24/03/2026
Raya ini seronok. Balik kampung, jumpa mak ayah, adik-beradik, saudara-mara. Bila berkumpul tak cukup tempat nak duduk, tak habis topik menyembang, tak rasa penat walau dah berpuluh rumah dikunjung.
Tanpa kita sedar, keseronokan yang kita rasa itu sebenarnya nikmat yang sangat besar, yang dipinjamkan kepada kita. Bagi sesetengah pesakit yang diuji dengan penyakit mental, nikmat ini seakan telah ditarik dari mereka.
Kenapa raya boleh jadi sangat mencabar bagi pesakit mental?
Faktor seperti tekanan sosial, pertanyaan soalan peribadi, beban kewangan, rasa sunyi dan ketiadaan orang tersayang boleh mencetuskan keresahan (anxiety) dan kemurungan (depression).
Jadi sangat penting untuk belajar memahami dan bersikap empati, serta memberi ruang kepada mereka yang memerlukan semasa musim perayaan.