Unit Pengurusan Psikologi, Pusat Koreksional Puncak Alam

Unit Pengurusan Psikologi, Pusat Koreksional Puncak Alam Perkhidmatan Psikologi Koreksional seiring dengan aplikasi psikologi dalam membina modal insan yang ke arah kesejahteraan psikologi yang baik.

Pada 11 September 2025, Unit Pengurusan Psikologi, Pusat Koreksional Puncak Alam bersama Unit Agama PKPA telah dijemput ...
14/09/2025

Pada 11 September 2025, Unit Pengurusan Psikologi, Pusat Koreksional Puncak Alam bersama Unit Agama PKPA telah dijemput oleh Pej.Parol Daerah Klang untuk memberikan intervensi kepada ODP yang sedang menjalani program PAROL di McDonald's sekitar Lembah Klang. Program ini bertujuan memberikan input berkaitan kesejahteraan psikologi, peningkatan penghargaan kendiri, perancangan masa akan datang dan kepentingan psikospiritual dalam diri sendiri. Aspek perancangan diri amat dititikberatkan semasa program ini berlangsung. Ia lebih kepada membuka mata para ODP tentang bertapa pentingnya merancang bagi menerapkan matlamat secara fokus dalam mengelakkan melakukan kesalahan berulang dan mendepani cabaran hidup yang penuh kompleks pada masa kini.

En.Rahmansyahputra Bin Afrizal selaku Pegawai Psikilogi PKPA bersama Ust. Muhammad Fadil bin Salman, Pegawai Agama PKPA telah hadir dan melaksanakan Sesi Intervensi Kelompok terhadap 3 orang ODP di sini. Semoga menjadi pemula kepada kehidupan yang direncanakan.S14PJ




.

Pada 10 September 2025, Unit Pengurusan Psikologi, Pusat Koreksional Puncak Alam telah dijemput oleh SMK Damansara Damai...
14/09/2025

Pada 10 September 2025, Unit Pengurusan Psikologi, Pusat Koreksional Puncak Alam telah dijemput oleh SMK Damansara Damai 1 bagi menyampaikan ceramah psikologi di dalam Program Pembugaran Emosi : Amalan Gaya Hidup Sihat Menjamin Gaya Hidup. Ceramah yang disampaikan bertujuan memberi pendedahan terhadap para pelajar berkaitan pengurusan emosi serta penerapan undang-undang dalam mengekang gejala sosial remaja yang semakin mencabar.

Seramai 620 orang pelajar telah hadir bagi menyertai program ini. Antara aktiviti yang dijalankan seperti ceramah interaktif, soal jawab dan psikodrama secara umum. Semoga program ini membawa input yang berguna terhadap para pelajar bagi mengelakkan diri dari melakukan jenayah sekaligus mengelakkan dari terganggu kefungsian psikokogi dalam hidup.





Pada 8 September 2025, Unit Pengurusan Psikologi, Pusat Koreksional Puncak Alam dengan kerjasama Pusat Reintegrasi Pengh...
09/09/2025

Pada 8 September 2025, Unit Pengurusan Psikologi, Pusat Koreksional Puncak Alam dengan kerjasama Pusat Reintegrasi Penghuni (PRP) Sepang telah menganjurkan Majlis Penutup Program MyIntervensi Psikologi Komuniti Zon Tengah tahun 2025 di Pusat Reintegrasi Penghuni Sepang Selangor.

Majlis dirasmikan oleh Komandan Pusat Reintegrasi Penghuni Sepang Selangor, YBrs. Penguasa Penjara Sabri bin Mat Saat yang turut menyampaikan ucapan penutupan program ini. Dalam ucapannya, beliau menekankan kepentingan kesejahteraan psikologi terhadap ODP dan ODS serta melestarikan nilai MADANI dalam kalangan ODS bagi menghadapi cabarang pada masa akan datang.

Antara aktiviti yang dilaksanakan di dalam program ini melibatkan pelbagai aktiviti seperti Ceramah Interaktif Psikologi, Komunikasi Berkesan, Latihan Dalam Kump**an, Penilaian Psikikogi yang melibatkan nilai perubahan dan tahap daya tahan ODS, dan Cabaran Dalam Menjaga Kesihatan Mental.

Majlis diakhiri dengan penyampaian sijil penghargaan kepada pegawai-pegawai Psikokogi jemputan iaitu Encik Ramlan bin Ramli, Encik Muhamad Afiq Faiz bin Muhamad Amin dan Dr. Asraf Johar bin Salleh dari Penjara Sungai Buloh, serta Encik Mohamad Shahmie bin Shafii dari Bahagian Agama dan Kaunseling Ibu Pejabat Penjara Malaysia atas sumbangan menyampaikan ceramah berkaitan aplikasi dan kesejahteraan psikokogi dalam kalangan ODS

Majlis ini telah berakhir dengan jayanya sebagai pelengkap kepada Program MyIntervensi Psikologi Siri 1 di Rumah Transisi Industri Sungai Buloh, Siri 2 di Rumah Perantaraan Ehsan Purple House Sungai Buloh dan Siri 3 di Pusat Reintegrasi Penghuni Sepang.









Unit Pengurusan Psikologi PKPA dalam inisiatif pewujudan inovasi penulisan psikologi dengan pelaksanaan penulisan santai...
09/09/2025

Unit Pengurusan Psikologi PKPA dalam inisiatif pewujudan inovasi penulisan psikologi dengan pelaksanaan penulisan santai terhadap warga kerja PKPA dan pendedahan secara umur berkaitan ilmu psikologi dalam konteks masyarakat.

TINTA PSIKOLOGI telah diketengahkan oleh UPPs PKPA dalam mewujudkan suasana cakna terhadap psikologi diri dan kesan dalam kehidupan seharian.

TINTA PSIKOLOGI kali ini telah disumbangkan oleh Cik Hanis Ariesa Abdul Halil, Junior Psikologis Pusat Koreksional Puncak Alam dalam tajuk TINTAnya iaitu BULI : LUKA YANG DIBUTAKAN.



Pada 27 Ogos 2025, Unit Pengurusan Psikologi, Pusat Koreksional Puncak Alam bersama Unit Agama PKPA telah dijemput untuk...
29/08/2025

Pada 27 Ogos 2025, Unit Pengurusan Psikologi, Pusat Koreksional Puncak Alam bersama Unit Agama PKPA telah dijemput untuk memberikan intervensi kepada ODP yang sedang menjalani program PAROL di McDonald's Puchong. Program ini bertujuan memberikan input berkaitan kesejahteraan psikologi, peningkatan penghargaan kendiri dan kepentingan psikospiritual dalam diri sendiri. Aspek penghargaan kendiri amat dititikberatkan semasa program ini berlangsung. Ia lebih kepada membuka mata para ODP tentang bertapa pentingnya menjaga harga diri dari dipandang negatif oleh orang lain. Ia juga membina self actualization di dalam diri para ODP dalam mendepani cabaran hidup yang penuh kompleks pada masa kini.

En.Rahmansyahputra Bin Afrizal selaku Pegawai Psikilogi PKPA bersama Ust. Muhammad Fadil bin Salman, Pegawai Agama PKPA telah hadir dalam memberi pelbagai input yang berguna terhadap 9 orang ODP di sini. Semoga menjadi pemula kepada kehidupan yang bahagia.




.

Unit Pengurusan Psikologi PKPA dalam inisiatif pewujudan inovasi penulisan psikologi dengan pelaksanaan penulisan santai...
21/08/2025

Unit Pengurusan Psikologi PKPA dalam inisiatif pewujudan inovasi penulisan psikologi dengan pelaksanaan penulisan santai terhadap warga kerja PKPA dan pendedahan secara umur berkaitan ilmu psikologi dalam konteks masyarakat.

TINTA PSIKOLOGI telah diketengahkan oleh UPPs PKPA dalam mewujudkan suasana cakna terhadap psikologi diri dan kesan dalam kehidupan seharian.

Buat julung kalinya, TINTA PSIKOLOGI ini telah disumbangkan oleh Cik Hanis Ariesa Abdul Halil, Junior Psikologis Pusat Koreksional Puncak Alam dalam tajuk TINTAnya iaitu KEMALANGAN BERI KESAN PSIKOLOGI DIRI.



Dalam dunia kerjaya psikologi, latihan demi latihan perlu diberikan bagi membentuk pengamal psikologi yang berjaya.Pada ...
21/08/2025

Dalam dunia kerjaya psikologi, latihan demi latihan perlu diberikan bagi membentuk pengamal psikologi yang berjaya.

Pada 19 Ogos 2025, Junior Psikologis telah diminta untuk melaksanakan 1 tugasan yang common dalam kerjaya pegawai psikologi iaitu Pengucapan Awam (Public Speaking Training). Latihan ini perlu terhadap Junior Psikologis bagi membiasakan diri berhadapan dengan audience bagi satu-satu program.

Latihan Public Speaking terhadap Junior Psikokogis ini telah dibimbing oleh Encik Rahmansyahputra Afrizal dalam aspek posture gesture, audience attraction skill, voice intonation dan pelbagai lagi. Semoga Junior Psikologis ini sedikit sebanyak mendapat input yang berguna dan dapat melatih diri menjadi seorang Public Speaker yang cemerlang suatu hari nanti.

Latihan demi latihan sedang dalam progress..



Pada 19 Ogos 2025, Unit Pengurusan Psikologi, Pusat Koreksional Puncak Alam telah melaksanakan Program Psikopendidikan P...
20/08/2025

Pada 19 Ogos 2025, Unit Pengurusan Psikologi, Pusat Koreksional Puncak Alam telah melaksanakan Program Psikopendidikan Prospek : Fokus dan Peka bertempat di Surau Abu Bakar. Tajuk ini diketengahkan bagi membantu dan melatih para prospek untuk lebih peka terhadap situasi yang berlaku dan fokus untuk mencari kelebihan diri dalam membentuk moral yang baik di dalam diri prospek.

Program ini telah dilaksanakan sepenuhnya oleh Kpl Amerul Hayat BIn Khairulsaleh dan Kpl Nur Azureen binti Abas selaku Pembantu Psikologi serta dibantu oleh Junior Psikologis, Cik Hanis Ariesa binti Abdul Halil. Program ini dilaksanakan dengan pelbagai aktiviti seperti penilaian psikologi, perkongsian dalam kump**an, aktiviti komunikasi dan penerapan spiritual harga diri.Seramai 20 orang prospek telah melaksanakan aktiviti ini dengan jayanya bagi membina diri mereka menjadi insan dan generasi yang lebih faham akan kehidupan yang sejahtera dari segi psikokogi dan mentalnya. Generasi muda, peka dan fokus untuk cabaran masa hadapan.





Selamat datang Junior Psikologis ke dalam Unit Pengurusan Psikologi PKPA. Semoga maju jaya dalam setiap perkhidmatan yan...
18/08/2025

Selamat datang Junior Psikologis ke dalam Unit Pengurusan Psikologi PKPA. Semoga maju jaya dalam setiap perkhidmatan yang di berikan.



Pada 13 Ogos 2025, Unit Pengurusan Psikologi, Pusat Koreksional Puncak Alam bersama Unit Agama PKPA telah dijemput untuk...
13/08/2025

Pada 13 Ogos 2025, Unit Pengurusan Psikologi, Pusat Koreksional Puncak Alam bersama Unit Agama PKPA telah dijemput untuk memberikan intervensi kepada ODP yang sedang menjalani program PAROL di McDonal's Bandar Utama DT. Program ini bertujuan memberikan input berkaitan kesejahteraan psikologi, peningkatan penghargaan kendiri dan kepentingan psikospiritual dalam diri sendiri. Aspek penghargaan kendiri amat dititikberatkan semasa program ini berlangsung. Ia lebih kepada membuka mata para ODP tentang bertapa pentingnya menjaga harga diri dari dipandang negatif oleh orang lain. Ia juga membina self actualization di dalam diri para ODP dalam mendepani cabaran hidup yang penuh kompleks pada masa kini.

En.Rahmansyahputra Bin Afrizal selaku Pegawai Psikilogi PKPA bersama Ust. Muhammad Fadil bin Salman, Pegawai Agama PKPA telah hadir dalam memberi pelbagai input yang berguna terhadap 20 orang ODP di sini. Semoga menjadi pemula kepada kehidupan yang bahagia.




.

Pada 12 Ogos 2025, Unit Pengurusan Psikologi, Pusat Koreksional Puncak Alam telah melaksanakan Program Myintervensi Psik...
12/08/2025

Pada 12 Ogos 2025, Unit Pengurusan Psikologi, Pusat Koreksional Puncak Alam telah melaksanakan Program Myintervensi Psikologi Komuniti Siri 2.2025 bersama Orang Di Parol (ODP) di Rumah Perantara Ehsan (Purple House) Sg.Buloh Selangor. Program ini rentetan daripada Siri 1 yang telah dilaksanakan di RTI Sungai Buloh sebelum ini. Program ini bertujuan membantu pada ODP/OBB/ODS dalam membina kesejahteraan psikologi dan peningkatan semangat diri bagi mencapai kejayaan diri semasa dalam fasa Parol/PBSL.

Seramai 20 orang ODP telah hadir bagi menyertai Program ini. Antara aktiviti yang dijalankan semasa program ini berlangsung adalah seperti Ceramah Kesihatan Mental dan aktiviti penetapan matlamat diri yang diberikan oleh En. Mohd Afiq Faiz, Pegawai Psikologi Unit Pengurusan Psikologi, Penjara Sungai Buloh , Komunikasi Membawa Kecemerlangan Diri, Aktiviti Ball In The Hole, dan penilaian psikikogi dalam mengukur tahap self resilience dan Inmate Cognitive Change (In-Cheque). Aktiviti ini p**a telah disampaikan oleh En. Rahmansyahputra Afrizal selaku Ketua Unit Pengurusan Psikologi (UPPs) PKPA. Aktiviti ini juga dibantu oleh KPL Amerul Hayat BIn Khairulsaleh selaku Penolong Psikologi aka Penilai KYKO UPPs PKPA.

Semoga setiap aktiviti dan perkongsian berkaitan kesejahteraan psikologi ini dapat menjadikan para ODP lebih terbuka kearah kesejahteraan psikologi diri malah tidak terlibat dengan jenayah berulang (Residevis).

Next prepare for the last Program Myintervensi Psikologi Komuniti Siri 3.2025....







Pada 8 Ogos 2025, Unit Pengurusan Psikologi, Pusat Koreksional Puncak Alam dengan kerjasama Unit Latihan Institusi (ULIN...
10/08/2025

Pada 8 Ogos 2025, Unit Pengurusan Psikologi, Pusat Koreksional Puncak Alam dengan kerjasama Unit Latihan Institusi (ULIN) PKPA telah melaksanakan satu Kursus Kenaikan Pangkat Sarjan Mejar Penjara PKPA 2025 : Sikap, Peranan dan Pengurusan Tekanan Kerja yang bertempat di Bilik Latihan Al-Gazali (Bilik Latihan Psikologi) PKPA. Kursus ini telah dihadiri oleh 8 orang yang telah dinaikan pangkat kepada Sarjan Mejar. Kursus ini bertujuan menerapkan pemikiran menjalankan tanggungjawab dengan amanah seiring dengan peranan yang akan digalas oleh mereka selepas ini. Pastinya akan wujud konflik dalam menerima perubahan peranan ini tetapi pentingnya untuk seseorang individu tersebut untuk menguruskannya. Motivasi diri juga perlu diberi perhatian bagi melestarikan keseronokan bekerja dalam diri individu itu sendiri

Antara aktiviti yang dilaksanakan seperti Ceramah Psikologi, Latihan Interaktif, Public Speaking dan Sesi menjawab Ujian Psikologi Auto Thought Questionaire (ATQ) bagi responden kenaikan pangkat. Ujian psikologi ini berfungsi untuk mengukur tahap pemikiran rasional dikalangan pegawai dalam penerimaan kenaikan pangkat ini. Semoga menjadi waddah terhadap diri para pegawai dalam memartabatkan perkhidmatan yang cemerlang.






.

Address

Pusat Koreksional Puncak Alam, Off Jalan Meru Tambahan, Bandar Puncak Alam
Selangor Darul Ehsan
42300

Opening Hours

Monday 09:00 - 16:30
Tuesday 09:00 - 16:30
Wednesday 09:00 - 16:30
Thursday 09:00 - 16:30
Friday 09:00 - 16:30

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Unit Pengurusan Psikologi, Pusat Koreksional Puncak Alam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Category