Diabetes Malaysia Cawangan SIK

Diabetes Malaysia Cawangan SIK Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Diabetes Malaysia Cawangan SIK, Medical and health, Pejabat Kesihatan Daerah Sik, Sik.

Pendaftaran *Larian Virtual Hari Jantung Sedunia 2021* Kini Telah Dibuka ❗❗❗ _Jom amalkan gaya hidup aktif dan sihat_ An...
20/08/2021

Pendaftaran *Larian Virtual Hari Jantung Sedunia 2021* Kini Telah Dibuka ❗❗❗

_Jom amalkan gaya hidup aktif dan sihat_

Anda boleh berlari di mana-mana tempat yang selamat ataupun menggunakan treadmill pada bila-bila masa dalam tempoh larian (dengan mematuhi SOP COVID-19 terkini oleh MKN).

👉Tempoh Pendaftaran:
*(Early bird)*:
1/8/2021 Sehingga 24/8/2021

*(Normal)*:
25/8/2021 Sehingga 25/9/2021

👉Tempoh Larian:
26/9/2021 Sehingga 10/10/2021

Lengkapkan *5KM* dalam tempoh larian dan berpeluang mendapat :
👕 *T-shirt Larian*
😷 *Pelitup Muka*
🥇 *Medal Larian Hari Jantung Sedunia*
📝 *E-Sijil Penyertaan Peringkat Negeri*

Ayuh, daftar sekarang !
Layari link berikut :

*https://howei.com/event_details/larianvirtualsempenaharijantungsedunia2021*

Anjuran :
*Unit NCD PKD Baling & Diabetes Malaysia Cawangan Baling, dengan kerjasama Unit NCD JKN Kedah & Diabetes Malaysia Negeri Kedah*


Hurry up for LARIAN VIRTUAL SEMPENA HARI JANTUNG SEDUNIA 2021 Running period: 26/9/2021 – 10/10/2021 Distances: 5KM Venue: Anywhere & Anytime Utilise the step counter(pedometer), pair it with a dozen of squats 1km = 1,500 steps 5km = 7,500 steps *We accept accumulated steps and distance (G...

04/05/2021

PUNCA KENAPA CEPAT LETIH

"Terasa cepat penat betul kebelakangan ini. Tapi bukan buat apa sangat. Dah tidur lama dan cuti lama pun masih terasa penat. Bukan buat apa sangat pun. Kerja pun bukan berat sangat." Kata Kak Radia pada anda.

Pernah dengar atau alami perkara di atas? Jika penat tersebut dapat diselesaikan dengan rehat dan tidur, ianya mungkin tiada masalah. Jika penat tersebut tidak hilang selepas tidur, ianya mungkin masalah kesihatan.

Jom lihat 6 punca masalah kesihatan yang biasa menyebabkan kita penat. Ini hanya beberapa sahaja. Banyak lagi punca. Berbincang dengan doktor anda tau.

Kredit to PHM

04/05/2021

Asma merupakan antara penyakit tidak berjangkit yang biasa berlaku dan memberi tekanan kepada beban kesihatan awam.

Ramai beranggapan asma hanya menyerang kanak-kanak tetapi sebenarnya asma boleh berlaku pada semua peringkat usia. Penghidap asma tidak membataskan seseorang untuk bersenam jika terkawal.

Walaupun tiada rawatan untuk menyembuhkan asma setakat ini, serangan asma boleh dicegah dan penghidap asma boleh menjalani kehidupan normal seperti orang lain.

Dengan pandemik yang berlaku, penghidap asma merupakan antara golongan berisiko mendapat jangkitan yang teruk jika dijangkiti dan menjadi golongan sasar untuk Fasa Kedua Program Imunisasi Kebangsaan (PICK).

*Hari Asma Sedunia disambut pada 4 Mei setiap tahun untuk memberi kesedaran tentang penyakit ini.

03/05/2021

NAFAS TERHENTI KETIKA TIDUR

Jika anda kerap rasa mengantuk (walaupun telah tidur secukupnya) dan kuat berdengkur sewaktu tidur, anda mungkin alami masalah SLEEP APNEA.

Berikut merupakan soalan untuk mengetahui risiko anda untuk mengalami masalah ini.

1. Adakah anda berdengkur kuat dan boleh didengar walau pintu bilik di tutup?
2. Adakah anda selalu rasa mengantuk pada waktu siang ?
3. Pernahkah sesiapa memberitahu anda tercekik atau tercungap semasa sedang tidur?
4. Adakah anda berusia 50 tahun ke atas?
5. Adakah BMI anda melebihi 35?
6. Adakah ukuran tengkuk anda melebihi 17 inchi?
7. Adakah anda lelaki?
* Jika jawapan anda YA melebihi 3, anda sudah ada risiko utk masalah sleep apnea
* Jika jawapan anda YA melebihi 5, anda ada risiko tinggi utk masalah sleep apnea.
Bagaimana ia berlaku?
Semasa tidur, otot tubuh akan berehat, termasuk otot di belakang lidah dan otot di sekitar saluran pernafasan.

Bagi sesetengah individu berisiko, tisu di sekitar tengkuk boleh menghimpit saluran pernafasan menyebabkan nafas terhenti untuk seketika semasa sedang tidur.

Dapatkan pemeriksaan segera jika anda berisiko tinggi

Kredit to PHM

26/04/2021

SIGNAL DARI TUBUH
TAHUKAH ANDA ?

Keadaan tubuh seseorang boleh menjadi petunjuk tahap kesihatan. Contohnya:

⚠ Keadaan bawah mata yang lebam teruk tidak hanya menunjukkan seseorang itu kurang tidur sebaliknya boleh menjadi signal seseorang menghidap penyakit buah pinggang.

⚠ Lidah. Seandainya lidah kelihatan kembang dan besar menunjukkan berlakunya lebihan air dalam tubuh

⚠ Lidah pada bahagian depan yang kehitaman boleh menjadi petunjuk seseorang mempunyai masalah jantung

⚠ Jika warna lidah menjadi terlalu merah menunjukkan kondisi tubuh yang panas.

Jadi dengan mengenalpasti signal-signal awal seperti ini, sekurang-kurangnya kita dapat elakkan sebelum ia menjadi bertambah kronik.



26/04/2021

Mulut berbau menyebabkan orang sekeliling berasa tidak selesa apabila bercakap. Bagi yang berpuasa, keadaan mulut yang kering kerana hidrasi menyebabkan pembiakan bakteria yang menyumbang kepada mulut berbau atau halitosis.

Ketahui punca halitosis ini dan cara mengatasinya supaya anda lebih yakin apabila bercakap.



25/04/2021

Langkah-langkah mengatasi sakit belakang.

🟠Menjaga postur badan

🟡Tidur dengan posisi yang betul

🟢Angkat barang dengan postur yang betul

🔵Regangan

🟣Rawatan fisioterapi.

25/04/2021

SIHAT ITU NIKMAT
===============

Kisah Ramadan

Pada tahun 2016, saya kena sakit jantung. Doktor kata saya kena buat satu stenting di jantung. Pada awal tahun 2017, saya buat checkup di IJN semula sebab saya rasa tak sihat. Saya rasa sakit bahu dan sakit dada sebelah kiri. Nak buat kerja apa pun tak boleh sebab rasa tak larat dan letih. Nak makan lagi la semua tak ada selera sebab asyik rasa loya.
Apabila di sana, saya terkejut apabila saya disahkan ada lagi dua block di jantung saya.
Terus saya rasa down. Rasa buntu.
IJN minta saya buat stenting semula. Saya cuba pelbagai alternatif dan ambil makanan tambahan sebab saya tak nak buat stenting lagi.
Sehinggalah pertengahan bulan May, isteri saya beritahu, “Abang, kawan kata ada satu rawatan sakit jantung terbaru. Tak payah stenting”.
Saya bertanya, “Rawatan apa?”
“Rawatan ECP”.
Tanpa fikir panjang saya terus hubungi no yang diberi oleh isteri saya dan call untuk buat temujanji dengan Dr.
Selepas "sesi consultation" dengan Dr, saya terus jalani rawatan ECP. Dalam tempoh sebulan, saya buat 20 kali rawatan. Kemudian saya buat MRI scan di IJN. Saya dapati block di jantung saya dah tak ada!”
Saya rasa bersyukur yang amat kerana Allah makbulkan doa saya. Allah pertemukan saya dengan rawatan yang betul untuk merawat jantung saya. Tetapi saya tak stop di sini saya masih teruskan rawatan ini sehingga ke hari ini. Sebab saya sentiasa nak sihat.
-------------------------------------------------------------------------
Anda rasa anda ada masalah sama seperti orang yang saya ceritakan? Anda rasa memang betul anda nak sihat? Anda rasa banyak lagi tanggungjawab anda kepada keluarga atau yang tersayang sebab itu anda perlu sihat?
Boleh lah tinggalkan no anda di bawah dan Team Cor Nadi akan respon dan membantu. 😊😊


22/04/2021
20/04/2021

Amazing. Just 20 minutes after you quit smoking, your body begins to reap the benefits.

http://jomquit.com

Source WebMD

19/04/2021

Address

Pejabat Kesihatan Daerah Sik
Sik
08200

Opening Hours

Monday 08:00 - 05:00

Telephone

+6044690600

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Diabetes Malaysia Cawangan SIK posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram