14/09/2021
Buah peria ini mengandungi kandungan nutrien penting yang tinggi. Satu cawan iaitu bersamaan 94 gram peria pahit mentah akan memberikan anda:
Kalori: 20
Karbohidrat: 4 gram
Serat: 2 gram
Vitamin C: 93% daripada RDI
Vitamin A: 44% daripada RDI
Folat: 17% daripada RDI
Kalium: 8% daripada RDI
Zink: 5% daripada RDI
Zat besi: 4% daripada RDI
Buah ini juga amat kaya dengan vitamin C yang merupakan mikronutrien penting yang terlibat dalam pencegahan penyakit, pembentukan tulang, dan penyembuhan luka pada tubuh. Ia juga tinggi dengan vitamin A, iaitu vitamin larut lemak yang menggalakkan kesihatan kulit dan penglihatan yang baik.
Selain itu, ia turut mengandungi folat, nutrien yang penting untuk pertumbuhan dan perkembangan, serta sejumlah kalium, zink, dan zat besi. Peria ini juga adalah sumber yang baik bagi catechin, asid gallic, epicatechin, dan asid klorogenik.
Kesemuanya merupakan sebatian antioksidan yang kuat yang dapat membantu melindungi sel-sel anda daripada kerosakan. Ia juga rendah kalori tetapi tinggi kandungan serat yang memenuhi sekitar 8% daripada keperluan serat harian anda melalui satu cawan hidangan buah ini.
Secara tradisionalnya, buah peria ini telah digunakan di pelbagai tempat sebagai ubatan tradisional bagi merawat beberapa masalah kesihatan seperti:
Kolik
Demam
Luka terbakar
Batuk yang kronik
Haid yang menyakitkan
Masalah berkaitan kulit
Selain itu, ia juga digunakan untuk menyembuhkan luka, membantu melahirkan anak dan di sesetengah bahagian Afrika dan Asia, ia digunakan untuk mencegah atau merawat penyakit malaria dan virus seperti campak dan cacar air.
Jus yang dihasilkan daripada buah peria dipanggil sebagai jus Karela. Jus ini dihasilkan dengan cara mengisar buah peria yang masih mentah bersama-sama dengan air. Sesetengah individu menambahkan sedikit garam atau perahan lemon untuk menjadikan rasanya lebih enak. Jus karela juga diminum di seluruh dunia sebagai minuman untuk kecantikan kulit.
Ramai individu yang percaya ia dapat membantu meningkatkan kecantikan kulit anda. Jus Karela adalah sumber yang kaya dengan antioksidan, termasuklah vitamin C dan provitamin A.
Kedua-dua vitamin tersebut penting untuk kulit yang sihat selain berfungsi dalam penyembuhan luka. Dalam satu kajian, tikus yang melalui terapi rawatan dengan menggunakan ekstrak buah peria ini mengalami penyembuhan luka yang lebih cepat. Kesan ini juga dapat dilihat pada tikus yang mempunyai diabetes.
Dalam amalan perubatan Timur, jus karela telah digunakan untuk membantu individu yang mempunyai gejala psoriasis, ekzema, dan ulser. Walau bagaimanapun, penggunaan ini perlulah diteroka dengan cara yang lebih berilmiah untuk membuktikan keberkesanannya.
Selain itu, sekumpulan penyelidik dari Saint Louis University, Amerika Syarikat menyatakan bahawa mereka telah menunjukkan bahawa ekstrak dari peria katak boleh membunuh sel-sel kanser payudara dan menghalangnya daripada berkembang dan menyebar.
Rawat masalah kesihatan anda dengan formula
Habbatus Sauda + Ekstrak Biji Peria Katak anda dengan Afyaa Hayibba! INFO PENUH & PROMOSI TEKAN SINI π https://wa.link/40jmih