17/04/2026
Terima kasih diucapkan kepada ASNB Seremban atas jemputan kepada Hospital Pakar SALAM Senawang untuk membuka kaunter Saringan Pemeriksaan Kesihatan bersempena ASNB Day pada hari ini.
Program ini merupakan inisiatif yang sangat bermakna dalam meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penjagaan kesihatan, di samping memberi peluang kepada para peserta untuk membuat saringan awal serta mendapatkan nasihat kesihatan secara terus daripada pasukan perubatan kami.
Kami amat menghargai kepercayaan dan kerjasama yang diberikan, dan berharap usaha sebegini dapat diteruskan dalam memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan komuniti.
Terima kasih sekali lagi atas peluang dan kolaborasi yang sangat bermakna ini!โค๏ธ๐