14/10/2024
Lahirnya pengganas yang berterusan...Bahaya pencinaan dalam negara majoriti Melayu bumiputera
Bahaya ideologi komunis dalam negara majoriti Melayu.
Saya sebenarnya sudah malas mahu mengulaskan mengenai sikap bangsa sendiri, kerana tidak mahu dikatakan masuk Melayu atau jadi Melayu setelah menganut agama Islam. Inilah selalu serangan yang dilakukan oleh mereka terhadap saya untuk melemahkan semangat saya.
Tetapi sikap ultra kiasu bangsaku ini, menyebabkan saya tidak boleh berdiam diri atau berehat seketika, Saya mesti menunaikan kewajipan sebagai rakyat negara tercinta ini, tanahairku. Saya labelkan mereka ini sebagai ultra kiasu sejak dahulu lagi, walaupun tidak semua, sememangnya tepat dan tidak dapat lari daripada kajian saya sebelum ini.
Sikap ultra kiasu inilah yang menjadikan mereka lebih Cina daripada Cina di negara China dan mahu mahu mencinakan negara ini, amat bahaya dalam pembinaan negara yang dipunyai majoriti Melayu dan bumiputera. Ultra kiasu ini sangat jahil memahami sejarah dan asal usul. Mereka ingat Malaysia ini negara China.
Kita hari ini adalah rakyat Malaysia, taat setia, hidup mati kita di sini, bukan lagi negara lain, seperti negara China. Datanglah pelawat dan tentera Cina (China), taat setia dan hidup mati kita tetap Malaysia. Tidak pernah berubah. Berpisah tiada.
Terbaharu, isu lawatan pelajar kadet Cina, yang dikatakan pelajar biasa oleh Menteri Pendidikan. Mana mungkin pelajar biasa boleh naik ‘kapal perang’ yang dikendalikan oleh tentera laut. Macam pelajar kadet Maktab Tentera Diraja dan pelajar kadet Universiti Pertahanan Malaysia. Mereka sahaja yang boleh menikmati kemudahan tentera ini. Pelajar sekolah biasa tidak boleh kerana mereka tidak dilatih dengan hal ehwal ketenteraan. Menteri kena faham perkara asas ini, bukan ikut sedap mulut bercakap, sehingga menampakkan kejahilan sendiri.
Pelajar yang bergelar pelajar, tidak semua boleh naik kapal laut. Mereka perlu terlatih dalam selok belok pelayaran. Baharulah boleh belayar. Ini bukan kapal pelancongan, tetapi ‘kapal perang’. Tengok pakaian seragam pun semua boleh tahu. Pergi melawat pulak ke sekolah persendirian Cina, cakap Cina, persekitaran Cina, budaya Cina, semuanya Cina, takkan pergi saja saja, mesti ada benda. Ini bukan negara China. Ini Malaysia, bahasa kebangsaan bahasa Melayu, identiti kebangsaan adalah, budaya Melayu Islam dan Bumiputera, bukan Cina atau India. Budaya lain adalah sampingan, bukan asas.
Orang lain, boleh kamu tipu. Tapi bukan aku, aku belajar semua itu ketika mengambil sarjana dalam pengajian strategi dan keselamatan pertahanan, selain pernah berkhidmat di Universiti Pertahanan. Anak aku pulak pernah belajar dan berada di Maktab Tentera DiRaja. Aku faham sangat tentang dasar luar dan hubungan diplomatiik.
Bahaya sungguh negara ini ditadbirkan dan diuruskan oleh ultra kiasu. Mereka ingat ini negara bapak mereka, buat ikut s**a, sedangkan kita ada perlembagaan, sebagai asas menguruskan negara. Bukan buat ikut s**a hati, terutama proses pencinaan yang amat ketara, membahayakan.
Dalam isu ini, ultra kiasu DAP, Gerakan dan MCA, sama sahaja, sebab mereka sama-sama sebangsa, defensif. Paling menyedihkan pemimpin tertinggi Gerakan pun turut sama. Seperti yang saya katakan dulu, mereka ini semuanya sama. 3 dalam 1. Paling malang, Melayu ultra kiasu DAP, terutama, yang kononnya yang faham Islam, yang lantang bercakap, senyap seribu bahasa. Mereka takut tidak dicalonkan jadi wakil rakyat untuk bertanding nanti dan takut tidak kekal wakil rakyat.
Saya ingin ingatkan ultra kiasu, terutama pemimpin parti DAP, Gerakan dan MCA, serta NGO Pendidikan Cina mereka, jika kamu masih berkiblatkan negara China, masih belum terlambat untuk kamu bertanya kepada kedutaan China di Malaysia, adakah kamu masih diterima jika menjadi rakyat negara di negara China?
Kamu ini sangat jahil dalam memahami dasar luar negara dan Pembangunan negara bangsa sesebuah negara. Negara yang kita datangi ini, sehingga kita menjadi rakyat atau warganegara di sini, menikmati segala yang ada, sama seperti tuan punya tanah, Melayu dan bumiputera. Apakah kamu masih lagi tidak bersyukur?
Negara ini bukan negara China, tetapi Tanah Melayu @ Malaysia, macam mana Cina pun kamu, agenda negara yang termaktub dalam perlembagaan dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan mesti diutamakan.
Jika ada tetamu, pelancong luar datang, maka pertunjukkan pertama yang mesti ditonjolkan adalah identiti Melayu dan Bumiputera diikuti oleh budaya minoriti atau budaya ‘pendatang’. Ini wajib diketahui.
Jika kamu masih jahil, lihat peta dunia, sehingga kini, kekal namanya, Kepulauan Melayu atay Malay archipelago, ia akan terus kekal buat selamanya. Apakah kamu ada agenda untuk memadamkan itu semua? Apakah kamu ada agenda untuk mencinakan negara ini? Jika ada padamkan cepat-cepat, kerana ia terlalu bahaya. Kamu jangan mengambil kesempatan ketika Melayu sedang lemah?
Ingat tak lagi isu menggantung dan menghiasai 10,000 lampu tanglung yang digantung sepanjang Jalan Raja Uda, Pulau Pinang, suatu masa dahulu. Saya ada menulis dan menegurkan, jangan tenggelamkan identiti asal negara ini. Bukan main kamu menyerang aku. Kamu ultra kiasu, seolah-olah tidak boleh ditegurkan dengan sikpa ultra kiasu pencinaan kamu.
Saya menegurkan supaya kamu tidak menjadi terlalu rasis menggantung identiti Cina tersebut, kerana kita hidup dalam negara majoriti Melayu. Berpada-pada. Begitu juga iklan Festival bandaraya Goergetown yang begitu kecinaan sehingga menampakkan negara ini adalah negara kepunyaan Cina, bukan berasal usulkan Melayu. Yang ditonjolkan adalah identiti Cina sepenuhnya, sedangkan dalam Dasar Kebudayaan Kebangsaan, jelas garis panduannya bahawa sebarang perrtunjukkan kebudayaan mesti, mencerminkan identiti melayu Islam sebagai asas, diikuti dengan bangsa lain yang berhijrah.
Saya cuba sebenarnya cuba untuk mengelak daripada menulis artikel yang berbau ‘rasis’ kerana pasti akan dikecamkan oleh netizen ultra kiasu. Tetapi, keadaan tidak membenarkan. Isu-isu semasa yang berlaku amat membahayakan Pembangunan sebuah negara bangsa, terutama, apabila negara ini ditadbirkan oleh ultra kiasu. Saya menentang mereka bukan kerana mereka Cina, kerana sayapun Cina juga, berdosa besar saya menentang mereka hanya kerana bangsa, bangsan itu ciptaan Tuhan, tetapi saya terpaksa menentang mereka kerana sikap ultra kiasunya.
Lebih-lebih lagi bidang pengajian saya adalah berkaitan politik dan keselamatan pertahanan. Isunya bukan soal, pelajar kita atau pelajar China yang pegang dan kibar bendera China. Perkara utama kenapa perlu pegang dan kibar? Kita nak agungkan siapa dalam negara majoriti Melayu ini?
Cukuplah bendera besar dua negara yang berada di luar bangunan. Apabila berada di dalam bangunan, sepatutnya terpancar identiti negara, bukan identiti Cina.
Ini tidak, luar dan bangunan penuh dengan identiti dan budaya negara China. Boleh dikatakan langsung tidak ada identiti kebangsaan. Sekolah itu seolah-olah berada dalam negara China.
Persembahan oleh pelajar SPC, semua beridentitikan Cina. Apakah Malaysia ini penduduk asalnya adalah orang Cina. Paling jelas, Cina di alam Nusantara tidak dikira di mana, Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina, asala usulnya adalah pendatang. Sejarah ini tidak boleh dinafikan. Mereka diterima menjadi warganengara, kerana kebaikan dan tolak ansur daripada penduduk asal. Walaupun apa pun terjadi, penduduk asal tidak boleh sama sekali ditolak beransur-ansur, tidak kira siapapun yang memerintah.
Sebagai pelajar Sains Politik dan keselamatan dan pertahanan, yang mengambil subjek dasar luar dan keselamatan dan pertahanan, saya bersetuju dengan apa yan dikatakan oleh Ruhan Shahrir dalam artikel beliau bertajuk Armada China: 'Faux pas', budaya, politik, diplomatik dan hubungan etnik (12 Oktober 2024). Teguran ini hendaklah diambil secara positif. Ini teguran agak lembut., berbanding teguran saya faham-faham sahajalah.
Ruhan (2024) berkata lawatan Armada ke-83 Tentera Laut Republik Rakyat China di Pulau Pinang baru-baru ini bukanlah perkara yang boleh dianggap enteng. Ia sebenarnya suatu cerminan psikologi kerajaan negeri Pulau Pinang yang dipimpin oleh DAP. Suatu bentuk psikologi yang cukup bermasalah jika ditinjau dari bingkai identiti kebangsaan Malaysia dan kesannya terhadap kepentingan strategik negara serta dinamika hubungan etnik di tanah air kita. Kemungkinan dalam perasaan dan fikiran mereka yang terlibat dalam mengatur lawatan tersebut tidak pernah wujud pertimbangan-pertimbangan ini. Yang wujud mungkin hanyalah bagaimana untuk “menjilat” Armada Tentera Laut China tersebut. Apakah dengan “menjilat” Armada Tentera Laut Republik Rakyat China itu akan melupuskan tuntutan daripada negara Republik Rakyat China ke atas sembilan garis putus di Laut Cina Selatan?
Apakah Republik Rakyat China akan mengendurkan tuntutan mereka ke atas pulau-pulau di Gugusan Semarang Peninjau setelah menerima layanan yang begitu hebat daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang? Apakah tidak akan ada lagi pencerobohan daripada Tentera Laut Republik Rakyat China ke atas Beting Patinggi Ali di Sarawak selepas kerajaan Pulau Pinang memberi sambutan yang luar biasa hangat kepada kapal-kapal yang berlabuh itu? Atau apakah kemungkinan dalam kerajaan negeri Pulau Pinang terdapat ejen-ejen Republik Rakyat China yang ingin mempengaruhi dasar-dasar negara supaya berpihak kepada negara China? Kecurigaan ini munasabah sahaja kerana pernah berlaku cubaan oleh penyokong kuat DAP, Superman Hew, untuk mempromosi dasar pro-China menerusi komik propaganda mengenai “One Belt One Road Initiative (OBOR)” yang disasarkan edarannya ke sekolah-sekolah di Malaysia. Mujurnya, mahkamah pada akhirnya mengharamkan komik propaganda pro-China itu daripada diedarkan ke sekolah-sekolah di Malaysia. Namun nampaknya usaha untuk terus membawa agenda pro-China ke sekolah-sekolah tidak terpadam sepenuhnya. Sekali lagi ia muncul dengan lawatan Armada Tentera Laut Republik Rakyat China yang turut melibatkan sebuah sekolah persendirian Cina. Apa yang menakjubkan ialah dalam sebuah berita akhbar berbahasa Cina yang diterjemahkan, dilaporkan terdapat sebuah lagu yang berjudul “My Motherland” atau “Ibu Pertiwiku” telah dinyanyikan oleh kadet-kadet Tentera Laut China di hadapan murid-murid sekolah tersebut. Apa motifnya mempromosikan patriotisme Tanah Besar China di hadapan murid-murid yang sebahagian besarnya adalah dari etnik Cina, sememangnya menimbulkan kecurigaan dan tanda tanya.
Tidak adalah masalah untuk berbaik dengan negara luar dalam dasar luar dan diplomatik. Ianya dituntut. Tetapi hubungan ini sudah keterlaluan, kita bukan hanya ‘menjilat’ meminjam istilah yang digunakan Ruhan (2024), tetapi sudah sampai ke peringkat menyerahkan segala-galanya. Kita seolah-olah sudah dimakan dan ditelan. Ini adlaah suatu pengkhianatan dan penderhakaan.
Seperti yang dikatakan oleh Ruhan (2024), jika tujuan rombongan tersebut sebahagiannya adalah untuk program pertukaran budaya, maka tiada banyak pertukaran budaya yang berlaku. Malahan tarian yang dipersembahkan oleh murid-murid sekolah persendirian Cina dari Malaysia itu sendiri adalah sebuah tarian rakyat Yunnan dan gendang 24 musim yang kemungkinan besarnya daripada Tanah Besar China juga dan bukan Malaysia. Justeru, ia tentunya menimbulkan suatu persoalan yang cukup penting dalam kehidupan bernegara iaitu apakah acara yang diuruskan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang itu beridentitikan kebangsaan Malaysia atau kebangsaan China? Apakah kerajaan negeri Pulau Pinang dan sekolah persendirian Cina tersebut merasakan unsur-unsur kebudayaan Melayu dan bumiputera di Malaysia tidak layak untuk menjadi bahagian daripada program pertukaran budaya tersebut? Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang dipimpin oleh DAP dalam hal ini nampaknya sekali lagi gagal untuk mempertimbangkan sensitiviti masyarakat Malaysia yang kompleks dan rumit khususnya yang melibatkan persoalan-persoalan tentang dasar luar Malaysia, kepentingan strategik dan keselamatan geopolitik, hubungan antara etnik di dalam negara dan persoalan identiti kebangsaan yang berteraskan ke-Malaysiaan bukan ke-Chinaan.
Teramat malang sama sekali, apabila isu menjai viral, sepatutnya sebagai seorang pemimpin negara, kita sudah semestinya mengambil tindakan terhadap ultra kiasu DAP dan Sekolah Persendirian Cina, serta pihak yang terlibat. Malangnya, pihak pemerintah, menjadi terlalu defensif, bermati-matian mempertahankan tindakan ultra kiasu ini. Apa nak jad dengan negara ini? Apakah negara kita masih berdaulat? Jika cara sebeginilah kita berpolitik, hancur negara ini.
Saya yakin, tidak semua orang Cina, bukan Melayu yang lain, bersetuju dengan tindakan ultra kiasu DAP dan NGO Pendidikan rasis ini. Sebenarnya, masih ramai yang sayangkan negara ini, mahi hidup mati bersama negara ini. Tetapi mereka tidak berani untuk tampil ke hadapan, kerana takut dikutuk dan dikecam. Tidak seperti saya, sudah kebal, demi agama, bangsa dan negara.