Pokcik Takaful

Pokcik Takaful Page ini merupakan perkongsian pokcik sebagai Prudential Wealth Planner.

Pokcik akan kongsikan ilmu-ilmu berkaitan takaful seperti Hibah, Kad Perubatan, Pelaburan Patuh Shariah, Simpanan Pendidikan, Simpanan Persaraan dan Perlindungan Aset Perniagaan.

Susah Sangat Ke Nak Jujur Ji❓Kasihan sorang ejen   ni. Baru-baru ni ada seorang hamba Allah datang kepadanya nak minta q...
21/10/2024

Susah Sangat Ke Nak Jujur Ji❓

Kasihan sorang ejen ni. Baru-baru ni ada seorang hamba Allah datang kepadanya nak minta quotation yang nilai bayaran tahunannya agak besar. Setelah mendapatkan maklumat-maklumat yang diperlukan, ejen pokcik ni pun draft la quotation dengan sehabis baik, supaya kelak hamba Allah ni pun kalau dia sign up, dia dapat manfaat terbaik. Jujurnya sepanjang pengalaman pokcik sebagai ejen takaful, nak draft quotation ni taklah semudah mana. Sebab kita bukan main letak je manfaat janji bayaran bulanan menguntungkan ejen. Ejen kadang-kadang sampai nak “pecah kepala” memikir manfaat apa yang nak propose kepada klien. Ejen yang baik akan “perah otak” untuk draft quotation yang tak membebankan klien tapi dalam masa yang sama dapat memberi manfaat yang terbaik kepada pelanggannya.

Dipendekkan cerita, siaplah quotation tersebut. Hantar kepada prospek tu pun bukan la main send je apa yang ada dalam sistem; sehabis baik rewrite balik (mungkin lebih tepat, cuba translate sehabis baik) ke dalam bahasa yang lebih mudah difahami (layman term). Tujuannya nak bagi hamba Allah tu betul-betul faham agar memudahkan dia membuat keputusan. Presention pun dengan bersungguh-sungguh. Yelah, ni kan mata pencarian ejen tu, haruslah dia buat semua menda pun bersungguh-sungguh tak kira la kes tu kecik ke besar. Sebab kalau jadi rezeki, biarlah jadi rezeki yang berkat.

Lepas tu selang beberapa ketika, ejen pokcik ni pun follow up la. Nak tahu apa statusnya; sama ada nak proceed atau tidak. Tapi jawapan jujur klien tu yang pokcik rasa amat ralat sangat. Betul dia jujur tapi apabila dia akhirnya mengaku yang sebenarnya dia tengah ambil exam untuk menjadi Financial Advisor dan quotation tu nanti dia akan guna untuk sign up atas dirinya sendiri sebab sekarang dia tak boleh access lagi sistem Pru, ditambah p**a dengan emoji ;D di akhir whatsapp, bagi pokcik itu keterlaluan. Nada whatsapp pun macam bangga je dapat game effort orang.

Dia fikir tak perasaan ejen tu yang jujurnya berharap sebab ada usaha dia kat situ. Bukan isu ikhlas ke tak, tapi pandangan pokcik kan elok terus terang je cakap “boleh tak tolong draftkan 1 quotation untuk aku sebab aku sekarang on going nak jadi FA, tapi aku tak boleh access sistem lagi.” Sure ejen pokcik yang baik hati tu akan tolong draft elok-elok sebab hamba Allah tu pun kawan dia. Dia yang pokcik kenal banyak je tolong draft malah siap ajar lagi kawan-kawan ejen dia dari company lain in case ada yang nak faham produk PruBSN. Cuma bezanya kalau dimaklumkan awal, dia tak la berharap dan tak rasa diperbodohkan.

Entahlah, mungkin hamba Allah tu rasa seronok dengan perbuatan dia sebab tu dia tanpa rasa bersalah meletak emoji ;D yang bagi pokcik tak kelakar langsung. Mungkin kita rasa dia super clever dapat memain-mainkan harapan orang, tapi ketahuilah untuk kebanyakkam ejen, diperbodoh seperti itu memang memeritkan lebih-lebih lagi dengan orang yang kita percaya.

Apapun macam tu la s**a duka sebagai ejen. Kena caras, kena sailang, kena sidai, kena game semua tu dah jadi rencah pekerjaan kami. Namun pokcik berdoa tiadalah dalam kalangan anak-anak buah yang selama ini pokcik bimbing tidak kira di RYB mahupun di Putrajaya yang bersikap tak matang macam tu. Sekali kita buat baik pada orang, berkali-kali orang akan buat baik dengan kita ❤️

Premier MDA Leadership Camp : Keynote Session,Master Class & Workshop SessionAlhamdulillah, there were very good session...
20/10/2024

Premier MDA Leadership Camp : Keynote Session,
Master Class & Workshop Session

Alhamdulillah, there were very good session during this Leadership Camp. On Day 1, there were Transformational Leadership Making The Impossible Happen by Dato Sri Idris Jala and Let’s Get Digital by Amer Iqbal. On Day 2, we were focusing on Gen Z Recruitment by Jensen Siew.

In Prudential, it is not about HOW FAST you can be a Leader but HOW TO BECOME A STRONGER AND RESPONSIBLE LEADER. Leadership is more than how much overriding I can earn from my team 👌🏻

Ceritera Seorang  Mari kita mulakan cerita ini begini. Katakan saya seorang eksekutif, dan saya bercita-cita untuk menja...
09/10/2024

Ceritera Seorang

Mari kita mulakan cerita ini begini. Katakan saya seorang eksekutif, dan saya bercita-cita untuk menjadi yang terbaik demi kelangsungan karier saya. Tapi di jabatan saya, bukan hanya saya seorang yang berjawatan eksekutif. Ada lagi rakan sekerja dengan jawatan yang sama & sekiranya mereka NORMAL, mereka juga ingin menjadi yang terbaik.

Jadi apa mekanisma majikan saya untuk menentukan siapa yang lebih baik agar di akhir tahun, penghargaan dalam apa jua bentuk dapat diberi dengan sewajarnya? Maka ditetapkan Key Performance Indicator. Malah dicipta juga Gred A, B, C & D supaya di akhir tahun, bonus & kenaikan pangkat dapat diberi mengikut kesesuaian gred prestasi masing-masing. Yang bekerja keras insyaAllah mendapat gred yang lebih baik (sila abaikan unsur2 kipas mengipas). Kata kuncinya ialah 'Petujuk Prestasi' = 'Ganjaran'.

Begitu juga dengan kami para ejen takaful/insurans. Kami juga mempunyai indikator yang telah ditetapkan pihak syarikat & Bank Negara Malaysia. Cuma mekanisma pemberian "ganjaran" itu sedikit berbeza. Karier kami tidak memerlukan kami menunggu sehingga akhir tahun untuk mendapat "bonus". Bagi menyuntik semangat kerja (harus diingat rutin kerja seorang ejen lebih mudah tersasar akibat ketiadaan punch card yang mampu membendung 'kebebasan' kami 😂), pihak syarikat mewujudkan beberapa "challenge" bagi memastikan kami On Track. Dan selepas berjaya melepasinya, pihak syarikat akan memberikan penghargaan sama ada dalam bentuk pakej pelancongan, barangan digital, wang tunai atau apa sahaja. Hanya kepada yang berjaya.

Jadi, janganlah kita mudah menghukum semua ejen andai 'claims' kita ditolak. Kata-kata seperti "memanglah GL kena reject sebab nak bagi ejen-ejen ni melancong guna duit kita" haruslah dielakkan. Selain duit caruman bulanan, banyak lagi sumber syarikat untuk "generate income". Dan masih ramai ejen yang bekerja dengan ikhlas tanpa mengetepikan etika kerja seorang ejen, semata-mata demi mengejar "challenge".

Andai kita rasa wajar bagi penjawat awam & swasta menerima bonus atas prestasi mereka, kenapa tidak bagi ejen yang menebal muka menyebar kesedaran takaful untuk semua. Fikir-fikirkan.

PRULeads Training By Prudential Digitalization TeamAlhamdulillah, fruitful session bersama anak-anak buah SAFt Putrajaya...
13/09/2024

PRULeads Training By Prudential Digitalization Team

Alhamdulillah, fruitful session bersama anak-anak buah SAFt Putrajaya pagi ini. Terima kasih kepada wakil Prudential, Dottie & Kimi yang sudi datang ke office kami. Syukur Prudential yang telah ke arah digitalization, semoga terus dapat membantu kami ejen-ejen untuk menjadi lebih produktif lagi 💪🏻

SAFt Advisory Putrajaya Monthly Agency Gathering116 Days : The Final ChapterAlhamdulillah, selesai Monthly Gathering kam...
08/09/2024

SAFt Advisory Putrajaya Monthly Agency Gathering
116 Days : The Final Chapter

Alhamdulillah, selesai Monthly Gathering kami di SAFt Putrajaya. Syukur Allah kurniakan kelancaran event bulanan kami ni. Mengambil semangat qualifier challenge Umrah yang baru p**ang dari mengerjakan umrah last month, kami telah menjemput salah seorang Umrah Qualifier yang juga merupakan MDRT dan SC consistent qualifier dari LTH Group Asia iaitu saudara Hafeed Khalid untuk berkongsi energy dengan kami. Terlalu banyak tips bermanfaat yang dikongsi dengan kami. Alhamdulillah.

Syukur juga banyak input-input berguna yang disampaikan barisan LMT yang insyaAllah bermanfaat sebagai tools yang akan digunakan rakan-rakan ejen di Putrajaya pada bulan ini. Kami juga mengambil kesempatan MAG semalam untuk mengumumkan atlet yang akan mewakili SAFt Putrajaya ke SAFt Advisory Sports Day 2024. InsyaAllah kami akan memperkasakan lagi usaha kami menyebarkan dakwah takaful kepada semua. Tahniah untuk Toppers, Qualifier dan terutamanya kepada committee yang terlibat secara langsung menjayakan MAG ini. 💪🏻😊

ALP-UM2Alhamdulillah, syukur berjaya bergraduat dengan jayanya. Moga ilmu yang diperoleh bermanfaat untuk RYB, SAFt Putr...
15/08/2024

ALP-UM2

Alhamdulillah, syukur berjaya bergraduat dengan jayanya. Moga ilmu yang diperoleh bermanfaat untuk RYB, SAFt Putrajaya dan SAFt National 😊🤲🏻

Every Success Story Requires A First StepAlhamdulillah semalam dengan bertemankan semangat intoducer nya, hadir anak-ana...
17/07/2024

Every Success Story Requires A First Step

Alhamdulillah semalam dengan bertemankan semangat intoducer nya, hadir anak-anak muda ini kd seminar kerjaya kelolaan SAFt Putrajaya. InsyaAllah andai diizinkanNya, 2 orang anak muda ini, Sham dan Syahmi akan menyertai Kapitan Akid Sani dan RYB Dream Team dalam masa terdekat.

Sebagai Leader, sejujurnya pokcik sangat teruja dan seronok melihat semangat anak-anak muda ini. Sham baru berusia 19 tahun manakala Syahmi p**a baru berusia 20 tahun. Benar mereka ini sangat ‘polos’ dan tidak terdedah lagi dengan sepak terajang dunia pekerjaan. Tapi semangat mereka yang benar-benar ingin mencuba, benar-benar p**a telah membuka mata pokcik.

Masih terngiang-ngiang di telinga pokcik satu soalan yang dilontarkan Sham semalam. “Macam mana abang (yang sebenarnya layak dipanggil Pak Ngah 😂) boleh percayakan seorang student macam saya ni yang baru berumur 19 tahun dan tak tahu apa-apa ni boleh buat (jadi ejen takaful yang baik) ?”

Pokcik jawab pertanyaan itu dengan pertanyaan juga;
“Sham rasa mana yang lagi penting, apa yang orang lain rasa pasal diri kita atau apa yang kita rasa dan fikir pasal diri kita?”

Dari dulu pokcik memang berpegang kepada prinsip, yang menggerakkan diri kita (selain Allah) adalah keinginan kita sendiri. The greatest motivator to ourself is OURSELF! Satu dunia boleh kata kita lemah, kita tak boleh buat, kita tak guna, kita acah-acah tapi selagi kita berkata pada diri kita “aku hebat, aku kuat, aku tak mudah give up, aku mungkin tak pandai lagi tapi aku bukan bodoh jadi aku boleh belajar sampai pandai, dan aku nak apa yang aku nak”, insyaAllah kita pasti boleh berjaya (dengan izin Allah). Jika kita yakin kita akan mampu menjadi yang terbaik, pasti kita akan berjaya menjadi yang terbaik walau orang di sekeliling sentiasa melemah dan merendah-rendahkan kita. It just a matter of time!

Untuk adik-adik ini, terima kasih kerana hadir dan mengingatkan kami semula erti DETERMINATION. Semangat kalian sebenarnya telah memberi motivasi baru buat Abg Edie untuk terus berusaha menjadi Leader yang lebih baik. Moga impian dan perancangan kita termasuk juga dalam perancangan Allah SWT. Ameen 🤲🏻

Perkongsian Bersama Sahabat Prime GroupAlhamdulillah pagi ini Allah mengizinkan kami delegasi dari SAFt Advisory Putraja...
29/06/2024

Perkongsian Bersama Sahabat Prime Group

Alhamdulillah pagi ini Allah mengizinkan kami delegasi dari SAFt Advisory Putrajaya iaitu adik-adik pokcik saudara Hafizuddin Shahrullail Akid Sani & Khairul Nazmie Bin Mohd Saeh untuk menyantuni rakan sahabat dari Prime Group di Prudential Puchong. Moga dengan sedikit perkongsian daripada ejen dan leader yang biasa-biasa macam pokcik ni, diharapkan adalah nilai baik dan ilmu baru yang berbekas di hati dan fikiran rakan-rakan Prime Group.

Terima masih sekali lagi buat sahabat pokcik, UM hebat Abg Izham Ismail dan barisan kepimpinan PRIME GROUP yang sudi menjemput dan berkongsi platform sebesar ini untuk pokcik. InsyaAllah di lain kelapangan, kami p**a yang akan menjemput delegasi dari sini p**a 😊

On This Day : 9 years agoMemories from FB. Gambar 1st tu diambil pada tanggal 16 Jun 2015. Lama kan persahabatan kami. D...
16/06/2024

On This Day : 9 years ago

Memories from FB. Gambar 1st tu diambil pada tanggal 16 Jun 2015. Lama kan persahabatan kami. Dari masing-masing bujang sampai la masing-masing pun dah 3 orang anak dah. Samalah juga memang lama masa diambil untuk sesuatu “kemenjadian” tu. Recruitment process may take time. Nak mengajak orang ke dalam perniagaan takaful ni bukan mudah. Dan nak membentuk orang yang setuju tu untuk berjaya memang payah. Dan untuk terus sama-sama berjaya dengannya sepanjang proses itu malah LEBIH PAYAH ‼️

Alhamdulillah sampai ke hari ini masih memegang kepada kata-kata “If you grow because of somebody, MAKE SURE somebody grows because of you.”

Tahniah adik saya Muhammad 'Ammar yang masih kekal dalam bidang yang keras ini. Doa abang, semoga ‘Ammar pun akan dapat membina Dream Team Ammar sendiri sedikit masa lagi. Percayalah doa abangmu ini pasti sentiasa mengiringi perjalanan kerjayamu. Ameen 🤲🏻

Keperluan Keyman Takaful Untuk Orang Bisnes"Pokcik, incase rakan kongsi aku meninggal, macam mana aku nak standby income...
20/05/2024

Keperluan Keyman Takaful Untuk Orang Bisnes

"Pokcik, incase rakan kongsi aku meninggal, macam mana aku nak standby income untuk cover expenses syarikat kami at least setahun. Lagi satu, takkan aku nak meniaga dengan wife or anak-anak dia p**ak. Rasanya dorang tak mahir bab-bab bisnes ni. Ada tak "funding mechanism" supaya aku boleh beli saham or bayar kepada waris rakan kongsi aku?"

Yang biasa ejen cerita ialah tentang pelan Family Takaful/Life Insurance dan Medical Card. Untuk 2 kategori ni, yakin kita dah maklum sangat. Tinggal dah 'sign up' atau belum sahaja.

Tapi untuk sahabat-sahabat pokcik yang merupakan pemilik syarikat & para usahawan, sedarkah anda terdapatnya satu konsep takaful khas yang berfungsi membantu menstabilkan perjalanan syarikat sekiranya berlaku musibah ke atas pemilik peniagaan atau istilahnya “key-man” (orang penting) syarikat? Inilah konsep yang dipanggil KEYMAN takaful.

Konsep Keyman Takaful:

1. Syarikat mencarum polisi keyman takaful untuk 1 atau lebih pekerjanya yang menjadi orang penting dalam syarikat.

2. Keyman itu sama ada owner syarikat, Board of Directors atau pengurus kanan syarikat yang seandainya mereka meninggal dunia atau hilang upaya kekal untuk bekerja, ianya bakal memberikan impak besar terhadap perjalanan syarikat.

3. Sekiranya "keyman" ini meninggal dunia atau hilang keupayaan kekal menyeluruh untuk bekerja, pampasan (sum covered) akan dibayar atas nama syarikat.

Kelebihan yang diperoleh syarikat dengan pelan keyman takaful ini ialah :

1. Menjaga kestabilan perniagaan kerana syarikat mungkin kehilangan keuntungan masa hadapan yang sepatutnya diperoleh seandainya keyman masih ada.

2. Melindungi saham-saham milik keyman supaya syarikat dapat membeli balik saham tersebut dari waris keyman seandainya mereka meninggal dunia.

3. Penyediaan tunai bagi membayar hutang-hutang syarikat sekiranya syarikat terpaksa ditutup akibat kehilangan keyman.

4. Dapat membiayai kos mengambil pekerja profesional yang baru (hiring process) yang mampu menampung tugas keyman yang sudah tiada.

5. Syarikat dapat memberi pampasan kepada waris keyman tersebut sebagai tanda penghargaan atas jasa yang diberikan, seterusnya dapat menjaga kebajikan waris yang ditinggalkan.

6. Caruman pelan takaful keyman tersebut boleh dibuat pelepasan cukai. Boleh rujuk di website LHDN.

7. Syarikat dapat mengurangkan pertambahan kos serta mengelakkan pencairan aset bagi menangung perbelanjaan yang bakal berlaku akibat musibah yang menimpa keyman.

Jadi sekiranya anda merupakan pemilik syarikat yang ingin menjamin legasi perniagaan yang kukuh, WhatsApp pokcik di https://wa.me/60193330891

Membina Pas**anBila ada rakan-rakan bertanya apa yang pokcik buat untuk “drive” anak-anak buah ‘produce’, buat mereka be...
18/05/2024

Membina Pas**an

Bila ada rakan-rakan bertanya apa yang pokcik buat untuk “drive” anak-anak buah ‘produce’, buat mereka berani nak ajak orang lain join team, buat mereka sampai okey untuk stay back kat office, buat mereka berlumba-lumba nak memberi; jawapan pokcik satu je.

Dari awal pokcik membina team (bermula tahun kedua pokcik menjadi ejen - pokcik contracted pada Nov 2017) pillar yang pokcik pegang cuma satu. Kita mesti GEMBIRA dulu dengan apa yang kita buat. Dari gembira akan datang p**a CINTA. Jadi tugas pokcik sebagai ketua pas**an adalah menyediakan environment/persekitaran kerja yang GEMBIRA & POSITIVE. Pokcik seberapa daya akan tapis dahulu siapa yang akan masuk dalam team kami sebab pokcik taknak orang-orang negatif terlepas masuk dan merosakkan “working culture” yang kami ada.

Individu yang s**a berdengki, s**a cakap belakang, s**a hasut ‘orang baru’ jadi pemberontak melawan Leader, yang tak pandai HORMAT rakan lain, yang tak boleh ditegur, yang s**a merendah-rendahkan rakan lain yang kurang cemerlang, yang terlalu idealistik sampai kadang-kadang pemikiran mereka menyinggung hati orang lain dan orang-orang yang selfish (terpaling busy sampai tak boleh menyumbang pada rakan-rakan lain) ; are not invited in our family. Kami sayang pada apa yang kami dah susah payah bangunkan iaitu KEHARMONIAN KELUARGA KAMI.

So, dari rasa GEMBIRA tu semuanya akan terzahir dengan sendiri. Tak perlu nak paksa-paksa datang office, tak perlu nak asyik remind berkenaan production, tak perlu nak takut-takutkan pasal kegagalan sebab misi dan visi masing-masing dah jelas sebab “unnecessary stress” dah diminimakan dari awal.

Team kami taklah sehebat dan sebesar mana. Baru ada 22 orang tapi alhamdulillah every month almost 70% advisor di RYB Dream Team “bekerja” dan ada production. Pokcik bersyukur sebenarnya apabila anak-anak buah ada rasa tanggungjawab pada satu sama lain dan insyaAllah nak sama-sama berjaya 😊

P/S : Tulis panjang-panjang ni sebab masih rasa teruja sebab Kak Norazma Binti Umor iaitu salah seorang ejen pokcik yang based di Melaka sudi datang singgah di office Putrajaya baru-baru ni. So inspired with her great effort 🥰

Alhamdulillah ala Kulli Haal 😊🤲🏻
13/05/2024

Alhamdulillah ala Kulli Haal 😊🤲🏻

Address

Putrajaya

Opening Hours

Monday 08:00 - 00:00
Tuesday 08:00 - 00:00
Wednesday 08:00 - 00:00
Thursday 08:00 - 00:00
Friday 08:00 - 00:00
Saturday 08:00 - 18:00
Sunday 18:00 - 00:00

Telephone

+60193330891

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pokcik Takaful posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Pokcik Takaful:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram