24/10/2025
Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan kerjasama Jabatan Surgeri, Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS), Universiti Putra Malaysia , SK Rinching Hilir dan JPKK Kampung Batu 5,Bangi menganjurkan program CAKNA KOMUNITI: Pemindahan Ilmu Kesedaran Kanser Payudara dan Kolorektal yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran awal mengenai kanser serta kepentingan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat.
Maklumat program adalah seperti berikut:
🗓️ Tarikh: 25 Oktober 2025�🕗 Masa: 7.30 pagi – 2.00 petang�📍 Tempat: Sekolah Kebangsaan Rinching Hilir, Selangor*�
🎟️ Penyertaan: PERCUMA untuk ahli komuniti Rinching Hilir
Antara pengisian utama program ini adalah:
🎤 Sesi Ceramah Kesedaran Kanser
• Gaya Hidup Sihat dan Pencegahan Kanser Usus
• Tanda-Tanda Awal Kanser Usus
• Tanda-Tanda Awal Kanser Payudara
• Rujukan dan Langkah Menerima Rawatan
🩺 Pemeriksaan Kesihatan dan reruai pameran kesihatan
🎯Pameran dan pendidikan mengenai Kanser Payudara & Kolorektal
🎯Pemeriksaan Mata oleh pakar optometri� (termasuk Saringan Diabetik Retinopati – kesan kencing manis terhadap saraf mata)
🎉 Aktiviti Sukaneka untuk Pelajar Sekolah
Program ini merupakan inisiatif bersama dalam usaha memperkasa ilmu kesihatan dan penjagaan diri dalam komuniti. Justeru itu, kami dengan berbesar hati menjemput warga Rinching Hilir untuk hadir dan menyertai program ini. Marilah kita bersama-sama memeriahkan lagi program ini!🥳
Sama-sama kita cakna kesihatan demi masa depan yang lebih baik.
”Cegah Sebelum Parah, Bertindak Demi Kesihatan”