
29/07/2025
3 HARI DI DUYONG: 253 ORANG DISANTUNI MELALUI PEMERIKSAAN KESIHATAN PERCUMA MAIWP-MAPIM DOUBLE DECKER MOBILE CLINIC
Alhamdulillah, program pemeriksaan kesihatan percuma melalui MAIWP-MAPIM Double Decker Mobile Clinic telah berjaya dilaksanakan selama tiga hari berturut-turut di Duyong, Melaka, sempena Jelajah Peduli Ummah Sejahtera Insan Al-Falah dan Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR).
Sepanjang tempoh itu, seramai 253 orang penduduk setempat telah disantuni dengan pelbagai khidmat kesihatan asas, nasihat perubatan dan saringan percuma. Kehadiran Mobile Clinic dua tingkat ini bukan sekadar fasiliti bergerak – ia menjadi simbol kepedulian terhadap aspek kesihatan masyarakat akar umbi.
Ramai dalam kalangan warga emas, ibu bapa, serta anak muda mengambil peluang ini untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan secara mudah, selesa dan mesra. Inilah bukti bahawa usaha kecil tetapi konsisten mampu membawa impak besar dalam kehidupan seharian rakyat.
MAPIM Malaysia akan terus komited menjadikan akses kesihatan yang adil dan percuma sebagai sebahagian daripada perjuangan kemanusiaan.
Untuk sebarang pertanyaan atau ingin menyokong misi kemanusiaan kami, hubungi MAPIM Hotline di 1-300-888-038.