Hospital Semporna

Hospital Semporna Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Hospital Semporna, Hospital, Hospital Semporna, Peti Surat 80, Semporna.

15/04/2026

Semoga selamat sampai di Kota Kinabalu kepada pasukan perubatan daripada HQEII bersama pesakit yang dibawa bersama

“Hospital Semporna Maju Hadapan”
“Hospital Semporna Move Forward”








15/4/2026 🗓️Tiada yang lebih bernilai daripada sebuah nyawa. Hari ini, seorang pesakit dari Hospital Semporna telah sela...
15/04/2026

15/4/2026 🗓️

Tiada yang lebih bernilai daripada sebuah nyawa. Hari ini, seorang pesakit dari Hospital Semporna telah selamat dipindahkan ke Hospital Queen Elizabeth II melalui perkhidmatan Medivac.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada Sabah Air selaku wira di angkasa, dan PDRM Semporna yang memastikan segalanya terkawal di daratan.

Penghargaan juga buat:

• JKNS (Jabatan Kesihatan Negeri Sabah)
• HQE & HQE II
• Hospital Tawau

“Hospital Semporna Maju Hadapan”
“Hospital Semporna Move Forward”








Audit Silang HPIA/KPI, Program Perubatan Negeri SabahSesi Januari-Disember Tahun 2025Audit silang yang dijalankan di Hos...
15/04/2026

Audit Silang HPIA/KPI, Program Perubatan Negeri Sabah
Sesi Januari-Disember Tahun 2025

Audit silang yang dijalankan di Hospital Semporna bertujuan menilai pencapaian HPIA/KPI bagi Program Perubatan Negeri Sabah sepanjang tahun 2025

Pasukan Juruaudit : Hospital Ranau
Tarikh : 13 April 2026

Setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada Yang Berbahagia Datuk Dr. William Gotulis, Pengarah Kesihatan Negeri, Ja...
30/03/2026

Setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada Yang Berbahagia Datuk Dr. William Gotulis, Pengarah Kesihatan Negeri, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) atas penganugerahan darjah kebesaran Panglima Darjah Gemilang Kinabalu (P.G.D.K) yang membawa gelaran Datuk.

Penganugerahan ini dikurniakan sempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran yang ke-75 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah pada hari ini, 30 Mac 2026.

Semoga penganugerahan ini menjadi pendorong untuk Yang Berbahagia Datuk Dr. terus cemerlang memacu perkhidmatan kesihatan yang terbaik di Negeri Sabah.







Selamat Hari Doktor Sedunia 2026! 🩺✨Hari ini, kita merayakan komitmen, pengorbanan, dan dedikasi semua doktor yang menja...
30/03/2026

Selamat Hari Doktor Sedunia 2026! 🩺✨

Hari ini, kita merayakan komitmen, pengorbanan, dan dedikasi semua doktor yang menjadi tunjang utama dalam sistem kesihatan kita.

Terima kasih atas usaha tanpa jemu dalam menyelamatkan nyawa dan menjaga kesejahteraan komuniti.

“Hospital Semporna Maju Hadapan”
“Hospital Semporna Move Forward”








Setinggi-tinggi Ucapan TahniahDirgahayu Tuan Yang TerutamaTun Datuk Seri Panglima (Dr.) Musa bin Haji Aman, Yang di-Pert...
30/03/2026

Setinggi-tinggi Ucapan Tahniah

Dirgahayu Tuan Yang Terutama
Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Musa bin Haji Aman, Yang di-Pertua Negeri Sabah.

Sekalung tahniah diucapkan sempena Sambutan Ulang Tahun Rasmi Tuan Yang Terutama yang ke-75 pada hari ini, 30 Mac 2026.

Semoga Tuan Yang Terutama sentiasa dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, kesejahteraan, dan terus di bawah lindungan-Nya untuk menaungi rakyat Negeri Sabah.










Gema takbir bergema tanda kemenangan, setelah sebulan berpuasa menahan diri. 🌙✨Kami di Hospital Semporna ingin menyusun ...
20/03/2026

Gema takbir bergema tanda kemenangan, setelah sebulan berpuasa menahan diri. 🌙✨

Kami di Hospital Semporna ingin menyusun sepuluh jari memohon maaf zahir dan batin kepada seluruh warga Semporna dan rakyat Malaysia. Walaupun bertugas demi kesihatan anda, semangat Syawal tetap mekar di hati kami.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin
Tulus Ikhlas daripada
Seluruh warga kerja Hospital Semporna. 💚🏥

“Hospital Semporna Maju Hadapan”
“Hospital Semporna Move Forward”











13 MAC 2026(JUMAAT)=================IFTAR PERDANA HOSPITAL SEMPORNA Pada 12 Mac 2026, Hospital Semporna dengan kerjasama...
13/03/2026

13 MAC 2026(JUMAAT)
=================

IFTAR PERDANA HOSPITAL SEMPORNA

Pada 12 Mac 2026, Hospital Semporna dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Islam Perubatan Semporna (PERKIPS) telah menganjurkan Majlis Iftar Perdana yang berlangsung dalam suasana penuh kesyukuran dan ukhuwah. Majlis ini dihadiri oleh Pengarah Hospital Semporna bersama-sama kakitangan kesihatan daerah Semporna, menjadikan acara tersebut bukan sahaja sebagai wadah berbuka puasa, tetapi juga sebagai medium memperkukuh hubungan silaturahim antara warga hospital dan masyarakat setempat.

Selain itu, majlis ini turut menekankan nilai kerjasama, kebajikan, dan kekeluargaan dalam kalangan warga kesihatan. Ia menjadi bukti bahawa Ramadan bukan sekadar bulan ibadah, tetapi juga bulan memperkukuh hubungan sosial dan semangat komuniti. Dengan adanya sokongan daripada PERKIPS, majlis ini berjaya mengangkat mesej bahawa kebajikan dan kesihatan adalah tanggungjawab bersama, selari dengan aspirasi Hospital Semporna untuk terus berkhidmat kepada masyarakat dengan penuh dedikasi.

Secara keseluruhannya, Majlis Iftar Perdana ini telah meninggalkan kesan mendalam kepada semua yang hadir, mengukuhkan semangat kebersamaan dan mempererat hubungan antara hospital, kakitangan kesihatan, dan komuniti Semporna.

Kredit: Photo oleh Staf
“Hospital Semporna Maju Hadapan”
“Hospital Semporna Move Forward”








🚨🚨 THE NATIONAL TRAUMA TRANSFORMATION ROADSHOW (NTTR) 2025-2026🚨🚨“Benchmarking Global Standards in Emergency Trauma Care...
13/03/2026

🚨🚨 THE NATIONAL TRAUMA TRANSFORMATION ROADSHOW (NTTR) 2025-2026🚨🚨
“Benchmarking Global Standards in Emergency Trauma Care”

The NTTR is coming to Tawau, Sabah!
"When every second counts, Teamwork saves lives!”
Let’s strengthen our trauma response together.
Empowering responders, restoring hope.

Join us for an engaging session focusing on updated trauma management
and interactive discussion with our trauma expert speakers from local and international.

🔊 Save the date!
📅 Date: 30th June-1st July 2026
⏰ Time: 8.00AM - 5.00PM
📍 Venue: Auditorium Bangunan Blok C,Hospital Tawau

👩‍⚕️👨‍⚕️ Open to all healthcare staff involved in trauma and emergency care.
📌 Limited seats available.

Don't miss out!!!

Scan the QR code / click the link below to register and secure your spot.
https://forms.gle/q2QD1Vow9RnAX4WYA

For inquiries, contact :
Dr Suraya +60136283880
Dr Goma +60167892174

Salam RamadanSelamat Beribadat Semua“Hospital Semporna Maju Hadapan”“Hospital Semporna Move Forward”
19/02/2026

Salam Ramadan
Selamat Beribadat Semua

“Hospital Semporna Maju Hadapan”
“Hospital Semporna Move Forward”








Selamat Tahun Baru CinaGong Xi Fa Cai“Hospital Semporna Maju Hadapan”“Hospital Semporna Move Forward”
19/02/2026

Selamat Tahun Baru Cina
Gong Xi Fa Cai

“Hospital Semporna Maju Hadapan”
“Hospital Semporna Move Forward”








Address

Hospital Semporna, Peti Surat 80
Semporna
91307

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hospital Semporna posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Hospital Semporna:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Category