Tips Rumahtangga Kekal Bahagia

Tips Rumahtangga Kekal Bahagia Dapatkan tips kebahagiaan suami isteri di sini

03/10/2021

๐Ÿฑ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—•๐—˜๐—ญ๐—”๐—”๐—ก ๐—•๐—œ๐—Ÿ๐—” ๐— ๐—”๐—ž ๐—ฆ๐—”๐—ž๐—œ๐—ง ๐—ฉ๐—ฆ ๐—”๐—ฌ๐—”๐—› ๐—ฆ๐—”๐—ž๐—œ๐—ง

๐Ÿฎ. ๐—”๐—ก๐—”๐—ž-๐—”๐—ก๐—”๐—ž ๐—ง๐—˜๐—ง๐—”๐—ฃ ๐—–๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—œ๐—•๐—จ

Yang ini paling susah ibu-ibu nak tolak. Sembunyilah macam mana pun, walaupun di bilik air, si anak akan tetap cari ibu. Kadang-kadang bukannya ada apa masalah besar pun, cuma nak ibu bukakan plastik coklat tu je! Yang lain tu biasalah โ€“ tak jumpa barang, nak minta makanan, nak bercerita apa yang cikgu cakap di sekolah tadi. Ada yang saja je panggil ibu sedangkan ayah mereka ada tengah tengok TV di depan. Aduhai anakโ€ฆ

Yang menyusu badan p**a, tetap perlu menyus**an bayi selang beberapa jam sekali tanpa ada cuti.

Tapi kalau ayah sakit, ibu awal-awal dah pesan jangan ganggu ayah. Biar ayah berehat.

02/10/2021

๐Ÿฑ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—•๐—˜๐—ญ๐—”๐—”๐—ก ๐—•๐—œ๐—Ÿ๐—” ๐— ๐—”๐—ž ๐—ฆ๐—”๐—ž๐—œ๐—ง ๐—ฉ๐—ฆ ๐—”๐—ฌ๐—”๐—› ๐—ฆ๐—”๐—ž๐—œ๐—ง

๐Ÿญ. ๐—๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก๐—š ๐—ก๐—”๐— ๐—ฃ๐—”๐—ž ๐—œ๐—•๐—จ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—•๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—š & ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—˜๐—›๐—”๐—ง

Perbezaan paling utama yang kita nampak bila ibu sakit berbanding ayah sakit adalah bagaimana ibu tetap meneruskan kerja seharian di rumah selagi terdaya. Katanya, โ€œsakit sikit aja, tak apalahโ€ฆโ€ Tapi dia punya sakit โ€˜sikitโ€™ tu, siap boleh memasak, basuh baju, hantar dan ambil anak balik sekolah, dan mengemas.

Walaupun ada yang ambil cuti daripada bekerja di pejabat, mereka tetap rasa kekok nak berbaring, berehat, atau melelapkan mata. Dan kebanyakan masa sebenarnya mereka memang tak boleh! (Rujuk poin seterusnya.)

01/10/2021

๐Ÿญ๐Ÿฌ ๐—ง๐—œ๐—ฃ๐—ฆ ๐—ฅ๐—ข๐— ๐—”๐—ก๐—ง๐—œ๐—ž ๐—ฆ๐—จ๐—”๐— ๐—œ ๐—œ๐—ฆ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—œ

๐—”๐—ž๐—›๐—œ๐—ฅ ๐—ž๐—”๐—ง๐—”

Kahwin bukan komitmen untuk sehari dua. Perkahwinan adalah institusi murni mendambakan perngorbanan. Walau ada pasang surut dan turun naik dalam perhubungan, teruskan tunjuk jiwa romantis pada pasangan masing-masing. In Shaa Allah, suami atau isteri tidak akan berlaku curang pada pasangan masing-masing.

Kadang-kadang kita terdengar, โ€œSuami aku cuma romantik masa malam pertama je. Lepas tu, langsung buat tak tauโ€. Buat isteri, usah bersedih. Jika suami tidak romantik, kita mulakan dahulu.

Buat suami p**a, persetankan apa yang kawan-kawan pejabat atau jiran-jiran yang kata, โ€œEiiii, geli aku tengok kauโ€. Cukup sekadar kata, โ€œEh, bini aku, aku punya s**a laaโ€ฆโ€

30/09/2021

๐—ง๐—œ๐—ฃ๐—ฆ ๐—ฅ๐—ข๐— ๐—”๐—ก๐—ง๐—œ๐—ž ๐—ฆ๐—จ๐—”๐— ๐—œ ๐—œ๐—ฆ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—œ

๐Ÿญ๐Ÿฌ. ๐—ง๐—œ๐——๐—จ๐—ฅ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—•๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—Ÿ ๐—Ÿ๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ก

Tilam empuk tidak sedap, berbanding lengan suami sendiri. Setuju atau tidak? Mesti cuba tips romantik suami isteri yang sungguh sweet ini.

Sambil-sambil menunggu mata terlelap, sembang-sembang apa yang patut. Masa inilah isteri boleh bermanja-manja. Cuma bila isteri sudah tertidur, dan tangan suami sudah kebas, letak kepala isteri elok-elok. Jangan main tunjal kepala dia dan lepas atas tilam tanpa beralas.

28/09/2021

๐—ง๐—œ๐—ฃ๐—ฆ ๐—ฅ๐—ข๐— ๐—”๐—ก๐—ง๐—œ๐—ž ๐—ฆ๐—จ๐—”๐— ๐—œ ๐—œ๐—ฆ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—œ

๐Ÿต. ๐—–๐—จ๐—•๐—œ๐—ง ๐—ฃ๐—จ๐—ก๐—š๐—š๐—จ๐—ก๐—š

Usik mengusik itulah yang membahagiakan. Bukannya kena cubit sampai merah-merah dan lebam. Suami kena pandai kawal kadar cubitan itu.

Bila isteri lalu tepi, gerakkan tangan yang gatal itu sambil mencuit pinggang dan cubit punggung isteri. Pastinya isteri akan marah-marah, kenapa buat begitu. Namun, dalam hatinya, s**a!

Tips romantik suami isteri ini, biar dalam rumahtangga sahaja. Suami jangan cuba tips ini pada rakan sekerja p**a!

26/09/2021

๐—ง๐—œ๐—ฃ๐—ฆ ๐—ฅ๐—ข๐— ๐—”๐—ก๐—ง๐—œ๐—ž ๐—ฆ๐—จ๐—”๐— ๐—œ ๐—œ๐—ฆ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—œ

๐Ÿด. ๐—ž๐—˜๐—ก๐—ง๐—จ๐—ง ๐—ง๐—”๐—ก๐—ฃ๐—” ๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—” ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—จ

Ini tips romantik suami isteri yang boleh digunapakai selepas berkahwin sahaja. Masa bercinta, malu mahu kentut bukan? Sekarang, buat apa mahu malu-malu lagi. Kalau suami sudah biasa kentut sana-sini, apa kata isteri balas p**a kentut suami?

Cuma jangan buat aktiviti berbahaya ini dengan kehadiran mertua dan sanak-saudara.

25/09/2021

๐—ง๐—œ๐—ฃ๐—ฆ ๐—ฅ๐—ข๐— ๐—”๐—ก๐—ง๐—œ๐—ž ๐—ฆ๐—จ๐—”๐— ๐—œ ๐—œ๐—ฆ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—œ

๐Ÿณ. ๐—ง๐—ข๐—Ÿ๐—ข๐—ก๐—š ๐—–๐—”๐—•๐—จ๐—ง ๐—จ๐—•๐—”๐—ก, ๐—ฃ๐—ข๐—ง๐—ข๐—ก๐—š ๐—๐—”๐—ก๐—š๐—š๐—จ๐—ง ๐——๐—”๐—ก ๐— ๐—œ๐—ฆ๐—”๐—œ

Bagi yang sudah berusia, apa kata rajin-rajinkan diri dekat dengan suami. Walaupun suami tidak peduli sangat dengan uban atas kepala yang semakin banyak putih, dia s**a bila dihampiri isteri.

Ambil gunting kecil dan tolong trim janggut serta misai suami. Percayalah, dalam hati suami akan terdetik, โ€œSayang jugak bini aku pada aku yeโ€ฆโ€

24/09/2021

๐—ง๐—œ๐—ฃ๐—ฆ ๐—ฅ๐—ข๐— ๐—”๐—ก๐—ง๐—œ๐—ž ๐—ฆ๐—จ๐—”๐— ๐—œ ๐—œ๐—ฆ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—œ

๐Ÿฒ. ๐— ๐—”๐—ก๐——๐—œ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—”

Buat apa mahu malu? Bukankah sudah jadi pasangan yang sah? Cuma mandilah di bilik air sendiri, supaya anak-anak tidak ketuk pintu suruh keluar sebab lapar. Jika belum ada anak, cubalah tips romantik suami isteri ini dengan rasa kebebasan maksimum.

20/09/2021

๐—ง๐—œ๐—ฃ๐—ฆ ๐—ฅ๐—ข๐— ๐—”๐—ก๐—ง๐—œ๐—ž ๐—ฆ๐—จ๐—”๐— ๐—œ ๐—œ๐—ฆ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—œ

๐Ÿฑ. ๐—ง๐—”๐—ง๐—”๐—ฃ ๐— ๐—จ๐—ž๐—” ๐—ฃ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—•๐—˜๐—Ÿ๐—จ๐—  ๐—ง๐—œ๐——๐—จ๐—ฅ

Cuba tips romantik suami isteri yang ini secara diam-diam. Simpan dalam hati, kerana pasangan tidak akan tahu. Bayangkan kita dapat tatap muka pasangan kita malam ini, hari esok belum tentu lagi.

Maafkan segala kesalahannya. Doakan yang terbaik untuk dirinya.

14/09/2021

๐—ง๐—œ๐—ฃ๐—ฆ ๐—ฅ๐—ข๐— ๐—”๐—ก๐—ง๐—œ๐—ž ๐—ฆ๐—จ๐—”๐— ๐—œ ๐—œ๐—ฆ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—œ

๐Ÿฐ. ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—จ๐—ž ๐—œ๐—ฆ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐——๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—•๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ž๐—”๐—ก๐—š

Isteri pasti cair kalau suami tiba-tiba peluk dari belakang, tanpa disangka-sangka. Jika sedang membasuh pinggan di sinki dapur dan suami datang peluk tidak semena-mena, rasa seperti di awang-awangan. Setuju atau tidak?

12/09/2021

๐—ง๐—œ๐—ฃ๐—ฆ ๐—ฅ๐—ข๐— ๐—”๐—ก๐—ง๐—œ๐—ž ๐—ฆ๐—จ๐—”๐— ๐—œ ๐—œ๐—ฆ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—œ

๐Ÿฏ. ๐—ฆ๐—จ๐—”๐— ๐—œ ๐—–๐—œ๐—จ๐—  ๐—ฃ๐—œ๐—ฃ๐—œ ๐—œ๐—ฆ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ฆ๐—˜๐—•๐—˜๐—Ÿ๐—จ๐—  ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—š๐—œ ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—๐—”

Kalau tidak mahu jiran-jiran tengok, selindung-selindung dalam rumah. Selepas isteri cium tangan suami, suami hulurlah p**i untuk isteri cium. Mahu lebih intim, peluk pasangan kuat-kuat, setidak-tidaknya 10 saat.

Tarik nafas dalam-dalam dan bayangkan jika ini ialah pelukan terakhir untuk pasangan.Jangan lupa, dan juga selepas sampai rumah dari tempat kerja kalau buat muka, cium isteri dan anak-anak juga.

Address

Puchong
47170

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tips Rumahtangga Kekal Bahagia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Tips Rumahtangga Kekal Bahagia:

Share