29/01/2026
Selepas SPM, pelajar kena memilih jalan kerjaya masa depan mereka. Apparently, mereka pun masih confuse untuk buat pilihan laluan yang sesuai selepas SPM. Mereka tak pasti apa passion sebenar mereka. Parents pun sometimes do "guess work".
So most of the time, mereka akan membuat pilihan based on kelayakan yang mudah "janji masuk universiti, course yang pop**ar, ikut kawan, atau parents suruh.
Di sekolah, ujian psikometrik adalah diwajibkan ke atas semua pelajar. By right, pelajar digalakkan untuk refer result psikometrik sebagai guideline untuk pemilihan course dan universiti.
Tapi persoalannya:
Pelajar atau ibu bapa tak di 'brief' macam mana nak understand result psychometric tu? Macam mana nak padankan personaliti dengan course sebenar?
Dan the most important part; adakah ujian itu dijawab dengan "actual realization", atau sekadar jawab
sebab “kena buat”?
Akhirnya, hasil yang diperoleh tidak lebih daripada pemenuhan keperluan sistem, sedangkan objektif utama perlaksanaan adalah untuk membantu pelajar membuat pemadanan pemilihan bidang dan kerjaya yang bersesuaian dengan passion mereka tidak tercapai.
Tanpa padanan yang tepat, selepas habis belajar, kesannya jelas; fenomena job mismatch semakin serius; ramai bekerja dalam bidang yang tak sejajar dengan kelulusan.
Memetik article yang diterbitkan Institute Islamic of Understanding Malaysia (May,2025) ; kajian dari Prof. Dr. Nor Azina Ismail (UM) menunjukkan ketidakpadanan ini menjejaskan motivasi, produktiviti, dan melambatkan kemajuan kerjaya. Potensi sebenar graduan tak digunakan sepenuhnya.
Oleh itu, semasa membuat pilihan UPU, beberapa kriteria perlu diambil kira:
1) Apakah potensi dan bakat yang kita ada dan adakah kerjaya dalam bidang itu masih relevant untuk lima atau sepuluh tahun akan datang?
2) Apakah industri yang memerlukan tenaga kerja dalam bidang ini? Apakah akan berlaku lambakan permintaan pekerjaan vs peluang pekerjaan?
3) Apakah kemahiran tambahan yang boleh anda kuasai untuk menambah nilai diri, supaya dapat meningkatkan value anda?
Memilih course yang align dengan potential sebenar kita dan future demand akan meningkatkan motivasi dalaman.
(Con't di comment...)