02/03/2026
Aku rasa ramai nak jadi leader.
Tak kisah la dalam company @ bisnes.
Tapi tak ramai sanggup jadi provider.
Leader ni orang nampak.
Provider ni orang rasa.
Leader cakap depan team pasal visi, target, growth.
Provider diam-diam fikir macam mana nak pastikan rumah stabil, bil settle, anak isteri selamat kalau apa-apa jadi.
Leader kejar potensi.
Provider jaga realiti.
Tapi lelaki yang betul-betul kuat… dia tak pilih salah satu.
Dia jadi dua-dua.
Dia disiplin walau penat.
Dia bangun awal walau orang lain masih tidur.
Dia push diri walau tak ada orang nampak struggle dia.
Sebab dia tahu
Team perlukan arah.
Keluarga perlukan rasa selamat.
Leader bina orang.
Provider protect orang.
Bila mindset ni sebati…
Dia tak kerja sebab nak tunjuk hebat.
Dia kerja sebab ada orang bergantung pada dia.
Bagi aku itu beza lelaki biasa dengan lelaki yang ada misi.
Bukan setakat cari income.
Tapi bina kestabilan.
Bukan just capai target.
Tapi cipta legasi.
Leader kat luar.
Provider kat rumah.
Kalau kita pegang dua-dua ni…
InsyaAllah, kita bukan je berjaya.
Kita jadi sandaran.
DUA TOPI, SATU TANGGUNGJAWAB 🧢
*abaikan tong sampah tu ea 🤣