08/10/2025
7 Oktober 2025 - Hari yang penuh dengan pengisian berfaedah buat warga SELGATE di Selgate Specialist Hospital Rawang.
Hari dimulakan dengan Taklimat Integriti, Kesalahan Rasuah & Liabiliti Korporat yang disampaikan oleh wakil-wakil berwibawa daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), yang diketuai oleh Tuan Mahendran Vrejenan, Penolong Pesuruhjaya SPRM, merangkap Ketua Seksyen Pendidikan Masyarakat Cawangan Swasta, bersama Tuan Mohd Ihsan Anuar, Penguasa SPRM, dan Puan Roazfaniza Roslim, Penolong Kanan Penguasa SPRM. Sesi ini amat berimpak tinggi dan menjadi peringatan penting tentang nilai integriti dalam setiap tindakan. Ia turut memperkukuhkan tekad SELGATE untuk terus menolak sebarang bentuk rasuah dan mengamalkan ketelusan dalam setiap urusan.
Pada sesi tengah hari p**a, kami berbesar hati menerima kunjungan daripada delegasi Perbadanan Putrajaya yang diketuai oleh Pn. Tengku Aina Binti YTM Tengku Ismail Shah, Pengarah Bahagian Pelaburan, Jabatan Perkhidmatan Korporat, Perbadanan Putrajaya. Lawatan ini amat bermakna dan produktif dengan perbincangan ke arah memperluas kerjasama bagi memastikan SELGATE dapat terus memberikan perkhidmatan kesihatan berkualiti kepada komuniti di Putrajaya.
Turut mewakili SELGATE ialah YBhg. Dato’ Noor Hisham Mohd Ghouth, Ketua Pegawai Eksekutif Kump**an SELGATE; Dr. Nurul Mu’az Omar, Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif Selgate Healthcare; Encik Muhammad Azfizam Hamzah, Ketua Pegawai Kewangan Selgate Healthcare; YM Tengku Iesta Tengku Alaudin, Ketua Pegawai Strategi Selgate Healthcare; Encik Shaharul Razi Amran, Ketua Pegawai Pengurusan Risiko Selgate Healthcare; Puan Miranda Harumal, Ketua Pegawai Eksekutif Selgate Specialist Hospital (Wilayah Tengah); dan Datin Seri Dr Nomee Ashikin, Pengarah Perubatan Kump**an SELGATE.