Dietitian Tawau Specialist Medical Centre - TSMC

  • Home
  • Dietitian Tawau Specialist Medical Centre - TSMC

Dietitian Tawau Specialist Medical Centre - TSMC Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Dietitian Tawau Specialist Medical Centre - TSMC, Nutritionist, No 3680, Tinagat Plaza, Mile 2. 5, Jalan Bunga Raya, Off Jalan Apas, .

Dapatkan nasihat pemakanan daripada Dietitian bertauliah untuk sebarang masalah pemakanan seperti masalah berat badan, kencing manis, tinggi kolesterol, masalah jantung, masalah tumbesaran kanak-kanak dan lain-lain di TSMC

Buat ibu bapa atau penjaga di luar sana yang bakal memperkenalkan makanan pelengkap kepada si manja mereka, semestinya b...
20/02/2023

Buat ibu bapa atau penjaga di luar sana yang bakal memperkenalkan makanan pelengkap kepada si manja mereka, semestinya banyak yang teruja dan banyak juga yang merasa bimbang akan transisi ini!

Jangan risau kerana pada perkongsian kali ini, dietitians TSMC ingin memberi beberapa tips berkaitan pemberian makanan pelengkap kepada si kecil kesayangan anda. 🫶

Untuk ketahui lebih lanjut berkaitan topik ini, hubungi kami atau tinggalkan sebarang pertanyaan/komen anda di ruangan komen!

🥳 Musim durian kembali lagi 🥳🔸️Tahukah anda, buah durian yang juga dikenali sebagai 'Raja Buah' merupakan antara buah ya...
12/02/2023

🥳 Musim durian kembali lagi 🥳

🔸️Tahukah anda, buah durian yang juga dikenali sebagai 'Raja Buah' merupakan antara buah yang terkenal dalam kalangan rakyat Malaysia kerana mempunyai aroma dan tekstur nya yang tersendiri.

🔸️Sambil anda menikmati kelazatan buah durian, jom kita ambil tahu serba sedikit mengenai buah yang unik ini 🧐

Adakah oat termasuk dalam diet harian anda?👉 Oat merupakan bijirin yang versetile, ia sesuai untuk sarapan pagi, makan t...
17/01/2023

Adakah oat termasuk dalam diet harian anda?

👉 Oat merupakan bijirin yang versetile, ia sesuai untuk sarapan pagi, makan tengahari, makan malam dan malah sebagai snek. Bukan itu sahaja, oat juga boleh disediakan dalam pelbagai cara seperti dalam penyediaan lempeng, pastri seperti biskut dan kek, dijadikan overnight oat dan macam-macam lagi!

🤔 Tahukah anda yang oat sangat berkhasiat? Selain membekalkan tenaga, ia juga membekalkan pelbagai jenis vitamin, mineral dan serat yang penting untuk tubuh badan manusia. Tenaga yang dibekalkan oleh oat adalah dalam bentuk karbohidrat, protein dan lemak (khususnya lemak tidak tepu). Selain itu, vitamin dan mineral yang boleh dijumpai dalam oat termasuklah vitamin B & E, folat, zink, zat besi, selenium, kuprum, mangan, karotenoid dan banyak lagi.

🤔 Tahukah juga anda bahawa jenis oat bergantung dengan cara pemprosen bijian oat tersebut? Antara jenis oat yg boleh didapati di pasaran termasuklah oat segera (instant oat), oat cepat masak (quick oat), oat gulung (rolled oat), Steel cut oat dan lain-lain. Dari aspek kandungan nutrien, oat-oat ini tidak mempunyai perbezaan besar. Tetapi menurut kajian, pemprosesan oat mengubah ciri fizikal bijirin yang mungkin mempengaruhi indeks glisemik (GI).

👉 Pada perkongsian kali ini, dietitians TSMC akan berkongsi perbezaan antara oat segera, oat cepat masak dan rolled oat dan juga apa itu GI!

🔹 Kadar kolesterol yang tinggi dalam darah boleh meningkatkan risiko komplikasi yang teruk seperti sakit jantung dan ang...
30/12/2022

🔹 Kadar kolesterol yang tinggi dalam darah boleh meningkatkan risiko komplikasi yang teruk seperti sakit jantung dan angin ahmar.

🔹 Selain mengurangkan pengambilan makanan bergoreng dan bersantan, pengambilan sterol tumbuhan juga dikatakan mampu mengawal kadar kolesterol dalam darah.

🔹 Jom baca beberpa fakta menarik mengenai sterol tumbuhan dan kebaikannya untuk kesihatan anda 🤓

🤍 Karbohidrat ialah salah satu makronutrien penting yang diperlukan dalam badan.🤍 Ia merupakan sumber tenaga utama yang ...
16/12/2022

🤍 Karbohidrat ialah salah satu makronutrien penting yang diperlukan dalam badan.

🤍 Ia merupakan sumber tenaga utama yang membekalkan tenaga kepada badan kita sepanjang hari.

🤍 Karbohidrat terbahagi kepada dua jenis, iaitu karbohidrat ringkas dan karbohidrat kompleks.

🤍 Jum kita baca dan ambil tahu tentang perbezaan antara kedua-dua kumpulan karbohidrat ini 😊

You probably already know that there are many benefits to including fibre in our diets, but did you know why? 🤔It is rec...
12/12/2022

You probably already know that there are many benefits to including fibre in our diets, but did you know why? 🤔

It is recommended that Malaysian adults get between 20g and 30g of fibre every day.

Where do we start? The simplest way would be to eat at least three servings of vegetables and two portions of fruit per day! 🫶

✅ Tempoh dari lahir sehingga dua tahun merupakan tempoh yang sangat penting kerana perkembangan dan pertumbuhan kanak-ka...
01/12/2022

✅ Tempoh dari lahir sehingga dua tahun merupakan tempoh yang sangat penting kerana perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak aktif berlaku dalam tempoh ini.

✅ Oleh itu, pemakanan yang lengkap dan seimbang adalah sangat penting bagi memastikan tumbesaran si manja anda tidak terjejas. Ibu bapa dan penjaga seharusnya bekerjasama untuk memastikan anak-anak anda mendapat nutrisi yang lengkap bagi menyokong tumbesaran mereka.

Tawau Specialist Medical Centre
22/11/2022

Tawau Specialist Medical Centre

Datuk Dr. M. Hatta Tarmizi will be running a sessional clinic again at TAWAU SPECIALIST MEDICAL CENTRE (TSMC) on 9th - 10th December 2022

For more information or appointment, call: https://wa.me/60172521975

Tawau Specialist Medical Centre Datuk Dr. M. Hatta Tarmizi

Curious about the content of a mother's breast milk? Read the poster below to find out more about breast milk!
14/11/2022

Curious about the content of a mother's breast milk?
Read the poster below to find out more about breast milk!

📌 Pada tahun 2018, statistik menunjukkan pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang meningkat kepada 16 peratus atau...
02/11/2022

📌 Pada tahun 2018, statistik menunjukkan pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang meningkat kepada 16 peratus atau 2.6 juta pesakit.

📌 Ketika ini dicatatkan sebanyak 40,000 pesakit mengalami masalah buah pinggang dan menjalani rawatan dialisis di negara ini. Angka ini dijangka akan terus meningkat sehingga mencapai 106,000 pada tahun 2040.

📌 Bagi pesakit yang menjalani dialisis, pemakanan yang sihat dan seimbang adalah sangat penting. Antara nutrisi penting yang perlu diambil secukupnya ialah protein. Pengambilan protein yang mencukupi bukan sahaja dapat mengurangkan risiko komplikasi, bahkan juga dapat meningkatkan kualiti hidup seseorang pesakit.

✅ Kalsium merupakan antara mineral penting yang diperlukan semasa hamil. Kalsium bukan sahaja penting untuk ibu mengandu...
25/10/2022

✅ Kalsium merupakan antara mineral penting yang diperlukan semasa hamil. Kalsium bukan sahaja penting untuk ibu mengandung, bahkan juga penting untuk bayi dalam kandungan.

✅ Antara sumber makanan yang kaya dengan kalsium termasuklah susu, keju, yoghurt, tauhu, tempe, kacang almond, brokoli, bayam dan sawi hijau.

Address

No 3680, Tinagat Plaza, Mile 2. 5, Jalan Bunga Raya, Off Jalan Apas

91000

Opening Hours

Monday 09:00 - 16:00
Tuesday 09:00 - 04:00
Wednesday 09:00 - 16:00
Thursday 09:00 - 16:00
Friday 09:00 - 16:00
Saturday 09:00 - 12:00

Telephone

+6089779082

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dietitian Tawau Specialist Medical Centre - TSMC posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

  • Want your practice to be the top-listed Clinic?

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram