
20/06/2025
KURSUS PENGURUSAN EMOSI DALAM MENANGANI ISU KESIHATAN MENTAL KEPADA RAKAN PEMBIMBING PERKHIDMATAN AWAM (AKRAB) JABATAN KESIHATAN NEGERI NEGERI SEMBILAN (JKNNS)
&
MAJLIS PENTAULIAHAN RAKAN PEMBIMBING PERKHIDMATAN AWAM (AKRAB) JABATAN KESIHATAN NEGERI NEGERI SEMBILAN (JKNNS)
🗓️ 16 JUN 2025 | ISNIN
📍 DEWAN SRI MERBAU, JKNNS
TAHNIAH diucapkan kepada Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) jabatan Kesihatan Negeri Negeri Sembilan, seramai 40 orang dengan rasminya telah ditauliahkan sebagai AKRAB JKNNS bagi tahun 2025. AKRAB bukan sekadar nama tetapi ia adalah amanah yang menuntut keprihatinan, kesabaran, empati, dan kebijaksanaan dalam membantu rakan-rakan sekerja menghadapi pelbagai isu yang menjejaskan kesejahteraan kerja dan kehidupan.
Jutaan terima kasih juga kepada barisan Ahli Jawatankuasa (AJK) yang juga merupakan AKRAB JKNNS yang telah bertungkus lumus dalam menjayakan kursus dan majlis pentauliahan ini. Tidak dilupakan juga penceramah-penceramah jemputan yang sudi meluangkan masa berkongsi ilmu kepada AKRAB JKNNS, kami sangat hargai dan berterima kasih.