Rumah Jagaan Dan Rawatan Orang Tua Al Ikhlas

Rumah Jagaan Dan Rawatan Orang Tua Al Ikhlas Nursing home, aged care center.

Hargailah mereka sebaiknya..
07/05/2025

Hargailah mereka sebaiknya..

Kepada anak-anak atau waris warga emas yang mahu rehat sekejap. Boleh letak 2-3 hari di tempat kami. Anda juga perlukan ...
14/04/2025

Kepada anak-anak atau waris warga emas yang mahu rehat sekejap. Boleh letak 2-3 hari di tempat kami.

Anda juga perlukan rehat.

Menjaga warga emas melibatkan kekuatan mental dan fizikal. Keletihan fizikal dan emosi akan memberi kesan kepada kehidupan seharian.

Boleh hubungi kami, kami ada peruntukan katil untuk transit untuk penempatan sementara, ada yuran sumbangan untuk memastikan kami terus beroperasi dengan baik tanpa perlu meminta-minta..

Ini tanggungjawab kami kepada komuniti.

Ya tempat sangat terhad.

Boleh whatsap kami untuk maklumat lanjut.

Terima kasih.

Sandwich family” atau “sandwich generation” merujuk kepada golongan individu dewasa yang berada di tengah-tengah dua tanggungjawab:

1. Menjaga ibu bapa yang sudah tua atau uzur, dan pada masa yang sama
2. Menanggung anak-anak yang masih memerlukan sokongan kewangan dan perhatian.

Ibarat inti sandwich yang diapit di antara dua kepingan roti mereka tersepit di antara dua generasi.

Di luar mereka kelihatan tenang, tapi dalam diam… mereka tersepit di antara dua tanggungjawab besar.

Ini bukan kisah satu dua orang. Ini realiti ramai.

Mereka jarang mengadu. Tak minta dihargai.
Tapi… kalau boleh, fahamilah mereka.

✅ Kalau tak mampu bantu dengan duit, bantu dengan masa.

✅ Kalau tak mampu ringankan tanggungjawab, ringankan kata-kata.

✅ Kadang, sekadar bertanya “kau ok?” pun sudah cukup beri nafas.

Terima kasih kerana terus bertahan, walau tak semua orang tahu betapa penatnya menjadi “inti” dalam sandwich kehidupan.

Salam Lebaran Syawal 1446 HKek lapis di atas dulang,Ketupat lemang enak terperi,Lebaran tiba hati pun senang,Maaf zahir ...
02/04/2025

Salam Lebaran Syawal 1446 H

Kek lapis di atas dulang,
Ketupat lemang enak terperi,
Lebaran tiba hati pun senang,
Maaf zahir batin dipinta diberi.

Lampu pelita bercahaya terang,
Menyinari malam indah diperhati,
Jauh dekat silaturahim tersayang,
Mohon keampunan setulus hati.

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin

Semoga lebaran kali ini membawa kebahagiaan dan keberkatan untuk kita semua.

Ambil peluang di hari mulia ini untuk berkunjung sesama saudara, lawati orang-orang tua dalam keluarga kita yang masih ada.

Terima kasih kepada semua yang terus menyokong dan banyak membantu kami, hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya.

Urusan penjagaan dan rawatan berlangsung seperti biasa 365 hari sepanjang tahun.

Urusqn pejabat akan kembali beroperasi seperti biasa pada Isnin depan, 7 April 2025

Untuk urusan penting dan lawatan yang perlu maklum balas segera. Hari ke-4 Syawal boleh hubungi kami. InshaAllah.

Kamu tidak akan memperoleh kebaikan, sebelum kamu mendermakan sebahagian dari harta yang kamu cintai. Dan apa-apa pun ya...
18/03/2025

Kamu tidak akan memperoleh kebaikan, sebelum kamu mendermakan sebahagian dari harta yang kamu cintai. Dan apa-apa pun yang kamu dermakan, sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui [Ali ‘Imran:92]

Terima kasih atas sumbangan ikhlas sepanjang Ramadan ini.

Sesungguhnya sumbangan-sumbangan ini amat membantu kami Warga Al Ikhlas

Hanya Allah sahaja mampu membalasnya

Ketika di umur persaraaan nanti, masihkah kita mempunyai kemampuan untuk bekerja?Mampukah kita memberikan prestasi terba...
01/11/2024

Ketika di umur persaraaan nanti, masihkah kita mempunyai kemampuan untuk bekerja?

Mampukah kita memberikan prestasi terbaik pada usia tersebut?

Semoga urusan kita semua dipermudahkan.

Persediaan kewangan untuk perbelanjaan dan kesihatan untuk diri amatlah penting untuk menghadapi hari tua.

SELAMAT MENYAMBUT HARI WARGA EMAS KEPADA SELURUH WARGA EMAS DI MALAYSIA“PENUAAN BERMARUAH: MEMPERKUKUH SISTEM PENJAGAAN ...
01/10/2024

SELAMAT MENYAMBUT HARI WARGA EMAS KEPADA SELURUH WARGA EMAS DI MALAYSIA

“PENUAAN BERMARUAH: MEMPERKUKUH SISTEM PENJAGAAN DAN SOKONGAN WARGA EMAS”

Selamat Menyambut Hari Warga Emas Peringkat Kebangsaan Tahun 2024

1 Oktober 2024

Bertemakan "Penuaan Bermaruah : Memperkukuh Sistem Penjagaan dan Sokongan Warga Emas

Bersamalah kita menyahut tema ini dengan menyantuni dan memberikan kehidupan selesa kepada warga emas di atas jasa dan peranan penting yang telah ditaburkan sepanjang usia mereka.

Sayangi warga emas.

Tulus Ikhlas daripada Warga Kerja Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Hajah Nancy Haji Shukri
Dato' Dr. Noraini Ahmad
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat KPWKM
PMO Malaysia








Selamat menyambut Hari Warga Emas Sedunia.
01/10/2024

Selamat menyambut Hari Warga Emas Sedunia.

👴🏻👵🏻 Selamat Menyambut Hari Warga Emas Sedunia 2024.

Bertemakan Penuaan Bermaruah: Memperkukuhkan Sistem Penjagaan dan Sokongan Warga Emas, marilah kita bersama memastikan warga emas menikmati kehidupan yang dihargai, disokong dan dihormati dengan penjagaan yang bermaruah. 🫰🏻



Daerah menua..
30/08/2024

Daerah menua..

PUTRAJAYA: Sebelas daerah dikenal pasti sebagai daerah menua yang merujuk kepada bilangan penduduk berusia 65 tahun ke atas di dalam kawasan itu mencapai tujuh peratus.

21/08/2024

Dan (hendaklah diingat bahawa) sesiapa yang Kami panjangkan umurnya, Kami balikkan kembali kejadiannya (kepada keadaan serba lemah; hakikat ini memang jelas) maka mengapa mereka tidak mahu memikirkannya? [36:68]

11/08/2024

Selamat Ulang Tahun Kelahiran ke-77 kepada YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri.

Semoga YAB Dato’ Seri sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera.

Terima kasih YAB Dato’ Seri atas kepimpinan yang jitu demi kemajuan dan pembangunan negara MADANI.

Ikhlas daripada seluruh warga Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Anwar Ibrahim
Hajah Nancy Haji Shukri
Dato' Dr. Noraini Ahmad
Maziah Che Yusoff
Jabatan Kebajikan Masyarakat
Jabatan Pembangunan Wanita - JPW
Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara
YAYASAN KEBAJIKAN NEGARA
Institut Sosial Malaysia (ISM)
Lembaga Kaunselor Malaysia



Address

LOT 3530, Jalan BESAR BATU 9, KAMPUNG PULAU MERANTI
Puchong
47120

Opening Hours

Monday 10:00 - 16:30
Tuesday 10:00 - 16:30
Wednesday 10:00 - 16:30
Thursday 10:00 - 16:30
Friday 10:00 - 16:30
Saturday 10:00 - 16:30

Telephone

+60173359882

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rumah Jagaan Dan Rawatan Orang Tua Al Ikhlas posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Rumah Jagaan Dan Rawatan Orang Tua Al Ikhlas:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram