Kemahiran Belia TVET

Kemahiran Belia TVET Info info terkini berkenaan program kemahiran di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran khas bagi belia

29/09/2025

๐‡๐š๐ซ๐ข ๐“๐ž๐ซ๐›๐ฎ๐ค๐š ๐“๐•๐„๐“ ๐ฉ๐ž๐ฅ๐ฎ๐š๐ง๐  ๐ฅ๐š๐ก๐ข๐ซ ๐ญ๐ž๐ง๐š๐ ๐š ๐ค๐ž๐ซ๐ฃ๐š ๐ฆ๐š๐ก๐ข๐ซ ๐๐š๐ฅ๐š๐ฆ ๐ข๐ง๐๐ฎ๐ฌ๐ญ๐ซ๐ข ๐ฉ๐ž๐ฆ๐›๐ข๐ง๐š๐š๐ง
๐ต๐‘ฆ๐‘Š๐‘–๐‘™๐‘™๐‘ฆ ๐ฝ๐‘Ž๐‘™๐‘–, ๐ท๐‘’๐‘๐‘’๐‘š๐‘๐‘’๐‘Ÿ 16, 2024, 2:15 ๐‘ƒ๐‘€

KUCHING, 16 Dis: Akademi Binaan Malaysia (ABM) terus mengorak langkah sebagai institusi utama melatih dan melahirkan tenaga kerja mahir dalam sektor pembinaan melalui penganjuran Hari Terbuka TVET Pembinaan Akademi Binaan Malaysia Wilayah Sarawak 2024.
Program ini bertujuan memperkasakan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dan mempromosikan pembangunan mampan dalam sektor pembinaan.
Menurut Ketua Eksekutif ABM Wilayah Sarawak, Abdul Rahman Ahmad, program ini membuka peluang dan memberi pendedahan kepada para pelajar dalam bidang industri pembinaan.
โ€œTujuan kita mengadakan Hari Terbuka TVET ini adalah untuk mengumpulkan pelajar-pelajar daripada sekolah, komuniti yang berada di sekitar kawasan kampus kita, serta pemain-pemain industri.
โ€œDengan ini, mereka dapat datang untuk melihat sendiri apa yang kita boleh tawarkan kepada pihak industri mahupun bakal-bakal pelapis dalam industri pembinaan, terutama sekali pelajar yang masih berada di bangku sekolah.
โ€œPada hari ini, kita dedahkan kepada para pelajar pelbagai program yang ditawarkan dalam industri pembinaan, terutamanya dalam bidang mekanikal-elektrikal, struktur sivil, seni bina bangunan dan pengendalian jentera berat,โ€ katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Hari Terbuka Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Pembinaan 2024 di Pusat Konvensyen CIDB Sarawak di sini, pada Isnin.
Sementara itu, katanya, ABM kekal komited memainkan peranan penting dalam mendukung visi Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) Malaysia untuk menjadikan TVET sebagai peneraju utama dalam sektor pembinaan.
Tegas, Abdul Rahman, ABM berusaha mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing dengan melahirkan tenaga kerja tempatan yang berkebolehan dan berdaya saing.
โ€œSecara asasnya, ABM berperanan untuk melahirkan tenaga kerja yang mahir dengan beberapa matlamat utama. Pertama, untuk mengurangkan kebergantungan kita kepada pekerja asing.Kedua, untuk menerokai bidang-bidang latihan dalam industri pembinaan yang mungkin belum ditawarkan oleh institusi lain.
โ€œKetiga, mengadaptasikan penggunaan teknologi terkini dalam latihan dan penilaian yang berkaitan dengan industri pembinaan.Jadi, di sinilah peranan penting ABM, iaitu melahirkan bakal-bakal pekerja mahir dalam sektor pembinaan bagi memenuhi keperluan tenaga kerja industri pembinaan, terutamanya di Malaysia dan Sarawak,โ€ tambahnya.
Program yang diadakan selama dua hari iaitu 16 dan 17 Disember ini turut diisi dengan pengisian menarik seperti Ceramah Kerjaya, โ€˜Booth Talkโ€™, pameran kemahiran, cabutan bertuah dan sebagainya.
Ia turut melibatkan penglibatan daripada pelajar sekolah dan institusi di sekitar Bahagian Kuching.-TVS

๐‘ฒ๐’“๐’†๐’…๐’Š๐’•: ๐‘ป๐‘ฝ๐‘บ๐‘จ๐‘น๐‘จ๐‘พ๐‘จ๐‘ฒ
https://www.tvsarawak.my/2024/12/16/hari-terbuka-tvet-peluang-lahir-tenaga-kerja-mahir-dalam-industri-pembinaan/

๐Š๐ž๐ซ๐š๐ฃ๐š๐š๐ง ๐ฌ๐ž๐๐ข๐š ๐ฉ๐ž๐ซ๐ก๐š๐ฅ๐ฎ๐ฌ๐ข ๐ฉ๐ž๐ซ๐ค๐ž๐ง๐š๐ฅ ๐“๐•๐„๐“ ๐ค๐ž ๐ฉ๐ž๐ซ๐ข๐ง๐ ๐ค๐š๐ญ ๐ฅ๐ž๐›๐ข๐ก ๐ฆ๐ฎ๐๐š15 ๐‘๐‘œ๐‘ฃ๐‘’๐‘š๐‘๐‘’๐‘Ÿ 2024 04:36๐‘๐‘š ABU DHABI - Cadangan untuk memper...
29/09/2025

๐Š๐ž๐ซ๐š๐ฃ๐š๐š๐ง ๐ฌ๐ž๐๐ข๐š ๐ฉ๐ž๐ซ๐ก๐š๐ฅ๐ฎ๐ฌ๐ข ๐ฉ๐ž๐ซ๐ค๐ž๐ง๐š๐ฅ ๐“๐•๐„๐“ ๐ค๐ž ๐ฉ๐ž๐ซ๐ข๐ง๐ ๐ค๐š๐ญ ๐ฅ๐ž๐›๐ข๐ก ๐ฆ๐ฎ๐๐š
15 ๐‘๐‘œ๐‘ฃ๐‘’๐‘š๐‘๐‘’๐‘Ÿ 2024 04:36๐‘๐‘š

ABU DHABI - Cadangan untuk memperkenalkan aliran Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) kepada peringkat umur yang lebih muda seperti sedang dilaksanakan oleh Emiriah Arab Bersatu (UAE) akan dipertimbangkan kerajaan.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, pada masa sekarang, aliran TVET di dalam sistem pendidikan negara diperkenalkan kepada pelajar peringkat menengah atas pada usia 16 tahun berbanding UAE yang telah memasukkan aliran tersebut untuk pelajar berusia 11 tahun.
โ€œIni memerlukan komitmen dari pihak kerajaan dan kedua-dua kementerian (Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pendidikan Tinggi) serta ibu bapa apabila mereka menjadikan TVET sebagai pilihan utama untuk anak-anak mereka.
โ€œSaya akan perhalusi (kemungkinan ini) kerana saya tidak mahu menggegarkan sistem pendidikan sedia ada,โ€ katanya sidang media di sini pada Jumaat.
Pada Khamis, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Majlis TVET Negara telah melawat Pusat Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional Abu Dhabi (ACTVET) dan bertemu dengan ketua pengarah ACTVET Dr Mubarak Saeed Al Shamsi, bersama barisan kepimpinan tertinggi mereka.
Menurut beliau, lawatan tersebut telah membuka peluang ke arah untuk memperkukuh kerjasama antara ACTVET dan Majlis TVET Negara (MTVET) bagi mempertingkatkan sistem pendidikan vokasional di Malaysia.
โ€œDi ACTVET, pengambilan pelajar bermula seawal usia 11 tahun, meningkat melalui tahap kemahiran dan mencapai piawaian yang diiktiraf di peringkat global seperti WorldSkills. Komitmen terhadap kecemerlangan ini mencerminkan aspirasi kita untuk MTVET di Malaysia,โ€ katanya.
Dengan mengadaptasi amalan terbaik ACTVET, beliau berkata, Malaysia dan UAE bercita-cita untuk membangunkan sistem TVET berkualiti tinggi yang bukan sahaja melengkapkan pelajar dengan kemahiran praktikal tetapi juga dapat membentuk keyakinan dan perasaan bangga kepada mereka yang mengikuti pendidikan TVET.
โ€œMalaysia berharap kerjasama dengan ACTVET dapat terus diperkukuh melalui program latihan bersama, pertandingan kemahiran, dan pertukaran pengetahuan.
โ€œUsaha yang dilakukan ini sangat penting ke arah menjadikan sistem TVET Malaysia sebagai sumber kebanggaan negara, membentuk ketahanan, dan daya saing global,โ€ ujarnya lagi.
๐‘ฒ๐’“๐’†๐’…๐’Š๐’•: ๐‘บ๐‘ฐ๐‘ต๐‘จ๐‘น ๐‘ฏ๐‘จ๐‘น๐‘ฐ๐‘จ๐‘ต

ABU DHABI - Cadangan untuk memperkenalkan aliran Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) kepada peringkat umur yang lebih muda seperti sedang...

๐’๐ž๐ฅ๐š๐ง๐ ๐จ๐ซ ๐ฉ๐ž๐ง๐ž๐ซ๐š๐ฃ๐ฎ ๐“๐•๐„๐“ ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š17 ๐‘๐‘œ๐‘ฃ๐‘’๐‘š๐‘๐‘’๐‘Ÿ 2023 09:30๐‘Ž๐‘š ๐ด๐‘š๐‘–๐‘Ÿ๐‘ข๐‘‘๐‘–๐‘› ๐‘š๐‘’๐‘›๐‘”๐‘Ž๐‘›๐‘”๐‘˜๐‘Ž๐‘ก ๐‘Ž๐‘”๐‘’๐‘›๐‘‘๐‘Ž ๐‘‡๐‘‰๐ธ๐‘‡ ๐‘‘๐‘Ž๐‘› ๐‘š๐‘’๐‘›๐‘”๐‘Ž๐‘–๐‘ก๐‘˜๐‘Ž๐‘› ๐‘–๐‘Ž ๐‘‘๐‘’๐‘›๐‘”๐‘Ž๐‘› ๐‘˜๐‘’๐‘Ÿ๐‘—๐‘Ž๐‘ ๐‘Ž...
26/09/2025

๐’๐ž๐ฅ๐š๐ง๐ ๐จ๐ซ ๐ฉ๐ž๐ง๐ž๐ซ๐š๐ฃ๐ฎ ๐“๐•๐„๐“ ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š
17 ๐‘๐‘œ๐‘ฃ๐‘’๐‘š๐‘๐‘’๐‘Ÿ 2023 09:30๐‘Ž๐‘š

๐ด๐‘š๐‘–๐‘Ÿ๐‘ข๐‘‘๐‘–๐‘› ๐‘š๐‘’๐‘›๐‘”๐‘Ž๐‘›๐‘”๐‘˜๐‘Ž๐‘ก ๐‘Ž๐‘”๐‘’๐‘›๐‘‘๐‘Ž ๐‘‡๐‘‰๐ธ๐‘‡ ๐‘‘๐‘Ž๐‘› ๐‘š๐‘’๐‘›๐‘”๐‘Ž๐‘–๐‘ก๐‘˜๐‘Ž๐‘› ๐‘–๐‘Ž ๐‘‘๐‘’๐‘›๐‘”๐‘Ž๐‘› ๐‘˜๐‘’๐‘Ÿ๐‘—๐‘Ž๐‘ ๐‘Ž๐‘š๐‘Ž ๐‘–๐‘›๐‘‘๐‘ข๐‘ ๐‘ก๐‘Ÿ๐‘–. - ๐น๐‘œ๐‘ก๐‘œ 123๐‘Ÿ๐‘“, ๐‘”๐‘Ž๐‘š๐‘๐‘Ž๐‘Ÿ ๐‘˜๐‘’๐‘๐‘–๐‘™: ๐ด๐‘š๐‘–๐‘Ÿ๐‘ข๐‘‘๐‘–๐‘›
JUMAAT lalu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengangkat agenda Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dan mengaitkan ia dengan kerjasama industri.
Amirudin turut mengembalikan perkataan โ€˜industriโ€™ kepada Universiti Selangor (Unisel). Bermula 2025, Unisel akan kembali dikenali sebagai Universiti Industri Selangor.
Penulis tabik kepada Amirudin. Universiti ialah tempat melahirkan insan mulia termasuk jurutera berkualiti dunia. Penulis sangat bersetuju dengan strategi beliau.
Penulis ada โ€˜nilai sentimentalโ€™ kepada Unisel kerana pernah menjadi Dekan Fakulti Kejuruteraan (FK) dan Pengarah Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan (JPP) di universiti tersebut. Industri sangat sinonim dengan Selangor.
Pada Ogos 2018, penulis mengupas tentang TVET. Penulis merumus TVET masih jauh ketinggalan di negara ini.
Justeru, sebagai negeri industri, Selangor mesti menjadi pemimpin TVET di Malaysia. Tindakan mengembalikan aura industri kepada Universiti Industri Selangor boleh merealisasikan impian Amirudin untuk kejayaan TVET di negeri itu.
Timbul persoalan, kenapa baru sekarang Selangor mahu menjadikan TVET sebagai agenda perdana?

๐ต๐‘’๐‘Ÿ๐‘š๐‘ข๐‘™๐‘Ž 2025, ๐‘ˆ๐‘›๐‘–๐‘ ๐‘’๐‘™ ๐‘Ž๐‘˜๐‘Ž๐‘› ๐‘˜๐‘’๐‘š๐‘๐‘Ž๐‘™๐‘– ๐‘‘๐‘–๐‘˜๐‘’๐‘›๐‘Ž๐‘™๐‘– ๐‘ ๐‘’๐‘๐‘Ž๐‘”๐‘Ž๐‘– ๐‘ˆ๐‘›๐‘–๐‘ฃ๐‘’๐‘Ÿ๐‘ ๐‘–๐‘ก๐‘– ๐ผ๐‘›๐‘‘๐‘ข๐‘ ๐‘ก๐‘Ÿ๐‘– ๐‘†๐‘’๐‘™๐‘Ž๐‘›๐‘”๐‘œ๐‘Ÿ.
Jawabannya mudah.
Evolusi dan inovasi mesti bergerak seiring jalan. Sekiranya mahu menjadi negara anggota BRICS (Brazil, Russia, India, China dan Afrika Selatan yang mewakili 30 peratus keluasan dunia dan 43 peratus populasi dunia), Malaysia mesti mengungguli TVET.
Menguasai TVET bertaraf tinggi bermakna Selangor akan memiliki pakar kemahiran teknikal kejuruteraan, teknologi, kedoktoran, kewangan, perakaunan, perniagaan, pemasaran, perubatan, pengurusan, pendidikan, penerbangan, undang-undang, perladangan, pertanian, penternakan dan pelancongan. Ia mewakili kitaran Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0).
Sebagai rekod, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Selangor pada 2022 ialah RM349 bilion iaitu 25.5 peratus KDNK Malaysia meningkat 11.9 peratus daripada RM312.5 bilion dicatatkan pada 2021.
Selangor memacu pertumbuhan ekonomi Malaysia pada tahun-tahun mendatang. Di sinilah TVET akan berperanan sebagai pemangkin teknologi terkini.
Ketika ini, industri pembuatan termaju bergantung kepada mesin atau robot automasi, pakar dalaman dan tenaga berkemahiran tinggi. Pekerja mesti mahir dan cekap mereka bentuk, menyelenggara serta mengendalikan mesin atau sistem automasi mengikut piawaian dan prosedur antarabangsa.
Penulis meramalkan, menerusi TVET, Selangor akan menjadi lembah teknologi bertaraf dunia. Selangor bakal menjadi negeri pertama mengaplikasikan teknologi AI kepada semua pelabur.
TVET sebenarnya sudah menjadi teras utama kepada negara maju Eropah, Amerika Syarikat, Jepun, Taiwan dan China. TVET juga disebut ALLAH SWT dalam Surah al-Mujadalah ayat 58:11 tentang kelebihan manusia sekiranya memiliki ilmu dan kemahiran.
Penulis ingin menegaskan pengisian jurang kemahiran akan diatasi dengan pengendalian program TVET. Pelaksanaan program TVET juga akan menyebabkan kerjasama dengan rakan industri akan terus diperkasakan sebagaimana peranan dimainkan Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Negeri Selangor (STDC).
Silibus TVET mestilah disesuaikan dengan perkembangan terkini dan masa depan dalam dunia industri termasuk AI dan Internet of Things (IoT).
TVET boleh memupuk budaya inovasi dan keusahawanan. Pelajar digalakkan menggunakan kemahiran untuk menyelesaikan masalah di industri. TVET juga dikenal pasti boleh menjadi platform pembelajaran sepanjang hayat dan menjadi pemangkin pembangunan ekonomi dan sosial.
Paling penting, TVET akan melahirkan tenaga mahir dan pakar profesional - faktor terpenting menarik pelaburan langsung asing (FDI), sekali gus meningkatkan produktiviti dan inovasi. Pekerja mahir keluaran TVET boleh mengurangkan kos kerana bertindak lebih cekap selain tidak melakukan kesilapan.
Penulis juga ingin mencadangkan Selangor agar berpaksikan sembilan teras utama teknologi IR 4.0 iaitu robot autonomi, simulasi dan realiti tambahan, penyepaduan mendatar dan menegak, IoT, keselamatan siber, pengkomputeran awan, pembuatan aditif, rantaian bekalan dan analitik data raya.
Selangor juga perlu sentiasa mencari modul latihan kemahiran TVET berkualiti dengan menerima pengiktirafan Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan panel pakar yang dilantik.
Kesimpulannya, keputusan Amirudin untuk mengangkat darjat TVET akan melonjakkan Selangor jauh meninggalkan negeri lain.
Kejayaan menguasai TVET akan menjadikan Selangor juara sektor teknologi.
*Dr Ir Muhidin Arifin ialah Ketua Pegawai Operasi Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Selangor (STDC)
๐‘ฒ๐’“๐’†๐’…๐’Š๐’•: ๐‘บ๐‘ฐ๐‘ต๐‘จ๐‘น ๐‘ฏ๐‘จ๐‘น๐‘ฐ๐‘จ๐‘ต

JUMAAT lalu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengangkat agenda Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dan mengaitkan ia dengan kerjasama...

๐Š๐ž๐›๐จ๐ฅ๐ž๐ก๐ฉ๐š๐ฌ๐š๐ซ๐š๐ง ๐ ๐ซ๐š๐๐ฎ๐š๐ง ๐“๐•๐„๐“ ๐Š๐Š๐ƒ๐– ๐œ๐š๐ฉ๐š๐ข ๐ญ๐š๐ก๐š๐ฉ ๐Ÿ—๐Ÿ–.๐Ÿ• ๐ฉ๐ž๐ซ๐š๐ญ๐ฎ๐ฌ06 ๐ฝ๐‘ข๐‘™๐‘Ž๐‘– 2024 11:15๐‘Ž๐‘šPASIR MAS - [DIKEMAS KINI] Kebolehpasaran ...
26/09/2025

๐Š๐ž๐›๐จ๐ฅ๐ž๐ก๐ฉ๐š๐ฌ๐š๐ซ๐š๐ง ๐ ๐ซ๐š๐๐ฎ๐š๐ง ๐“๐•๐„๐“ ๐Š๐Š๐ƒ๐– ๐œ๐š๐ฉ๐š๐ข ๐ญ๐š๐ก๐š๐ฉ ๐Ÿ—๐Ÿ–.๐Ÿ• ๐ฉ๐ž๐ซ๐š๐ญ๐ฎ๐ฌ
06 ๐ฝ๐‘ข๐‘™๐‘Ž๐‘– 2024 11:15๐‘Ž๐‘š
PASIR MAS - [DIKEMAS KINI] Kebolehpasaran graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang memperoleh peluang pekerjaan sejurus menamatkan pengajian di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) berada pada tahap 98.7 peratus.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, peratusan itu mengatasi kebolehpasaran graduan TVET peringkat nasional iaitu pada tahap 94.5 peratus.
"Ini menunjukkan kursus-kursus yang diperkenalkan oleh intitusi Mara (Majlis Amanah Rakyat),Felcra dan Kesedar (Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan) dibuat mengikut permintaan pasaran," katanya.
Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Sambutan Karnival Kerjaya dan Sukan Anak Muda Madani 1.0 di Padang Sekolah Sultan Ibrahim 1 dekat sini pada Sabtu.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, KKDW telah membuka permohonan secara dalam talian kepada mereka yang berminat dalam bidang ini menerusi UP_TVET dengan menawarkan sepuluh pilihan bidang pengajian.
Menurutnya, peluang ini tidak boleh dilepaskan kerana banyak tempat disediakan kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk menyambung pelajaran.
Beliau berkata, walaupun keputusan SPM kurang baik, namun dengan mengikuti TVET mereka boleh menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi.
Jelasnya, hal ini kerana Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap I dan Tahap II bertaraf sijil yang membolehkan mereka meneruskan pengajian di peringkat diploma dan ijazah.
"Tahap tiga hingga lima bertaraf diploma. Sebanyak lima universiti menawarkan peluang menyambung pengajian kepada lulusan TVET iaitu Universiti Kuala Lumpur (UNiKL), Universiti Teknikal Melaka, Universiti Tun Hussien Onn, Universiti Malaysia Pahang dan Universiti Malaysia Perlis.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, UNiKL turut menyediakan peluang menyambung pengajian kepada mereka yang sudah bekerja menggunakan waktu anjal.
Katanya, sebelum ini pendekatan itu tiada dan ia perlu dimanfaatkan sebagai mungkin dalam meningkatkan kemahiran.
"Tahun ini sahaja pelaburan asing masuk ke Malaysia bernilai RM60 juta, universiti tidak mampu mengeluarkan pekerja yang mempunyai kemahiran untuk menampung keperluan.
"Jadi TVET lah penyelesaiannya, jadi peluang ini perlu dimanfaatkan," katanya.
๐‘ฒ๐’“๐’†๐’…๐’Š๐’•: ๐‘บ๐‘ฐ๐‘ต๐‘จ๐‘น ๐‘ฏ๐‘จ๐‘น๐‘ฐ๐‘จ๐‘ต

PASIR MAS - [DIKEMAS KINI] Kebolehpasaran graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang memperoleh peluang pekerjaan sejurus...

๐†๐š๐ฃ๐ข ๐ฉ๐ซ๐ž๐ฆ๐ข๐ฎ๐ฆ ๐ฅ๐ž๐ฉ๐š๐ฌ๐š๐ง ๐“๐•๐„๐“ ๐๐ข๐ญ๐ž๐ญ๐š๐ฉ๐ค๐š๐ง ๐ก๐ข๐ง๐ ๐ ๐š ๐‘๐Œ๐Ÿ’,๐ŸŽ๐ŸŽ๐ŸŽ๐ท๐‘–๐‘๐‘–๐‘๐‘ก๐‘Ž: 23 ๐‘†๐‘’๐‘๐‘ก๐‘’๐‘š๐‘๐‘’๐‘Ÿ 2024 06:13 ๐‘ƒ๐‘€  ๐พ๐‘’๐‘š๐‘Ž๐‘  ๐‘˜๐‘–๐‘›๐‘–: 23 ๐‘†๐‘’๐‘๐‘ก๐‘’๐‘š๐‘๐‘’๐‘Ÿ 2024 06...
25/09/2025

๐†๐š๐ฃ๐ข ๐ฉ๐ซ๐ž๐ฆ๐ข๐ฎ๐ฆ ๐ฅ๐ž๐ฉ๐š๐ฌ๐š๐ง ๐“๐•๐„๐“ ๐๐ข๐ญ๐ž๐ญ๐š๐ฉ๐ค๐š๐ง ๐ก๐ข๐ง๐ ๐ ๐š ๐‘๐Œ๐Ÿ’,๐ŸŽ๐ŸŽ๐ŸŽ
๐ท๐‘–๐‘๐‘–๐‘๐‘ก๐‘Ž: 23 ๐‘†๐‘’๐‘๐‘ก๐‘’๐‘š๐‘๐‘’๐‘Ÿ 2024 06:13 ๐‘ƒ๐‘€ ๐พ๐‘’๐‘š๐‘Ž๐‘  ๐‘˜๐‘–๐‘›๐‘–: 23 ๐‘†๐‘’๐‘๐‘ก๐‘’๐‘š๐‘๐‘’๐‘Ÿ 2024 06:57 ๐‘ƒ๐‘€

PUTRAJAYA, 23 September - Majlis Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional Negara (MTVET) hari ini bersetuju menetapkan gaji premium untuk lepasan TVET pada kadar antara RM2,500 hingga RM4,000.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata penetapan kadar gaji yang melebihi pendapatan minimum RM1,500 yang ditetapkan kerajaan ketika ini bagi menarik lebih ramai lepasan TVET untuk bekerja di sektor berkaitan.
"Kami telah mengadakan memorandum perjanjian (MoA) dengan majikan (syarikat berkaitan kerajaan dan swasta) yang mempersetujui gaji premium melebihi gaji minimum ditetapkan Kementerian Sumber Manusia. Ini akan lebih menarik lepasan TVET untuk bekerja di sektor-sektor tertentu," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat MTVET dan Sesi Libat Urus 66 syarikat berkaitan kerajaan serta swasta bersama 12 kementerian TVET, di sini hari ini.
Beliau yang juga Pengerusi Majlis TVET Negara berkata penetapan kadar itu bukan mengikut persatuan majikan, persatuan kilang atau sebagainya, tetapi melibatkan institusi TVET dengan pihak syarikat yang bersetuju dengan gaji premium berkenaan.
Tambahnya, MTVET juga bersetuju agar Lembaga Teknologis Malaysia (M-BOT) mengiktiraf lepasan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap enam hingga lapan setaraf ijazah sarjana muda kelas pertama dan lepasan SKM tahap lapan mendapat gelaran Teknologi Profesional (Ts), sebagai penambahbaikan ekosistem pendidikan TVET negara.
Selain itu, kelulusan SKM tahap satu dan dua diangkat menjadi setaraf Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) manakala SKM tahap tiga hingga lima setaraf diploma.
Beliau turut memaklumkan individu yang mempunyai SKM 5 boleh memohon untuk memasuki universiti tanpa SPM.
Universiti terlibat ialah Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Universiti Malaysia Pahang dan Universiti Malaysia Perlis.
๐‘ฒ๐’“๐’†๐’…๐’Š๐’•: ๐‘ฉ๐‘ฌ๐‘น๐‘ฐ๐‘ป๐‘จ ๐‘น๐‘ป๐‘ด

PUTRAJAYA, 23 September - Majlis Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional Negara (MTVET) hari ini bersetuju menetapkan gaji premium untuk lepasan TVET pada kadar antara RM2,500 hingga RM4,000.Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata penetapan kadar gaji yang melebihi....

๐‡๐š๐ซ๐ข ๐“๐ž๐ซ๐›๐ฎ๐ค๐š ๐“๐•๐„๐“ ๐ฉ๐ž๐ฅ๐ฎ๐š๐ง๐  ๐ฅ๐š๐ก๐ข๐ซ ๐ญ๐ž๐ง๐š๐ ๐š ๐ค๐ž๐ซ๐ฃ๐š ๐ฆ๐š๐ก๐ข๐ซ ๐๐š๐ฅ๐š๐ฆ ๐ข๐ง๐๐ฎ๐ฌ๐ญ๐ซ๐ข ๐ฉ๐ž๐ฆ๐›๐ข๐ง๐š๐š๐ง๐ต๐‘ฆ๐‘Š๐‘–๐‘™๐‘™๐‘ฆ ๐ฝ๐‘Ž๐‘™๐‘–, ๐ท๐‘’๐‘๐‘’๐‘š๐‘๐‘’๐‘Ÿ 16, 2024, 2:15 ๐‘ƒ๐‘€ KUCH...
24/09/2025

๐‡๐š๐ซ๐ข ๐“๐ž๐ซ๐›๐ฎ๐ค๐š ๐“๐•๐„๐“ ๐ฉ๐ž๐ฅ๐ฎ๐š๐ง๐  ๐ฅ๐š๐ก๐ข๐ซ ๐ญ๐ž๐ง๐š๐ ๐š ๐ค๐ž๐ซ๐ฃ๐š ๐ฆ๐š๐ก๐ข๐ซ ๐๐š๐ฅ๐š๐ฆ ๐ข๐ง๐๐ฎ๐ฌ๐ญ๐ซ๐ข ๐ฉ๐ž๐ฆ๐›๐ข๐ง๐š๐š๐ง
๐ต๐‘ฆ๐‘Š๐‘–๐‘™๐‘™๐‘ฆ ๐ฝ๐‘Ž๐‘™๐‘–, ๐ท๐‘’๐‘๐‘’๐‘š๐‘๐‘’๐‘Ÿ 16, 2024, 2:15 ๐‘ƒ๐‘€

KUCHING, 16 Dis: Akademi Binaan Malaysia (ABM) terus mengorak langkah sebagai institusi utama melatih dan melahirkan tenaga kerja mahir dalam sektor pembinaan melalui penganjuran Hari Terbuka TVET Pembinaan Akademi Binaan Malaysia Wilayah Sarawak 2024.
Program ini bertujuan memperkasakan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dan mempromosikan pembangunan mampan dalam sektor pembinaan.
Menurut Ketua Eksekutif ABM Wilayah Sarawak, Abdul Rahman Ahmad, program ini membuka peluang dan memberi pendedahan kepada para pelajar dalam bidang industri pembinaan.
โ€œTujuan kita mengadakan Hari Terbuka TVET ini adalah untuk mengumpulkan pelajar-pelajar daripada sekolah, komuniti yang berada di sekitar kawasan kampus kita, serta pemain-pemain industri.
โ€œDengan ini, mereka dapat datang untuk melihat sendiri apa yang kita boleh tawarkan kepada pihak industri mahupun bakal-bakal pelapis dalam industri pembinaan, terutama sekali pelajar yang masih berada di bangku sekolah.
โ€œPada hari ini, kita dedahkan kepada para pelajar pelbagai program yang ditawarkan dalam industri pembinaan, terutamanya dalam bidang mekanikal-elektrikal, struktur sivil, seni bina bangunan dan pengendalian jentera berat,โ€ katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Hari Terbuka Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Pembinaan 2024 di Pusat Konvensyen CIDB Sarawak di sini, pada Isnin.
Sementara itu, katanya, ABM kekal komited memainkan peranan penting dalam mendukung visi Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) Malaysia untuk menjadikan TVET sebagai peneraju utama dalam sektor pembinaan.
Tegas, Abdul Rahman, ABM berusaha mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing dengan melahirkan tenaga kerja tempatan yang berkebolehan dan berdaya saing.
โ€œSecara asasnya, ABM berperanan untuk melahirkan tenaga kerja yang mahir dengan beberapa matlamat utama. Pertama, untuk mengurangkan kebergantungan kita kepada pekerja asing.Kedua, untuk menerokai bidang-bidang latihan dalam industri pembinaan yang mungkin belum ditawarkan oleh institusi lain.
โ€œKetiga, mengadaptasikan penggunaan teknologi terkini dalam latihan dan penilaian yang berkaitan dengan industri pembinaan.Jadi, di sinilah peranan penting ABM, iaitu melahirkan bakal-bakal pekerja mahir dalam sektor pembinaan bagi memenuhi keperluan tenaga kerja industri pembinaan, terutamanya di Malaysia dan Sarawak,โ€ tambahnya.
Program yang diadakan selama dua hari iaitu 16 dan 17 Disember ini turut diisi dengan pengisian menarik seperti Ceramah Kerjaya, โ€˜Booth Talkโ€™, pameran kemahiran, cabutan bertuah dan sebagainya.
Ia turut melibatkan penglibatan daripada pelajar sekolah dan institusi di sekitar Bahagian Kuching.-TVS

๐‘ฒ๐’“๐’†๐’…๐’Š๐’•: ๐‘ป๐‘ฝ๐‘บ๐‘จ๐‘น๐‘จ๐‘พ๐‘จ๐‘ฒ

KUCHING, 16 Dis: Akademi Binaan Malaysia (ABM) terus mengorak langkah sebagai institusi utama melatih dan melahirkan tenaga kerja mahir dalam sektor pembinaan melalui penganjuran Hari Terbuka TVET Pembinaan Akademi Binaan Malaysia Wilayah Sarawak 2024.

๐‰๐๐€ ๐ฌ๐ž๐๐ข๐š ๐ซ๐ฎ๐š๐ง๐ , ๐ฉ๐ž๐ฅ๐ฎ๐š๐ง๐  ๐ ๐ซ๐š๐๐ฎ๐š๐ง ๐“๐•๐„๐“ ๐›๐ž๐ซ๐ค๐ก๐ข๐๐ฆ๐š๐ญ ๐๐š๐ฅ๐š๐ฆ ๐ฌ๐ž๐ค๐ญ๐จ๐ซ ๐š๐ฐ๐š๐ฆ24 ๐ฝ๐‘ข๐‘™๐‘Ž๐‘– 2024 07:35๐‘๐‘š PUTRAJAYA - Jabatan Perkhidmatan...
23/09/2025

๐‰๐๐€ ๐ฌ๐ž๐๐ข๐š ๐ซ๐ฎ๐š๐ง๐ , ๐ฉ๐ž๐ฅ๐ฎ๐š๐ง๐  ๐ ๐ซ๐š๐๐ฎ๐š๐ง ๐“๐•๐„๐“ ๐›๐ž๐ซ๐ค๐ก๐ข๐๐ฆ๐š๐ญ ๐๐š๐ฅ๐š๐ฆ ๐ฌ๐ž๐ค๐ญ๐จ๐ซ ๐š๐ฐ๐š๐ฆ
24 ๐ฝ๐‘ข๐‘™๐‘Ž๐‘– 2024 07:35๐‘๐‘š

PUTRAJAYA - Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menyediakan ruang dan peluang kepada graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang berkelayakan untuk berkhidmat dalam sektor awam melalui syarat lantikan lebih luas serta fleksibel.
Menurut kenyataan JPA di sini pada Rabu, perkara berkenaan selaras keputusan kerajaan meneruskan usaha memperkasakan TVET di bawah Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).
Antara inisiatif yang dilaksanakan adalah memperluas kelayakan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam syarat lantikan Gred 19 dan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) atau Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) dalam syarat lantikan Gred 29.
Pelaksanaan inisiatif itu bakal diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam masa terdekat.
"Menerusi SSPA, JPA menyediakan ruang dan peluang kepada graduan berkelayakan TVET untuk berkhidmat dalam perkhidmatan awam melalui syarat lantikan lebih luas serta fleksibel.
"JPA sentiasa bekerjasama dengan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Jabatan Kemahiran Malaysia, Kementerian Sumber Manusia untuk memperuntukkan kelayakan TVET yang diiktiraf MQA dalam kelayakan masuk skim perkhidmatan yang bersesuaian dalam perkhidmatan awam,โ€ menurut kenyataan itu.
Penetapan kelayakan TVET dalam syarat lantikan ke perkhidmatan awam bergantung kepada kesesuaian bidang kemahiran tertentu di dalam skop dan huraian tugas sesuatu skim perkhidmatan serta dilaksanakan susulan perbincangan dengan ketua perkhidmatan yang berkaitan.
"Sebagai contoh, peruntukan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) bidang pengangkutan diletakkan sebagai syarat lantikan ke skim perkhidmatan Pemeriksa Kereta Motor Gred AB19 kerana bidang itu bersesuaian dengan skim berkenaan berbanding skim perkhidmatan Pembantu Perikanan Gred G19 yang menetapkan syarat SKM dalam bidang pertanian dan asas tani,โ€ menurut JPA.
Sementara itu, JPA memaklumkan pihaknya sentiasa cakna dengan keperluan industri negara dalam penyediaan modal insan berkemahiran bagi mendepani Revolusi Industri 4.0.
"Kerajaan terus mempergiat TVET dengan memperuntukkan kelayakan SKM dalam 66 skim perkhidmatan di Gred 19 melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2011 dan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016.
"Bagi memastikan perkhidmatan awam sentiasa bergerak seiring keperluan negara, kelayakan DKM dan DLKM juga diperuntukkan dalam syarat lantikan bagi dua skim perkhidmatan di Gred 29 iaitu skim perkhidmatan Penolong Pegawai Latihan Vokasional Gred DV29 dan Penolong Pegawai Latihan Gred E29,โ€ menurut JPA. - Bernama
๐‘ฒ๐’“๐’†๐’…๐’Š๐’•: ๐‘บ๐‘ฐ๐‘ต๐‘จ๐‘น ๐‘ฏ๐‘จ๐‘น๐‘ฐ๐‘จ๐‘ต

PUTRAJAYA - Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menyediakan ruang dan peluang kepada graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang...

๐“๐•๐„๐“ ๐ฉ๐ž๐ฆ๐š๐ง๐ ๐ค๐ข๐ง ๐ฉ๐ž๐ฆ๐›๐š๐ง๐ ๐ฎ๐ง๐š๐ง ๐’๐š๐ซ๐š๐ฐ๐š๐ค๐ต๐‘ฆ๐‘€๐‘Ž๐‘‘๐‘’๐‘™๐‘–๐‘›๐‘’ ๐ท๐‘ข๐‘”๐‘Ž๐‘ก, ๐ท๐‘’๐‘๐‘’๐‘š๐‘๐‘’๐‘Ÿ 16, 2024, 2:25 ๐‘ƒ๐‘€ KUCHING, 16 Dis: Kerajaan Sarawak terus m...
23/09/2025

๐“๐•๐„๐“ ๐ฉ๐ž๐ฆ๐š๐ง๐ ๐ค๐ข๐ง ๐ฉ๐ž๐ฆ๐›๐š๐ง๐ ๐ฎ๐ง๐š๐ง ๐’๐š๐ซ๐š๐ฐ๐š๐ค
๐ต๐‘ฆ๐‘€๐‘Ž๐‘‘๐‘’๐‘™๐‘–๐‘›๐‘’ ๐ท๐‘ข๐‘”๐‘Ž๐‘ก, ๐ท๐‘’๐‘๐‘’๐‘š๐‘๐‘’๐‘Ÿ 16, 2024, 2:25 ๐‘ƒ๐‘€

KUCHING, 16 Dis: Kerajaan Sarawak terus membangunkan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sebagai penggerak industri sekali gus pemangkin pembangunan wilayah ini.
Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri- Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata, usaha tersebut penting selaras dengan komitmen Kerajaan Sarawak memacu agenda Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) bagi memastikan hasrat menjadi sebuah negeri maju berpendapatan tinggi menjelang 2030 tercapai.
โ€œSekarang memang Sarawak mahu memastikan pembangunan infrastruktur di seluruh wilayah ini terus maju dan ia memerlukan kemahiran TVET dalam bidang pembinaan kerana kita mahu melatih anak-anak kita sendiri.
โ€œKita tidak perlu lagi bergantung kepada pekerja luar sebab banyak isu berlaku berkaitan pemerintahan dan ini boleh melambatkan projek pembangunan kita,โ€ katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Hari Terbuka TVET Pembinaan Akademi Binaan Malaysia bertempat di CIDB Negeri Sarawak, pada Isnin.
Hasidah turut menekankan pendidikan TVET adalah kunci kepada masa depan cerah terutamanya kepada generasi muda untuk mempersiapkan diri dengan kemahiran baharu.
โ€œKalau di Eropah atau Amerika Syarikat yang ada kelayakan kemahiran ini akan dibayar lebih tinggi.
โ€œPengetahuan ini adalah satu trend masa depan seluruh dunia, jadi kita akan terus perkasakan rakyat kita,โ€ ujarnya.
Sehubungan itu, Hasidah turut menggesa pemain industri, syarikat besar yang mendapat kontrak di Sarawak berkolaborasi dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) untuk menyumbang dari sudut kemahiran teknikal yang diperlukan dalam industri.
โ€œIni juga mungkin menjadi satu tempat untuk anda membina kerjaya masa depan yang cerah,โ€ jelasnya. โ€“TVS
๐‘ฒ๐’“๐’†๐’…๐’Š๐’•: ๐‘ป๐‘ฝ๐‘บ๐‘จ๐‘น๐‘จ๐‘พ๐‘จ๐‘ฒ

KUCHING, 16 Dis: Kerajaan Sarawak terus membangunkan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sebagai penggerak industri sekali gus pemangkin pembangunan wilayah ini.

๐‹๐ž๐›๐ข๐ก ๐ซ๐š๐ฆ๐š๐ข ๐ฉ๐ž๐ฅ๐š๐ฃ๐š๐ซ ๐š๐ค๐š๐ง ๐ค๐ž ๐‰๐ž๐ฉ๐ฎ๐ง ๐๐š๐ฅ๐š๐ฆ๐ข ๐“๐•๐„๐“ โ€“ ๐“๐๐Œ๐ต๐ธ๐‘…๐‘๐ด๐‘€๐ด - ๐น๐‘’๐‘๐‘Ÿ๐‘ข๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘– 18, 2024 @ 6:06๐‘๐‘š TOKYO: Kerajaan berhasrat mengha...
22/09/2025

๐‹๐ž๐›๐ข๐ก ๐ซ๐š๐ฆ๐š๐ข ๐ฉ๐ž๐ฅ๐š๐ฃ๐š๐ซ ๐š๐ค๐š๐ง ๐ค๐ž ๐‰๐ž๐ฉ๐ฎ๐ง ๐๐š๐ฅ๐š๐ฆ๐ข ๐“๐•๐„๐“ โ€“ ๐“๐๐Œ
๐ต๐ธ๐‘…๐‘๐ด๐‘€๐ด - ๐น๐‘’๐‘๐‘Ÿ๐‘ข๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘– 18, 2024 @ 6:06๐‘๐‘š

TOKYO: Kerajaan berhasrat menghantar lebih ramai pelajar Malaysia mengikuti pengajian di luar negara dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET), selaras dengan hasrat memperkasa sektor TVET tempatan.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata langkah itu adalah transformasi bakal dilakukan kerajaan dalam bidang TVET, selain bertujuan mengubah persepsi masyarakat bahawa mereka yang mengikuti pengajian itu adalah kalangan pelajar tercicir dalam akademik.
"Walaupun TVET sudah bermula sebelum merdeka, usaha kerajaan sebelum ini tidak dilakukan secara berfokus.
"Kita mahu menukar persepsi ibu bapa dan masyarakat bahawa bidang ini sebenarnya menjanjikan pekerjaan dan kerjaya yang lebih baik," katanya pada majlis ramah mesra bersama kira-kira 70 pelajar Malaysia di Jepun, hari ini.
Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Majlis TVET Negara, berkata kerajaan turut mempertimbang menambah elaun sara hidup pelajar yang akan melanjutkan pengajian dalam bidang itu di luar negara termasuk Jepun.
Bagi memperkasa sektor TVET negara, Ahmad Zahid yang kini dalam rangka lawatan kerja tujuh hari ke Jepun bermula semalam, berkata kerajaan berhasrat mentransformasi Universiti Kuala Lumpur (UniKL) sebagai universiti TVET utama di Malaysia.
Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu berkata, hala tuju TVET baharu akan diumum pada 2 Jun depan sempena Hari TVET Negara.
Turut mengiringi Ahmad Zahid dalam lawatan kerja ke Jepun ialah Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd Kadir dan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Asyraf Wajdi Dusuki. โ€“ BERNAMA
๐‘ฒ๐’“๐’†๐’…๐’Š๐’•: ๐‘บ๐‘ฐ๐‘ต๐‘จ๐‘น ๐‘ฏ๐‘จ๐‘น๐‘ฐ๐‘จ๐‘ต

TOKYO: Kerajaan berhasrat menghantar lebih ramai pelajar Malaysia mengikuti pengajian di luar negara dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET), selaras dengan hasrat memperkasa sektor TVET tempatan.

Address

Seremban
Seremban
70200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kemahiran Belia TVET posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram