Nurfadz AMWAY

Nurfadz AMWAY AMAZING
DIWARISI
KEWANGAN
MASA
# BEBAS PILIHAN'

Salam subuh ....jom baca doa
06/10/2023

Salam subuh ....jom baca doa

23/02/2023
23/02/2023
22/02/2023
15/02/2023
12/02/2023
12/02/2023
11/02/2023

Pentingnya menghormati ketua keluarga, namun seorang suami/ayah tak boleh harap dihormati sahaja. Perlu juga tunjukkan contoh yang baik.
1. Lepas makan, walaupun isteri atau anak-anak boleh angkat dan basuh pinggan, kemas meja dan sebagainya, bantulah juga. Jangan pinggan sendiri pun tinggal macam tu saja. Sekali-sekala OK, kalau tabiat memang macam tu, makan nak berhidang, angkat pinggan sendiri ke sinki pun tak pernah, berubahlah.
2. Nampak sampah atas lantai, tolong kutip. Ada sampah perlu dibuang, buang. Ada kain kotor perlu dibasuh, tolong masukkan dalam mesin basuh tanpa perlu isteri minta tolong. Kalau ayah sendiri buat tak endah, anak-anak pun akan ikut. Tak disuruh, tak buat.
3. Bila isteri sibuk mengurus rumah, ayah jangan buat tak tahu sambil berehat tengok TV, main game, baca suratkhabar. Anak terberak pun panggil isteri basuh. Anak-anak akan mencontohi ayah.
4. Buka pakaian, masukkan dalam bakul kain kotor. Jangan tinggalkan saja atas lantai. Lagi-lagi kalau basuh pakaian tu kerja isteri, show some respect dan tunjuk contoh yang baik pada anak-anak.
5. Jangan marah isteri depan anak-anak. Kalau isteri membebel, jangan buat muka depan anak-anak, atau komplen pada anak-anak tentang ibu mereka. Anak akan ikut cara ayah layan ibu.
6. Ayah ketua keluarga, apa-apa hal, ayah panggil keluarga bermesyuarat. Masuk waktu solat, ayah panggil semua solat berjemaah. Ayah kena ambil tahu ibadah keluarga. Ayah kena ajar anak lelaki ke masjid.
7. Sesekali ayah kena bertanya pada isteri, kerja dia di pejabat/rumah macamana, OK? Tanya anak-anak perihal sekolah macamana, OK? Isteri/anak-anak bangga kalau ayah seorang yang caring. Jangan bila ada masalah saja baru ayah muncul untuk jadi tukang marah.
8. Walaupun isteri ada pendapatan sendiri, suami tak boleh culas beri nafkah.
9. Ambil berat juga tentang ibu dan bapa isteri, jangan beza-bezakan layanan dengan ibubapa sendiri.
10. Kalau isteri mengadu tak sihat, beri perhatian. Sekurang-kurangnya ajak ke klinik, tolong ambilkan ubat atau tanya, sakit lagi tak? Jangan buat tak endah. Waktu anak sakit, ayah kena juga layan anak. Jangan serahkan semua pada isteri.
11. Jangan perkecilkan atau perlekehkan isteri/anak-anak.
12. Apa benda yang rosak, jangan abaikan sampai isteri kena repair sendiri, lagi-lagi kalau benda tu menyusahkan isteri menguruskan rumahtangga dan keluarga. Tak pandai buat takpa, atleast bantu cari solusi.
Susah kan jadi ketua keluarga. Sarat dengan amanah dan tanggungjawap. Semoga Allah murahkan rezeki dan permudahkan urusan ayah-ayah sekalian. Yang nak berumahtangga, take note.
Mak ayah, kita kena didik anak lelaki kita agar jadi ketua yang baik. Didikan kita hari ini menentukan masa depan keturunan kita.

Address

Shah Alam
47000

Telephone

+60178708147

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Nurfadz AMWAY posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Nurfadz AMWAY:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram