di Aidilfitri,
Seikhlas hati menyusun jari,
Memohon maaf kekhilafan diri.

Salam Lebaran, Maaf Zahir dan Batin dari kami Bahagian Kesihatan Pergigian Negeri Selangor.
✨✨✨







02/03/2024

APA ITU PLAK GIGI?

Plak gigi yang dikenali sebagai tahi gigi merupakan lapisan bakteria yang melekit dan melekat pada permukaan gigi.

Untuk pengetahuan anda, plak gigi boleh dibersihkan dengan hanya berus gigi yang berkesan!

Ingat, jangan lupa berus gigi dua kali sehari pagi dan sebelum tidur - bagi memastikan kesihatan gigi yang baik serta senyuman yang menawan!

Skor PEMAT:
Kebolehfahaman: 100%
Kebolehtindakan: 100%






02/03/2024

BARU LEPAS CABUT GIGI?

Penjagaan selepas cabutan adalah amat penting bagi memastikan penyembuhan berlaku secara cepat, baik dan selamat.

Sekiranya pendarahan berlanjutan, sila dapatkan pemeriksaan dan rawatan dengan segera di klinik pergigian yang berdekatan.

Skor PEMAT:
Kebolehfahaman: 100%
Kebolehtindakan: 100%






03/02/2024

Address

Port Klang

Opening Hours

Monday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Friday 08:00 - 12:15
14:45 - 17:00

Telephone

+60331676100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Pergigian Pandamaran Klang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram