Rahsia Pasangan Bahagia

Rahsia Pasangan Bahagia Berkongsi info tips pada pasangan suami isteri dan pasangan bakal berkahwin

Suami Isteri Bahagia..

๐Ÿšจ PELIK TAPI BENAR: 12 Senjata AI 2025 Yang Orang Malas Abaikan (Dan Terus Rugi) ๐ŸšจKawan, izinkan saya kongsi satu cerita...
21/08/2025

๐Ÿšจ PELIK TAPI BENAR: 12 Senjata AI 2025 Yang Orang Malas Abaikan (Dan Terus Rugi) ๐Ÿšจ

Kawan, izinkan saya kongsi satu cerita pendek.

Beberapa bulan lepas, saya jumpa seorang kawan lama. Dia mengeluh, โ€œBro, aku penat kerja, overtime tiap malam, gaji tak cukup, tapi kos hidup makin mahal.โ€

Saya senyum je. Sebab saya tahu jawapan dia bukan kerja lebih kuatโ€ฆ tapi kerja lebih pintar.

Lalu saya tanya balik:
โ€œPernah tak kau cuba guna AI untuk buat kerja kau lebih cepat, atau mungkin buat duit tepi?โ€

Dia pandang pelik. Katanya, โ€œAI tu kan untuk budak IT je?โ€

Di situlah ramai orang silap. Mereka ingat AI ni pelik, susah, dan hanya untuk orang โ€œgenius komputerโ€. Hakikatnya? AI sekarang macam smartphone. Kalau dulu orang rasa pelik tekan skrin, sekarang semua orang dah tak boleh hidup tanpa smartphone.

AI pun sama. Bezanya, siapa cepat guna โ†’ dia potong barisan. Siapa malas cuba โ†’ dia tunggu kat belakang.

---

๐Ÿ”ฅ 12 AI TOOLS YANG SAYA PAKAI & ANDA TAK BOLEH ABAIKAN ๐Ÿ”ฅ

1๏ธโƒฃ ChatGPT.com โ†’ Mesin serba boleh. Buat proposal, karang email, siapkan skrip iklan, tulis homework anak. Kalau dulu saya ambil 3 jam buat 1 proposal, sekarang siap 20 minit.

2๏ธโƒฃ RecCloud.com โ†’ Bercakap terus jadi teks. Meeting sejam penuh idea? Semua dah auto-transcribe. Tak perlu risau terlupa point penting.

3๏ธโƒฃ MidJourney.com โ†’ Idea jadi gambar. Dulu nak upah designer ratusan ringgit. Sekarang taip prompt, keluar poster level antarabangsa.

4๏ธโƒฃ Replit.com โ†’ Tak pandai coding? Tak apa. Bagi arahan, AI tulis kod siap debug sekali. Kawan saya yang tak pernah belajar IT pun dah buat app simple.

5๏ธโƒฃ Synthesia.ai โ†’ Nak buat video? Tak perlu kamera, lighting, atau studio. AI generate host virtual siap bercakap ikut skrip kita.

6๏ธโƒฃ Soundraw.io โ†’ Komposer segera. Tekan butang, keluar muzik original. Tak risau kena copyright.

7๏ธโƒฃ Fliki.ai โ†’ Nak buat TikTok atau Reels? Masukkan teks, AI generate video siap suara. Jimat masa, hasil pun nampak profesional.

8๏ธโƒฃ Starry.ai โ†’ Buat avatar cantik. Sesuai untuk profile media sosial atau branding bisnes.

9๏ธโƒฃ SlidesAI.io โ†’ Dari point ringkas, AI susun jadi PowerPoint cantik. Saya pernah siapkan deck presentation 20 slide dalam 5 minit je.

๐Ÿ”Ÿ PicWish.com โ†’ Edit gambar sepantas kilat. Hilangkan background, tajamkan imej, semua dalam klik.

1๏ธโƒฃ1๏ธโƒฃ Pictory.ai โ†’ Video panjang sejam, AI potong jadi highlight 3 minit. Content creator wajib ada ni.

1๏ธโƒฃ2๏ธโƒฃ Relume.io โ†’ Nak website lawa? AI generate design siap boleh terus publish. Dulu kos ribu-ribu, sekarang murah dan laju.

---

๐Ÿ’ก Kawan, bila saya cerita benda ni pada kawan lama saya tadi, dia terus terdiam.
Dia kata, โ€œKalau aku tahu awal-awal, hidup aku tak lah seteruk ni.โ€

Itu lah masalah ramai orang. Mereka tahu teknologi ni wujudโ€ฆ tapi mereka buat tak tahu.

Sedangkan orang lain dah guna untuk naik gaji, buat bisnes sampingan, jimat masa, dan jadi lebih produktif.

---

๐Ÿ‘‰ Jadi saya nak tanya terus terang:
Adakah anda nak terus jadi penontonโ€ฆ
atau anda nak jadi pemain utama yang guna AI untuk ubah hidup anda sendiri?

Keputusan tu bukan pada AI.
Keputusan tu ada pada anda.

---

๐Ÿ”ฅ Jangan salahkan ekonomi kalau anda malas explore.
๐Ÿ”ฅ Jangan salahkan bos kalau anda tak upgrade diri.
๐Ÿ”ฅ Jangan salahkan nasibโ€ฆ sebab sekarang tools semua depan mata.

Soalan sebenar: Anda nak mula, atau nak terus tertinggal?

Kalau kita cedera dilanggar dengan kenderaan yang takde insurans. Pastu owner kenderaan tu pulak tak nak bayar. Dia kata...
17/08/2025

Kalau kita cedera dilanggar dengan kenderaan yang takde insurans. Pastu owner kenderaan tu pulak tak nak bayar. Dia kata bukan salah dia!

Adoi.. dah la cedera. Takkan kena keluar duit sendiri masuk hospital? Tak adil la bukan salah kita. Kat mana kita boleh claim?

Sebenarnya, ramai yang tak tau. Jadi saya nak bagitau. Kes macam ni boleh claim dengan Motor Insurersโ€™ Bureau (MIB)
MIB tu apa? Syarikat insurans ke?

Bukan. MIB ni dana khas untuk melindungi pengguna jalanraya yang dilanggar kenderaan yang takde insurans.
MIB dapat duit dari mana?

MIB dapat duit dari syarikat insurans. Setiap tahun semua syarikat insurans wajib mencarum ke dalam MIB.
Ooo begitu..Macam mana nak claim dengan MIB ye?
Sebelum buat claim dengan MIB kena take note benda-benda ni dulu:

1. Claim MIB boleh dibuat sendiri atau melalui peguam.
2. MIB tak terima kes langgar lari. Mesti tau no plet kenderaan yang melanggar.
3. Claim mesti buat dalam masa 3 tahun kejadian.
4. Jika kita appoint peguam dan nak saman kenderaan tu, mesti inform MIB 30 hari sebelum failkan saman.
5. MIB hanya bayar kecederaan sahaja. Kenderaan, harta benda, loss of income, dsb MIB tak cover.
6. Jumlah bayaran ditentukan oleh MIB sendiri.
Okay jelas? Kalau jelas ini dokumen yang kena hantar ke MIB untuk claim:

1. Surat kepada MIB mengandungi details kejadian, sebab untuk claim dan senarai dokumen yang disertakan.
2. Repot polis.
3. Repot polis kenderaan yang melanggar (jika ada).
4. Laporan perubatan.
Hantar dokumen di atas ke:

Motor Insurers' Bureau of West Malaysia
Wisma PIAM
No.150-3, 3rd Floor
Jalan Tun Sambanthan, Brickfields
50782 Kuala Lumpur
Tel: 03-2274 7395
Fax: 03-2274 5910

Peringatan - kalau dah pandai jangan lupa ajar orang lain..

Perkongsian kita bersama

Sumber : aiman bikers garage

โ—๏ธTERKINIโ—๏ธMulai Oktober ini, Lebuhraya Utara-Selatan akan guna sistem pembayaran tol terbuka dengan teknologi Pengecama...
13/08/2025

โ—๏ธTERKINIโ—๏ธ

Mulai Oktober ini, Lebuhraya Utara-Selatan akan guna sistem pembayaran tol terbuka dengan teknologi Pengecaman Nombor Plat Automatik ๐Ÿš—๐Ÿ’จ

Lalu mana-mana lorong pun boleh โ€“ tak perlu berhenti atau pilih lorong khas.
Perjalanan lebih lancar, lebih fleksibel. Masa atas jalan pun jimat! โฑ๏ธ

PERHATIAN!! Waktu Doa Mustajab Hari Arafah BERMULA Masuk Waktu Zuhur hingga Waktu Maghrib pada Hari Arafah.WAKTU ARAB SA...
06/06/2025

PERHATIAN!! Waktu Doa Mustajab Hari Arafah BERMULA Masuk Waktu Zuhur hingga Waktu Maghrib pada Hari Arafah.

WAKTU ARAB SAUDI
9 Zulhijjah - KHAMIS - 5 Jun 2025
Zuhur ๐Ÿ‡ธ๐Ÿ‡ฆ 12:22pm
Maghrib ๐Ÿ‡ธ๐Ÿ‡ฆ 7:04pm

WAKTU MALAYSIA
9 Zulhijjah - JUMAAT - 6 Jun 2025
Waktu ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ 5:22pm
Waktu ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ 12:04am

Bagi yg berada di ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ, Puasa pada Hari KHAMIS di kira puasa hari Tarwiyah manakala *Puasa pada hari JUMAAT 6/6/2025 (9 Zulhijjah 1446H) dikira Puasa Arafah.*

DOA YANG TERBAIK PADA HARI ARAFAH OLEH JAKIM

โœ”1. Ya Allah kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar - selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus

โœ”2. Ya Allah masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yg beriman.. yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.

โœ”3. Ya Allah, Kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir. Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah (saw).

โœ”4. Ya Allah masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah (saw), keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.

โœ”5. Ya Allah selamatkanlah rakan-rakan bukan Islamku dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam.

โœ”6. Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata kerana Mu.

โœ”7. Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.

โœ”8. Ya Allah terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.

โœ”9. Ya Allah, apabila aku telah meninggal, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi

โœ”10. Ya Allah kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan Iman.

โœ”11. Ya Allah, masukkan aku dalam golongan yang Engkau lindungi, mendapat pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari Arash Mu.

โœ”12. Oh Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku padaMu. Janganlah ada keraguan dalam
โœ”13. Ya Allah tingkatkanlah kecintaanku untuk Mu dan Nabi Mu (saw).

โœ”14. Ya Allah ampunilah aku dan tingkatkanlah kurnian Rahmat dan Rezeki Mu

โœ”15. Ya Allah berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanmu.

โœ”16. Ya Allah ya Rabb, sucikan niatku hanya untuk Mu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk nunjuk dan mengungkit ungkit nikmat.

โœ”17. Oh Penciptaku dan Tuhanku, jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.

โœ”18. Oh Tuhanku, jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepada Mu dan kepada ibu bapaku.

โœ”19. Selamatkanlah aku dari Fitnah Dajjal.

โœ”20. Selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka.

โœ”21. Ya Allah, tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja Sadakatul Jariah.

โœ”22. Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku.

โœ”23. Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang s**ar ini.

โœ”24. Tuhanku, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dari Mu Ya Allah.

โœ”25. Ya Allah tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepada Mu.

โœ”26. Ya Rabb, selamatkan aku dari kemunafikan.

โœ”27. Ya Allah, izinkan aku dan isteriku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput olehMu..

โœ”28. Ya Allah lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.

โœ”29. Ya Allah ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.

โœ”30. Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kufur,putus asa, salah laku dan syirik.

โœ”31. Ya Allah berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.

Semoga kita semua menjadi penghuni SYURGA FIRDAUS. Hapuskan dosa kami, Ya Allah.

Tutup dgn selawat.

Sesungguhnya Nabi S.A.W telah bersabda โ€œSampaikan daripadaku walaupun satu ayat.โ€

Aamiin Ya Rabbul Alamin.

Kredit : Khairul Azri

Bulan lepas, ada seorang pembeli ni cerita dekat saya yang dia tersilap beli rumah. Bukan rumah bawah ni tau. Masa dia b...
06/06/2025

Bulan lepas, ada seorang pembeli ni cerita dekat saya yang dia tersilap beli rumah. Bukan rumah bawah ni tau. Masa dia beli tu rumah tu under construction, kira tak ada rumah contoh. Jadi just tengok layout semua nampak macam besar, luas dia booking saja untuk beli. Tapi after rumah tu siap dia terkejut sebab rumah tu kecil size nya. Parking pun muat satu kereta saja.

Bila saya tanya berapa bukaan lebar rumah? Dia kata 18 kaki. Untuk size 18 kaki memang muat 1 kereta saja parking. Melainkan kereta kecil mungkin boleh muat 2. Yang ni ikut pagar yang developer bagi. Belum renovate tukar pagar semua. Memang selalu kalau kita tengok model rumah, atau layout rumah dan kita tak ada pengalaman untuk bayangkan "size" rumah, kita akan rasa ok. So saya terpanggil untuk menulis sedikit tentang size rumah yang biasa di jual dekat malaysia ni dan kategori rumah tu besar atau kecil.

Selain dari tengok jumlah bilik tidur dan bilik air, ada faktor lain yang kena ambil kira bagi saiz sesebuah rumah. Saiz tanah ( bagi rumah landed) dan saiz binaan ( rumah landed / apartment).

๐Ÿก๐—”๐—ฝ๐—ฎ๐—ฟ๐˜๐—บ๐—ฒ๐—ป๐˜/ ๐—ž๐—ผ๐—ป๐—ฑ๐—ผ / ๐—™๐—น๐—ฎ๐˜ :

โœ… ๐Ÿฐ๐Ÿฌ๐Ÿฌ-๐Ÿฑ๐Ÿฌ๐Ÿฌ+๐˜€๐—พ๐—ณ๐˜ - ๐—ธ๐—ฒ๐—ฐ๐—ถ๐—น.

Kalau size macam ni biasanya studio unit / soho. Biasa ada 1 bilik atau tiada bilik.

โœ… ๐Ÿฒ๐Ÿฌ๐Ÿฌ-๐Ÿณ๐Ÿฑ๐Ÿฌ+ ๐˜€๐—พ๐—ณ๐˜ - ๐—ž๐—ฒ๐—ฐ๐—ถ๐—น.

Untuk Size ni dikira size yang kecil. Ada yang cukup untuk 2 bilik, ada yang 3 bilik.

โœ… ๐Ÿด๐Ÿฌ๐Ÿฌ- ๐Ÿต๐Ÿฌ๐Ÿฌ๐˜€๐—พ๐—ณ๐˜ - ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฑ๐—ฒ๐—ฟ๐—ต๐—ฎ๐—ป๐—ฎ.

Size ni dikira "standard size" untuk kebanyakan rumah apartment. Size yang boleh dikatakan "selesa". Tak besar sangat. Tak kecil sangat.

โœ…๐Ÿต๐Ÿฌ๐Ÿฌ-๐Ÿญ๐Ÿฌ๐Ÿฌ๐Ÿฌ ++ ๐˜€๐—พ๐—ณ๐˜ - ๐—•๐—ฒ๐˜€๐—ฎ๐—ฟ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—น๐˜‚๐—ฎ๐˜€.

Untuk saiz ni dikira besar bagi sebuah rumah apartment/ kondo/ flat. Layout rumah juga lebih luas. Sesetengah kondo ada yang bersaiz 1500++sqft yang mana kadang lebih luas dari saiz binaan rumah teres.

๐Ÿก๐—ง๐—ฒ๐—ฟ๐—ฒ๐˜€ / ๐—Ÿ๐—ฎ๐—ป๐—ฑ๐—ฒ๐—ฑ: ( intermediate. Kalau corner / end lot saiz tanah lebih besar )

Size rumah teres ni biasanya (ukuran kaki)

16x60
18x60
18x70
20x60
20x65
20x70
20x75
20x80
22x70
22x75
24x70

๐Ÿก๐—ฆ๐—ฎ๐—ถ๐˜‡ ๐—น๐—ฒ๐—ฏ๐—ฎ๐—ฟ ๐—ฟ๐˜‚๐—บ๐—ฎ๐—ต

โœ…๐—ฆ๐—ถ๐˜‡๐—ฒ ๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ต ๐—น๐—ฒ๐—ฏ๐—ฎ๐—ฟ ๐Ÿญ๐Ÿฒ-๐Ÿญ๐Ÿด ๐—ธ๐—ฎ๐—ธ๐—ถ : ๐—ž๐—ฒ๐—ฐ๐—ถ๐—น.

Lebar ni di kira saiz lebar bahagian hadapan rumah. Bagi saiz ni kecil dan untuk parking kereta kalau 16 kaki muat satu kereta sahaja. Untuk 18 kaki muat 1 kereta juga tapi kalau kereta saiz kecil boleh muat 2. Bergantung pada pagar rumah. Kalau takde tembok kiri kanan boleh masuk dua.

โœ… ๐—ฆ๐—ถ๐˜‡๐—ฒ ๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ต ๐—น๐—ฒ๐—ฏ๐—ฎ๐—ฟ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ ๐—ธ๐—ฎ๐—ธ๐—ถ : ๐˜€๐—ฒ๐—ฑ๐—ฒ๐—ฟ๐—ต๐—ฎ๐—ป๐—ฎ.

20 kaki ni dikira size standard kebanyakan rumah teres dekat malaysia ni. Kira saiz yang paling banyak ada dekat pasaran. Muat untuk parking dua kereta dan dalam kategori lebar rumah yang jadi pilihan ramai.

โœ…๐—ฆ๐—ถ๐˜‡๐—ฒ ๐—น๐—ฒ๐—ฏ๐—ฎ๐—ฟ ๐Ÿฎ๐Ÿฎ ๐—ธ๐—ฎ๐—ธ๐—ถ ๐—ธ๐—ฒ ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐˜€ : ๐—•๐—ฒ๐˜€๐—ฎ๐—ฟ.

Size yang boleh dikatakan selesa untuk kelebaran sesebuah rumah. Untuk size 24 kaki ke atas dikategorikan sebagai "superlink". Bukan lagi teres biasa sebab saiz yang besar dan luas. Untuk size 24 kaki ke atas kalau parking 2 kereta pun dah terlebih selesa dan siap ada ruang lagi dekat tepi untuk mini garden dan sebagainya.

๐Ÿก๐—ฆ๐—ฎ๐—ถ๐˜‡ ๐—ฝ๐—ฎ๐—ป๐—ท๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฟ๐˜‚๐—บ๐—ฎ๐—ต

Selain lebar, satu lagi faktor yang kena ambil kira adalah panjang tanah sesebuah rumah.

โœ…๐Ÿฒ๐Ÿฌ ๐—ธ๐—ฎ๐—ธ๐—ถ ๐—ธ๐—ฒ ๐—ฏ๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—ต - ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐—ฒ๐—ธ.

Panjang 60 kaki biasanya selepas di tolak ruang untuk car porch dan binaan rumah, biasa bahagian belakang ada sedikit. Car porch pun lebih pendek.

โœ… ๐Ÿฒ๐Ÿฑ-๐Ÿณ๐Ÿฌ ๐—ธ๐—ฎ๐—ธ๐—ถ - ๐˜€๐—ฒ๐—ฑ๐—ฒ๐—ฟ๐—ต๐—ฎ๐—ป๐—ฎ.

Standard size bagi kebanyakan rumah yang dibina sekarang. Tak pendek sangat. Tak panjang sangat. Size yang paling ramai s**a. Carporch pun tak pendek sangat dan biasa bahagian belakang pun ada lebihan tanah.

โœ…๐Ÿณ๐Ÿฑ ๐—ธ๐—ฎ๐—ธ๐—ถ ๐—ธ๐—ฒ ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐˜€ - ๐—ฃ๐—ฎ๐—ป๐—ท๐—ฎ๐—ป๐—ด.

Untuk panjang ni biasanya car porch akan panjang sedikit atau size standard. Bahagian backyard pun ada lebihan tanah lagi. Kadang 10 kaki atau lebih. Size 80-90 kaki dikira panjang.

๐Ÿก๐—ž๐—ฒ๐—น๐˜‚๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐—ป ๐—•๐—ถ๐—ป๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—ฅ๐˜‚๐—บ๐—ฎ๐—ต / ๐—•๐˜‚๐—ถ๐—น๐˜ ๐˜‚๐—ฝ

Untuk rumah teres setingkat keluasan binaan boleh ambil kira saiz rumah apartment sebagai panduan.

Untuk rumah teres 2 tingkat

โœ… ๐Ÿญ๐Ÿฑ๐Ÿฌ๐Ÿฌ๐˜€๐—พ๐—ณ๐˜ ๐—ธ๐—ฒ ๐—ฏ๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—ต - ๐—ธ๐—ฒ๐—ฐ๐—ถ๐—น.

Biasa sekarang ni developer banyak buat rumah bersaiz kecil dengan keluasan binaan bawah 1500sqft. Kadang dia bagi tanah lebih. Dapur dan bilik kecil. Tapi ada lebihan tanah di belakang untuk kita buat sendiri tambahan.

โœ… ๐Ÿญ๐Ÿฑ๐Ÿฑ๐Ÿฌ๐˜€๐—พ๐—ณ๐˜ - ๐Ÿญ๐Ÿณ๐Ÿฑ๐Ÿฌ+ ๐˜€๐—พ๐—ณ๐˜- ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฑ๐—ฒ๐—ฟ๐—ต๐—ฎ๐—ป๐—ฎ.

Bagi saiz ni dikira saiz standard untuk keluasan binaaan sebuah rumah. Saiz yang boleh dikatakan "just nice". Tak besar. Tak terlalu kecil sangat. Tapi biasa saiz dapur ada yang sederhana, ada yang kecil bergantung pada design rumah.

โœ… ๐Ÿญ๐Ÿด๐Ÿฌ๐Ÿฌ๐˜€๐—พ๐—ณ๐˜ -๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฌ๐Ÿฌ๐˜€๐—พ๐—ณ๐˜++ - ๐—•๐—ฒ๐˜€๐—ฎ๐—ฟ.

Untuk saiz ni dikira besar untuk keluasan binaan sesebuah rumah. Saiz ni biasanya kalau tak buat tambahan dapur , bilik dan sebagainya pun dah cukup. Tak perlu extend dah biasanya.

Nak tulis sikit jadi panjang pula๐Ÿ˜…. Tapi ni dikira pendapat peribadi saya yang pernah involved dalam bidang construction dulu dan sekarang bekerja sebagai perunding hartanah. Boleh jadi panduan bagi yang sedang mencari rumah. Apapun saiz pilihla ikut bajet dan citarasa masing-masing. Pilih betul-betul supaya tak salah buat pilihan .

Semoga bermanfaat.

Rumah bawah ni dekat Elmina. Size 20x80 dengan Luas binaan 2200sqft++. Yang ni kategori rumah teres intermediate yang besar dan luas.

Kredit : Fahimah Mahayuddin

7 doa dan harapan seorang ibu buat anak sulungnya1. Ya Allah. Jadikan hatiku tenang dengan peribadi dan perangai anak su...
26/05/2025

7 doa dan harapan seorang ibu buat anak sulungnya

1. Ya Allah. Jadikan hatiku tenang dengan peribadi dan perangai anak sulungku Ya Allah

2. Ya Allah. Jadikan anak sulungku anak yang bertanggungjawab pada adik adiknya. Jadikan dia mampu menjaga adik adiknya dengan sebaiknya

3. Ya Allah. Aku sangat sayang anak sulungku Ya Allah jadi berikanlah kasih sayangMu pada dia juga Ya Allah

4. Ya Allah. Kadang anak sulungku ada membuatkan hatiku tergores dan terasa hati. Maka lembutkanlah hatiku untuk memaafkan dan meredhai dia sepenuhnya Ya Allah

5. Ya Allah. Jika Engkau ambil nyawaku maka jadikanlah anak sulungku ini menjadi sebaik baik penanggungjawab buat adik adiknya kelak Ya Allah

6. Ya Allah. Mudahkan perjalanan hidup anak sulungku Ya Allah dan jangan susahkan dia Ya Allah

7. Ya Allah. Sekarang sudah akhir zaman Ya Allah maka jauhkan anak sulungku ini daripada fitnah ilmu, fitnah harta, fitnah wanita dan fitnah dunia Ya Allah

Makbulkan segala doaku ini Ya Allah ๐Ÿคฒ

Kredit: fb Taufiq Razif

Berikut 7 tips praktikal untuk melatih murid berucap di hadapan:Mulakan dengan topik mudahSuruh murid berlatih bercakap ...
06/05/2025

Berikut 7 tips praktikal untuk melatih murid berucap di hadapan:

Mulakan dengan topik mudah
Suruh murid berlatih bercakap tentang diri sendiri, keluarga, hobi, atau perkara yang mereka minat supaya mereka lebih yakin.

Gunakan latihan berkumpulan kecil dulu
Latih mereka bercakap di depan 2-3 rakan dulu sebelum naik ke depan kelas โ€” ini kurangkan rasa gemuruh.

Ajar teknik pernafasan dan kawal suara
Ajarkan mereka tarik nafas dalam sebelum bercakap, bercakap perlahan-lahan, dan jelas supaya suara lebih yakin.

Beri rangka ucapan yang ringkas
Ajar format mudah seperti pembukaan (ucapan salam), isi (2-3 poin utama), dan penutup (ucapan terima kasih).

Berikan pujian, bukan hanya teguran
Fokus pada perkara yang mereka buat dengan baik supaya mereka bersemangat untuk cuba lagi.

Gunakan latihan berulang dan konsisten
Latihan mingguan seperti sesi bercerita, tazkirah pendek, atau pembentangan mini membantu mereka semakin biasa.

Rakaman video atau cermin
Latih mereka bercakap depan cermin atau rakam video supaya mereka dapat lihat dan perbaiki gaya sendiri.

04/05/2025

Cari ุงู„ู„ู‡ jika kamu ada masalah, mintak padaNya..

โค๏ธTips Rumahtangga Bahagiaโค๏ธUcapkan kata maaf.๐Ÿ‘‰๐ŸปBila anda rasa bersalah dalam hal tersebut dan menyedarinya, adalah lebi...
03/05/2025

โค๏ธTips Rumahtangga Bahagiaโค๏ธ

Ucapkan kata maaf.

๐Ÿ‘‰๐ŸปBila anda rasa bersalah dalam hal tersebut dan menyedarinya, adalah lebih baik jika anda terus memohon maaf.

๐Ÿ‘‰๐ŸปIa menampakkan anda cukup matang dalam perkahwinan. Apatah lagi, kata maaf yang diucapkan bukan bermakna anda mengalah, tapi anda sedang berjuang selamatkan perkahwinan yang dibina.

๐Ÿ‘‰๐ŸปUcapan maaf, sorry, dan seumpama dengannya adalah kata-kata keramat yang boleh menyelamatkan rumahtangga, dan ianya boleh menundukkan ego dalam diri sendiri.

Abdul Qawiy Aro dan pasangan selamat bernikah di London! ๐Ÿ’•Semoga hubungan berkekalan hingga ke jannah dan berbahagia hin...
03/05/2025

Abdul Qawiy Aro dan pasangan selamat bernikah di London! ๐Ÿ’•

Semoga hubungan berkekalan hingga ke jannah dan berbahagia hingga ke anak cucu

Kredit: qawiyaro

Merdeka 118 Tower is now the 2nd tallest building in the world overtaking Shanghai Tower ranking ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐ŸŒƒโœจ๐Ÿ‡จ๐Ÿ‡ณMarvel Studios Th...
03/05/2025

Merdeka 118 Tower is now the 2nd tallest building in the world overtaking Shanghai Tower ranking ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐ŸŒƒโœจ๐Ÿ‡จ๐Ÿ‡ณ

Marvel Studios Thunderbolts* movie recently featured Merdeka 118 Tower marking the first time Malaysia mentioned in the Marvel Cinematic Universe ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโค๏ธ

Recently, I went up to the observation deck of Shanghai Tower which currently holds the record for the highest observation deck in the world at 561 meters high. But Iโ€™m even more excited for Merdeka 118, which is set to open the worldโ€™s tallest observation deck soon at over 570 meters above ground! ๐ŸŒŸ

Canโ€™t wait to see our Kuala Lumpur view from Merdeka 118 Tower. ๐Ÿคฉ

Merdeka 118 Tower โ€“ 678.9m
Shanghai Tower โ€“ 632m

๐Ÿ“ธ
๐Ÿ“ Shanghai Tower, China ๐Ÿ‡จ๐Ÿ‡ณ

Address

Shah Alam

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rahsia Pasangan Bahagia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Rahsia Pasangan Bahagia:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram