25/09/2023
BERBALOI SANGAT AMALKAN OLIVIE PLUS 30X YANG TERBUKTI SECARA KLINIKAL
Terlalu banyak kajian bahawa polifenol khususnya Hydroxytyrosol dalam minyak zaitun mampu memberikan impak besar kepada kesihatan. Hydroxytyrosol adalah antioksidan yang paling kuat yang mudah diasimilasikan oleh tubuh manusia.
Namun begitu, kita terlebih dahulu perlu faham bahawa ada 5 jenis minyak zaitun dan juga terdapat grednya. Extra virgin olive oil (EVOO) adalah jenis paling atas.
Namun begitu, bukan semua EVOO itu boleh dikaitkan dengan impak langsung kepada kesihatan. EVOO kegunaan biasa adalah gred REGULAR. Manakala yang tinggi nilai hydroxytyrosol adalah gred Pharma.
Menurut European Food Safety Authority (EFSA), untuk minyak itu mestilah mengandungi sekurangnya 5mg Hydroxytyrosol dan derivativenya (terbitannya) bagi setiap 20g bagi membolehkan ia dikaitkan dengan manfaat kepada kesihatan (berkatian tekanan oksidatif dan kesannya).
Adalah penting dalam penghasilan minyak zaitun untuk memastikan khasiat hydroxytyrosol nya terpelihara. Semakin banyak kali ia diproses, semakin berkurang dan hilanglah nilainya.
Secara umum, EVOO boleh digunakan sebagai salad dressing dan dicampurkan dalam makanan. Boleh juga dibuat menumis. Jenis ini banyak terdapat dalam pasaran di mana ia dikategorikan sebagai gred REGULAR EXTRA VIRGIN OLIVE OIL atau CULINARY OLIVE OIL.
Walaupun secara struktur minyak zaitun itu mempunyai smoke point yang tinggi, namun khasiat seperti hydroxytyrosol munkin tidak tahan dan akan berkurangan atau hilang apabila terus terdedah kepada suhu yang tinggi. Kaedah masakan juga perlu sesuai jika ingin memelihara khasiatnya.
Di negara Mediterranean, penggunaan Regular EVOO dalam masakan banyak kepada salad dressing dan dicampur ke dalam makanan. Adapun semasa memasak, tidaklah seperti deep-fry seperti kita di Malaysia. Regular EVOO ini seakan satu kewajipan di dalam hampir setiap masakan dan hidangan mereka. Atau bahasa lain ianya adalah Table Olive Oil.
Industri Regular Extra Virgin Olive Oil ini sangat besar. Tidak ketinggalan juga jenayah penipuan yang wujud dalam rantaiannya seperti percampuran dengan minyak sayur dan sebagainya. Terdapat juga proses yang dilakukan dalam mendapatkan rasa, bau, warna dan nilai acidity yang seakan-akan hampir dengan yang betul-betul tulen.
Justeru wujudnya garis panduan bagaimana untuk mengenali REGULAR EXTRA VIRGIN OLIVE OIL ini terhadap aspek Bau, Rasa, Warna dan Acidity.
Disebabkan wujudnya jenayah penipuan tentang regular EVOO, Rata-rata pengeluar perlu membuktikan sejauh mana produk mereka adalah asli dan tulen sehingga terpaksa mengemukakan sijil-sijil ujian makmal. Jadi memang banyak yang berlumba-lumba mengatakan sesuatu EVOO itu adalah terbaik dalam kelas CULINARY nya.
Dalam erti kata lain, mana mungkin sesuatu minyak zaitun yang gred rendah mempunyai khasiat polifenol yang tinggi. Dan agak janggal dan jelek serta mengelirukan sekiranya minyak zaitun EVOO gred CULINARY menyatakan ia terbaik dalam bab impak kesihatan kecuali dapat mengetengahkan kandungan Hydroxytyrosol.
Analisis OLIVIE PLUS 30x minyak zaitun extra virgin menunjukkan bahawa minyak ini sangat kaya dengan polifenol khususnya Hydroxytyrosol iaitu 233 mg/kg.
Hydroxytyrosol di dalam Olivie Plus 30x mempunyai nilai ORAC yang menunjukkan kuasa antioksidan 40'000 ฮผmolTE/g. Menurut kaedah makmal antarabangsa "Folin Ciocalteu", minyak zaitun extra virgin ''normal'' ''biasa'' ''konvensional'' mempunyai purata kandungan hydroxytyrosol 7 mg/Kg sahaja.
Hydroxytyrosol dan derivativesnya mempunyai profil rasa tersendiri. Semakin tinggi nilainya, semakin pekat lah rasanya. Jadi tidak hairanlah ramai yang tertanya-tanya mana datangnya rasa pekat dan melekat Olivie Plus 30x ni terutama bagi mereka yang baru atau pertama kali nak beramal dengan minyak zaitun.
Ini bukan hanya sekadar fakta, tetapi di buktikan secara klinikal dengan penemuan terbaru kesan Olivie Plus 30x terhadapat keradangan arteri dan mikrokalsifikasi.
Dengan merujuk garisan median, dari graf pertama, bacaan sebelum (V1) dan selepas (V2) menggunakan Olivie Plus 30X, berlaku penurunan signifikan terhadap bacaan biomarker keradangan arteri berbanding regular EVOO dan Refined EVOO yang terlihat TIADA perubahan pada median line tersebut.
Dari graf kedua kita melihat bacaan sebelum (V1) dan selepas (V2) menggunakan Olivie Plus 30X, berlaku penurunan signifikan terhadap bacaan biomarker mikrokalsifikasi berbanding yang lain. Untuk refined oil walaupun bacaan nya signifikan, tetapi kadar mikrokalsifikasinya bertambah di mana RISIKO LEBIH BESAR terhadap penyakit kardiovaskular!!!.
Sebab itulah betapa berbaloinya kepada mereka yang mengamalkan Olivie Plus 30x. Sarat dengan kebaikan berganda khusus untuk kesihatan.
Sekiranya anda mempunyai Regular Extra Virgin Olive Oil dirumah boleh teruskan menggunakannya sebagai salad dressing dan dicampurkan dengan makanan.
Sebaliknya jika benar-benar inginkan khasiat untuk kesihatan, carilah yang gred pharma seperti Olivie Plus 30x ini. Boleh juga dijadikan salad dressing dan dicampur dalam makanan. Tetapi lagi bagus jika dimakan terus untuk dapat khasiat maksimum.
Hanya 2 sudu besar Olivie Plus 30x sehari umpama memakan 60 SUDU BESAR minyak zaitun extra virgin BIASA.