Herbalife Coach Malaysia by Adi & Amy

Herbalife Coach Malaysia by Adi & Amy Making the world Healthier and Happier

16/06/2021

Satu kemenangan buat polisi kesihatan apabila Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, 36, mengambil tindakan menepis minuman tinggi gula dan memilih air kosong.

Beliau yang sememangnya di kenali sebagai individu yang sangat mengambil berat aspek pemakanan terutamanya pengambilan gula dalam diet seharian.

Ini terbukti ketika sidang akhbar Euro 2020 semalam apabila dia dengan raut wajah yang serius mengetepikan dua botol Coke sebelum memegang sebotol air mineral dan menggesa mereka di hadapannya minum air kosong.

Minuman itu adalah penaja rasmi kejohanan tetapi Ronaldo tetap berpegang dengan prinsipnya dalam soal kesihatan.

Produk makanan segera, minuman tinggi gula , tembakau, v**e dan minuman alkohol memang mensasarkan program sukan dan hiburan untuk kump**an sasaran yang mereka mahu pengaruhi- golongan belia, remaja dan kanak kanak.

Sebab itu, influencer perlu berhati hati apabila menerima tajaan dari syarikat syarikat seperti ini.

01/03/2021
23/02/2021

TIPS TURUNKAN GULA DALAM DARAH

1. Melakukan senaman

Melakukan senaman dengan lebih kerap dapat membantu menurunkan berat badan dan meningkatkan kepekatan insulin. Dengan senaman juga, ia dapat membantu otot menggunakan gula dalam darah dengan betul. Antara bentuk senaman yang boleh dilakukan seperti angkat berat, berjalan, berlari, berbasikal, menari, mendaki, berenang dan lain-lain.

2. Kawal pengambilan karbohidrat

Badan akan memecahkan karbohidrat ke dalam gula (glukosa) dan kemudian insulin memindahkan gula menjadi sel. Apabila anda makan terlalu banyak karbohidrat, tapi mempunyai masalah dengan insulin, ia dapat meningkatkan glukosa dalam darah. Oleh sebab itu, Persatuan Diabetes Amerika mengesyorkan pesakit diabetes supaya mengawal pengambilan karbohidrat.

3. Meningkatkan pengambilan serat

Serat melambatkan pencernaan karbohidrat dan penyerapan gula. Atas sebab itu, ia mengurangkan kenaikan paras gula dalam darah. Makanan yang mengandungi serat yang tinggi seperti sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang dan bijirin. Pengambilan serat harian yang disyorkan sebanyak 25 gram untuk wanita dan 38 gram bagi lelaki.

4. Minum banyak air dan kekal hidrasi

Minum air yang cukup boleh membantu mengekalkan paras gula dalam darah dan buah pinggang boleh mengalirkan gula yang berlebihan melalui air kencing.

Kajian menunjukkan, mereka yang minum banyak air masak mempunyai risiko lebih rendah untuk menghidap diabetes.

5. Kawal pengambilan makanan

Paling penting adalah mengawal pengambilan kalori setiap hari dengan mengambil saiz hidangan yang lebih kecil.

6. Pilih makanan yang kurang Glycemic Index

Glycemic index ini bertujuan menilai tindak balas gula dalam badan terhadap makanan yang mengandungi karbohidrat. Makanan yang mengandungi glycemix index yang rendah dapat mengurangkan tahap gula dalam darah mengikut jangka masa panjang. Contohnya: makanan laut, daging, telur,gandum, barli, kacang, ubi, jagung, buah-buahan dan sayur-sayuran.

7. Kawal stress dan dapatkan tidur yang mencukupi

Tekanan boleh menjejaskan paras gula. Yoga dan meditasi dapat mengurangkan stress dan membetulkan masalah rembesan insulin terhadap pesakit kencing manis kronik. Selain itu, mendapatkan tidur yang cukup juga penting bagi memastikan kesihatan tetap terkawal dengan sempurna.

Jadi, adalah lebih baik untuk mendapatkan jumlah tidur yang berkualiti setiap malam.

8. Pantau tahap gula dalam darah

Sentiasa ukur dan pantau tahap glukosa darah. Dari situ, anda boleh mengetahui penyesuaian dalam makanan dan ubat-ubatan.

9. Mengamalkan makanan yang kaya magnesium dan kromium

Diabetes juga dikaitkan dengan kekurangan mikronutrien seperti kromium, mineral dan magnesium. Dua kajian pesakit kencing manis menunjukkan, kromium mempunyai manfaat bagi mengawal gula dalam darah.

Manakala, kelebihan magnesium p**a menunjukkan paras gula rendah. Sebab itu, jika kekurangan magnesium risiko yang lebih tinggi untuk menghidap diabetes. Makanan kaya magnesium seperti sayuran berdaun gelap, bijirin penuh, ikan, coklat, pisang, alpukat dan kekacang.

10. Turunkan berat badan

Untuk mencegah diabetes, anda harus menurunkan berat badan supaya masalah itu dapat diatasi pada masa hadapan. Malah ia lebih berfungsi berbanding makan ubat.

Makanan yang perlu dielakkan pesakit diabetes

• Semua jenis gula, minuman berkarbonat, kordial, sirap, jem, kaya,kuih manis, aiskrim, susu pekat manis, yogurt manis, buah dalam tin, jeli dan lain-lain.

Makanan yang boleh diambil mengikut sukatan

• Bijirin, nasi, roti, biskut, kuih yang tidak manis, semua jenis pasta dan mi, capati, roti canai, tosai, semua jenis ubi, kekacang, susu dan buah-buahan.

Makanan yang boleh diambil secara bebas

• Semua jenis sayur-sayuran, lobak merah, lobak putih, labu, teh cina, air kosong, barli tanpa gula, kopi dan teh tanpa gula, rempah ratus dan herba, semua daging tanpa lemak, ayam tanpa kulit, tauhu, ikan, telur dan ikan bilis.

06/11/2020

Pagi ini jika ada pergi ke kedai untuk sarapan pagi, lihatlah produk ini masih berleluasa digantung di belakang kaunter bayaran.

Akuilah bahawa penguatkuasaan terlalu lemah sehingga produk yang telah di haramkan sekian lama masih dijual dengan mudah.

Ramai individu yang pernah minum kopi ini mengadu berasa pening atau sakit kepala selepas minum kopi ini. Ada yang perlu di papah keluar dari kedai makan dan tidak dapat memandu p**ang ke rumah.

Ini kerana kopi ini mengandungi bahan beracun berjadual jenis Sildenafil iaitu bahan yang menyebabkan saluran darah mengembang dan menyebabkan tekanan darah turun mendadak.

Jika anda tidak bernasib baik, bekalan darah ke jantung dan otak boleh berkurangan dengan mendadak dan jantung boleh berhenti berdegup.
Jika anda masih mengamalkan minuman ini sila berhenti dan dapatkan pemeriksaan segera. Jika anda masih menjual dan mengedarkan produk ini hentikan segera.

02/11/2020

JANGAN GABUNGKAN MINUM AIR MINUMAN BERSODA DENGAN MAKANAN SEGERA

Ramai yang tidak perasan bahawa minuman yang biasa dijual di restoran makanan segera adalah minuman bersoda. Saya sudah lama tidak membeli di restoran segera. Mungkin lima tahun lepas. Seingat saya pernah minta air mineral tetapi tidak dijual. Saya tidak faham mengapa makanan segera seperti burger harus diambil bersama air bersoda.

Kita mungkin tidak mengetahui bahawa menggabungkan makanan segera seperti burger dengan air bersoda adalah sesuatu yang bahaya. Pakar nutrisi mengatakan ia memberikan kesan yang negatif dalam jangka masa yang panjang.

Ini kerana kandungan gula dan kalori yang sangat tinggi di dalam kedua-dua makanan ini. Begitu juga dengan kentang goreng yang disediakan. Ia juga memberatkan fungsi hati, ginjal, pankreas dan jantung.

Jika diambil sesekali, mungkin kesan negatif itu tidak kelihatan dengan jelas, namun jika diambil setiap hari atau beberapa kali sehari seperti mana amalan di kebanyakan individu di Amerika Syarikat, ia memberikan impak negatif dengan cepat.

Gabungan makanan seperti ini juga akan menyebabkan kadar metabolisme akan perlahan, akhirnya ia disimpan sebagai lemak dalam tubuh.

Malah ia hanya memberikan rasa kenyang sebentar saja, dan kita kan berasa lapar semula dalam jangka masa yang pendek dan mahu makan semula. Jika teringin sangat mahu makan burger sesekali, ia mungkin elok diambil dengan air kosong atau minuman lain seperti teh dan kopi tanpa gula. Namun begitu saya tidak mengrekomendasi pengambilan sebarang makanan segera.

Ada juga beberapa minuman dan makanan yang tidak sesuai digabungkan dengan minuman bersoda. Ia boleh menyebabkan masalah penghadaman.

1. Susu dan makanan/minuman yang mengandungi susu. Ia menyebabkan tahap asid dalam perut akan bertambah.
Ini akan menyebabkan abdomen kembung, rasa mual, muntah dan rasa pedih ulu hati.

2. Makanan pedas. Ramai yang cuba mengurangkan rasa pedas dengan segera minum air bersoda yang sejuk. Secara tidak sedar kita telah mengabungkan dua makanan dan minuman yang bakal mengganggu penghadaman.

3. Mee segera. Ia bersifat asid. Gabungan keduanya akan menyebabkan lebih banyak penghasilan gas karbon dioksida dengan berlebihan di dalam perut. Ini menyebabkan abdomen menjadi tidak selesa dan kembung.

4. Kopi. Kopi pun bersifat asid. Gabungan kopi dan air bersoda membuatkan perut kita tak selesa kerana penghasilan karbon dioksida (dari air soda) yang sangat banyak. Jika dihidangkan kopi jarakkan dua jam jika mahu ambil kopi selepas minuma air bersoda.

Meskipun termasuk dalam minuman yang nikmat, bukan bererti kita boleh sembarangan minum kopi dan soda dalam waktu yang bersamaan. Keduanya memiliki kandungan kafein yang tinggi sehingga boleh menyebabkan insomnia atau kram perut. Sifat asid dari kedua minuman ini juga boleh menyebabkan kenaikan asam lambung.

Semoga bermanfaat.

Saya sendiri mengamalkan minyak zaitun OLIVIE POWER UP setiap pagi dan malam. Alhamdulillah rasa bertambah sihat dan bertenaga.

01/11/2020

BANYAK AMBIL PROTEIN SUMBER TUMBUH-TUMBUHAN

Kita banyak disuapkan dengan fakta yang mengelirukan. Antaranya adalah 'lebih banyak protein yang kita ambil, lebih baik untuk kita untuk pembinaan otot'. Satu lagi kekeliruan adalah 'protein yang terbaik adalah protein dari sumber haiwan'.

Cuba kita kembali kepada fakta yang kita pelajari semasa di sekolah menengah. Terdapat 21 jenis asid amino yang membentuk satu molekul protein. 9 dari asid amino ini disebut sebagai "essential" asid amino kerana tubuh kita tidak dapat menghasilkan asid amini ini. Ia hanya boleh didapati dari sumber makanan.

Memang betul kebanyakan "essential" asid amino ini boleh didapati dalam kuantiti yang kecil dari tumbuh-tumbuhan, dan kebanyakannya dari haiwan.

Namun begitu, kebanyakan makanan dari tumbuh-tumbuhan memberikan sumber amino asid yang mencukupi, dan dalam kadar yang tinggi terutamanya tumbuh-tumbuhan seperti kekacang, lentils, beberapa bijiran yang tidak berproses dan biji benih.

Tumbuh-tumbuhan ini semua terdapat makanan yang biasa kita makan dan bermakna kita harus memperbanyakann makanan dari sumber tumbuh-tumbuhan dan mengambil sedikit protein dari haiwan.

Jangan risau jika mengambil lebih banyak sayur-sayuran dan mengurangkan pengambil protein dari haiwan, kerana ia tidak akan menyebabkan kita mengalami kekurangan protein dalam tubuh.

Tidak ramai yang mengalami kekurangan makronutrient protein ini, kecuali jika seseorang itu mengalami penyakit seperti kanser atau berada dalam ICU untuk beberapa minggu. Kebanyakan kita mendapat sumber protein dari daging yang kita makan (ayam atau haiwan ruminan), telur dan susu. Malah sayur-sayuran yang kita makan juga membekalkan protein yang banyak.

Protein yang kita ambil dari tumbuh-tumbuhan juga mencukupi untuk kita membina otot-otot dalam tubuh. Pembinaan otot bukan sekadar kita mengambil protein yang berlebihan tetapi juga kita perlu melakukan aktiviti yang merangsangkan pembinaan otot.

Pernah kita melihat bagaimana gajah dan kuda mempunyai otot yang banyak? Haiwan-haiwan ini memakan dedaun dan rumput. Tetapi haiwan-haiwan ini mempunyai banyak otot yang membolehkan gajah meruntuhkan bangunan kayu dan kuda berlari pantas. Mereka mendapat sumber protein dari tumbuh-tumbuhan.

Kesimp**annya kita tidak memerlukan banyak protein dari haiwan. Apa yang perlu ialah banyak mengambil protein dari tumbuh-tumbuhan. Selain tumbuh-tumbuhan, saya percaya ikan juga memberikan protein yang mencukupi jika kita ingin mendapatkan protein dari sumber haiwan.

Sumber lain yang membekalkan protein seperti beras rebus (parboiled rice) dan beras perang juga memberikan kita protein, selain karbohidrat untuk mendapatkan tenaga segera.

Apa yang penting kita mendapat tahap protein secukupnya, yang kebanyakannya dari sumber tumbuh-tumbuhan. sesekali ambillah dari sumber haiwan.

Semoga bermanfaat.

Stop, jangan exercise.. tolong jangan exercise. Ramai orang yang nak sihat kemudian terus bermula dengan exercise sunggu...
20/10/2020

Stop, jangan exercise.. tolong jangan exercise. Ramai orang yang nak sihat kemudian terus bermula dengan exercise sungguh² tetapi tahukah anda cara ni hanya merosakkan badan dari menyihatkan.

Saya tidak mengatakan exercise tak bagus, tapi.. bersenam ketika sistem badan kekurangan zat /"malnourished" atau penuh toxicity adalah tidak baik malah memberikan kerosakan berbanding kebaikan.

So, apa yang patut kita buat? Paling kurang 14 ke 21 hari sebelum korang mulakan program senaman, mulakan dengan program pemakanan yang seimbang dan amalkan minum air yang cukup dahulu.

Maksudnya kita pastikan badan well hydrated dan well nourished barulah mulakan program exercise dan lain² aktiviti yang aktif.

17/09/2020

BARANG YANG TIDAK PERLU DISIMPAN DALAM PETI SEJUK

Kita selalu meletak hampir semua barang dan makanan yang kita beli ke dalam peti sejuk. Kadang kala ia boleh merosakkan kualiti bahan makanan itu.

1. Bawang

Menyimpan bawang di dalam petisejuk boleh menyebabkan peti sejuk kita berbau. Apatah lagi jika ia telah dipotong atau dihiris. Simpan bawang di rak dapur dalam bekas yang kering.

2. Kentang

Kentang juga tidak sesuai disimpan di dalam peti sejuk dan harus disimpan di luar peti sejuk dalam keadaan kering.

3. Sos

Sos akan menjadi lebih pekat dan sukar dituang semasa hendak digunakan. Ia boleh disimpan di luar peti sejuk pada suhu bilik dengan penutup botolnya ditutup rapat.

4. Roti

Menyimpan roti dalam petisejuk boleh menyebabkannya lebih keras dan kurang enak. Roti juga menyerap bau makanan lain yang ada dalam petisejuk.

5. Makanan dalam tin

Jika masih ada makanan dalam tin yang masih berbaki, ia elok dikeluarkan daripada bekasnya dan disimpan dalam bekas plastik dan kaca sebelum disimpan di dalam peti sejuk.

6. Makanan panas

Menyimpan makanan yang panas dalam peti sejuk akan menyebabkan lebih banyak tenaga elektrik yang digunakan untuk mengekalkan suhu peti sejuk agar sentiasa sejuk.

7. Rempah ratus

Elakkan menyimpan rempah ratus seperti ketumbar, jintan manis, lada hitam dan lain-lain di dalam peti ais. Ia boleh menyebabkan petisejuk berbau herba. Ia harus disimpan di luar peti sejuk pada suhu bilik.

8. Mentega

Mentega akan menjadi keras di dalam peti sejuk dan menjejaskan rasanya. Ia harus disimpan dalam bekas yang ditutup ketat pada suhu bilik.

9. Madu

Madu tidak perlu disimpan di dalam peti sejuk. Cuma elakkan dari tempat yang panas dan terdedah pada cahaya matahari.

10. Bahan bukan makanan

Keluarkan bahan bukan makanan seperti bahan kosmetik dari peti sejuk. Ia boleh mencemarkan bahan makanan yang disimpan bersamanya.

Rujukan : News Australia

14/09/2020

Mindvalley's head of health & fitness, Ronan Oliveira walks you through his 3-set healthy-diet framework so you know the foods you might want to avoid and do...

13/09/2020

Aloe Vera is known for its hydrating and soothing properties? Coming soon.



Tahukah anda Aloe Vera terkenal dengan khasiatnya yang menghidrat dan menenangkan? Nantikan sesuatu yang baharu tak lama lagi.

12/09/2020
12/09/2020

Jim Kwik is sharing 10 things that will change your life right now. ►If you struggle and have a hard time, consider taking an online therapy session with our...

What is Glycemic Index ?
03/09/2020

What is Glycemic Index ?

“Some carbs increase your sugar levels higher than others. The can help you identify them. Read more here: https://t.co/fOT4yuVZJX”

26/08/2020

As we know by now, eating a healthy, wholesome breakfast is highly beneficial. Not only does it help us physically, it even helps to improve our mood, cognitive brain function and work performance.

We know that life sometimes gets in the way, so here are some tips on how to incorporate healthy breakfast into your daily routine for life! Send this to a loved one to share the .

Sarapan yang sihat adalah sangat bermanfaat. Bukan sahaja dapat membantu kita secara fizikal, ia juga membantu untuk menceriakan kita, mengaktifkan fungsi kognitif otak serta prestasi kerja.

Kami tahu yang hidup ini tidak sempurna jadi ini antara pesanan kami untuk anda menjadikan sarapan yang sihat sebahagian dengan rutin seharian anda. Hantarkan ini kepada yang tersayang dan kongsilah ini!

Kebanyakan masalah kesihatan utama rakyat Malaysia adalah berpunca dari pemakanan kurang Nutrisi.Lebih 50% individu dewa...
16/08/2020

Kebanyakan masalah kesihatan utama rakyat Malaysia adalah berpunca dari pemakanan kurang Nutrisi.

Lebih 50% individu dewasa lebih berat badan dan Obese dan 95% tidak mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran yang mencukupi dalam diet harian.

Herbalife Nutrition sangat komited dan memberi kerjasama rapat dengan Kementerian Kesihatan dalam membantu rakyat Malaysia untuk hidup lebih sihat. Nak ubah kesihatan bermula dengan ubah apa yang anda beri kepada tubuh badan anda.


07/08/2020

Omega 3 banyak terkandung dalam makanan seperti ikan salmon, ikan sardin, kacang soya, kacang, kacang walnut.

Tetapi ramai yang tidak tahu kebaikan omega 3 untuk badan terutamanya organ otak.

Untuk ibu mengandung, pengambilan omega 3 dapat membantu meningkatkan intelektual dan kemahiran sosial anak disamping mengelakkan risiko autism dan cerebral palsy.

Untuk dewasa, pengambilan omega 3 mampu meningkatkan kelancaran perjalanan darah di otak serta mengelakkan risiko berlakunya angin ahmar, alzemer serta dementia.

Pengambilan omega 3 amat penting dalam diet seharian kerana badan kita tidak dapat untuk menghasilkan sendiri.

Jom tonton video ini.

HARI KE-2Balance Meal = Ideal Weight21 DAY NUTRITION CHALLENGE🍹⚡⚡Me: Gain Muscle ProgramWife: Lose Weight Program
05/08/2020

HARI KE-2

Balance Meal = Ideal Weight

21 DAY NUTRITION CHALLENGE🍹⚡⚡

Me: Gain Muscle Program
Wife: Lose Weight Program



Address

Seri Kembangan
43300

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Herbalife Coach Malaysia by Adi & Amy posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Herbalife Coach Malaysia by Adi & Amy:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram