Info Sihat

Info Sihat Info, petua, tips dan nasihat kesihatan sebagai panduan amalan cara hidup sihat

✴️GELOMBANG HABA adalah satu tempoh suhu tinggi luar biasa yang melebihi suhu maksimum purata harian dengan keadaan cuac...
18/03/2024

✴️GELOMBANG HABA adalah satu tempoh suhu tinggi luar biasa yang melebihi suhu maksimum purata harian dengan keadaan cuaca yang agak panas. Di Malaysia, GELOMBANG HABA ditakrifkan sebagai suhu maksimum harian melebihi 37°C untuk 3 hari berturut-turut.

Orang awam dinasihatkan untuk mengikuti arahan-arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa dan mengikuti perkembangan keadaan cuaca yang dikeluarkan oleh MetMalaysia. Ikuti panduan penjagaan kesihatan bagi mengekalkan tahap kesihatan yang baik sepanjang musim gelombang haba.

Bulan Ramadan kini kembali. Ketika berpuasa, pesakit Diabetes sering kali menghadapi "hipo" atau keadaan dimana pesakit ...
17/03/2024

Bulan Ramadan kini kembali.

Ketika berpuasa, pesakit Diabetes sering kali menghadapi "hipo" atau keadaan dimana pesakit akan berasa menggigil dan sejuk menandakan berlakunya penurunan gula dalam darah secara mendadak.

Ikuti panduan seperti yang dikongsikan agar ramadan kali ini dapat dijalani dengan lebih sempurna. Sila dapatkan nasihat doktor mengenai kekerapan pemeriksaan paras gula dalam darah seperti dicadangkan.

Terdapat beberapa faktor yg menyebabkan seseorang terdedah kepada risiko penyakit buah pinggang kronik.Pastikan anda tid...
16/03/2024

Terdapat beberapa faktor yg menyebabkan seseorang terdedah kepada risiko penyakit buah pinggang kronik.

Pastikan anda tidak termasuk dalam golongan yang berisiko mendapat buah pinggang kronik

🧽🧼Cuci tangan anda dengan betul menggunakan air dan sabun atau pensanitasi tangan bagi mengelak penyebaran penyakit yang...
01/02/2024

🧽🧼Cuci tangan anda dengan betul menggunakan air dan sabun atau pensanitasi tangan bagi mengelak penyebaran penyakit yang boleh membahayakan nyawa.

💪Ikuti saranan KKM untuk mencuci tangan dengan betul dalam situasi yang tertentu bagi mengurangkan risiko jangkitan penyakit dari tangan yang tercemar.

1️⃣ dalam 1️⃣0️⃣ wanita mempunyai penyakit kronik  sebelum hamil dan  terdedah dengan penyakit berisiko seperti tekanan ...
12/01/2024

1️⃣ dalam 1️⃣0️⃣ wanita mempunyai penyakit kronik sebelum hamil dan terdedah dengan penyakit berisiko seperti tekanan darah tinggi, kencing manis dan asma.

👸Wanita perlu mengambil perhatian terhadap faktor risiko kesihatan yang boleh menyumbang kepada penyakit tidak berjangkit dengan mengambil makanan seimbang untuk memenuhi keperluan nutrisi badan, aktiviti fizikal yang sesuai untuk wanita hamil, tidak merokok dan menjaga kesihatan mental.

🩺Selain daripada itu, wanita dengan penyakit kronik yang berhasrat untuk hamil boleh mendapatkan nasihat dan penilaian menerusi Klinik Pra Kehamilan (Pre-Pregnancy Clinic) yang tersedia di Klinik-Klinik Kesihatan dan hospital-hospital berpakar KKM di seluruh negara.

4 PETUA KURANGKAN RABUN PALING BERKESAN ADALAH:1. sekiranya menggunakan komputer, pada setiap 10 minit lihat ke arah obj...
09/01/2024

4 PETUA KURANGKAN RABUN PALING BERKESAN ADALAH:

1. sekiranya menggunakan komputer, pada setiap 10 minit lihat ke arah objek yang jaraknya 3 meter lebih kurang. Lihatlah apa saya yang jarak 3 meter, lebih baik tengok alam semulajadilah macam pokok. Pandang dalam 3 minit sebelum mata kembali tengok skrin komputer. Jika baca buku pun boleh ikut cara ini.

2. Jangan main permainan video seperti playstation, Xbox dan sebagainya. Cuba kurangkan had bermain seperti 2 kali seminggu dan tak lebih dari 1 jam, kemuadian kurangkan lagi kepada 1 minggu 1 kali sahaja. Permainan ini memberi ketegangan yang tinggi pada mata, jika dibiarkan tanpa kawalan akan menyebabkan kerosakan mata. Alhamdulillah saya ni bukan jenis s**a main game, so step ni boleh skip hihih..

3. Cuba melihat hanya pada benda-benda fokus samada jauh mahupun dekat. Contoh jangan tengok semua benda sambil mata melilau kiri kanan. Ini akan menyebabkan mata kita cepat letih dan menurunkan kecepatan proses menyembuhkan mata. Tetapi jangan di paksa sehingga menyebabkan ketegangan mata yang tinggi.

4. Tampalkan setem pada tingkap rumah ataupun pejabat. Berdiri depan setem dengan jarak mata dengan setem hanya 30 sentimeter. Lihat setem itu sehingga fokus atau setajam yang boleh. Kemudian lihat benda jauh di luar tingkap dan kemudian tengok setem kembali. Ulang langkah ini sebanyak 41 kali. Apabila kita berasa otot mata sudah mula kuat kita boleh tambah bilangan. Ini adalaha latihan hebat untuk melatih kekuatan otot mata dan meningkatkan proses penyembuhan mata.

Selain daripada langkah-langkah di atas, saya juga akan berkongsi beberapa tips mudah yang boleh kita cuba untuk membantu mengurangkan silau mata. Tips tersebut adalah :

1) Lihat pokok hijau dalam tempoh 10 minit pada setiap pagi. Tetapi anda hendaklah berdiri di satu posisi sahaja dan fokus kepada titik tersebut.

2) Elakkan untuk membaca buku atau melihat skrin telefon dalam suasana cahaya yang samar.

3) Banyakkan makan makanan yang mengandungi sumber Vitamin A seperti minum jus lobak merah, tetapi jangan menggunakan gula dan ais.

4) Jangan melihat skrin komputer terlalu lama. Setiap 30 minit,rehatkan mata anda dengan pejam dan celik berulangkali untuk meregangkan otot mata.

5) Makan supplement Vitamin A untuk membantu kesihatan mata.

Magnesium merupakan elemen penting dalam tubuh manusia. Seorang dewasa mengandungi lebih kurang 25 g magnesium dengan 50...
07/01/2024

Magnesium merupakan elemen penting dalam tubuh manusia.

Seorang dewasa mengandungi lebih kurang 25 g magnesium dengan 50%- 60% terdapat di tulang dan selebihnya dalam tisu-tisu badan.

Fungsi magnesium ini penting dalam sistem metabolisma badan. Kekurangan pengambilan mikronutrien yang satu ini sudah pasti akan memberi kesan kepada tahap kesihatan seseorang.

Nak makan buah potong? Tak perlu cicah!Nikmati rasa semula jadi makanan dengan kurang rasa masin tanpa garam, sos dan pe...
29/12/2023

Nak makan buah potong? Tak perlu cicah!

Nikmati rasa semula jadi makanan dengan kurang rasa masin tanpa garam, sos dan penambah perasa. Buah-buahan segar adalah lebih sihat dimakan begitu sahaja tanpa penambah rasa seperti asam boi atau pencicah seperti kicap soya.

Jom! mulakan dengan 10,000 langkah anda yang pertama bagi menjadikan budaya aktif dalam kehidupan sebagai rutin.
26/12/2023

Jom! mulakan dengan 10,000 langkah anda yang pertama bagi menjadikan budaya aktif dalam kehidupan sebagai rutin.

💁LIMAU WANGIKAN RAMBUT☘Ambil beberapa biji limau nipis dan hiris-hiriskan. Kemudian gosokan ke seluruh kepala. Biarkan b...
21/12/2023

💁LIMAU WANGIKAN RAMBUT

☘Ambil beberapa biji limau nipis dan hiris-hiriskan. Kemudian gosokan ke seluruh kepala. Biarkan beberapa minit dan selepas itu cuci bersih-bersih. Selain daripada mewangikan rambut, limau nipis juga boleh menghilangkan rasa pening dan menyejukkan kepala.

Adakah HIV dan AIDS penyakit yang sama❓Diagnosis bagi kedua-dua penyakit adalah berbeza tetapi saling berkait.Kekeliruan...
15/12/2023

Adakah HIV dan AIDS penyakit yang sama❓

Diagnosis bagi kedua-dua penyakit adalah berbeza tetapi saling berkait.

Kekeliruan masyarakat mengenai penyakit ini boleh menyebabkan usaha membendung jangkitan HIV/AIDS melalui aktiviti pencegahan, rawatan dan kawalan terjejas.

Ayuh‼️Mulakan dengan 10,000 langkah anda yang pertama.🏃🏃‍♀️Pastikan anda menjadikan amalan ini sebagai suatu budaya hidu...
14/12/2023

Ayuh‼️
Mulakan dengan 10,000 langkah anda yang pertama.
🏃🏃‍♀️Pastikan anda menjadikan amalan ini sebagai suatu budaya hidup sihat anda, menuju tahun baharu 2024.

Address

Putrajaya

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Info Sihat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share