09/08/2025
RINGKASAN SARAF (NERVE) & VEIN
โ
SARAF (NERVE)
โ๏ธ Saraf ialah struktur seperti tali yang mengandungi sekump**an neuron (sel saraf) yang menghantar isyarat elektrik dari sistem saraf pusat (otak & saraf tunjang) ke seluruh badan.
โ๏ธ Fungsi : Menghantar impuls saraf โ isyarat elektrik yang mengawal pergerakan, deria rasa, suhu, sakit, dan refleks.
โ๏ธ Sistem : Merupakan sebahagian daripada sistem saraf (nervous system).
โ๏ธ Warna : Kebanyakan saraf berwarna putih atau kuning pucat.
โ๏ธ Struktur: Terbina daripada akson neuron, terutamanya dari sistem saraf periferi (PNS).
โ๏ธ Jenis Saraf
โก๏ธ Kranial โ keluar dari otak (contoh: saraf mata)
โก๏ธ Spinal โ keluar dari saraf tunjang
โก๏ธ Aferen โ bawa maklumat ke otak
โก๏ธ Eferen โ hantar maklumat keluar dari otak
โก๏ธ Campuran โ bawa kedua-duanya
โ๏ธ Ciri Fizikal : Tidak bercabang seperti urat. Struktur lurus atau linear
โ
URAT (VEIN)
โ๏ธ Urat ialah saluran dalam sistem peredaran darah yang membawa darah tidak beroksigen kembali ke jantung (kecuali urat pulmonari yang bawa darah beroksigen).
โ๏ธ Fungsi: Mengangkut darah deoksigen dari tisu badan ke jantung untuk disalurkan ke paru-paru.
โ๏ธ Sistem: Merupakan sebahagian daripada sistem peredaran darah (circulatory system).
โ๏ธ Warna (yang kelihatan): Nampak kehijauan di bawah kulit disebabkan oleh pantulan cahaya (walaupun sebenarnya berwarna merah gelap).
โ๏ธ Struktur: Terbina daripada tisu penghubung, otot licin, dan tisu epitelium.
โ๏ธ Jenis Urat
โก๏ธ Sistemik โ seluruh badan
โก๏ธ Pulmonari โ antara paru-paru & jantung
โก๏ธ Superfisial โ dekat permukaan kulit
โก๏ธ Dalam (deep) โ dekat otot & tulang
โ๏ธ Ciri Fizikal: Urat adalah struktur yang bercabang (seperti sungai) dan saling berhubung
RINGKASAN ARTERI & VEIN
โ
ARTERI (Artery)
โ๏ธ Mengangkut darah beroksigen dari jantung ke seluruh badan (kecuali arteri pulmonari โ bawa darah ke paru-paru).
โ๏ธ Struktur : Dinding tebal, kuat dan elastik (tampung tekanan tinggi dari jantung). Mengandungi banyak otot licin & elastin.
โ๏ธ Tekanan darah : Tekanan tinggi dan berdenyut kerana hentakan jantung. Aliran darah laju.
โ๏ธ Kehadiran Injap : Tiada injap (kecuali di jantung). Aliran darah ditolak oleh tekanan jantung.
โ๏ธ Lokasi dan kedalaman : Biasanya tertanam lebih dalam di dalam badan untuk perlindungan.
โ๏ธ Warna dan kandungan : Mengandungi darah merah cerah (banyak oksigen).
โ
VEIN
โ๏ธ Mengangkut darah kurang oksigen dari seluruh badan ke jantung (kecuali vena pulmonari โ bawa darah dari paru-paru ke jantung).
โ๏ธ Struktur : Dinding nipis dan kurang elastik, sebab tekanan darah rendah. Kurang otot licin dan lebih luas.
โ๏ธ Tekanan darah : Tekanan rendah dan tidak berdenyut. Aliran darah perlahan.
โ๏ธ Kehadiran injap: Ada injap sehala untuk elak darah mengalir ke belakang. Aliran darah dibantu oleh pengecutan otot rangka dan injap.
โ๏ธ Lokasi dan kedalaman : Biasanya lebih dekat dengan permukaan kulit (sebab itu boleh nampak urat).
โ๏ธ Warna dan kandungan : Mengandungi darah merah gelap (kurang oksigen, lebih COโ).
SARAF, ARTERI DAN VEIN DALAM TERAPI URUTAN
โ
Saraf (nerve), arteri dan vein boleh terlibat secara tidak langsung dalam terapi urutan tetapi ia perlu dilakukan dengan sangat berhati-hati dan oleh pengamal terlatih, kerana struktur-struktur ini tidak boleh diurut secara langsung seperti otot.
1๏ธโฃ ARTERI (Artery)
โ๏ธ Fungsi:
โก๏ธ Membawa darah beroksigen dari jantung ke seluruh tubuh.
โก๏ธ Dindingnya tebal, elastik dan berdenyut.
โ TIDAK BOLEH diurut secara langsung.
โKenapa?
โ๏ธ Tekanan kuat pada arteri boleh menyekat aliran darah dan menyebabkan hipoksia (kekurangan oksigen) pada tisu.
โก๏ธ Namun, teknik urutan lembut di sekitar arteri besar (seperti arteri karotid di leher atau arteri femoral di paha) digunakan dalam rawatan lymphatic drainage dan refleksologi, tanpa tekanan langsung pada salur itu sendiri.
โ๏ธ Kajian oleh Jenkins et al. (2016) dalam Journal of Bodywork and Movement Therapies mendapati bahawa pengurutan kawasan berdekatan arteri boleh membantu meningkatkan vasodilatasi tempatan (pengembangan salur darah) dan menyokong aliran darah periferi. Namun, pengurutan terus ke atas arteri utama boleh meningkatkan risiko stroke, embolisme, atau kecederaan salur darah.
2๏ธโฃ VEIN
โ๏ธ Fungsi:
โก๏ธ Membawa darah deoksigen (kurang oksigen) balik ke jantung.
โก๏ธ Dindingnya lebih nipis berbanding arteri dan mengandungi injap sehala.
โ๏ธ BOLEH urut dengan teknik lembut dan arah yang betul.
โ๏ธ Pengurutan ke arah jantung membantu pengaliran balik vein (venous return) dan mengurangkan edema (bengkak).
โก๏ธ Urutan lymphatic drainage adalah contoh teknik yang digunakan untuk merangsang aliran vein dan sistem limfa.
โ TIDAK BOLEH urut kuat pada kawasan ada varicose vein atau thrombosis, kerana boleh pecahkan pembekuan darah dan menyebabkan embolisme.
โ๏ธ Kajian Schencking et al. (2015): Manual lymphatic drainage membantu pengaliran vena dan mengurangkan simptom varicose veins secara signifikan.
โ๏ธ Kajian Manual Therapy Journal: Urutan lembut boleh meningkatkan kadar aliran darah vena sebanyak 30โ40% dalam masa singkat.
3๏ธโฃ SARAF (Nerve)
โ๏ธ Fungsi:
โก๏ธ Menghantar isyarat antara otak, saraf tunjang, dan seluruh badan.
โก๏ธ Sangat sensitif terhadap tekanan, trauma dan regangan.
โ TIDAK BOLEH diurut secara langsung.
โ๏ธ Saraf tidak direka untuk menerima tekanan terus seperti otot. Namun, teknik neuromuscular therapy (NMT), nerve gliding/stretching, dan myofascial release boleh bantu melegakan tekanan pada saraf yang terperangkap atau tersepit.
โก๏ธ Jika tekanan terlalu kuat pada laluan saraf (seperti n. ulnaris, n. medianus atau n. ischiadicus), boleh menyebabkan kesemutan, kebas, atau kerosakan saraf kekal.
โ๏ธ Kajian Buttagat et al. (2019) dalam Complementary Therapies in Clinical Practice menunjukkan terapi urut neuromuskular mengurangkan simptom saraf terhimpit seperti sciatica dan carpal tunnel.
โ๏ธ Kajian Coppieters & Butler (2008): Neurodynamics - teknik pergerakan saraf tanpa tekanan boleh bantu melegakan saraf tersepit tanpa bahaya
RINGKASAN LYMPH NODE
โ
LYMPH NODE (nodus limfa)
Adalah sebahagian penting dalam sistem limfa dan imun badan. Ia bertindak sebagai โpenapis biologiโ untuk cecair limfa, membantu melawan jangkitan dan penyakit.
โก๏ธ Lymph node ialah struktur kecil berbentuk kacang.
โก๏ธ Terletak di sepanjang saluran limfa di seluruh badan.
โก๏ธ Mengandungi sel-sel imun (limfosit & makrofaj) yang bertindak memerangkap dan memusnahkan bakteria, virus, dan sel abnormal (termasuk sel kanser).
โ๏ธ Lokasi Utama Lymph Node:
โก๏ธ Leher (cervical)
โก๏ธ Ketiak (axillary)
โก๏ธ Kelangkang (inguinal)
โก๏ธ Dada (mediastinal)
โก๏ธ Abdomen (mesenteric)
โ๏ธ Fungsi
1๏ธโฃ Penapis Limfa : Menapis bahan buangan, bakteria, virus, sel mati dari limfa.
2๏ธโฃ Pengaktifan Imun: Bila mikroorganisma dikesan, lymph node akan aktif menghasilkan sel imun seperti limfosit.
3๏ธโฃ Kawasan โCheckpointโ: Sebelum limfa kembali ke darah, ia perlu melalui lymph node
Lymph node boleh diurut, tetapi PERLU HATI-HATI dan hanya oleh terapis terlatih melalui teknik Manual Lymphatic Drainage (MLD)
โ๏ธ Tujuan Urutan Limfa:
โก๏ธ Melancarkan saliran limfa
โก๏ธ Mengurangkan bengkak (edema)
โก๏ธ Meningkatkan sistem imun
โก๏ธ Menyokong penyembuhan lepas pembedahan (seperti selepas kanser payudara)
โ Elak urutan jika terdapat jangkitan aktif, Ada kanser aktif dalam nodus limfa, ada masalah jantung atau buah pinggang serius