10/02/2023
Jom kenali tanda-tanda bayi kembung perut serta punca dan cara mengatasinya‼️ Semoga bermanfaat👇🏼
PUNCA-PUNCA BAYI KEMBUNG PERUT:
1. Bayi menelan udara ketika menangis, menghisap puting dan menyusu.
2. Bayi menelan udara berlebihan apabila berada dalam posisi penyusuan yang salah, menyusu terlalu banyak atau mengalami sembelit.
3. Bayi mempunyai alahan atau intoleransi terhadap bahan dalam susu formula atau susu ibu yang mengakibatkan perut berangin.
4. Pemakanan ibu yang menyusu
CARA MENGATASI:
1. TUKAR PERALATAN PENYUSUAN
🌸 Jika perut bayi menjadi berangin disebabkan penyusuan botol, cubalah pelbagai jenis puting susu dan kombinasi botol.
🌸 Puting lembut, berkontur di sepanjang bibir dan mulut bayi dapat membantu mengelakkan aliran udara berlebihan semasa bayi menyusu.
🌸 Pastikan juga aliran susu yang mengalir adalah perlahan untuk membolehkan bayi mempunyai cukup masa menyusu tanpa menghisap susu secara berlebihan.
🌸 Masa menyusu terbaik adalah antara 20 minit hingga 1 jam. Jika si kecil menghabiskan susu dalam tempoh 5 minit, bermakna mereka menghisap dengan cepat dan menelan udara berlebihan.
2. POSISI PENYUSUAN YANG BETUL
🌻 Semasa menyusu badan atau susu formula, kedudukan penyusuan juga memainkan peranan penting atau ia boleh menjadi punca bayi kembung perut.
🌻 Penting untuk memastikan kedudukan kepala si manja lebih tinggi berbanding perut mereka.
🌻 Kedudukan ini juga membantu susu bergerak ke bahagian bawah perut dan menolak udara ke atas yang membolehkan si manja bersendawa.
3. SENDAWAKAN SI MANJA SELEPAS MENYUSU
🌼 Salah satu cara terbaik untuk mengeluarkan gas yang terperangkap dalam perut bayi adalah dengan membedung si manja semasa menyusu dan selepas penyusuan.
🌼 Selain itu, sebaiknya tunggu bayi berehat semasa menyusu sebelum cuba menyendawakan mereka. Jika tidak mereka mungkin akan meragam, menangis dan akhirnya menelan lebih banyak udara.
🌼 Melakukan urutan juga dapat membantu menghilangkan gas pada bayi anda. Gunakan posisi sendawa yang paling selesa bagi mereka 👇🏼
i. Di bahu
Ibu duduk dalam keadaan tegak dan pegang bayi ke dada. Sandarkan dagu si manja pada bahu dan pastikan anda memberikan sokongan pada bahagian punggung bayi dengan tangan.
Tepuk perlahan bahagian belakang bayi menggunakan sebelah lagi tangan.
ii. Baring di paha
Untuk mencuba posisi ini bagi mengatasi punca bayi kembung perut adalah dengan membaringkan bayi secara meniarap pada pangkuan paha.
Angkatkan sedikit bahagian dada si kecil dan berikan sokongan menggunakan tangan anda. Pastikan anda memegang si manja dengan selamat.
Dengan sebelah tangan yang lain, lakukan gosokan atau tepuk secara perlahan belakang badan bayi sehingga mereka bersendawa.
iii. Duduk
Pegang bayi seperti mendudukkan mereka di atas pangkuan anda. Bongkokkan sedikit tubuh bayi ke hadapan.
Gunakan tangan untuk memberikan sokongan pada kepala dan dada. Sebelah yang lain p**a, lakukan tepukan atau gosokan perlahan di belakang badan si manja.
4. PEMILIHAN MAKANAN BERSESUAIAN
🍒 Jika bayi sudah mula mengambil makanan pejal, berbincanglah dengan doktor untuk mengetahui lebih lanjut mengenai makanan yang boleh menyebabkan gas tambahan. Serbuk perasa tanpa MSG dan pengawet
🍒 Bagi ibu menyusu, elakkan:
i. Makanan tinggi serat, terutamanya makanan yang mengandungi bran - lapisan luar bijirin yang keras
ii. Buah seperti aprikot, pic, prun, pir dan plum
iii. Buah sitrus
iv. Sayuran hijau seperti brokoli, asparagus dan kubis
v. Sayuran berkanji seperti kentang
vi. Makanan berkanji seperti pasta
vii. Produk tenusu
viii. Coklat, minuman soda dan kafein
Info : Astro Awani