14/11/2022
Rahim merupakan lambang kewanitaan yang perlu dijaga sempurna. Penjagaan rahim yang betul dapat mengelakkan ia dari ditimpa penyakit serta membolehkan rahim berfungsi bagi melahirkan zuriat.Namun ketika ini, semakin ramai wanita berdepan dengan masalah ketumbuhan berkaitan rahim. Atas faktor ini, Pakar Sakit Puan Dr Hamid Arshat membuat perkongsian berguna ini khusus buat wanita.
Rahim diciptakan Allah khas untuk wanita sebagai wadah pertumbuhan janin yang bermula dari nutfah, kemudian menjadi alaqah dan mudghah. Seterusnya ia berkembang dan membesar membentuk organ-organ dan anggota yang sempurna dan akhirnya ditiupkan roh dalam umurnya 120 hari.
Semua proses ini berlaku dalam perlindungan dan naungan rahim. Malang jika rahim ditimpa penyakit dan tidak boleh berfungsi. Tapi rahim sering ditimpa tumbuhan adenomyosis dan membesar seperti hamil 5 bulan. Gejala yang dialami pesakit ialah senggugut teruk, perdarahan banyak serta jadi mandul. Sungguh menyedihkan bila situasi begini berlaku.
Ketumbuhan yang paling sering berlaku pada rahim ialah fibroids. Walaupun ia boleh menimbulkan gejala-gejala yang sama tetapi ia boleh dibuang bedah dan dipulihkan kemampuan untuk hamil.
Cara-Cara Menjaga Rahim
1. Waspada jika ada sejarah penyakit rahim dalam keluarga seperti ibu, nenek, ibu saudara adik beradik perempuan. Setiap penyakit ada kaitan dengan baka, mungkin menyumbang 10% kepada faktor-faktor penyebab.
2. Fungsi utama rahim ialah menampung kehamilan. Kahwin dan hamil awal ketika usia muda boleh mencegah dari tumbuhan fibroids dan adenomyosis. Ketika hamil otot rahim membesar dan kembang sehingga 1000 kali normal. Selepas bersalin ia kuncup semula kepada saiz asal. Proses kehamilan sebenarnya melindungi rahim dari ketumbuhan. Wanita yang lambat atau tidak hamil lebih terancam tumbuhan fibroids dan adenomyosis.