Hospital Setiu - Rasmi

Hospital Setiu - Rasmi Hospital Setiu mempunyai keluasan 8.3 hektar dari 16.2 Hektar luas kawasan Hospital

๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Š๐”๐’๐“๐€ ๐’๐„๐ƒ๐”๐๐ˆ๐€ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” โ€œKusta Boleh Diubati, Cabaran Utama Adalah Stigmaโ€Penyakit kusta (Hansen's Disease) adalah jangk...
26/01/2026

๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Š๐”๐’๐“๐€ ๐’๐„๐ƒ๐”๐๐ˆ๐€ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

โ€œKusta Boleh Diubati, Cabaran Utama Adalah Stigmaโ€

Penyakit kusta (Hansen's Disease) adalah jangkitan kuman (Mycobacterium leprae) yang boleh menyerang kulit dan saraf. Ia BUKAN penyakit keturunan atau sumpahan. Yang paling penting adalah: Kusta Boleh Diubati.

Namun, musuh sebenar kita hari ini bukanlah kuman tersebut, tetapi STIGMA.

Ramai pesakit gagal mendapatkan rawatan kerana bimbang dipandang serong, disisihkan, atau dimalukan. Akibat stigma ini, rawatan menjadi lewat. Kelewatan inilah yang mengundang risiko kecacatan kekal pada jari, mata, dan saraf.

Hentikan stigma, selamatkan mereka!

Jika anda atau kenalan mempunyai tompok-tompok putih atau merah di kulit dan tidak gatal, kurang atau hilang deria rasa, jangan tunggu sehingga kronik.
- Rawatan awal mencegah kecacatan.
- Rawatan adalah percuma di fasiliti kerajaan.
- Pesakit yang dirawat tidak lagi menjangkiti orang lain.

Lawan rasa takut untuk dapatkan rawatan. Kesedaran hari ini adalah pelindung masa depan kita.

Selamat Hari Kusta Sedunia !

Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐‚๐„๐‘๐€๐Œ๐€๐‡ ๐ˆ๐’๐‘๐€๐Š ๐Œ๐ˆ๐Š๐‘๐€๐‰ ๐‡๐Ž๐’๐๐ˆ๐“๐€๐‹ ๐’๐„๐“๐ˆ๐” ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ•๐‡ / ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”๐Œโ€“ โ€œ๐ˆ๐’๐‘๐€๐Š ๐Œ๐ˆ๐Š๐‘๐€๐‰: ๐‡๐€๐ƒ๐ˆ๐€๐‡ ๐ƒ๐ˆ ๐’๐„๐๐€๐‹๐ˆ๐Š ๐”๐‰๐ˆ๐€๐โ€22 Januari 2026 (Khami...
25/01/2026

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐‚๐„๐‘๐€๐Œ๐€๐‡ ๐ˆ๐’๐‘๐€๐Š ๐Œ๐ˆ๐Š๐‘๐€๐‰ ๐‡๐Ž๐’๐๐ˆ๐“๐€๐‹ ๐’๐„๐“๐ˆ๐” ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ•๐‡ / ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”๐Œโ€“ โ€œ๐ˆ๐’๐‘๐€๐Š ๐Œ๐ˆ๐Š๐‘๐€๐‰: ๐‡๐€๐ƒ๐ˆ๐€๐‡ ๐ƒ๐ˆ ๐’๐„๐๐€๐‹๐ˆ๐Š ๐”๐‰๐ˆ๐€๐โ€

22 Januari 2026 (Khamis) โ€“ Jawatankuasa Hospital Mesra Ibadah (HMI) Hospital Setiu di bawah kepimpinan Dr. Shahirah Amalina binti Abdul Latif, Pengerusi HMI telah menganjurkan satu ceramah agama sempena memperingati peristiwa agung Israk Mikraj. Ceramah yang berlangsung di Dewan Persidangan Hospital Setiu ini bertajuk โ€œIsrak Mikraj: Hadiah di Sebalik Ujianโ€.

Program ini telah disampaikan oleh penceramah jemputan, Ustaz Ilias bin Abdul Muti, Pegawai Daie MAIDAM dari Pejabat Agama Daerah Setiu. Seramai 40 orang kakitangan Hospital Setiu telah menyertai program yang bermula pada pukul 10.30 pagi dan berakhir pada 12.30 tengah hari.

Dalam ceramah tersebut, Ustaz Ilias menekankan penghayatan terhadap peristiwa Israk Mikraj sebagai sumber kekuatan iman serta panduan dalam menghadapi pelbagai ujian kehidupan. Para peserta turut diperingatkan tentang kepentingan solat sebagai hadiah terbesar kepada umat Islam serta peranan nilai-nilai spiritual dalam membentuk sahsiah diri dan etika kerja yang cemerlang.

Program ini telah berjalan dengan lancar dan teratur.

Pihak Hospital Setiu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz Ilias bin Abdul Muti atas perkongsian ilmu yang bermakna, serta kepada semua warga kerja Hospital Setiu yang telah memberi komitmen dalam menjayakan program ini. Semoga pengisian yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam kehidupan seharian.



"๐‘บ๐’†๐’•๐’Š๐’•๐’Š๐’” ๐‘ซ๐’‚๐’“๐’‚๐’‰, ๐‘บ๐’†๐’‹๐’–๐’•๐’‚ ๐‘ฏ๐’‚๐’“๐’‚๐’‘๐’‚๐’!"  ๐Ÿ’‰โค๏ธJom bersama-sama menjayakan Kempen Derma Darah anjuran Hospital Setiu, Terengganu.๐Ÿ“…...
23/01/2026

"๐‘บ๐’†๐’•๐’Š๐’•๐’Š๐’” ๐‘ซ๐’‚๐’“๐’‚๐’‰, ๐‘บ๐’†๐’‹๐’–๐’•๐’‚ ๐‘ฏ๐’‚๐’“๐’‚๐’‘๐’‚๐’!" ๐Ÿ’‰โค๏ธ

Jom bersama-sama menjayakan Kempen Derma Darah anjuran Hospital Setiu, Terengganu.

๐Ÿ“… ๐Ÿ๐Ÿ” ๐‰๐š๐ง๐ฎ๐š๐ซ๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” (๐ˆ๐ฌ๐ง๐ข๐ง)
๐Ÿ•˜ ๐Ÿ๐ŸŽ.๐ŸŽ๐ŸŽ ๐ฉ๐š๐ ๐ข - ๐Ÿ.๐Ÿ‘๐ŸŽ ๐ฉ๐ž๐ญ๐š๐ง๐ 
๐Ÿ“ ๐๐ž๐ซ๐ค๐š๐ซ๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐‹๐จ๐›๐ข, ๐‡๐จ๐ฌ๐ฉ๐ข๐ญ๐š๐ฅ ๐’๐ž๐ญ๐ข๐ฎ

Selain menderma darah, turut disediakan:

๐Ÿ” ๐—•๐—ผ๐—ผ๐˜๐—ต ๐—๐˜‚๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ป
๐Ÿ“ฑ ๐—•๐—ผ๐—ผ๐˜๐—ต ๐—–๐—ฒ๐—น๐—ฐ๐—ผ๐—บ๐——๐—ถ๐—ด๐—ถ
๐Ÿฆ ๐—•๐—ผ๐—ผ๐˜๐—ต ๐—•๐—ฆ๐—ก

Mari bersama membantu mereka yang memerlukan dan semarakkan semangat kasih sayang sesama insan. ๐Ÿ’ชโค๏ธ



๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—›๐—œ๐— ๐—ฃ๐—จ๐—ก๐—”๐—ก ๐—•๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—”๐—ก ๐—•๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—๐—”๐—ก๐—จ๐—”๐—ฅ๐—œ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐ŸฒAnjuran Unit Kecemasan dan Trauma, CSSU dan Klinik Pakar Hospital Setiu12 Januari ...
20/01/2026

๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—›๐—œ๐— ๐—ฃ๐—จ๐—ก๐—”๐—ก ๐—•๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—”๐—ก ๐—•๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—๐—”๐—ก๐—จ๐—”๐—ฅ๐—œ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ
Anjuran Unit Kecemasan dan Trauma, CSSU dan Klinik Pakar Hospital Setiu

12 Januari 2026 (Isnin) โ€“ Bertempat di Bilik Jeliti, Hospital Setiu telah berlangsung Perhimpunan Bulanan bagi bulan Januari 2026. Program ini dianjurkan oleh Unit Kecemasan dan Trauma, CSSU serta Klinik Pakar Hospital Setiu.

Majlis dimulakan dengan ketibaan Pengarah Hospital Setiu, Dr. W. Md. Shihabudin bin Wan Mamat, bacaan doa oleh En. Che Rosnor bin Che Haron, lafaz ikrar oleh Pn. Shuhazrin binti Fauzi serta nyanyian lagu Negaraku, Kami Sedia Membantu dan kempen 3S. Majlis kemudiannya diteruskan dengan tayangan video motivasi pagi diikuti bacaan Al-Quran beserta terjemahan sempena bulan Israk Mikraj oleh Pn. Siti Norlida binti Mat Ghani. Majlis dipengerusikan oleh Pn. Nor Azihan binti Mohamed.

Antara pengisian majlis ialah:

1. Ucapan Pengarah Hospital Setiu, Dr. W. Md. Shihabudin bin Wan Mamat.

2. Penyampaian sijil penghargaan kepada Unit Kecemasan dan Trauma, Wad 2B serta En. Wan Mohd Hafizi bin Wan Ismail.

3. Pengenalan staf baharu dan staf bertukar keluar.

4. CME bertajuk โ€œDrowningโ€ oleh Dr. Hadi Fadhil bin Mat Said, Pakar Perubatan Kecemasan.

Perhimpunan ini menjadi platform memperkukuh kerjasama, profesionalisme dan komitmen warga Hospital Setiu dalam memberikan perkhidmatan kesihatan yang terbaik kepada masyarakat.



๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐Œ๐ž๐ฆ๐ฉ๐ž๐ซ๐ข๐ง๐ ๐š๐ญ๐ข ๐ˆ๐ฌ๐ซ๐šโ€™ ๐Œ๐ขโ€™๐ซ๐š๐ฃ ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ•๐‡Menghayati keagungan perjalanan suci Baginda Rasulullah SAW dari Masjidil Haram k...
16/01/2026

๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐Œ๐ž๐ฆ๐ฉ๐ž๐ซ๐ข๐ง๐ ๐š๐ญ๐ข ๐ˆ๐ฌ๐ซ๐šโ€™ ๐Œ๐ขโ€™๐ซ๐š๐ฃ ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ•๐‡

Menghayati keagungan perjalanan suci Baginda Rasulullah SAW dari Masjidil Haram ke Sidratul Muntaha, semoga mukjizat agung ini memperteguh keimanan dan menyemarakkan semangat ihsan dalam memberikan khidmat terbaik demi kesejahteraan masyarakat.

Ikhlas daripada : ๐‘ƒ๐‘’๐‘›๐‘”๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘Žโ„Ž & ๐‘†๐‘’๐‘™๐‘ข๐‘Ÿ๐‘ขโ„Ž ๐‘Š๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘”๐‘Ž ๐พ๐‘’๐‘Ÿ๐‘—๐‘Ž ๐ป๐‘œ๐‘ ๐‘๐‘–๐‘ก๐‘Ž๐‘™ ๐‘†๐‘’๐‘ก๐‘–๐‘ข

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐Š๐‡๐€๐“๐€๐ ๐๐„๐‘๐ƒ๐€๐๐€ ๐‡๐Ž๐’๐๐ˆ๐“๐€๐‹ ๐’๐„๐“๐ˆ๐” ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“22 Disember 2025 (Isnin) โ€“ Selamat kembali ke sekolah! Senyuman ceria kanak-ka...
11/01/2026

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐Š๐‡๐€๐“๐€๐ ๐๐„๐‘๐ƒ๐€๐๐€ ๐‡๐Ž๐’๐๐ˆ๐“๐€๐‹ ๐’๐„๐“๐ˆ๐” ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“

22 Disember 2025 (Isnin) โ€“ Selamat kembali ke sekolah! Senyuman ceria kanak-kanak selepas melalui Program Khatan Perdana Hospital Setiu 2025 mencerminkan semangat dan keyakinan mereka untuk kembali ke alam persekolahan.

Program ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Khatan Negeri Terengganu dengan kerjasama Kelab Bumi Hijau, berlangsung pada 22 hingga 24 Disember 2025, dengan UMNO Bahagian Setiu sebagai penyumbang utama.

Program dirasmikan oleh Yang Berbahagia Datoโ€™ Dr. Hajjah Kasemani binti Embong, Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu. Sepanjang tiga hari penganjuran, seramai 168 kanak-kanak berjaya menjalani prosedur berkhatan.

Penganjuran ini menzahirkan komitmen Hospital Setiu dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan berkualiti. Ia merupakan penganjuran kali keempat sejak Februari 2023, sekali gus mencerminkan kesinambungan dan kemampanan program.

Selaras dengan aspirasi Kementerian Kesihatan Malaysia, Hospital Setiu menyasarkan penubuhan Pusat Kecemerlangan (Centre of Excellence) bagi Program Berkhatan pada masa akan datang.

Program turut dimeriahkan dengan kehadiran Yang Berbahagia Dr. Hariza binti Hussin, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, pada hari terakhir, yang turut terlibat secara langsung dalam prosedur berkhatan seorang kanak-kanak.



30/12/2025

๐Ÿฏ ๐—ง๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ถ๐˜€๐—ฎ๐—ป, ๐Ÿญ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ท๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ต ๐—•๐—ฎ๐—ฟ๐˜‚ ๐—ฑ๐—ถ ๐—›๐—ผ๐˜€๐—ฝ๐—ถ๐˜๐—ฎ๐—น ๐—ฆ๐—ฒ๐˜๐—ถ๐˜‚

13 Oktober 2025 (Isnin) - Alhamdulillah sejarah tercipta di Hospital Setiu. Tiga (3) pembedahan Caesarean pertama telah berjaya dilaksanakan dengan selamat dalam satu hari yang penuh bermakna.

Kejayaan ini adalah bukti komitmen kami untuk membawa kepakaran perubatan lebih dekat kepada warga Setiu.

Terima Kasih & Tahniah:
Pasukan Doktor Pakar Hospital Sultanah Nur Zahirah (Dr. Radhiah binti Abu Bakar (Pakar Pediatrik & Neonatologi Khas C), Dr. Nadia binti Ramli (Pakar Obstetrik & Ginekologi UD15), Dr. Noraslawati binti Razak (Pakar Anestesiologi UD15) atas bimbingan dan sokongan kepakaran.

Tidak lupa juga warga Dewan Bedah yang diketuai oleh Ketua Jururawat Siti Norlida binti Mat Ghani & Kakitangan Hospital Setiu atas dedikasi luar biasa menjayakan prosedur bersejarah ini.

Tahniah buat para ibu dan keluarga. Hospital Setiu terus melangkah, sedia berbakti.


๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—›๐—”๐—ก ๐—ญ๐—”๐—ž๐—”๐—ง ๐—ช๐—”๐—ž๐—”๐—Ÿ๐—”๐—› ๐—›๐—ข๐—ฆ๐—ฃ๐—œ๐—ง๐—”๐—Ÿ ๐—ฆ๐—˜๐—ง๐—œ๐—จ ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฑ28 Disember 2025 (Ahad) - Hospital Setiu telah melaksanakan Maj...
29/12/2025

๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—›๐—”๐—ก ๐—ญ๐—”๐—ž๐—”๐—ง ๐—ช๐—”๐—ž๐—”๐—Ÿ๐—”๐—› ๐—›๐—ข๐—ฆ๐—ฃ๐—œ๐—ง๐—”๐—Ÿ ๐—ฆ๐—˜๐—ง๐—œ๐—จ ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฑ

28 Disember 2025 (Ahad) - Hospital Setiu telah melaksanakan Majlis Penyerahan Zakat Wakalah Hospital Setiu Tahun 2025 menggunakan peruntukan Zakat Wakalah Majikan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).

Majlis ini telah disempurnakan oleh Pegawai Agama Daerah Setiu, Ustaz Kamal bin Mamat, bersama Pengarah Hospital Setiu, Dr. W. Md. Shihabudin bin Wan Mamat.

Seramai 27 orang asnaf fakir dan miskin telah menerima sumbangan zakat dalam bentuk wang tunai dan bakul makanan. Program ini bertujuan meringankan beban golongan yang memerlukan serta memastikan kebajikan mereka terus terbela.

Penganjuran majlis ini mencerminkan komitmen berterusan Hospital Setiu dalam melaksanakan tanggungjawab sosial serta menyokong pengagihan zakat secara tersusun dan berkesan demi kesejahteraan masyarakat.

Semoga sumbangan ini memberi manfaat kepada para penerima dan membawa keberkatan kepada semua pihak yang terlibat.


๐‘บ๐’†๐’๐’‚๐’Ž๐’‚๐’• ๐‘ด๐’†๐’๐’š๐’‚๐’Ž๐’ƒ๐’–๐’• ๐‘ฏ๐’‚๐’“๐’Š ๐‘ต๐’‚๐’•๐’‚๐’. ๐‘ฐ๐’Œ๐’‰๐’๐’‚๐’” ๐’…๐’‚๐’“๐’Š๐’‘๐’‚๐’…๐’‚: ๐‘ท๐’†๐’๐’ˆ๐’‚๐’“๐’‚๐’‰ ๐’…๐’‚๐’ ๐‘บ๐’†๐’๐’–๐’“๐’–๐’‰ ๐‘พ๐’‚๐’“๐’ˆ๐’‚ ๐‘ฒ๐’†๐’“๐’‹๐’‚ ๐‘ฏ๐’๐’”๐’‘๐’Š๐’•๐’‚๐’ ๐‘บ๐’†๐’•๐’Š๐’–.
24/12/2025

๐‘บ๐’†๐’๐’‚๐’Ž๐’‚๐’• ๐‘ด๐’†๐’๐’š๐’‚๐’Ž๐’ƒ๐’–๐’• ๐‘ฏ๐’‚๐’“๐’Š ๐‘ต๐’‚๐’•๐’‚๐’. ๐‘ฐ๐’Œ๐’‰๐’๐’‚๐’” ๐’…๐’‚๐’“๐’Š๐’‘๐’‚๐’…๐’‚: ๐‘ท๐’†๐’๐’ˆ๐’‚๐’“๐’‚๐’‰ ๐’…๐’‚๐’ ๐‘บ๐’†๐’๐’–๐’“๐’–๐’‰ ๐‘พ๐’‚๐’“๐’ˆ๐’‚ ๐‘ฒ๐’†๐’“๐’‹๐’‚ ๐‘ฏ๐’๐’”๐’‘๐’Š๐’•๐’‚๐’ ๐‘บ๐’†๐’•๐’Š๐’–.

๐Š๐„๐Œ๐๐„๐ ๐ƒ๐„๐‘๐Œ๐€ ๐ƒ๐€๐‘๐€๐‡ ๐๐”๐‹๐€๐ ๐ƒ๐ˆ๐’๐„๐Œ๐๐„๐‘ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“ ๐‡๐Ž๐’๐๐ˆ๐“๐€๐‹ ๐’๐„๐“๐ˆ๐”๐‘‡๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘–๐‘˜โ„Ž: 10 ๐ท๐‘–๐‘ ๐‘’๐‘š๐‘๐‘’๐‘Ÿ 2025 (๐‘…๐‘Ž๐‘๐‘ข)๐‘€๐‘Ž๐‘ ๐‘Ž: 9.30 ๐‘๐‘Ž๐‘”๐‘– โ€“ 2.30 ๐‘๐‘’๐‘ก๐‘Ž๐‘›๐‘”๐‘‡๐‘’๐‘š๐‘๐‘Ž๐‘ก:...
14/12/2025

๐Š๐„๐Œ๐๐„๐ ๐ƒ๐„๐‘๐Œ๐€ ๐ƒ๐€๐‘๐€๐‡ ๐๐”๐‹๐€๐ ๐ƒ๐ˆ๐’๐„๐Œ๐๐„๐‘ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“ ๐‡๐Ž๐’๐๐ˆ๐“๐€๐‹ ๐’๐„๐“๐ˆ๐”

๐‘‡๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘–๐‘˜โ„Ž: 10 ๐ท๐‘–๐‘ ๐‘’๐‘š๐‘๐‘’๐‘Ÿ 2025 (๐‘…๐‘Ž๐‘๐‘ข)
๐‘€๐‘Ž๐‘ ๐‘Ž: 9.30 ๐‘๐‘Ž๐‘”๐‘– โ€“ 2.30 ๐‘๐‘’๐‘ก๐‘Ž๐‘›๐‘”
๐‘‡๐‘’๐‘š๐‘๐‘Ž๐‘ก: ๐‘ƒ๐‘’๐‘Ÿ๐‘˜๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘›๐‘”๐‘Ž๐‘› ๐ฟ๐‘œ๐‘๐‘–, ๐ป๐‘œ๐‘ ๐‘๐‘–๐‘ก๐‘Ž๐‘™ ๐‘†๐‘’๐‘ก๐‘–๐‘ข

Sebanyak 44 beg darah telah berjaya dikumpul dalam Kempen Derma Darah anjuran Hospital Setiu bagi bulan Disember 2025. Program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada pelbagai agensi dan jabatan termasuk Klinik Kesihatan Rahmat (Pergigian), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Setiu, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Setiu, kakitangan Radicare, warga Hospital Setiu serta orang awam yang turut hadir menyokong usaha murni ini.

Selain aktiviti derma darah, pelbagai booth jualan makanan telah disediakan sebagai tarikan kepada pengunjung.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua penderma atas sumbangan berharga mereka. Bagi individu yang belum berpeluang atau tidak layak menderma pada kali ini, penyertaan dalam kempen akan datang amat dialu-alukan.

Amalan menderma darah bukan sahaja dapat menyelamatkan nyawa, malah turut menyemai nilai kemanusiaan serta rasa tanggungjawab sosial dalam diri setiap individu.



๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—๐—” ๐—ง๐—œ๐— ๐—•๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ฅ๐—”๐—› ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—œ๐—›๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—•๐—”๐—›๐—”๐—š๐—œ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—จ๐—•๐—”๐—ง๐—”๐—ก & ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—จ๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—˜๐—Ÿ๐—œ๐—”๐—”๐—ก ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—˜๐—ฃ๐—”๐——๐—จ ๐—•๐—”๐—›๐—”๐—š๐—œ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—จ๐—•...
10/12/2025

๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—๐—” ๐—ง๐—œ๐— ๐—•๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ฅ๐—”๐—› ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—œ๐—›๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—•๐—”๐—›๐—”๐—š๐—œ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—จ๐—•๐—”๐—ง๐—”๐—ก & ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—จ๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—˜๐—Ÿ๐—œ๐—”๐—”๐—ก ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—˜๐—ฃ๐—”๐——๐—จ ๐—•๐—”๐—›๐—”๐—š๐—œ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—จ๐—•๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—๐—”๐—•๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—œ๐—›๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—˜๐—ก๐—š๐—š๐—”๐—ก๐—จ ๐—•๐—œ๐—Ÿ ๐Ÿญ๐Ÿฎ/๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฑ

7 Disember 2025 โ€“ Satu lawatan Pemantauan dan Penyeliaan Klinikal Bersepadu Bahagian Perubatan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu di Hospital Setiu bertujuan bagi memastikan sistem penyampaian perkhidmatan kesihatan di Negeri Terengganu sentiasa berada pada tahap terbaik melalui pemantauan yang berstruktur serta penyelarasan berterusan merangkumi pengoperasian semua fasiliti di bawah bahagian perubatan. Lawatan ini diketuai oleh Dr. Hariza binti Hussin, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Perubatan) JKNT. Turut hadir bersama-sama dalam lawatan ini YBhg. Datoโ€™ Dr. Hasnan bin Arwit @ Hassan, Ketua Penolong Pengarah Kanan, (Medico Legal) JKNT serta beberapa kakitangan Bahagian Perubatan JKNT.

Semoga dengan pemantauan dan penyeliaan ini akan meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan kesihatan di Hospital Setiu serta jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat.

๐‘บ๐’†๐’•๐’Š๐’•๐’Š๐’” ๐’…๐’‚๐’“๐’‚๐’‰ ๐’‚๐’๐’…๐’‚ ๐’Ž๐’‚๐’Ž๐’‘๐’– ๐’Ž๐’†๐’๐’š๐’†๐’๐’‚๐’Ž๐’‚๐’•๐’Œ๐’‚๐’ ๐’๐’š๐’‚๐’˜๐’‚! ๐Ÿ’‰โค๏ธJom bersama-sama menjayakan Kempen Derma Darah anjuran Hospital Setiu, ...
07/12/2025

๐‘บ๐’†๐’•๐’Š๐’•๐’Š๐’” ๐’…๐’‚๐’“๐’‚๐’‰ ๐’‚๐’๐’…๐’‚ ๐’Ž๐’‚๐’Ž๐’‘๐’– ๐’Ž๐’†๐’๐’š๐’†๐’๐’‚๐’Ž๐’‚๐’•๐’Œ๐’‚๐’ ๐’๐’š๐’‚๐’˜๐’‚! ๐Ÿ’‰โค๏ธ
Jom bersama-sama menjayakan Kempen Derma Darah anjuran Hospital Setiu, Terengganu.

๐Ÿ“… ๐Ÿ๐ŸŽ ๐ƒ๐ข๐ฌ๐ž๐ฆ๐›๐ž๐ซ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“ (๐‘๐š๐›๐ฎ)
๐Ÿ•˜ ๐Ÿ—.๐Ÿ‘๐ŸŽ ๐ฉ๐š๐ ๐ข โ€“ ๐Ÿ.๐Ÿ‘๐ŸŽ ๐ฉ๐ž๐ญ๐š๐ง๐ 
๐Ÿ“ ๐๐ž๐ซ๐ค๐š๐ซ๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐‹๐จ๐›๐ข, ๐‡๐จ๐ฌ๐ฉ๐ข๐ญ๐š๐ฅ ๐’๐ž๐ญ๐ข๐ฎ

Selain menderma darah, turut disediakan:

๐Ÿ” ๐—•๐—ผ๐—ผ๐˜๐—ต ๐—๐˜‚๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ป

Mari bersama membantu mereka yang memerlukan dan semarakkan semangat kasih sayang sesama insan. ๐Ÿ’ชโค๏ธ



Address

Hospital Setiu
Setiu
22100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hospital Setiu - Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram