
30/08/2025
✨ Penghargaan Buat Cozy Academy & Persatuan Kemajuan Wanita ✨
Terima kasih yang tidak terhingga kepada yang terlibat kerana memberi peluang kepada saya menjadi trainer untuk kelas Facial Asas Spa pada 26 Ogos 2025.
Alhamdulillah, dengan kehadiran seramai 30 orang peserta, kelas ini berlangsung dengan penuh semangat dan berjalan dengan jayanya.
Saya amat menghargai setiap penyertaan, kerjasama, dan keterbukaan semua peserta sepanjang sesi. Semoga ilmu yang dikongsi dapat dimanfaatkan serta menjadi permulaan perjalanan kerjaya yang lebih cemerlang dalam bidang kecantikan & spa. 🌿💆🏻♀️
Sekali lagi, terima kasih kepada Cozy Academy dan Persatuan Kemajuan Wanita atas kepercayaan yang diberikan.