Kad Perubatan Mampu Milik - Gather Care

Kad Perubatan Mampu Milik - Gather Care Gathercare is officially certified as Shariah Compliant by Afsha Shariah Advisory and within precise

Selamat petang semua! So Gathercare nak update event pertama kami yang berlangsung pada hari Sabtu lepas bersamaan denga...
02/11/2022

Selamat petang semua! So Gathercare nak update event pertama kami yang berlangsung pada hari Sabtu lepas bersamaan dengan 29 Oktober yang bertempat di YueSpace Hartamas so ini gambar dan update masa event kami! Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada siapa yang hadir dan anda boleh lihat ‘sneak peek’ event kami


Day
Untuk maklumat lanjut layari www.gathercare.com

Makan lemak boleh kurus? Biar betul?Nak percaya atau tak, cuba study dulu pasal LCHF (low-carb, high-fat diet). Dalam ma...
28/10/2022

Makan lemak boleh kurus? Biar betul?

Nak percaya atau tak, cuba study dulu pasal LCHF (low-carb, high-fat diet). Dalam masa terdekat ni, Gathercare akan bekerjasama dengan Encik Hong Dunji (di sebelah Gideon), pengasas fb group LCHF (Low Carb High Fat Diet) dengan 300k follower. Kumpulan ini menyebarkan pengetahuan tentang satu rejimen diet yang mengehadkan karbohidrat untuk mengawal berat badan atau untuk rawatan diabetes.

Akan datang, Gathercare akan mengintegrasikan LCHF ke dalam komuniti Gathercare kami. Hasilnya, ahli komuniti ini boleh menjalani kehidupan yang lebih sihat melalui kaedah pemakanan yang betul!

Kami akan menjemput Encik Hong Dunji ke hari komuniti kami pada 29/10 (Sabtu), di mana beliau akan memberi pengenalan tentang diet LCHF pada hari tersebut.

Nak join majlis ni? Mungkin seat dah penuh untuk waktu ni tapi anda masih boleh cuba ye. Isikan borang; https://form.jotform.com/222908104586458



Perkongsian Kos Perubatan Komuniti💙

Please click the link to complete this form.

Dalam Perkongsian bulan ini, influenza menyumbang 4 kes daripada 20 kes, dan selebihnya adalah bronkitis, atau bronkioli...
24/10/2022

Dalam Perkongsian bulan ini, influenza menyumbang 4 kes daripada 20 kes, dan selebihnya adalah bronkitis, atau bronkiolitis, yang juga boleh disebabkan daripada jangkitan virus seperti influenza. Walaupun ianya virus selesema yang biasa, apabila ia menjangkiti, ia masih memerlukan belanja yang besar, sehingga lebih RM5,000 bagi kes-kes yang memakan masa hampir seminggu untuk pulih.

Golongan yang mengalami gejala ini adalah golongan muda, malah kanak-kanak lagi! Kalau masih ingat, bulan lepas kanak-kanak adalah majoriti daripada kesemua kes. Sebagai ibu bapa, sudah tiba masanya untuk memikirkannya perlindungan perubatan bagi anak-anak.

Pecahan Perkongsian bulan OKTOBER 2022 ini adalah seperti berikut;
Sehingga 24 OKTOBER 2022, seramai 5294 Pekongsi Aktif, antaranya adalah perokok yang menyumbang 1.2 kali kadar bukan perokok.
(Jumlah keseluruhan kes - pelarasan bulan lepas = jumlah Perkongsian layak)

RM 164,819.12 – RM16.33 = RM 164,802.79
RM 164,802.79 dibahagikan dikalangan Pekongsi Aktif;

14hari - 5thn (bukan perokok) 376 @ RM43.43 = RM16,329.68
14hari - 5thn (perokok) 0 @ RM52.12 = RM0
6thn - 40thn (bukan perokok) 3816 @ RM27.15 = RM103,604.40
6thn - 40thn (perokok) 443 @ RM32.58 = RM14,432.94
41thn - 45thn (bukan perokok) 533 @ RM43.43 = RM23,148.19
41thn - 45thn (perokok) 78 @ RM52.12 = RM4,065.36
46thn - 50thn (bukan perokok) 38 .15 = RM2,475.70
46thn - 50thn (perokok) 10 .18 = RM781.80
Total = RM164,838.07

Pelarasan bulan ini: RM164,838.07– RM164,802.79 = RM35.28

Nota: Pelarasan RM35.28 akan ditolak dalam jumlah kes keseluruhan bulan hadapan.
Dalam Perkongsian kali ini, jumlah yang dinyatakan di dalam pecahan di atas akan ditolak dari Deposit Perkongsian masing-masing yang disimpan di dalam akaun amanah. Seterusnya, baki Deposit Perkongsian anda akan ditolak sewajarnya. Jika baki Deposit Perkongsian anda jatuh ke paras minimum atau lebih rendah, anda perlu menambah semula Deposit Perkongsian anda ke paras maksimum melalui auto debit transaksi online RAZER.


Yang benar,
Gideon Leong
CEO, Gather Care


Community Medical Cost-Sharing💙
www.gathercare.com

Ada banyak benda2 simple yang boleh mengubah hidup kita ke arah yang lebih sihat dan positif. Nampak senang tp amalkan t...
28/09/2022

Ada banyak benda2 simple yang boleh mengubah hidup kita ke arah yang lebih sihat dan positif. Nampak senang tp amalkan tak?

Nilai satu-persatu, tengok tang mana area kita boleh apply dalam hidup seharian!

*Rajin-rajinkan diri tandakan sendiri yang mana anda buat harini, postkan kat ruang komen ya!


Community Medical Cost-Sharing💙
www.gathercare.com

Pernah tengok senario ni atas jalan? 🚑Macam biasa setiap pagi admin merempuh jem untuk ke ofis Gathercare nun di Cheras....
09/09/2022

Pernah tengok senario ni atas jalan? 🚑

Macam biasa setiap pagi admin merempuh jem untuk ke ofis Gathercare nun di Cheras. Dah biasa hampir setiap pagi akan ada je bunyi siren ambulans memecut dari belakang. Tapi biasanya tak fikir banyak pun, cuma himpit ke tepi bagi dia lalu.

Tapi pagi ni lain sikit, mungkin sebab radio kereta rosak, tak dapat nak dengar Joe Rogan podcast sepanjang 1 setengah jam perjalanan. Jadi otak ni meliar sikit.

Pertama sekali, harap2 siapa yang dibawak dalam ambulans tu akan recover sepenuhnya. Tapi siapa yang taja kos perkhidmatan ambulans ni? Ambulans kerajaan, memanglah taxpayers yang bayar. Tapi banyak agensi private yang tawarkan servis ambulans, kadang-kadang disponsor tapi secara keseluruhan ada caj yang dikenakan.

Gathercare Carers tak perlu risau, caj ambulans pun anda semua akan kongsi sehingga RM250. 5000 Carers, cuma 5 sen seorang.

Cuba pergi ke website Gathercare.com, klik Hospital Info > Panel Hospital by Emas. Kat sini boleh search hospital panel mengikut daerah setiap negeri. Link ke Google Map pun ada.

Dan hampir kesemua negeri di Malaysia, boleh tengok perkhidmatan ambulans yang ada. Nombor telefon disitu boleh klik dan terus call. Berguna masa kecemasan. Simpan info ni ya!


Community Medical Cost-Sharing💙
www.gathercare.com

Hmm... Jumlah bil bulan ni masih tinggi, tapi perkara ni yang paling merisaukan;😥75% kes berumur bawah 40 tahun.9 kes me...
27/08/2022

Hmm... Jumlah bil bulan ni masih tinggi, tapi perkara ni yang paling merisaukan;😥

75% kes berumur bawah 40 tahun.
9 kes melibatkan kanak-kanak bawah 10 tahun!

Admin ada seorang kenalan yang berumur baru 20-an, selalu mengadu sakit kepala. Katanya dia macam ni sejak sekolah menengah lagi. Mula-mula ingatkan biasa-biasa je tapi kalau dah berterusan sampai sekarang, mesti ada something wrong.🤔

Pertama, dia ada insomnia. Kedua, selalu tertekan kat tempat kerja. Dan ketiga, dia agak overweight dan tak banyak bersenam.

So, jangan fikir anda muda boleh buat apa saja, makan apa saja, tak peduli kesihatan. Buktinya, kes bulan ni. Hidup biar memberi ketenangan kepada orang lain. Jangan sebab masalah kesihatan anda, keluarga anda nanti yang kelam-kabut.

Masa muda ni lah nak jaga sebab peluang untuk recover dari apa-apa penyakit lebih tinggi masa masih muda ni. Dan jangan lupa, yang bijak akan sediakan perlindungan secukupnya untuk masa hadapan.🧠

Pecahan Perkongsian bulan OGOS 2022 ini adalah seperti berikut;
Sehingga 24 OGOS 2022, seramai 5391 Pekongsi Aktif, antaranya adalah perokok yang menyumbang 1.2 kali kadar bukan perokok.
(Jumlah keseluruhan kes - pelarasan bulan lepas = jumlah Perkongsian layak)

RM 128,039.28 – RM35.51 = RM 128,003.77
RM 128,003.77 dibahagikan dikalangan Pekongsi Aktif;

14hari - 5thn (bukan perokok) 373 @ RM33.32 = RM12,428.36
14hari - 5thn (perokok) 0 @ RM39.95 = RM0
6thn - 40thn (bukan perokok) 3917 @ RM20.83 = RM81,591.11
6thn - 40thn (perokok) 469 @ RM24.99 = RM11,720.31
41thn - 45thn (bukan perokok) 512 @ RM33.32 = RM17,059.84
41thn - 45thn (perokok) 81 @ RM39.98 = RM3,238.38
46thn - 50thn (bukan perokok) 34 .98 = RM1,699.32
46thn - 50thn (perokok) 5 .97 = RM299.85
Total = RM128,037.17

Pelarasan bulan ini: RM128,037.17 – RM128,003.77 = RM33.40

Nota: Pelarasan RM33.40 akan ditolak dalam jumlah kes keseluruhan bulan hadapan.
Dalam Perkongsian kali ini, jumlah yang dinyatakan di dalam pecahan di atas akan ditolak dari Deposit Perkongsian masing-masing yang disimpan di dalam akaun amanah. Seterusnya, baki Deposit Perkongsian anda akan ditolak sewajarnya. Jika baki Deposit Perkongsian anda jatuh ke paras minimum atau lebih rendah, anda perlu menambah semula Deposit Perkongsian anda ke paras maksimum melalui auto debit transaksi online RAZER.


Yang benar,
Gideon Leong
CEO, Gather Care


Community Medical Cost-Sharing💙
www.gathercare.com

Dulu bila demam mak kita jaga mesti terbaik punya. Dalam paksaan tu tersemat kasih sayang.🫶Sekarang ni memang musim dema...
24/08/2022

Dulu bila demam mak kita jaga mesti terbaik punya. Dalam paksaan tu tersemat kasih sayang.🫶

Sekarang ni memang musim demam selesema, influenza... covid pun tak habis lagi. Makanya ramailah sekeliling kita yang sakit dan MC memanjang.🤧🤒

Pesan kami, jagalah diri, cukupkan nutrien dengan makanan yang berkhasiat. Tidur dan masa rehat pun kena cukup. Dan, walaupun dah tak wajib, teruskan lah pakai mask tu bila disekitar orang ramai.😷

Semoga komuniti Gathercare sihat selalu.😘


Community Medical Cost-Sharing💙
www.gathercare.com

Haritu tengah duk scroll fb admin terjumpa thread twitter ni... (eh...hehe fb ke twitter ni?)🤷Mungkin akak ni bengang ra...
11/08/2022

Haritu tengah duk scroll fb admin terjumpa thread twitter ni... (eh...hehe fb ke twitter ni?)🤷

Mungkin akak ni bengang ramai sangat yang push dia untuk beli perlindungan perubatan. Yelah memanglah perlindungan tu penting, beras pun penting tapi takde pun ejen push2 kita suruh beli beras ye tak?🤯

Ini bukan salah siapa2, ejen cuma buat kerja diaorang. Cuma bila sentuh bab kemampuan kewangan ni dia dah jadi personal sikit.

Barang keperluan semakin mahal. Kalau tengok minyak masak dia naik 70%, bila turun balik cuma 20%. Ikut matematik admin yang tunggang-terbalik ni, sebenarnya harga dia naik 35%. Takde yang turun pun. Tapi apalah daya kita yang marhaen ni kan?😩

Tapi jangan lupa, kos perubatan pun makin lama makin naik. Dan ini pun satu keperluan, cuma kita tak tahu bila. Keperluan harian vs perlindungan perubatan... So macamana sekarang ni?

Kesimpulan dari kisah ni, mungkin ejen2 kat luar sana kena tukar sikit taktik marketing kot. Don't be too pushy dan cuba jadikan macam satu kesalahan bagi orang yang reject offer mereka. Ni orang panggil 'guilt tripping'. So far admin tak ada masalah dengan ejen, mereka ni membawa satu solusi bagi membolehkan kita mendapat akses kepada khidmat perubatan.

Bagi admin sendiri dah sesuai sangat dah dengan projek komuniti perkongsian kos perubatan ni. Bil rendah kita kongsi, bil tinggi pun kita kongsi. At least kita tahu yang duit kita tu sampai kepada yang memerlukan.👍

Jadi tak kisahlah pilihan yang mana pun, buatlah pertimbangan yang paling baik. Letakkan perlindungan perubatan tu antara prioriti yang teratas. Mungkin sekarang belum mampu, tapi sekurang-kurangnya ada usaha kearah yang betul.💪


Community Medical Cost-Sharing💙
www.gathercare.com

Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1444🌙Jom...Berhijrah dari yang biasa-biasa kepada yang lebih baik...Berhijrah dari k...
30/07/2022

Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1444🌙

Jom...
Berhijrah dari yang biasa-biasa kepada yang lebih baik...
Berhijrah dari kegelapan kepada cahaya...
Berhijrah dari kepentingan individualistik kepada kebajikan komuniti

Salam Maal Hijrah dari Gathercare


Community Medical Cost-Sharing💙
www.gathercare.com

Notis:Kepada sebahagian Pekongsi yang terlibat sahaja, yang telah dikenakan caj berganda untuk topup Deposit Perkongsian...
28/07/2022

Notis:

Kepada sebahagian Pekongsi yang terlibat sahaja, yang telah dikenakan caj berganda untuk topup Deposit Perkongsian dalam tempoh 25/7 hingga 26/7/2022.

Kami ingin memudahkan semua pihak, dan demi kepentingan ahli komuniti ini Gathercare akan mempercepatkan proses pembayaran balik, iaitu bermula esok, 29/7/2022 kepada yang telah lengkap mengisi details di dalam form yang telah dihantar melalui whatsapp. Wang anda akan masuk seawal-awalnya pada hari yang sama atau minggu depan, bergantung kepada kapasiti pihak RAZER.

Bagi yang belum melengkapkan details anda, sila berbuat demikian secepat mungkin supaya kami boleh meneruskan proses pembayaran balik. Jika ada yang tidak menerima whatsapp, sila hubungi kami dengan segera.

Kami dengan penuh rasa bertanggungjawab akan membayar balik wang yang bukan milik kami, dan bersama-sama bayaran balik tersebut kami akan menambah pampasan 5% daripada nilai wang lebihan caj tersebut.

Bagi mengelakkan isu yang sama berulang, bahagian IT Gathercare akan diberi nafas baru dan diharapkan bukan sahaja kesilapan dapat dikurangkan, malah proses-proses lain juga dapat ditambah-baik.

Sekali lagi kami memohon maaf atas segala kesulitan.

☎️Pejabat: +603-2856 3983
📱 Whatsapp (pertanyaan umum): +6016-947 2999

28/07/2022
Soalan? Maklum balas? Komplen...?Kami terima semua. Customer servis kami yang berbudi bahasa siap sedia untuk membantu.D...
27/07/2022

Soalan? Maklum balas? Komplen...?

Kami terima semua. Customer servis kami yang berbudi bahasa siap sedia untuk membantu.

Dimaklumkan juga waktu operasi kami adalah Isnin - Jumaat, 9am - 6pm. Maafkan kami jika terlewat beri respons diluar waktu operasi.

Bagi hal-hal kecemasan dan hospital admission, jangan segan untuk segera hubungi talian 24-jam eMAS

☎️Office: +603-2856 3983
📱 Whatsapp (General Enquiry): +6016-947 2999
📱 Whatsapp (Account Enquiry): +6012-998 6689
eMAS hotline: 03-9213 0103
🌐Website: https://gathercare.com

,
Medical Cost Crowd Sharing💙
www.gathercare.com

Address

A-T12-U14, Jalan P5A/5, APARTMENR 5R4, PRESINT 5
Putrajaya
62200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kad Perubatan Mampu Milik - Gather Care posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Kad Perubatan Mampu Milik - Gather Care:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram