Ikhtiar alami

Ikhtiar alami ikhtiar secara alami dengan100% bahan semula jadi

Makanan Yang Boleh Membantu Mengawal Darah TingggiSayur-sayuran hijau- Mengandungi banyak potassium yang membantu membua...
04/01/2023

Makanan Yang Boleh Membantu Mengawal Darah Tingggi
Sayur-sayuran hijau- Mengandungi banyak potassium yang membantu membuang sodium dalam air kencing anda. Sekiranya kandungan sodium dapat dikurangkan dalam badan, maka tekanan darah akan turut menurun. Contoh sayur-sayuran ini ialah:
Bayam
Kangkung
Daun salad
Sawi
Selain digunakan dalam masakan, sayur-sayuran ini boleh dikisar dan diminum dalam bentuk ‘smoothie’ atau jus. Bayam merupakan sayur yang sering digunakan dalam resipi jus hijau.
Susu skim atau yogurt- Susu skim tinggi kalsium dan rendah lemak. Kedua-dua kriteria ini penting dalam mengawal tekanan darah anda. Sekiranya anda tidak s**a susu, yogurt boleh menjadi pengganti. Menurut American Heart Association, wanita yang makan 5 atau lebih hidangan yogurt dalam seminggu mempunyai dua puluh peratus penurunan dalam risiko untuk mereka menghidapi hipertensi. Namun, anda harus berhati-hati ketika memilih yogurt supaya tidak mengambil yang tinggi kandungan gulanya.
Oatmeal dan biji-bijian- Oatmeal tinggi serat, rendah lemak dan rendah garam. Ini merupakan menu makanan untuk penderita darah tinggi yang sesuai dimakan sebagai sarapan. Adakah rasanya yang kurang berperisa menjadikan oatmeal sesuatu yang tidak menarik perhatian anda? Isu ini boleh sahaja diatasi dengan menambah buah-buahan atau serbuk kayu manis untuk memberi rasa manis yang asli. Biji-bijian tanpa garam seperti kuaci dan biji labu yang dipanggang sangat tinggi dengan potassium, magnesium dan mineral lain yang boleh merendahkan tekanan darah anda. Anda boleh tambahkan biji-bijian pada salad anda untuk keranggupan atau makan sebagai snek.
Pisang dan buah beri- Pisang sering disinonimkan dengan makanan tinggi potasium. Oleh itu, buah yang mudah didapati dengan harga berpatutan ini patut dimakan oleh pesakit darah tinggi. Anda boleh tambahkannya ke dalam sarapan berasaskan oatmeal anda atau makan sebagai snek. Buah beri terutamanya blueberries kaya dengan flavonoids. Terdapat satu kajian yang mendapati kompound ini dapat mengelakkan hipertensi dan merendahkan tekanan darah tinggi. Strawberi, blueberi dan raspberi merupakan makanan untuk pesakit darah tinggi dan kencing manis kerana mempunyai glycemic index (GI) yang rendah dan kaya dengan bahan mineral yang telah dinyatakan di atas.
Ikan yang kaya dengan Omega-3- Ikan yang berlemak mempunyai kandungan Omega 3 yang tinggi. Omega-3 berfungsi untuk merendahkan tekanan darah, mengurangkan keradangan dan trigliserida. Ikan juga merupakan sumber protein yang tinggi. Contohya, salmon, ikan tongkol, ikan tenggiri, ikan loma,dan ikan lampam. Namun, anda tidak digalakkan untuk menggoreng ikan-ikan ini. Sebaliknya, masak dalam sup atau stim.
Bawang putih dan rempah ratus- Bawang putih merendahkan tekanan darah anda dengan meningkatkan kandungan nitrus oksida dalam darah anda. Bahan kimia ini boleh melebarkan saluran arteri, lalu mengurangkan darah tinggi. Rempah ratus p**a boleh dijadikan pengganti garam dalam masakan anda. Contohnya:kulit, halia, serai, serbuk kari, lada hitam, lada putih, jus lemon, paprika, basil, daun bay dan thyme.
Minyak zaitun- Minyak ini merupakan contoh lemak yang baik untuk keishatan. Minyak zaitun mengandungi polyphenol, kompound yang boleh mengurangkan keradangan serta tekanan darah.
Buah Delima- Buah ini boleh dimakan mentah atau sebagai jus. Satu kajian menunjukkan bahawa dengan minum jus buah delima sekali sehari untuk 4 minggun, anda boleh mengurangkan hipertensi anda. Sekiranya anda membeli jus buah delima dari kedai, anda harus memeriksa kandungan gulanya.

Makanan Berkhasiat yang Anda Perlu Tahu.1. Salmon-Salmon merupakan sejenis ikan yang sangat unik. Ianya mengandungi asid...
09/11/2022

Makanan Berkhasiat yang Anda Perlu Tahu.
1. Salmon-
Salmon merupakan sejenis ikan yang sangat unik. Ianya mengandungi asid lemak omega-3 yang paling tinggi berbanding ikan jenis lain.

Omega-3 merupakan bahan yang sangat penting untuk memastikan tubuh dapat berfungsi pada tahap optimum. Salmon terbukti dapat meningkatkan kesihatan tubuh badan dan juga mengurangkan risiko penyakit merbahaya (3).

Walaupun harganya agak mahal, ianya merupakan sebuah taruhan yang sangat berbaloi. Selain mengandungi kandungan asid lemak yang berguna, dalam ikan salmon juga terdapat pelbagai lagi nutrien penting lain. Antaranya termasuklah magnesium, potasium, selenium dan juga vitamin B (4).

Kajian menunjukkan bahawa individu yang mengamalkan salmon dalam diet mereka dengan lebih kerap kurang berisiko untuk mendapat penyakit jantung, nyanyuk, kemurungan dan juga penyakit lain. (5 , 6). Selain itu, rasanya sangat enak dan senang dinikmati!

2. Brokoli-
Mungkin ramai yang kurang menggemari sayuran hijau. Bagi anda yang tergolong dalam kump**an ini, anda tak perlu risau!

Ini kerana rasa Brokoli ini sangat enak walau bagaimanapun cara anda menghidangnya. Makan mentah pon sedap apatah lagi apabila dimasak dan dimakan bersama bahan makanan lain.

Brokoli merupakan sumber serat, Vitamin K dan Vitamin C yang sangat bagus (7). Vitamin C merupakan bahan antioksida yang utama manakala Vitamin K p**a dapat membantu meneutralkan proses pembekuan darah dalam kalangan pesakit yang mempunyai masalah hati (8).

Address

Sg Buloh
Sg Buloh
47000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ikhtiar alami posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Ikhtiar alami:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram