SFTea Kawal Gula Anda

SFTea Kawal Gula Anda DISARANKAN ORANG YANG MENGALAMI MASALAH GULA TINGGI DALAM DARAH, MASALAH BERAT BADAN DAN CEPAT LETIH BOLEH MENGGUNAKAN SF TEA UNTUK MENGATASI MASALAH TERSEBUT

Hari Jumaat digalakkan untuk perbanyakkan ibadah.Ketika bersedekah hari Jumaat, bacalah doa ini:رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّ...
03/12/2021

Hari Jumaat digalakkan untuk perbanyakkan ibadah.
Ketika bersedekah hari Jumaat, bacalah doa ini:
رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا إِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
"Ya Tuhan kami, terimalah amalan kami, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."

APA ITU STEROID ?Steroid merupakan hormon semulajadi yang dihasilkan oleh tubuh badan manusia. Ia bertindak dengan menga...
01/12/2021

APA ITU STEROID ?

Steroid merupakan hormon semulajadi yang dihasilkan oleh tubuh badan manusia. Ia bertindak dengan mengawal fungsi badan.

Steroid di kategorikan sebagai racun terkawal di mana pengambilannya adalah atas nasihat doktor. Sebarang produk yang mengandungi steroid hendaklah didaftarkan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Steroid adalah bahan kimia yang biasanya dihasilkan dalam badan kita oleh kelenjar endokrin, yang memainkan peranan penting dalam mengawal selia fungsi badan.
Sebahagian daripada ini termasuk:

 Peraturan kandungan air dan garam badan
 Peraturan suhu badan
 Peraturan tekanan darah
 Metabolisme lemak, karbohidrat, dan protein
 Mengatur "tindak balas tekanan" badan
 Peraturan keradangan
 Menjawab jangkitan
 Tindak balas tekanan

Sumber: Portal MyHealth

Resipi Kopi Bullet Proof 1. 1 cawan bancuhan kopi2. 2 sudu VCO3. 2 sudu butter4. 1 titis SteviaKisar semua bahan menggun...
01/12/2021

Resipi Kopi Bullet Proof
1. 1 cawan bancuhan kopi
2. 2 sudu VCO
3. 2 sudu butter
4. 1 titis Stevia

Kisar semua bahan menggunakan blender/pengisar 20-30 saat sehingga berbuih. Kopi Bulletproof sedia dihidang!

Bila nak cari roti yang lebih sihat, ramai akan pilih roti whole grain berbanding daripada roti putih. Ini kerana kita b...
01/12/2021

Bila nak cari roti yang lebih sihat, ramai akan pilih roti whole grain berbanding daripada roti putih. Ini kerana kita beranggapan, roti whole grain adalah lebih sihat. Mungkin kandungan nutrient adalah lebih tinggi berbanding roti biasa kerana cara proses penghasilannya agak berbeza sedikit

Tetapi kita kena ingat, roti yang ada di pasaran diperbuat daripada gandum/rye dan GANDUM/RYE mengandungi GLUTEN.

Individu yang sensitif kepada Gluten perlu elakkan makan roti yang mengandungi gluten ini. Anda boleh cuba amalkan Roti bebas gluten yang kini semakin giat dijual di pasaran. Roti yang berasaskan daripada tepung almond, tepung beras ataupun tepung kelapa adalah lebih sihat untuk diamalkan.

-free

Berlumba taat, amal solehKeampunan Allah adalah matlamat yang ingin dicapai setiap Mukmin dan ia hanya boleh dicapai den...
25/11/2021

Berlumba taat, amal soleh

Keampunan Allah adalah matlamat yang ingin dicapai setiap Mukmin dan ia hanya boleh dicapai dengan perlumbaan mencari kebaikan di samping usaha bersungguh-sungguh bagi mencapainya serta memohon keampunan daripada Allah SWT. Ia tidak diperoleh jika sikap malas dan mengambil mudah menyelubungi diri.

Perlumbaan di sini membawa maksud perlumbaan melakukan ketaatan dan amal soleh yang berterusan. Allah SWT menceritakan sikap Nabi Zakaria melalui firman-Nya: "Sesungguhnya mereka sentiasa berlumba-lumba dalam mengerjakan kebaikan, dan sentiasa berdoa kepada kami dengan penuh harapan serta gerun takut; dan mereka p**a sentiasa khusyuk (dan taat) kepada Kami." (Surah Al-Anbiya', ayat 90)

Hasad lihat orang lain dapat nikmat

Dalam kehidupan ini, jika seseorang mendapat nikmat dan kita rasa benci atau tidak s**a dengan nikmat diperolehnya, inilah yang dikatakan hasad.

Jika kita tidak benci terhadap nikmat yang diperolehnya dan kita menginginkan supaya kita juga memiliki nikmat seumpama itu, inilah yang disebut sebagai ghibtah (hasad yang dibenarkan).
Ghibtah bermaksud rasa bangga dengan orang itu dan bercita-cita untuk mendapatkan kelebihan seperti mana diperoleh oleh orang itu.

Hasad di sini memberi maksud perlumbaan secara sihat mencari sebanyak-banyak kebaikan untuk dijadikan bekalan di akhirat kelak.

Berlumba kejar dunia cetus huru-hara

Tiada sedikit pun kebaikan kepada mereka yang berlumba mengejar dunia dan meninggalkan manhaj Allah SWT. Mereka hanya akan menimbulkan konflik, kerosakan dan huru-hara di bumi ini.

Sedangkan mereka yang berlumba-lumba untuk meraih apa yang disediakan oleh Allah SWT mampu mengangkat dan meninggikan darjat manusia. Sesungguhnya kenikmatan dunia itu hanya berlangsung sesaat dan sangat cepat menghilang.

Apa yang ada di sisi Allah akan kekal dan berterusan tanpa batas. Hal ini bertepatan firman Allah SWT: "Apa yang di sisimu akan lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah adalah kekal. Dan sesungguhnya Kami akan memberi balasan kepada orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang telah mereka kerjakan." (Surah An-Nahl, ayat 96)

Nasi vs RotiDua jenis makanan ni menjadi pilihan utama rakyat Malaysia. Kalau nak sihat tanpa berlapar kita kena lah tau...
24/11/2021

Nasi vs Roti

Dua jenis makanan ni menjadi pilihan utama rakyat Malaysia. Kalau nak sihat tanpa berlapar kita kena lah tau mana yang lebih mudah sebabkan badan kita "mengembang".

PERSAMAAN

1. Gula
Keduanya tinggi karbohidrat. Ia akan naikkan paras gula dengan tinggi. Roti dan nasi putih biasanya tergolong dalam indeks glisemik sederhana-tinggi

2. Kurang nutrisi
Keduanya tidak mengandungi zat yang tinggi berbanding lauk seperti daging, ikan, sayuran.

3. Makanan Tinggi Karbohidrat
Apabila dimakan dengan protein pada waktu pagi, ia meningkatkan penghasilan serotonin iaitu hormon kegembiraan

PERBEZAAN

1. Indeks Glisemik
Nasi mempunyai indeks Glisemik lebih rendah berbanding roti. Nasi juga dikelaskan sebagi makanan lebih sihat. Lebih-lebih lagi apabila dimasak dengan minyak sihat. Contohnya apabila kita makan nasi lemak, gula dalam nasi lebih lambat diserap kerana disalut oleh lemak yang melambatkan proses penyerapannya. Maka Indeks Glisemiknya akan jadi lebih rendah.

2. Gluten

Point paling penting ni. Roti gandum mempunyai gluten yang merupakan penyebab kepada KERADANGAN. Saintifik ada membuktikan apabila apabila berhenti makan gluten selama 2 bulan, anda akan rasa lebih SUPERB dan SIHAT!

Bila kurang ambil gluten....

-Yang stress jadi ceria
_Yang angin dalam perut dan kembung jadi kurang
-Yang sakit sendi jadi lega
-Yang gemuk obes jadi HAIRAN

Kajian pada tahun 2017 oleh seorang pakar usus mendapati gluten memberi kesan keradangan usus kepada SEMUA orang. Jadi tidak terlambat lagi untuk mengubah gaya hidup anda kepada yang lebih sihat.

TUBERKULOSIS (TB) – APA YANG PERLU ANDA TAHUPenyakit tuberkulosis datang daripada jangkitan bakteria, tuberkulosis Mycob...
17/11/2021

TUBERKULOSIS (TB) – APA YANG PERLU ANDA TAHU

Penyakit tuberkulosis datang daripada jangkitan bakteria, tuberkulosis Mycobacterium (MTB) yang menyerang dan memusnahkan tisu, serta akan tersebar melalui udara.

Kebanyakan pesakit menghidap tuberkulosis laten, di mana terdapat bakteria TB yang ‘tidur’ atau belum aktif secara klinikal.
Bakteria TB akan mula menunjukkan simptom selepas jangka waktu tertentu iaitu antara beberapa minggu hingga beberapa tahun, dan hal ini bergantung kepada kesihatan pesakit.

Jika pesakit mempunyai sistem imun yang lemah (menghidap HIV, kanser atau kemoterapi), maka TB akan merebak dengan lebih cepat.
Penyakit ini biasanya memberi kesan kepada paru-paru tetapi ia juga boleh merebak ke tulang, nodus limfa, sistem saraf pusat, jantung, dan organ-organ lain.

Faktor-faktor tertentu boleh meningkatkan anda pada risiko tuberkulosis. Majoriti kes-kes batuk kering telah melemahkan sistem imun, termasuk:
• HIV/AIDS
• Diabetes
• Penyakit buah pinggang peringkat akhir
• Kanser tertentu
• Penyakit kekurangan zat makanan
• Mengikuti rawatan kanser, seperti kemoterapi

Sumber: HelloDoktor

Resipi Sihat dengan SFSteviaLow Carb Strawberry Smoothie¼ cawan pure/heavy cream¾ cawan susu Dutch lady4 titis SFStevia¾...
16/11/2021

Resipi Sihat dengan SFStevia

Low Carb Strawberry Smoothie
¼ cawan pure/heavy cream
¾ cawan susu Dutch lady
4 titis SFStevia
¾ cawan strawberry
½ cawan ais

1. Blend semua bahan dalam blender sehingga dapat tekstur seperti smoothie
2. Masukkan kedalam cawan dan sedia untuk dihidang

SIHAT KE MAKAN OATS?Ramai anggap nak diet makan OATS. Nak diet makan ROTI. Ini angkara menganggap makanan-makanan ini le...
16/11/2021

SIHAT KE MAKAN OATS?

Ramai anggap nak diet makan OATS. Nak diet makan ROTI. Ini angkara menganggap makanan-makanan ini lebih sihat kerana kurangnya kandungan kalori. Tahukah anda pengambilan oats secara kerap sebenarnya tidak baik kepada kesihatan lebih-lebih lagi kepada mereka yang memupunyai masalah penghadaman.
Asal-usulnya oats dikelaskan sebagai makanan tanpa gluten. Tetapi ia boleh tercemar dengan bahan-bahan lain seperti gandum, rye atau barli semasa proses penghasilan oats di kilang. Selain itu, kebanyakkan oats juga ditanam bersebelahan dengan tanaman yang mempunyai gluten ini.

Oats asli juga mempunyai Avenin iaitu protin yang memberi kesan yang sama seperti gluten. Sesetengah individu yang mempunyai alergi terhadap gluten, akan menunjukkan reaksi yang sama apabila makan oats yang asli.

Mudah sahaja sebenarnya nak diet atau nak sihat ni. Makan sahaja nasi tak perlu berpantang. Yang penting amalkan pinggan suku suku separuh, berhenti gula dan berhenti makan fastfood.

PRODUCT POSTINGAnda akan Terkejut Mengetahui Fakta Hebat Mengenai SteviaStevia, pemanis ‘zero’ kalori membantu dalam men...
11/11/2021

PRODUCT POSTING
Anda akan Terkejut Mengetahui Fakta Hebat Mengenai Stevia

Stevia, pemanis ‘zero’ kalori membantu dalam mengurangkan pengambilan gula tambahan disamping tetap memberi anda kepuasan menikmati manisan, pencuci mulut & minuman kegemaran anda.
Stevia lebih sihat berbanding dengan pengganti gula lain dan mempunyai banyak kebaikan dari segi kesihatan. Berikut adalah beberapa fakta Stevia yang akan mengejutkan anda:

1.Melancarkan darah dengan lebih baik
Stevia mempunyai sebatian yang dipanggil Stevioside. Ia membantu dalam mengurangkan tekanan darah dan ini dilakukan dengan membesa dan mengendurkan saluran darah. Selain membantu penyingkiran natrium daripada badan dengan mengurangkan tekanan pada sistem kardiovaskular.

2.Stevia lebih manis daripada gula
Stevia adalah bebas kalori, kemanisan Stevia adalah antara 200-300 kali lebih manis daripada gula halus biasa.

3.Menurunkan paras kolesterol
Menambah diet anda dengan 400ml Stevia secara berkala membantu dalam mengurangkan tahap kolesterol dan trigliserida. Selain itu, ia meningkatkan HDL yang baik yang penting untuk profil lipid yang baik.

Kini, anda boleh memuaskan selera dan keinginan gula anda dengan menjadikan Stevia sebahagian daripada gaya hidup anda. Hargai rasa dalam setiap resipi yang anda masak.

Address

No 18-1, Jalan Suria Puchong 1, Puchong Gateway
Puchong
47100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SFTea Kawal Gula Anda posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram