Mom health care - Tungku ibu baby & bundle

Mom health care - Tungku ibu baby & bundle Inovasi Tungku Elektrik Moden
Tungku Afiiza
Tungku Elektrik Automatik
Senang, cepat, terbaik, berkualiti, jimat masa tenaga

AFIIZA INFINITY ENTERPRISE
NO.

PENDAFTARAN: 202203004914 (NS0264632-W)

Ada yang due bulan ini, atau bulan depan ?Sudah siap ke semua persiapan bersalin ibu-ibu semua? Semoga dipermudahkan uru...
11/07/2025

Ada yang due bulan ini, atau bulan depan ?

Sudah siap ke semua persiapan bersalin ibu-ibu semua? Semoga dipermudahkan urusan ibu-ibu nanti, anak dan ibu dalam keadaan sihat..

Sedikit perkongsian dari kami beberapa persediaan yang perlu dilakukan untuk membantu ibu-ibu bersalin dengan lebih tenang dan teratur.

-----
1. Persediaan Fizikal

✅ Pemeriksaan berkala di klinik/hospital
Pastikan temujanji antenatal dipatuhi.

✅ Senaman ringan ibu hamil
Seperti berjalan atau senaman kegel untuk memudahkan proses bersalin.

✅ Pemakanan seimbang
Lebihkan sayur, buah dan air untuk tenaga dan ketahanan tubuh.

✅ Rehat yang mencukupi

-----
2. Persediaan Emosi & Mental

🌼 Ilmu tentang proses bersalin
Hadiri kelas antenatal atau tonton video cara untuk meneran.

🌼 Sokongan pasangan/keluarga
Komunikasi yang baik agar emosi ibu stabil.

🌼 Zikir, doa dan ketenangan jiwa
Membaca Surah Maryam, berzikir dan memperbanyakkan doa

-----
3. Persediaan Barang Keperluan (Hospital Bag)

👜 Untuk Ibu:

Tuala mandi & pakaian dalam

Pad materniti / tuala wanita

Telekung / sejadah kecil

Skincare/peralatan mandi

Dokumen penting (kad klinik, kad pengenalan)

🍼 Untuk Bayi:

Baju bayi (2–3 pasang)

Barut, mitten, booties

Lampin pakai buang

Selimut bayi

Tisu basah & kain lap

Semoga ibu-ibu diberi kesihatan yang baik sepanjang tempoh berpantang.

"Tungku Afiiza ambik masa lebih cepat, dan rasa lagi sedap bila bertungku.."Terima kasih Puan di atas review yang diberi...
05/07/2025

"Tungku Afiiza ambik masa lebih cepat, dan rasa lagi sedap bila bertungku.."

Terima kasih Puan di atas review yang diberikan..

Untuk yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Tungku Besi Elektrik AFIIZA, boleh hubungi kami.
Kami sedia membantu 😀

whatsApp (whatsApp sahaja)
https://TungkuAfiiza.wasap.my (019-6333235)

whatsApp / call
https://TungkuBesiAfiiza.wasap.my (011-39397233)

Berpantang sendiri memerlukan persediaan rapi, disiplin dan sokongan emosi. Berikut ialah beberapa tips berpantang sendi...
05/07/2025

Berpantang sendiri memerlukan persediaan rapi, disiplin dan sokongan emosi. Berikut ialah beberapa tips berpantang sendiri, khas untuk ibu-ibu yang akan berpantang sendiri

🌿 1. Buat Persiapan Awal Sebelum Bersalin

▪️Sediakan barang berpantang (herba, tungku, bengkung, makanan kering).
▪️Rancang jadual harian untuk rehat, makan, mandian herba, menyusu dan tidur bayi.
▪️Sediakan makanan dalam bentuk frozen (lauk pantang, bubur).

🛏️ 2. Utamakan Rehat dan Tidur

▪️Gunakan masa bayi tidur untuk berehat.
▪️Tidur awal dan elakkan kerja berat seperti mengangkat barang atau naik turun tangga.

🍲 3. Jaga Pemakanan

▪️Amalkan makanan berpantang: ikan haruan, ayam kampung, halia, pegaga, kunyit hidup.
▪️Elakkan makanan berangin, sejuk dan berminyak.
▪️Banyakkan minum air suam dan air herba yang sesuai.

🔥 4. Bertungku & Berbengkung

▪️Gunakan tungku moden elektrik (jimat masa dan mudah).
▪️Bertungku setiap pagi dan petang untuk bantu pulihkan rahim dan lancarkan darah.
▪️Bengkung badan untuk sokong otot perut dan kecutkan rahim.

🚿 5. Mandian Herba

▪️Gunakan daun-daun seperti serai wangi, lengkuas, daun pandan.
▪️Mandian ini bantu segarkan badan dan buang angin dalam badan.

🤱 6. Jaga Emosi & Mental

▪️Ambil masa untuk diri sendiri, walaupun sekejap.
▪️Banyakkan zikir, doa, dan istighfar.
▪️Elakkan tekanan – minta bantuan pasangan atau keluarga jika perlu.

🧼 7. Jaga Kebersihan Diri & Luka

▪️Tukar tuala wanita dengan kerap.
▪️Pastikan kawasan luka bersih dan kering.
▪️Gunakan air suam untuk cuci jika ada jahitan.

Salam Maal Hijrah 1447HSemoga tahun baru Islam ini membawa keberkatan, ketenangan, dan kejayaan buat kita semua. Mari ki...
27/06/2025

Salam Maal Hijrah 1447H

Semoga tahun baru Islam ini membawa keberkatan, ketenangan, dan kejayaan buat kita semua. Mari kita berhijrah ke arah kebaikan, memperbaiki diri dan memperkukuhkan iman.

Ingin jimat masa dan tenaga untuk panaskan Tungku?10 minit je cas....untuk penggunaan 1jam++Tungku Besi Elektrik Afiiza ...
18/06/2025

Ingin jimat masa dan tenaga untuk panaskan Tungku?

10 minit je cas....untuk penggunaan 1jam++
Tungku Besi Elektrik Afiiza dapat membantu anda..

Dengan hanya 10minit, tanpa perlu bersusah payah ke dapur..hanya dengan step mudah 👇

1...sambungkan soket, on plug (8~10minit)

2...lampu dah padam, off plug

3...Tungku sedia untuk digunakan

P/s : Masukkan tungku ke dalam sarung dulu baru cas😀

🎈🎈PROMOSI FREE SARUNG HERBA

Boleh order melalui cara di bawah:

whatsApp
https://TungkuAfiiza.wasap.my (019-6333235)

whatsApp / call
https://TungkuBesiAfiiza.wasap.my (011-39397233)

Shopee
https://s.shopee.com.my/2LMS28BBKM

"SIHAT BAHAGIA BERSAMA"

Tahniah kepada yang mendapat berita gembira – bakal menimang cahaya mata.Untuk yang masih menanti, teruskan berharap dan...
16/06/2025

Tahniah kepada yang mendapat berita gembira – bakal menimang cahaya mata.

Untuk yang masih menanti, teruskan berharap dan berdoa. InsyaAllah, masa itu akan tiba juga. Setiap rezeki datang tepat pada waktunya.

Selamat pagi dan salam Jumaat yang penuh barakah..Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik, rezeki yang melimpa...
12/06/2025

Selamat pagi dan salam Jumaat yang penuh barakah..

Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik, rezeki yang melimpah, dan hati yang tenang dalam rahmat Allah SWT..

Banyak kebaikan bertungku untuk badan, bukan hanya tertumpu pada ibu-ibu berpantang sahaja, semua orang boleh mengamalka...
10/06/2025

Banyak kebaikan bertungku untuk badan, bukan hanya tertumpu pada ibu-ibu berpantang sahaja, semua orang boleh mengamalkan bertungku 🥰

🌿 Kelebihan Bertungku:

1. Melancarkan peredaran darah
Haba dari tungku membantu membuka salur darah dan meningkatkan pengaliran darah ke seluruh badan.

2. Membuang angin dalam badan
Bertungku membantu mengeluarkan angin terutama bagi wanita selepas bersalin yang sering mengalami masalah angin dalam badan.

3. Mengurangkan lenguh dan keletihan otot
Haba dari tungku boleh melegakan otot yang tegang dan mengurangkan rasa sakit atau lenguh, sesuai untuk mereka yang bekerja kuat atau duduk terlalu lama.

4. Mengecutkan rahim dan peranakan (bagi wanita bersalin)
Dalam rawatan tradisional selepas bersalin, bertungku dipercayai membantu mengecutkan rahim dan mengembalikan organ dalaman ke posisi asal.

5. Meningkatkan metabolisme badan
Dengan aliran darah yang lancar, metabolisme badan juga boleh menjadi lebih aktif.

6. Membantu pengeluaran darah nifas atau haid
Bertungku boleh membantu mempercepatkan proses pengeluaran darah kotor atau nifas bagi wanita selepas bersalin.

7. Melembutkan urat dan sendi
Amalan ini boleh mengurangkan kekejangan sendi, membantu individu yang mengalami masalah sendi seperti artritis ringan.

8. Memberi rasa nyaman dan relaksi
Bertungku memberi kesan menenangkan, membantu mengurangkan stres dan memberi rasa nyaman selepas sesi bertungku.

Assalamualaikum dan salam sejahtera,Selamat kembali bekerja kepada semua yang telah memulakan tugas hari ini selepas cut...
09/06/2025

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Selamat kembali bekerja kepada semua yang telah memulakan tugas hari ini selepas cuti Hari Raya Aidiladha.

Semoga kita semua kembali dengan semangat baru, hati yang tenang dan tubuh yang segar selepas meraikan hari yang penuh keberkatan bersama keluarga dan orang tersayang.

Marilah kita teruskan amanah dan tanggungjawab kita dengan dedikasi dan keikhlasan. Moga segala usaha kita hari ini dan seterusnya diberkati dan dipermudahkan oleh Allah SWT.

Selamat bekerja & semoga hari anda produktif!

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1446HDengan penuh rasa syukur, kami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada...
07/06/2025

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1446H

Dengan penuh rasa syukur, kami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam.

Semoga semangat pengorbanan yang diteladani daripada kisah Nabi Ibrahim A.S. dan Nabi Ismail A.S. terus menginspirasi kita untuk memperkukuh keimanan, mempererat silaturahim, dan menyemai nilai keikhlasan dalam kehidupan seharian.

Sakit ketika period @ Senggugut (Period Pain)Selain bertungku dalam pantang, kita juga boleh bertungku untuk mengurangka...
06/06/2025

Sakit ketika period @ Senggugut (Period Pain)

Selain bertungku dalam pantang, kita juga boleh bertungku untuk mengurangkan sakit senggugut (period pain)

__________________________________________

Tujuan Bertungku untuk Senggugut

1. Melancarkan peredaran darah – Haba daripada tungku membantu merangsang peredaran darah di kawasan rahim.

2. Melegakan otot yang kejang – Senggugut disebabkan pengecutan rahim yang kuat, dan haba membantu otot menjadi lebih relaks.

3. Mengurangkan sakit perut – Tekanan ringan dan panas membantu mengurangkan rasa mencucuk atau berdenyut di perut.

4. Membuang angin dalam badan – Bertungku juga dipercayai membantu membuang angin dan lendir yang berlebihan.

__________________________________________

Dapatkan Tungku Besi Elektrik Afiiza di sini:

whatsApp
https://TungkuAfiiza.wasap.my (019-6333235)

whatsApp / call
https://TungkuBesiAfiiza.wasap.my (011-39397233)

Shope
https://s.shopee.com.my/2fz4T5H6DU

Address

Shah Alam
40200

Opening Hours

Monday 09:00 - 21:00
Tuesday 09:00 - 21:00
Wednesday 09:00 - 21:00
Thursday 09:00 - 21:00
Friday 09:00 - 21:00
Saturday 09:00 - 22:00
Sunday 09:00 - 22:00

Telephone

+601139397233

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mom health care - Tungku ibu baby & bundle posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Mom health care - Tungku ibu baby & bundle:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram