10/05/2020
-ILMIAH RAMADHAN 17-
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Dalam buah pisang tiada kandungan sodium bermakna pisang tiada kaitan dengan pembentukan enzim bahkan boleh melemahkannya. Jika darah kurang sodium atau garam, otot boleh jadi kejang.
Apabila ada garam, baru ada pembentukan enzim. Kurma ada pembentukan enzim sebab dalam kurma ada garam. Maksudnya kandungan garam yang tinggi dalam kurma meningkatkan pembentukan enzim.
Kandungan lemak dalam pisang sangat tinggi bandingan dalam kurma yang amat rendah. Oleh yang demikian kurma boleh dijadikan ubat pada masalah kurang darah manakala pisang menjadi penawar untuk mengurangkan tekanan darah.
Ini bermakna jika ada masalah darah tinggi (hypertension), eloklah makan pisang kerana ia akan merendahkan tekanan darah. Sebaliknya jika ada masalah tekanan darah rendah, jangan makan pisang sebab tekanan darah akan jadi semakin rendah.
Jika pisang boleh menyebabkan tekanan darah menjadi rendah maka itulah membuktikan yang pisang tidak berapa bagus untuk kesihatan. Apabila makan sahaja pisang, pusingan darah akan menjadi perlahan dan bertekanan rendah.
Pisang tetap akan merendahkan tekanan tanpa mempedulikan sama ada darah sedang tinggi atau rendah. Apabila darah bermasalah jangan p**a salahkan gula sebab gula adalah pemberi tenaga dan penyegar darah. Jika darah kurang gula, tubuh jadi tidak segar.
Sebaliknya jika dalam darah ada banyak gula basi atau tidak aktif; pankreas akan jadi letih sampai tidak lagi mampu merembes insulin bagi menstabilkan gula. Akhirnya makan nasi tetapi karbohidrat tidak bertukar menjadi tenaga sebaliknya menimbunkan gula basi.
Apabila pankreas jadi keliru, penyakit diabetes pun mula menampakkan symptom. Apabila bacaan kandungan gula jadi tinggi, maka doktor melarang pesakit diabetes itu ambil gula lagi. Sebab pada pemahamannya, pesakit itu sudah pun terlebih gula.
Walhal yang bertimbun itu adalah gula basi, bukannya gula aktif. Lebihan gula boleh diimbangi dengan Garam Booster melalui pengambilan pada setiap awal pagi. Garam akan memecahkan karbohidrat untuk menjadi gula. Karbohidrat tidak akan mampu ditukar menjadi gula aktif tanpa kewujudan garam.
Hakikatnya gula memiliki sifat tenaga sebab semua isyarat impuls yang dihantar ke otak menggunakan tenaga gula. Mesej tidak dapat sampai ke otak tanpa tenaga gula. Otak tidak dapat bekerja dengan sempurna sehingga menjejaskan komunikasi dengan organ lain.
Hal ini menyebabkan organ menjadi tidak peka dan terkeliru dengan tugas masing-masing. Akibatnya otak tidak lagi mampu berfikir secara tepat dan pantas maka berlaku kekeliruan sebelum penyakit waswas mula datang menyerang. Pankreas juga turut terganggu dan akhirnya menjadi letih.
Kesannya, bacaan paras gula jadi begitu tinggi sebab isyarat komunikasi antara pankreas dan otak sudah terkeliru, tidak tepat atau tidak harmoni. Sikap buruk sangka, dengki khianat dan dendam kesumat akan menambah pendamkan lagi gula untuk tidak dipecahkan menjadi tenaga yang diperlukan untuk berfikir.
Fikiran akan jadi buntu dan berlaku tekanan yang kuat untuk memikirkan masalah yang sama pada setiap masa. Otak digunakan terlalu lama untuk memikirkan sesuatu persoalan yang tiada kesudahan atau tidak diketahui jawapannya.
Otak akan jadi terlalu mudah membuat pelbagai telahan, tanggapan, tuduhan dan tomahan melulu. Ini sudah tentulah akan mempengaruhi rentak jantung dan ritma penafasan. Secara psikologi; boleh menggugat kesabaran.
Dr. Adzman Hedra / CVT Malaysia @ 2019