15/04/2024
๐๐๐ฅ๐๐ซ๐ข๐: ๐๐๐ง๐ฎ๐ฅ๐๐ซ๐๐ง ๐๐๐ฆ๐ฎ๐ฅ๐
๐๐๐ฅ๐๐ซ๐ข๐ ๐๐๐ง ๐๐๐ซ๐๐ฌ๐ข๐ญ
Malaria adalah penyakit berjangkit bawaan vektor. Parasit malaria dapat menyerang manusia, burung, kera dan lain-lain primat. Sehingga hari ini hanya terdapat lima (5) jenis parasit yang telah dikenalpasti sebagai penyebab penyakit malaria iaitu Plasmodium falciparum, Plasmodium vivax, Plasmodium ovale, Plasmodium malariae, dan Plasmodium knowlesin yang dulunya hanya diketahui ada pada haiwan seperti monyet (Cox-Singh et.al., 2008)
๐๐ข๐ฆ๐ฉ๐ญ๐จ๐ฆ ๐๐๐ง ๐ญ๐๐ง๐๐-๐ญ๐๐ง๐๐
Sporozoit (parasit malaria dalam kelenjar liur nyamuk yang dijangkiti) dirembes masuk ke dalam salur darah manusia ketika nyamuk menghisap darah dan bergerak masuk ke dalam hati. Semasa di dalam sel hati, organisma ini menghasilkan beribu merozoit yang dilepaskan ke dalam salur darah dan menyerang serta membinasakan sel darah merah baru menyebabkan anemia (kurang hemoglobin dalam sel darah merah), jaundis (sakit kuning), pembengkakan hati dan limpa termasuk simptom umum lain seperti demam, sejuk menggigil, panas berpeluh, mual/muntah dan selsema. Manakala dalam kes tertentu yang teruk seperti jangkitan parasit P.falciparum, berlakunya halangan perjalanan darah ke bahagian otak yang seterusnya menyebabkan komplikasi koma dan mengakibatkan kematian.
Sporozoit parasit jenis P.vivax, dan P.ovale boleh menghasilkan hipnozoit yang mampu kekal tetapi tidak aktif atau dormant bagi tempoh beberapa bulan (kebiasaannya 6โ12 bulan) sehingga selama 3 tahun dalam badan pesakit dan boleh kembali menyerang pesakit pada bila-bila masa yang sesuai.
Sesetengah merozoit dalam sel darah bertukar menjadi gamet yang menjadi punca penularan penyakit malaria. Ketika nyamuk menghisap darah orang yang dijangkiti, ia turut menghisap bersama gamet. Dalam badan nyamuk, gamet berkembang menjadi sporozoit dan bergerak ke kelenjar liur nyamuk, melengkapi kitaran dan bersedia untuk menjangkiti orang lain.
๐๐๐ฐ๐๐ญ๐๐ง
Belum ada vaksin untuk merawat malaria. Pada masa ini pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mensarankan ubat Artemisinin Combination Therapy (ACT) dan beberapa antibiotik lain digunakan untuk merawat pesakit yang dimasukkan ke wad hospital manakala ubat Primaquine dan Chloroquine masih digunakan untuk merawat pesakit di lapangan.
๐๐๐ซ๐ฌ๐๐ค๐ข๐ญ๐๐ซ๐๐ง ๐๐๐ง ๐ก๐๐๐ข๐ญ๐๐ญ
Suhu optimum untuk kehidupan nyamuk ialah 25ยบโ27ยบC. Nyamuk tidak tahan pada suhu 5ยบโ6ยบC. Kelembaban rendah memendekkan umur nyamuk. Hujan yang bersilih ganti dengan panas akan meningkatkan pembiakan nyamuk. Secara umumnya, kejadian jangkitan malaria jarang berlaku pada ketinggian melebihi 2000m dari paras laut. Faktor angin turut mempengaruhi jarak penerbangan nyamuk, di mana dalam keadaan biasa jarak penerbangan nyamuk dari tempat asal adalah sekitar 2-3 km radius. Hanya nyamuk betina yang menghisap darah antara awal malam hingga lewat malam.
Sifat nyamuk Anopheles yang rehat di luar rumah selepas menghisap darah dan mencari makanan/hisap darah di luar rumah akan memudahkan kontak antara manusia dengan nyamuk yang dijangkiti. Kehidupan nyamuk di habitatnya cukup dinamik dan mengikut keseimbangan alam. Keperluan pertumbuhan telurnya dengan menghisap darah binatang yang ada di hutan adalah sudah mencukupi tanpa harus menghisap darah manusia. Namun seiring dengan kerosakan persekitaran ekosistem hutan, kehidupan dan keseimbangan alam habitat nyamuk juga terganggu. Nyamuk juga mencari sumber dan habitat baru khususnya di kawasan yang berhampiran dengan hutan. Orang-orang sihat yang bekerja melibatkan aktiviti keluar masuk hutan, berisiko tinggi mendapat gigitan nyamuk dan p**ang membawa parasit di dalam darahnya yang menyebabkan jangkitan malaria.