Poliklinik My Dr Semporna

Poliklinik My Dr Semporna Klinik yang menjaminkan layanan yang eksklusif bersama doktor yang berpengalaman dan mesra.
(1)

10/01/2026

Kejayaan adalah hasil daripada sikap yang tidak putus asa dan lakukan dengan terbaik.

“Cut sugar?”Ramai rasa tak perlu.Sebab makan manis hari ni… esok masih boleh bangun kerja.Tapi gula berlebihan tak rosak...
10/01/2026

“Cut sugar?”

Ramai rasa tak perlu.
Sebab makan manis hari ni… esok masih boleh bangun kerja.

Tapi gula berlebihan tak rosakkan badan secara mengejut.
Dia rosak perlahan-lahan.

🍩 Berat naik sikit demi sikit
🫀 Salur darah makin sempit
🩸 Tekanan darah mula tinggi
🩺 Gula dalam darah mula tak terkawal
🫘 Buah pinggang mula penat menapis

Masalahnya, masa semua ni berlaku, tak ada rasa sakit.

Bila mula rasa tak sedap badan, cepat letih, cepat haus… selalunya dah lama terlepas pandang.

Cut sugar bukan bermaksud terus berhenti.
Cukup mula kurangkan yang harian:
– air manis
– kuih & dessert
– “sikit je” yang jadi rutin

Kesihatan tak rosak sehari.
Tapi bila rosak, ambil masa lama untuk pulih.



09/01/2026

Kecewa mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi sebuah kehidupan.

Kenapa Mommy & Daddy to Be Perlu Faham Checklist Kehamilan?Hi mommy & daddy 🤍Kehamilan bukan hanya tentang menunggu hari...
09/01/2026

Kenapa Mommy & Daddy to Be Perlu Faham Checklist Kehamilan?

Hi mommy & daddy 🤍

Kehamilan bukan hanya tentang menunggu hari bersalin, tetapi tentang persediaan yang berperingkat.

Checklist kehamilan membantu anda tahu apa yang perlu diberi perhatian.. bukan sekadar barangan bayi, tetapi juga kesihatan ibu, perkembangan bayi dan keseimbangan emosi.

Daripada jadual pemeriksaan berkala, pemantauan perkembangan bayi, hinggalah penjagaan diri ibu sepanjang kehamilan, setiap langkah memainkan peranan penting.

Apabila persediaan dibuat dengan jelas dan teratur, banyak perkara kecil dapat dielakkan, dan perjalanan kehamilan terasa lebih tenang serta terkawal.

Kerana bila mommy & daddy bersedia dari awal, setiap fasa kehamilan dapat dilalui dengan lebih yakin.



Yang tua tak minta disanjung,cukup dihormati.Yang muda tak perlu sempurna,cukup tahu adab & batas diri.🤍 Salam tangan or...
09/01/2026

Yang tua tak minta disanjung,
cukup dihormati.

Yang muda tak perlu sempurna,
cukup tahu adab & batas diri.

🤍 Salam tangan orang tua bukan sekadar tradisi.
Ia tanda rendah hati, tanda akhlak masih hidup,
tanda kita ingat dari mana kita datang.

Di dunia yang makin laju mengejar status & harta,
adab selalunya yang paling awal ditinggalkan.

Jangan biar anak kita membesar hebat akademiknya,
tapi miskin sopan santun.

Salam Jumaat & Salam Pakcik Jumaat 😆
Semoga hati kita lembut,
seperti tangan yang kita cium hari ini.

08/01/2026

Hidup kadang kala tak indah. Tapi tetap akan jadi indah bila kita jalani dengan redha.

08/01/2026

Kurangkan manis dalam makanan & minuman.. bila anda rasa tawar.. tengok kami okay.. kami lagi manis dari gula 😆🥰

Jaga kesihatan semua.. sekarang tak kira tua muda.. senang nak kena diabetes!! 😣 Takutnya~~

😂 Bantal busuk legend sejak kecil tu…jerawat kau pun dah kenal dia.Kau sayang bantal tu sebab empuk & “serasi”.Tapi bant...
08/01/2026

😂 Bantal busuk legend sejak kecil tu…
jerawat kau pun dah kenal dia.

Kau sayang bantal tu sebab empuk & “serasi”.
Tapi bantal tu p**a simpan
peluh, minyak muka, habuk & kuman
sejak zaman tadika.

Setiap malam:
😴 Muka kau melekap
🦠 Kuman bersorak
😩 Jerawat check in ke muka

Cuci muka tak pernah skip.
Skincare pun rajin.
Tapi bantal yang sama dari dulu sampai sekarang…
jerawat pun setia.

🛏️ Fun fact (yang ramai buat-buat tak tahu):
▪️ Sarung bantal sepatutnya dibasuh sekurang-kurangnya 1–2 kali seminggu
▪️ Bantal p**a elok dibasuh setiap 3–6 bulan
▪️ Bantal lama boleh jadi tempat berkumpul bakteria, habuk & tungau
▪️ Semua ni boleh mencetuskan jerawat, iritasi & kulit gatal

Sarung boleh tukar,
tapi isi bantal tu dah veteran.

Kadang jerawat bukan sebab hormon,
bukan sebab skincare tak mahal…
tapi sebab bantal kesayangan kau tu 😌

👉 Sayang muka,
jangan cuma jaga skincare.
Bantal pun kena jaga.

07/01/2026

Salam pagi.
Mulakan pagi ni dengan ketenangan dan kedamaian. Semoga dilimpahkan rezeki kita semua..

“Salmonella tu apa benda sebenarnya?” 🍳🦠Bukan racun.Bukan virus.👉 Ia BAKTERIA.Salmonella ialah kuman yang biasa ada pada...
07/01/2026

“Salmonella tu apa benda sebenarnya?” 🍳🦠

Bukan racun.
Bukan virus.
👉 Ia BAKTERIA.

Salmonella ialah kuman yang biasa ada pada
• telur mentah atau separuh masak
• ayam & daging yang tak dimasak sempurna
• makanan yang tercemar dari tangan kotor

Masalahnya,
makanan nampak elok, tak berbau, rasa pun okay.
Tapi kuman tak bagi amaran.

Biasa kan kita order telur goyang?
Kuning cair, meleleh, kata “ini baru sedap”.

👉 Yang ramai tak sedar:
kalau telur tu ada Salmonella,
kuning cair tu laluan masuk bakteria.

Bila masuk badan, antara kesan yang boleh jadi:
• cirit-birit
• muntah
• demam
• sakit perut
⏱️ Boleh mula seawal 6 jam selepas makan
📆 Dan berlarutan beberapa hari

Habis tu, tak boleh makan langsung ke telur separuh masak?

Bukan tak boleh, tapi ada risiko.

Sebab itu ada orang makan tak jadi apa-apa,
dan ada orang terus ‘kena’.

⚠️ Golongan yang tidak digalakkan:
• Kanak-kanak
• Warga emas
• Ibu mengandung
• Individu dengan imuniti lemah / kencing manis

Untuk mereka, risikonya lebih tinggi daripada nikmat sementara.

Macam mana nak elakkan Salmonella?

✔️ Masak telur sampai putih & kuning pejal
✔️ Basuh tangan selepas pegang telur mentah
✔️ Jangan guna telur retak
✔️ Simpan telur dalam peti sejuk
✔️ Elakkan guna peralatan sama untuk telur mentah & makanan siap makan

📌 Kesimp**an:
Telur separuh masak bukan racun,
tapi ia bukan pilihan paling selamat.

Kadang kita okay bukan sebab makanan tu selamat,
tapi sebab badan masih sempat melawan.

06/01/2026

Berikan kasih sayang.
Tapi jangan lupa juga, berikan kasih sayang pada diri sendiri juga.

“𝗦𝗲𝘁𝗶𝗮𝗽 𝗧𝗮𝗵𝘂𝗻 𝗕𝗮𝗿𝘂, 𝗞𝗶𝘁𝗮 𝗝𝗮𝗻𝗷𝗶 𝗡𝗮𝗸 𝗛𝗶𝗱𝘂𝗽 𝗟𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗦𝗶𝗵𝗮𝘁.”Tapi sebab badan tak rasa apa-apa,janji itu selalu ditangguh.Hari ...
06/01/2026

“𝗦𝗲𝘁𝗶𝗮𝗽 𝗧𝗮𝗵𝘂𝗻 𝗕𝗮𝗿𝘂, 𝗞𝗶𝘁𝗮 𝗝𝗮𝗻𝗷𝗶 𝗡𝗮𝗸 𝗛𝗶𝗱𝘂𝗽 𝗟𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗦𝗶𝗵𝗮𝘁.”

Tapi sebab badan tak rasa apa-apa,
janji itu selalu ditangguh.

Hari demi hari berlalu.
Sedangkan dalam badan, perubahan kecil sedang berlaku.
Tak sakit, tapi bukan bermakna selamat.

Kesihatan bukan sesuatu yang hilang dalam sehari.
Ia hilang perlahan, ketika kita rasa semuanya masih okay.

Mungkin tahun ini bukan masa untuk berjanji lagi,
tapi masa untuk ambil tahu keadaan sebenar badan kita.

✦ Pemeriksaan kesihatan bukan untuk orang sakit sahaja.
✦ Ia untuk yang masih rasa “aku okay”.

Jom buat Medical Check-Up di Poliklinik My Dr Semporna
Ambil tahu awal, sebelum badan terpaksa beri tanda.

📲 Walk-in / hubungi kami untuk info lanjut.
013-983 6903

Address

Lot G 30-31 Bandar Mutiara
Semporna
91308

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Poliklinik My Dr Semporna posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Poliklinik My Dr Semporna:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram